Wednesday, December 15, 2010

Kawen Muda ok ke?


Baca tak kisah adik kita yang umur 14 tahun dah kawen, dan selamat menjadi isteri tu? Setuju ke tak setuju?
Saya setuju dan tidak (bukan berdasarkan kes budak ni, kita imajin, kalau budak yang kawen tu dua-dua budak, mungkin laki dia student tak keja lagi la.. dalam kes budak ni, kalau tak silap hubby dia cikgu, kira oklah tu)

Ok kenapa saya Setuju
- elok la tu, kalau ditegah pun dah gedik juga nak kawen, tak bagi kawen esok-esok dapat cucu je lagi haru.. Kalau 'cucu' tu dia bawa balik tak pa, buatnya dia humban dalam tong sampah, kesian nyawa tak berdosa.

- nak tegah pun susah, orang kemaruk angau, mana dengar cakap orang, ko nangis air mata darah pun tak kasi kawen sampai roh-roh, dewa-dewa ratu tangis keluar pun belum tentu dapat lawan roh-roh gedik, merenyam dan gedik dalam diri pasangan tu boleh lawan roh drama queen yang kita bawakan tu? sooo kasi nikah je dah tahap gedik sangat.

- dah kawen, selamat la..kalau mengandung pun dah berlaki, anak tu ada la bin atau binti.

Tak setuju
- Kalau emak bapak orang kaya tak per juga, kalau emak bapak pun gaji cukup makan bayar hutang je, agak-agak macam nak hempuk tak budak kalau merenyam sangat nak kawen, jangankan makan minum emak bapak tanggung, tu pad nak tempek kat seluar dalam time period pun belum tentu berduit nak beli.

- dah muda belia kawen, pastu beranak, nak sekolah cemana? kalau emak bapak sanggup bela cucu oklah, ni kalau emak kerja, sapa nak jaga anak ko? nak hantar pengasuh, banyak duit nak bayo.. sedangkan yang dah cukup masa kawen nak periksa PTK pun tak koser nak hadap buku tak terasa..tak terasa..tak terasa..

- pastu kalau dua-dua hingusan, sapa nak sara anak tu? tak ke emak bapak juga hadap nak bela anak tu? tok nenek ni dengan cucu memang kalah.

- Muda-muda kawen memanglah indah, lagi 20 tahun dan loose apa patut, laki baru umur 40 tahun, wahhh lelaki at 40 tau je la.. nyum..nyum dia lain sikit.. masa ni la nak krisis bagai.. erkk tak payah tunggu 40 tahun rasanya baru masuk 30 tahun pun dah mula skandal.. sebab masa muda dulu tak enjoy cinta-cinta ala-ala orang dewasa...

lelain..entah malas nak kabo...  harap-harap jangan ada anak-anak kita umur belasan tahun ni nak kawen, at least biarlah umur tu cecah 20an sikit, setidaknya-tidaknya lagi setahun nak abeh belajar, tapi dah kawen saya boleh terima lagi, ini.. uh.. males cakap... cer citer...cer citer... cemana tu??

14 Komen:

- GC - on 12:54 PM said...

kat mana cerita pasal budak form 2 dh kawin ni? alaaa.. nk baca jugak. kawin ler kalo boleh fikir matang,budak2 skrg form 2 pn dh matang. time kita dlu, p skolah menengah pn beringuih lagi.

duit nak beli pad, boleh mintak kat laki lepas ni. haha.

Kak Rose on 1:41 PM said...

entahlah... x tau nak kata... Cik Pnut, what say u ttg komen ni?...

written by zanie, December 15, 2010 11:43:31
Who are you to decide on other's right? Who are you to say marriage should be held at certain age? Will you please stop meddling at other people's affair?

Leave the custom to the people, it does not concern you a bit!

ManjaIxora on 2:22 PM said...

klu zaman dolu2 which is zaman nenek2 kita, possible lah gak.. tp zaman la nih.. haish, x tau nak ckp apa..

takut gak terkena kat anak sendiri.. mintak2 lah dijauhkan.. Na'uzubillah..

Syatilla on 2:27 PM said...

dunia dk akhir zaman..cmni lh jadinye

Pnut on 2:32 PM said...

GC-hang pa hamimun sampai tak tau perkembangan dunia.. dalam suratkhabar keluar la..front page lagik..

Kak Rose-komen tu kat mana?

MI-huhu mintaklah jangan jadi kat anak-anak kita, tak tau cemana kita nak hadapi nanti..ishkk moga tidak..aminnn..

Syatila-macam-macam cabaran dan dugaan akhir zaman..

makdara TERdiva on 2:49 PM said...

saya pun baru tau kisah ni..maklumlah baru balik dari congo..eh!

susah nk ckp lah! nak bagi komen pun tak reti..budak2 sekarang ni dah terlebih advance..tp dalam kes budak ni, harap2nye laki dia dpt didik budak tu jd isteri solehah..jgn lepas kawin dia blah! sudahlah! :)

Kak Rose on 3:07 PM said...

Pnut,kak rose baca kat sini.... http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/36690-let-our-daughters-be
agaknya kalau kena kat anak sendiri dia cakap cam tu jugak ke? hissshhhh!!!

ieda on 4:10 PM said...

bebudak umur ni mmg tak pikiaq apa dah...ingat seronok ja.depa tak tau yg kawen tu tanggungjawab maha berat.
tp mcm pnut kata..drp biar berzina bg kawen pi lah.esok dia merungut...mmg cari nahaslah.
dr segi kesihatan mmg tak elok kawen muda2 sgt ni.kalau pregnant banyak risiko.psikology pun tak stabil lg.

masa HO dulu ada budak pompuan umur 16 nak bersalin (dah kawen la).baru early labour dah terjerit2.tgh malam plk tu.terus kena sound dgn nurse.."tu lah kamu..kawen muda sgt.org umur kamu ni dok seronok main buai lagi..kamu dah kat sini.."
tapi budak tu poyo ja..jerit teruih.nama pun budak mana tahan sakit sgt.

p/s..nabila takleh tgk wayang..penakut.bunyi kuat2 dia suspen.

Najmi on 6:37 PM said...

saya pun sama pendapat mcm wenco. ada pro and cons. sy tak setuju dari segi kewangan ler kot. umur muda lagu tu rasanya kewangan tak stabil lagi nak lagi pulak kalau si suami pun gaji tak besar. mmg ler duit ni bukan segalanya tapi duit boleh beli susu dgn lampin anak.

kakLuna on 10:37 PM said...

kalau dah nak kawin memang tak boleh nak dihalang..benda terlarang itu memang godaan...betul kata kak pnut tu,drpd x bg kawin tiba2 mai bawak cucu je...tu kalo bawak..kalo dihumban?

bila jd mcm tu mmg kita kena utamakan yg WAJIB..wajib masa itu ialah menghalalkan hubungan dan menjaga maruah keluarga.

tapi sebelum terjadinya mcm tu,kita sbg mak ayah la kena get close dengan anak2 dan kenal dgn sapa dia berkawan,be open dgn kisah cinta dorang tu dan terangkan bab keburukan seks di usia muda. risiko tinggi utk barah pangkal rahim. ha habaq siap2 lagu tu. baru datang akai kot.

madoct10 on 11:39 PM said...

OH ni cerita mana ek. Bukan cerita Budak lepas UPSR lari p Langkawi sebab mak dia tak bagi kawen???

Pnut on 8:04 AM said...

MDT-balik dari congo katanya.. maklumlah terputus hubungan..eheheh

Kak Rose-dah baca, tah hapa je yang mengomen tu, biasanya orang berkata begitu, belum pernah nampak depan mata dia apa masalah bakal timbul.

Ieda-teringat ada kawan doktor juga cerita, ada budak DS, umur 15 tahun, kena rape dengan 'tok wan' sebelah rumah, sampai pregnant, tetiba belum sampai masa doktor nak operate keluarkan, dia dah contraction, lalu menjerit berlari dia keliling wad, sampai doktor terpaksa emergency ceaser, dah lps operate pun kena bg ubat tido, sebab takut dia tak tahan sakit..kesiannya...

Najmi-ayat last suka, duit bukan segalanya, tapi duit boleh beli beras, makanan juga eheheh

Luna-betul, pendekatan parent sekarang tak boleh macam dulu, budak memberontak, kena jadi kawan diaorg

madoct10-erkk yang tu ke? tak kot, sebab ni katanya cikgu sekolah dia.. entah byk beno kes skrng

MushroomCute@Mariea on 9:30 AM said...

Sedikit sebanyak didikan awal dr rumah mempengaruhi. Maaf kata, ramai jugak yang mak bapak bebelan dia hari2 " Apa nak jadi dgn kau ni haaa? Malas belajar kawen jer lagi bagus" etc. Atau " Dah mengenyam sangat nak kawen??" etc.. Kalau dah tu jer hari2, budak2 tu pon rasa itu jalan yang terbaik bg dia, itu yang diterapkan dalam minda dia...tak mustahil jadi gitulah dia.

Budak2 skrg tak macam dulu. Dulu pendidikan kita sekolah-rumah jer banyaknya. Skrg banyak sgt input dr luar. Jadi kalau tak diisi dr rumah dgn ilmu2 dan didikan yg baik dr awal...ruang2 kosong tu diisi oleh anasir2 luar yang tak bertapis tu laaa..

@rep on 11:07 AM said...

nak iklankan kat sini lah.. saper nak kawin ngan saya????

boleh cam tu kak?

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino