Monday, December 13, 2010

Kek dan Kerek


Hujung minggu yang penat,
Dari Jumaat, memenatkan diri sendiri dengan tempahan cupcakes, untuk wedding gift, hantaran, dan kek kawen 3 tgkt. Sabtu, 3pg baru masuk tido, pukul 6.30, dah bangun solat subuh sambung deko kek lagi, wedding cake, pukul 11 berkejar ke rumah pengantin, kat sungai buloh, set up wedding cake dia, punyalah berhati-hati, deliver wedding cake 3 biji tu, bila dah nampak rumah pengantin lega dah.. tup-tup pakcik gebu kona tak lepas, tayar bergesel tembok, bergegar leh tahan juga, gilaaaa gabar weiiii kek kawen orang dalam keter, cepat-cepat berhenti tengok, mmg bunga dah meleret turun.. tapi kecederaan masih boleh dibaik pulih. Legaaaa..

Suka konsep wedding ni, garden wedding.. i likeeeee ala english wedding... mmg cantik, pic luar rumah pengantin lupa snap, mmg cantik, dari pintu pagar, ada pintu gerbang, kiri kanan jalan ada bunga-bunga segar kiri kanan, erkk berapa riban le kan.. kosnya.. wedding planner ni buat mmg cantik dan kemas.. cantik...
Selamat Pengantin Baru buat Syu yang order kek, cupcakes, cupcakes hantaran, cousin dia yang recommend. Mudah sungguh berurusan dengan pengantin ni, simple dan tak cerewet, katanya terserah je pada saya, mana elok, dia ikut aje, cuma dia bagi warna tema je, putih, pink, purple.


Kek kahwin 3 tingkat, dengan fresh flowers, cuma dia rekues, bunga jangan penuh sangat, nanti susah pulak nak potong, so saya jarak-jarakkan bunga tu, dan katanya mau yang simple2 je, tak mau serabut-serabut.


Juga dia order untuk gift, dan hantaran, tp pic cupcakes hantaran dia saya tak lupa snap,


Sibucuk Alesya, yang tak dapat 'memerap' mama Sabtu dan Ahad. Tapi sesekali mai juga angin mengada dia, nak duduk atas riba, jeles gamaknya saya asyik dengan kek je.
Kesayangan hamba, dengan kegilaan dia juga, Upin dan Ipin, tengok, punya suka dapat bekas air minum U&I, siap peluk tak kasi org. Ieda-pic tu saya suruh senyum nampak gigi, sebab awak kata susah nak tgk gigi dia, dia pi sengih camtu..ehehe

Semalam juga, dapat memenuhi undangan majlis kawen sedara pakcik gebu, di Puchong Perdana, di kawasan perumahan kos rendah. Ermm saya kagum la semangat-semangat penduduk perumahan kos rendah, tak kira dimana, ukhwah mereka terbaikkkk.. saya respect sangat. Kenduri kawen semalam masih memasak secara gotong royong, dan makanan, mewahhhnya.. masak sendiri kan, tetamu makan pun puas, walau menunya simple. Tapi yang kat Sungai Buloh tu, walau rumah pengantin beso, mewah, makanan tetap meriah, dan pengantinnya pun humble sangat-sangat.

Tapi serius, saya kalau pegi kenduri-kenduri majlis yang simple, ala kampung ni memang suka, sebab mereka meraikan tetamu bersungguh2.. dan berbesar hati menerima tetamu walau tuan rumah uzur tak sihat, itu semangat orang kampung!! Maklumlah saya memang orang kampung. Sempat pakcik gebu cakap pada si abang, beza orang-orang sederhana ni dengan golongan kaya raya. Orang kaya, kalau dia dilahirkan memang dari keluarga kaya raya, biasanya jarang nak jumpa yang sombong, diaorg humble dan simple je. Tetapi yang kerek nak mamp*s yang baru nak kaya, atau kawen anak orang kaya, tetiba dia lak feeling dia kaya dan reta berkoyan, walau reta pak mertua dia.

Betul ni, tatak tipu punya, cube perhatikan sekeliling kita. Saya bersepah kenal umat-umat macam ni, mai dari kampung, yang dulu kecik-kecik nak melepas hajat pun kena keluar rumah, sebab jamban duk luar. Tetapi bila senang sikit, keja bagus, kawen lak ngan anak orang berada sikit, dia punya kekwat.. pergghhhh sikit-sikit cakap tak kalah.. pastu dia punya kerek.. pergghh tahap eiii geli la nak makan kat warung, kotor, panas, tak selesa. padahal dulu kecik-kecik, entah-entah emak bapak sara dia sekolah pun dengan berniaga warung je. Tak reti ok, saya kawan dengan orang macam ni. Aku lak geli ngan dia. ahaha..

Tapi kekadang layan orang poyo macam ni adalah indah, kerana bila dia kerek, kita kena dua kali ganda kerek juga, syiokkk ooo, tengok dia tak berapa mau kalah. Hahaha tak caya cubelah.. Situasi yang boleh kita sama-sama kerek contohnya camni :-

"minggu depan aku takder la, ikut hubby outstation, ke destinasi dot-dot, saja bawa bebudak holiday sekali, kitaorg asyik keja je, meeting sana sini, dengan tension buat paperwork bagai, so dah alang-alang husband outstation aku bawak bebudak berjalan, hubby entitle dapat single room, kat hotel bla.bla.. (hotel 4-5 bintang la)" wahh kekwat kan?

eh jangan kalah, kita pun kena poyo, kita leh balas

"oh ye ke? ko pegi la tengok-tengok tempat, tu, ada rezeki boleh aku ajak hubby aku lak pegi, tapi kitaorg tak der company nak bayar, kena bayar sendiri, holiday pun sendiri bayar, tak dapatlah nak tumpang company, memandangkan hotel-hotel ni mahal, nak kena kumpul duit penuhkan tabung cap ayam dulu" (part ni riak juga, tapi ala merendah diri sikit)

Kalau dia kekwat
"Itu hari aku pegi sinun, masa time tiket air asia tambang murah, seronok dapat jalan satu family, ye la, asyik keja je, sesekali nak berjalan-jalan juga, best shopping kat situ, barang semua murah, aku beli baju banyak, murah-murah"

kita kekwat
"aku payah nak dapat tiket murah ni, sebab laki aku payah cuti, kalau beli awal, tiba-tiba dia tak dapat cuti, rugi la, kami kalau nak minggu depan nak pegi, minggu ni baru terhegeh-hegeh nak beli tiket, nak survey hotel, ape lagi, dapat pun yang mahal-mahal, tu leceh hubby aku tu.. aku beli baju murah-murah kat nilai 3 je, senang kalau balik rasa berkenan, leh pegi tukar balik" (ayat kena up sikit la) padahal.nan ado la... aku pun gagau cari tiket time murah juga, pastu paksa laki cuti.. tapi kena kekwat beb..

eh dah la.. tak baik ajar orang riak dan kekwat.. tak baik dik....

13 Komen:

ManjaIxora on 11:55 AM said...

kak pnut.. canteklah kek 3 tingkat akak tuh.. geram sey.. klu sy dpt kek tuh, sayang nak mkn.. tp x mkn kang basi plak.. huhuhu.. mesti sedapkan.. hohoho

Syatilla on 11:55 AM said...

hahahah..caya lah kk penat.i pon nak wat ayat riak cenggitu lah..kasi panas line =P

zareda said...

heheh tak baik buat org cam gitu dik non... tapi che kiah pun nak kekwat gak.. sampai la ni che kiah tak reti reti nak booking tiket air asia.. kah kah kah.. kekwat tak? ke mengong???

hazwah on 2:09 PM said...

kak pinuuuuutttttttt,
gila kekwat....gelak guling-guling ni...kalau saya haahkan je...malas nak layan...

Kak Lia on 2:55 PM said...

sesekali kena kekwat ek...ok lah..pas ni boleh lah akak try....hahaha...

Kak Lia on 2:55 PM said...

ooppss...lupe nk komen kek

kek sangat cantikk.....mabelesss....

Tijah on 2:56 PM said...

kita...

nak pegi KL pun kena ikut jenderam uolss. maklom la nak jimat duhet tol. wakakakaa...

sebenarnya nak melantak laksa.

Pnut on 3:45 PM said...

MI-eheheh sayang nak potong, takkan nak pandang je kek tu..

Syatilla-selamat join kelab riak, lepas ni riak selalu ok?

Zar-ishkkk kome ni wat malu teman aje.. nak air asia tu dak le main booking, kena beli terus..ehehe

Hazwah-ada orang bial bercakap, kita kena lagi up dari dia.. syok layan

Lia-akak sile try kekwat, sangat best..

Tijah-jimat tol, leh buat modal makan laksa.. shedap..

ieda on 9:06 PM said...

ooo...ada gigi rupanya anak dara nie...hehehe...jgn marah nooo...lawak ja..gambar adik yg kanan bawah tu sweet sgt...macam kek 3 tingkat tu.

pnut..lagi best kalau org tu riak cakap dia pi sana sini pastu kita cakap..."ooo...aku dah pi dah kat situ thn lepas...takla best sgt pun..."bial dia nak tanya lebih2 kita cabut ja lahh...hehe

Aini Razali on 9:35 AM said...

kak pnut, slalu jumpa dalam FB org2 kerek nie. baca je malas nak masuk campur karang terasa lak..(nak jaga ati depa tu.saya pun 'tak reti' nak kwn ngan org2 yg tak berpijak d bumi nyata nie.. asik memandang ke atas je.. benda btul pun tak nak ngaku.

sitinaminah02 on 11:17 AM said...

kek tu memang lawo. teringin nak rasa. kami dh tukaq location, now kat lumut lak. kalo mai pangkoq, mai la melawat kami. hehe.


ayat kerek tu mmg kita bagi kt org kerek. baru kena buku dgn ruas.

Ogy on 11:48 AM said...

g ske pelamin tu...lawanyaaaa...

@rep on 10:59 AM said...

Ikatan yang dinamakan perkahwinan menjadi semakin MAHAL!!!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino