Friday, December 10, 2010

Adik dan Abang the story..


Cik Kak kecik si lasak ni. Saya berjaya merakamkan pic step-by-step dia panjat memanjat.. lasak beb anak daraku ini.

Ok, mula dok elok je kan.. pastu mula nak turun kerusi.. dia heret kerusi dari meja makan ke tepi
ke kabinet letak barang-barang ni.. panjat, nak ambil bekas keropok. (TQ mokcik ceni, bagi keropok, alesya suka makan keropok ikang.. dari ganung)


OK, dah dapat, bawak turun..
 bukak, ambil keropok, letak balik dan tutup..



Tutup rapat-rapat... (Ni semua aksi dia saya perhatikan dan ambil gambar je, saje nak tengok 'akai' dia apa dia nak buat)
Pi letak balik kat tempat dia ambil, she is very the anak bapak.. teliti, cermat dan perfectionist cam pak dia. terlebih genetik bapak kat situ.

Ada satu hari tu, bibik panik, ingatkan mesin basuh rosak. Mesin auto, yang tekan-tekan tu, bibik cuma tau, on, tekan level air, dan start, itu je.. tetiba bibik call bgtau mesin stop tiba-tiba.. bibik tengah gosok baju kat bilik, keluar tengok mesin tak jalan.. tak sampai 3 minit bibik call balik, kata mesin dah ok, rupanya si adik, panjat kerusi dan pegi off mesin. Adik..adik.. memanglah.. dia off, pastu dia pegi lepak tengok tv.

Bibik cuak, tetiba mesin rosak, tetiba bibik nampak ada kerusi berganjak dari kedudukan dekat meja makan, bibik panggil tanya adik, "adik ni kerusi kat sini kenapa?" (bibik syak adik off mesin dah) pastu adik jawab "adik wat.. adik wat.."bibik tanya adik wat cemana? wat pe? adik ambil kerusi dan demo cemana dia panjat tak tekan off mesin. Tak pasal bibik basuh sekali lagi baju dalam mesin, sebab dia tak tau nak continue nak buang air dan tekan spin.

Peti ais, dah pandai bukak, padahal peti ais tu jenis tak der pemegang nak bukak, dia bijak, dari tepi, dia tolak pintu ala-ala mengopak pintu tu, nanti kita amek pic dia bukak pintu peti ais. Ermm kalau nak compare, si adik dengan si abang..jauhhhhh beza.. dia memang lasak, dan sangat petah, walau pelat-pelat... abang dulu tak lasak, cooolll jek. si adik?? hoooooo tak reti takut langsung..


Kan.. anak bapak kan... ni masa kami jalan-jalan kat the mines, pegi ambil PSP abang yang hantar repair sebab tak boleh on. nak berkepit ngan apak dia.. hiks..cube tengok, tangan bapak dan tangan anak tu? ada macam ropa tepung talam?? cam tepung talam belangnya kan?? lariiikkkss.. ampun babah.. tapi fikri sendiri genetik keputihan tu dari mana ya? amat tak logik mengikut bapak dia.




Anak manja babah, as always..
Cube tengok lagik... ibarat taik cicak kaler tu. Nampak tak rambut dia kerinting bergulung-gulung macam Hakim mahkamah, cuma kaler je hitam. eheheh tak upaya dah nak luruskan cemana.


Sayang adik abang... Mama belanja makan ais krim oreo McD. Kesukaan adik, aisss stim.. (ais krim la dik..) kebetulan hari ni depa 3 beranak pakai baju merah. red worrior.. ada lawak keji berlaku mengenai memakai baju merah, tapi sensitif, kita *teeettttt*



Finally... abang officially belajar gitar.
Remember our very best jiran?? kak Zah a.k.a Dr. Nor*ah yang kemalangan selepas hari raya itu hari? dia masih lagi MC, dan memenuhi permintaan si abang melatih si abang main gitar, at least... something to do masa cuti sekolah. Pagi si abang pegi kelas tahsin (kelas mengaji, tajwid) sempena cuti sekolah, samapi pukul 12, petang dia pegi belajar gitar ngan Auntie favourite dia. Dia ngan auntie-auntie sebelah rumah kemain patuh dan dengar cakap.  Dia nak belajar ni pun, babah test dulu, segala neka bacaan, solat, ayat-ayat, kira melepasi tahap babah kata ok, dia dibenarkan belajar gitar, dengan syarat babah kata "belajar betul-betul, nanti ajar babah pulak" wakakakaka
Jiran kami ni best giler, selain mereka ni rajin belajar, ijazah, master, sampai 2-3 ketul, phd lagik.. malu betul, saya malas sambung belajar tetapi mereka ada hobi yang best, iaitu bermain muzik. Siap ada studio jamming beb, complete set, nak apa? gitar? drum, piano?? semua ada.. dan mereka berdua adalah woman, respect!!! So abang adalah protege mereka. Ehehehe, dan sebagai hadiah kerana si dah boleh main lagu simple-simple.. dia mendapat hadiah gitar kapok dari mama dan babah. ni kiranya gitar pertama dia lah, harap dia happy dengan 'toy' baru dia, selain main gitar, auntie-auntie ni juga ajar dia main piano.. wahh pakej 2 in 1.
 
Thank my best jiran.. kerana melayan si abang macam anak sendiri. so nanti kita boleh suruh abang compose lagu sendiri..ehehehe.. mama buat lirik.. hiks..

10 Komen:

Tijah on 11:41 AM said...

wahhh! sudah ada gitaris. mari tubuh band lepas ni. anak kite main pinano. kita??? menejerrrr la khannn...

Aini Razali on 12:05 PM said...

agaknya budak2 ppuan rambut curly ni cerdik nya lain mcm yer??? anak saya dulu sebaya alesya mcm ni lah peelnya... ada persamaan, CURLY!

Kak Lia on 12:27 PM said...

waaa..sgt best la....

tingat kan anak akak...mase umur 3 tahun..dia nk gitar....kami tunjuk gitar 20 hengget...dia tunjuk gitar 200++...hahhaaha....

FAD ARIFFIN on 1:10 PM said...

mungkin adik dah pernah tempuh waktu kepayahan masa mula2 lahir dulu kan, sebab tu dia budak yg berani skang. Wayy to go adik!

Anonymous said...

syok baca kisah anak Pnut..very the berdiri atas kaki sendiri...baguih.Tahniah to Pnut n suami kerana memberi didikan yang baik.

ieda on 1:32 PM said...

sedang membayangkan adik bergabung tenaga dengan nabila....

Anonymous said...

kak pnut, nak tanya beli kat mana gitar tu...tingin nak enrol anak blajar main gitar...

umi2danial

Pnut on 3:10 PM said...

Tijah-haruslah kita manajer.. PRO..semua kita.

Aini-aminnn Insya-Allah cerdik.. aminnn..

Lia-Rm200 eheheh tak main 20 henget.. nak 3 angka punya..

Anon-thanks atas kata semangat kat kami.. saya anggap tu kata semangat buat kami..

Ieda-erkkk mmg tak leh bayangkan...ngeri..dunia ini depa yang empunya la kalau bergabung.

Umi2danial-saya beli kat warta bangi, rega RM99 je, buat semangat. ehehe

Unknown on 9:00 PM said...

nanti abang main gitar cik kak kita main apa..mak dan ayah pulak nak main apa..mesti happening..oppp lupa..bibik pulak nak main apa..

risau gak tgk cik kak kecik ni ashik memanjat..kang bercalar kang

@hasney^-^ on 10:00 AM said...

kak...comeynyer adikkkk....mungkin anak no 2 kot, samalah mcm anak has no 2 tu, dia lebih advance dari abg dia dari segala2 hal.........padahal skrg baru 3 tahun, abg dia dah 5 tahun. Takper akak, janji anak2 kita, sihat, bijak dan soleh solehah.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino