Wednesday, December 08, 2010

Mixer megik itu,


Eh, secara berjemaah pulak korang bertanya pasai roti mixer megik acik sapinat ek.., berikutan entry lepas tu. Antara kompilasi soalan yang ditanya kepada saya, melalui email, FB, YM dan sms ialah :- (saya jawab kat sini juga, bagi orang lain tau sama-sama..remember.. sharing is caring?? yaaa itu tagline kita)

i) Berapa harga sebenar Mixer tu kak Pnut, mahai dak? ok tak?
Mixer itu sy betul lupa harganya berapa tak ingat, tp oven saya beli harga RM850, dan mixer ni kalau tak silap harganya samada RM750 atau RM650, gitu la.. sebab harganya murah dari oven tu. Dah 4 tahun saya guna, ALhamdulillah ok. walaupun katanya muatan 7lit, atau mak 500gram tepung, tp saya bantai bancuh 750grm tepung, dan 1.5kg krimwell + shortening. So far so good maaa..

ii)  Ada kegunaan tertentu tak?oklah hasil dari gambar google, saya persembahkan.. jenis-jenis hook, dan wisker(camner eja ni? betoi ka?) ni jawapannya.

iii) Boleh buat roti pakai mixer ek? ada orang kata roti leh guna Breadmaker (BM)je?
jawapan saya kepada pengeluar teori itu _________________ (isi sendiri ayat apa nak) banyak la bakai BM je leh buat roti, tengok mamak benggali roti dulu-dulu, pakai kaki tangan je uli roti. dan uli, pastu perap, pastu bantai-bantai pulak doh tu.. pintal bantai..pintal bantai.. ada dia pakai BM? nan ado jah.. saya dulu pun sebelum ada mixer ni buat roti, pizza uli pakai tangan je jah.. buat la sikit-sikit, ko tibai sekilo tepung, memang penat.. agak-agak takat 500gram udah le.. 500 gram tepung, dah boleh dapat pizza size 9inci tu 3 keping, kalau tebal, kaalu nipis leh dapat 4 keping noks... so takat 3-4 anak beranak makan, 250grm tepung dah memadai.

iv) tepung high protein, tepung apa tu? dan boleh tak guna tepung gandum?
ok saya pastekan jawapan dari dari blog KAK WAN

Tepung High Protein (Tepung Roti)
Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

Tepung Red Rose (Cookies Flour)
Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies. Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut


Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Hoen Kwee
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.

Lain-lain Jenis Tepung

Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu. Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.
 
 

Ni gambar saya buat biskut choc cookies (entry soon, lama dah terperap entry ni)

*Tips, untuk buat cookies, kita pukul mentega dan telur tu agak sebati je.. jangan overbeat, nanti lembik, dan adunan kita jadi cair, tu sebab kita asyiklah dok menambah tepung, pastu biskut kita jadi liat, pastu buat fitnah tukang bagi resepi, kata kita bagi resepi tak betul, kedekut la hapa la..tapi teknik tu tak betul. Ni saya pernah kena.. gerammmm tau.. ni contoh beat mentega dengan gula castor, agak sebati sikit, masukkan telur.. pastu leh masuk tepung sikit-sikit.. mula-mula saya akan guna mixer untuk adun bagi rata tepung + mentega, kemudian baru uli dengan tangan, kalau masih lembik, tambah sikit-sikit tepung, contoh cam sesudu-sesudu gitu.

Erk, entry penuh buat cookies ni dan resepi dia sooooonnn la.. nak upload pic tak leh pulok...

Blogger jahat, tak leh nak upload gambar buat masa ni, makanya entry ni abeh kat sini. sat-sat lagi saya up entry yang dah bersidai kat draft dulu ek...

9 Komen:

Kak Lia on 12:56 PM said...

HAHAHA...kemain komplit lagi info...
baguih..sharing is caring

tapi...akak beli dah naik ko....1k...naseb bek la cik laki nk adiahkan...kalo idak...tk merase....kee akaknye lagi beso..toke tu ckp leh muat utk 12 bijik telur pnye adunan....ntah le....tp memang muat pun....

khairul najmi yusof on 1:35 PM said...

tu dia wenco dah kluar kan dah gajet2 dia hahaha.. sy pun tgh plan nak beli gak mixer mcm ni gak sebijik.. dah jenuh dah pakai handmixer tu. thanks for sharing wenco =)

Siti Noor Aminah on 5:27 PM said...

hantaq mai kek sikit kt lumut ni, nak merasa jugak. hehe.

Anonymous said...

pnut nak tanya, hah... jgn marah yea... ni soklan org tak rajin masak, tapi teringin nak masak lepas baca your entry on roti2 Err... ada tak oven yg pnut recommend utk saya beli yg hat tak berapa mahal kecik2 saja, utk guna sendiri, rumah saya tak de kitchen kabinet untuk fit in the oven, jadi nak cari oven yg pnut tahu boleh digunakan utk bakar roti, pizza ayam etc... yg affordable lah yea. TQ.

Pnut on 6:01 PM said...

Lia-awak punya yg beso kot, saya punya tecit.

Najmi, belilah... mmg berbaloi sangat, murah dan tahan lasak gak..

GC-ooo dah kat lumut.. ehehe makan agar-agar lumut sedap tu..hiks..

Anon-basic oven apa pun takper, oven yang rega RM99 pun ok dah, tapi alang-alang nak beli, cube caru brand butterfly (sy tgk kat kedai bakeri yummie bangi) harga RM269 kalau tak silap, yang ni best, boleh panggang ayam bergolek-golek lagi kat dalam tu.. leh buat nasi ayam madu, kalau nak mtk saya tolong belikan boleh, tp kena amek kat rumah sayalah, kot tak tau kedai yummie tu kat mana...

aNiS tHe BumbleBee on 10:13 PM said...

wuuu...syoknyaaa kak pinat oiii...

anis dah la suka mkn pizza.kalau ada la benda ni,hari2 boleh hantam buat pizza.buleh mereka toping mcm2.sorganyaa aihh!!

aidah on 12:47 PM said...

Salam Pnut,
maklumat yg berguna. Dah macam kelas masakan lah pulak, hehehe. Kat Kuantan ni rasanya tak jumpa lagi tepung Red Rose tu, untuk buat cookies akak selalunya guna low protein flour je.

Anonymous said...

timer kasih pnut... tahu kedai tu kat mana... lap u pnut... :-) nor

Aini Razali on 11:18 AM said...

kak pnut, saya smpai termimpi2 mixer tu. harus dimasukkan dlm list brg2 impian nie...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino