Kegilaan budak kecik ni terhadap lagu the Lion sleeps tonight, sangatlah kronik. Sampai satu tahap dah rasa nak maraaaahhhh sangat. Apa tak nya dok play menatang Hippo dengan anjing yang sangat gedik tu kat youtube je, dan emak budak kecik ni buta IT mana nak reti donlod dan save.. Tetapi dah meminta tolong dengan ROSH yang sokmo sebok kerja-kerja..kerja dan keja, sampai belum ber-awek lagi.. Tokei Muda si Rosh ni sebok dengan kerja-kerja studio tak abeh-abeh, tapi akhirnya disebabkan tak tahan dengan peel si adik yang dari pagi sampai malam nak playkan "DIBO" dia, maka saya terpaksa call Rosh dan minta dia tolongggglaaa burnkan ke CD, so nanti boleh play kat dvd, auto playback.
Sangat letih mainkan kan youtube, selepas lagu abeh, berjangka masa 2min 38saat, kami tekan tekan replay.. berulang kali, tapi sekarang dia dah pandai, kami letakkan icon tangan (tempat click tu) kat tempat replay, nanti siadik cuma pegi tekan spacebar sahaja. itu la rutin dia.. janji lagu tu sepanjang hari berkumandang, hanya diam bila dia tido, bangun je celik mata, BIBOOOOOO pappp pi tekan, laptop ni sepanjang hari terpasang. tak kisahla, dia main ke.. makan ke.. janji mesti berkumandang lagu ni sepanjang hari...
Cube tengok, terpaksa saya alihkan laptop ke dapur, agar bibik senang nak replay balik, dan bibik pun diajar camner nak gerakkan mouse, dan klik replay.. dan bibik kena tau apa nak kean tekan, after screen saver keluar, dan apa kena buat bila laptop 'sleep' bibik kata "seumur hidup bibik, dah pernah keja kat malaysia 6 tahun, inilah pertama kali bibik tekan-tekan komputer.. si adik la ni.. " ya... semua orang terpaksa melayan kerenah dia, kalau apaknya ada tak per la.. apaknya pandai mengalih perhatian dia, main-main dalam bilik, tengok-tengok tv.. tapi yang pasti, lagu mesti onnnn je.. berhenti kejap.. pastu sambil dia lalu dari dapur nak ke depan ke... mesti pegi replay..
OH syukur Rosh hantar mesej kat FB katanya dah donlod dan dah burn ke cd... boleh la mama bertenet dengan aman.
Tamat kisah adik, ni story si abang, sejak dari hari Khamis malam dia pegi Cheras, rumah papanya (pakcik yang jaga dia masa kecik kecik dulu) dari hari khamis, sampai semalam baru dijemput balik. Seronoklah hang out dengan aweks-aweks (cucu-cucu pakcik sabri) Anak-anak dara Selly ada kat rumah atok dan nenek diaorg juga, budak-budak ni macam sedara/adik beradik dah, tak tau le kalau esok-esok beso malu-malu pulak.. tapi harap tu biarlah kekal rapat macam adik beradik, agar hubungan kekeluargaan kami dengan pakcik sabri dan mak cik yam berterusan..
Saya dan pakcik gebu pun tak der abah/ayah dah, pada pakcik la kami mengadu hal.. masa saya kehilangan arwah abah, sedih sangat, pakcik sabri la orang pertama saya call dan menangis teresak-esak.. kejap kemudian cik yam pulak call, dia pun nangis sama, suruh saya bersabar.. katanya saya dalam pantang, ko jangan banyak nangis, nanti meroyan.. Moga panjang umur pakcik Sabri dan Cik Yam, boleh kami menumpang kasih.. *sebak*
Ok, ni la hero kami, yang 3 hari bertemankan aweks-aweks bak kata orang sekarang 'hot chicks' ehehehe, Selly, nanti kita pegi piknik kat memana jom... lama tak berpiknik.. emaknya Arsyad pon, jom la... jom la... suka tengok bebudak ni semua berkumpul riuh rendah.. dan suka jugak gomol si Arsyad pipi gebu tu.. geram aku nengok budak tu.. muka je muka nakal-nakal, macam minta di gomol pipi dia tu. haha kalau emak dia tak der, mau dah kena gigit budak ni geram.
Ok dah la..
*mode malas melanda*
6 Komen:
tetibe rasa nak makan roti lak...
hoh! kita pun malas arini..selamat hari malas sedunia yer cikpinat..hehe!
salam maal hijrah :)
bibik kena claim gaji lebih ni, sebab kena wat extra work. haha.
hihihihi!! serupa laa dgn uyin.tp lagu kebangsaan Sri lanka plak dia nk dgq.arrghh!! sakit jiwa rasa.smpai nk tido pon lagu tu ada kt telinga.saiko sungguh.
hadoiiih. anak buah amy dulu pon sama. hari2 nak tgk hypo tu menari lagu the lion sleep tonight sambil joget2. pas abis ulang balik. sampai kami dah tak larat joget dah. sebab dia suruh semua2 joget sekali.
hahaha.
oke juga. dpt buat senaman sikit. hahaha.
Salam Kak Pnut,
Kalau akak taknak tunggu CD lagu tu, akak boleh download lagu Lion Sleeps Tonight kat sini: http://download.chip.eu/en/Hippo-Singing-The-Lion-Sleeps-Tonight-MP4_4547712.html
Boleh guna windows media player. Saya tak guna windows media player, saya guna VLC (type kat google dan boleh download). Pastu boleh auto replay.
N (UK)
Post a Comment