Ini budak kannnn asal saya onkan laptop je... nak DIBOOOOO nakkkkk Diboooo... tau apa dibo dia???
alaaa video clip lagu lion sleeps tonight, yang ada hippo dan dog tu, nak letak video kat sini, tak leh pulak, youtube tak kasi coding.. kedekut.
ye, inilah budak comei tu, yang memberikan tekanan pada kami seisi rumah, tengok kat youtube, tau je la, abeh kena play balik.. abeh kena replay...kot ada boleh auto replay je senang sikit, leh sesapa tolong donlod dan boh kat cd? boleh la bukak kat tv je, kasi dia tgk dvd.. macam tak der benda lain kami kena buat selain dari menekan replay setiap 2.38min. tengok emaknya nak bertenet pun kena kecikkan window... ishkkk fenin la...
Naseb baiklah inilah si bongsu.. center of attraction orang kampung saya kata... titik tumpu gituk.. manja bucuk-bucuk.. dan ada abang yang rajin melayan kerenah adik dia, dan bibik yang manjakan budak kecik ni.. ai?? sorry baik saya sudahkan baca buku Jet Jonah. huhuhu
Sebok dengan hp.. kejap nak tipon babah, kejap nak tipon mak tok..kejap nak tipon acuuuu.. banyak akal sungguh... comei tak pakaikan kaftan.. sedondon la dengan omaknya, kita uniform rasmi kami malam-malam.. eheheh like mother like daughter... cam dah beso je kan dia.. ni kami keluar menebeng, pukul 11 malam lebih, di kenit ni tak tido lagik.. saya pun letih tunggu dia tido, so ajak pakcik gebu keluar, menebeng kat mamak, bawa anak dara dia. SI abang dah tido... so keluarlah kami, dan dia pakai baju tido je.. hahah comei je, mamak-mamak kat kedai tu kemain lagi punya berkenan... eheheh
Kat presint 15, ada kedai mamak bertajuk Ali Bistro.. kedai ni roti nan dia terbaaeekkkkkk gilos la... mamak ni dah set satu benchmark yang tinggi buat semua mamak pembuat roti nan.. rotinya lembut, gebus.. dan palingggg mantop yang menyebabkan ianya amat sukar dicapai oleh mamak lain ialah, kuahnya... pergghhhh tak main kuah dhal biasa, kuah dia lain, ada kacang kuda sikit, dan rasanya sedaappp sangat. Tapi hagham la kedekut mamak tu, wa minta resepi tak kasik.. sengih-sengih je.. mujur ensem..ahahah tatau le mamak ke pakistan, tapi mamat tu putih, dan kira dia paling ensem la di antara mamak-mamak semua yang pernah dijumpai. kiranya paling ensem diantara semua yang tak ensem gitu.. jadilah...
sile perhatikan kuah dia tu?? kami anak beranak pi, mana cukup kuah banyak tu, harus buat muka menggoda minta kuah ni satu mangkuk kecik lagii. Jadi kepada peminat roti nan, anda boleh mencuba di sini ye... kompem takkan menyesal, akalu menyesal gak tak tau le.. saper suruh nak menyesal.. nyesal le sensorang.. orang suruh nikmati nak pi sesal-sesal sendiri tanggung la penyesalan itu.
Ok cerita lain... semalam acik sapinat telah menjadi wirawati terulung negara. kisahnya gini, semalam saya singgah alamanda, pegi carefour, beli sayur dan sikit barang basah, masa beratur di kaunter less than 10 items, ada dua orang di depan saya, awek depan sekali tengah membayar, sorang couple tengah tunggu turn, tak tau le laki bini ke stok geli-geli ntah.. tak amek port, belakang saya, awek-awek saya kira budak-budak UPM, MMU atau UKM, sebab dengar juga depa citer pasal kelas-kelas..lecturer apa tah.. adalah dalam 2-3 org.
So pompuan yang tengah membayar, dia bayar guna kredit kad kalau tak silap, kemudian tetiba budak kaunter tu cakap kredit kad dia cam tak leh dibaca setelah mengambil masa berkali-kali menerai.. Awek ni gelabah dan kata, saya tak cukup cash, boleh hold tak, dia nak keluarkan duit kat ATM. budak kaunter kata ok. tetiba mamat depan saya kecoh lebey.. dah awek tu pegi dia meloratkan diri dia, dia cakap "dah tau nak beli barang, prepare la cash, melambatkan orang je," wahhhhh koooo.. budak kaunter tu tak kata apa.. ko lak menyound orang.. sebagai wirawati terulung negara, saya amat tidak berpuas hati.. hahaha people who knowing me, tau saya akan membalas sekiranya saya tidak berpuas hati.
kata saya "Dik, kita tak tau trauma orang dik, entah-entah dia pernah kena ragut ke, pernah kehilangan wang yang banyak ke, atau ahli keluarga pernah kena rompak ke? trauma tau nak bawa cash banyak-banyak dalam tangan, saya sendiri pun tak bawah cash banyak-banyak, kemudahan kredit kad ada, debit kad ada, gunalah, tanpa perlu bawa cash banyak-banyak" amek ko.. diam mamat tu, muka tak puas hati.. yang awek-awek belakang saya siap tepuk tangan cakap "suke..suke..suke..." wahh tetiba lak ada pompom girl. lagi semangat ni.
Mamat tu sound lagi, tak la..at least, dia dah tau nak beli barang ATM depan tu je, keluarkan la dulu. wahhh akak malas memanjangkan cerita, saya cakap "Kalau saya guna je kemudahan tanpa tunai ni, tolak terus dari akaun kita, kalau guan kredit kad pun tak payah, hujung bulan laki bayarkan" wahhh kekwat sekalik.. tak der maknanya laki meks nak bayar hutang kredit kad meks...sendiri bayar la... tapi saya berbelanja berhemah, hutang kredit kad saya, masih tahap kena bayar minima RM50 je sebulan.. hiks.. Koser hutang kredit kad banyak-banyak, buat dok bayar interest je.
Entah la.. saya tak tau kekadang jangan buat penilaian terburu ke atas orang, kalau tengok orang bawa keter dok lane kiri slow, jangan buat andaian dia menyusahkan, kita tak tau mungkin dia pernah accident, dan baru belajar nak pulihkan trauma memandu kereta, atau dia ada baby kecil tengah tido dan dia nak protect anak kecil dia dengan memanda secara berhemah.
oklah dari cerita alesya, masuk roti nan, sampai jadi wirawati.. cara marba sungguh.
12 Komen:
dah la tgh lapaq, pi letak gambaq makannan plak.. hadoiii...
roti nan kat medan selera P16 pon sedap..huhu
roti nan kat medan selera P16 pon sedap..huhu
-asiew-
owh..sungguh menyampah dengan LELAKI yang tak berhati simpati terhadap situasi org lain, nak nak kat owang pompuan...
hujan2 ni kena roti nan panas2...adeehhh...mendidih dah perut ni!!!
baru perasan,anak dara ni kalau posing mesti senyum2 ja..tak penah nampak gigi pun.
Suka citer Pnut jd wirawati.. Betul tu Pnut, x boleh cpt jump 2 e conclusion, kita x tau apa yg org rasai n lalui..:)
kyati pun suka kuah ada kacang kuda. Bestnya. Bukan semua kedai mamak buat kuah macam gitu kan?
kak.. kitorg pun suka makan kat sini..
saya pon prefer debit card kak..
Roti Nan Garlic...pergh...
Itu jantan..kalo dia yg kono mcm tu..boo kan ajer..tak gentleman langsung..dio tu kena baca blog Uncle Lee lah..belajar jadi gentleman
Berhemah sungguh PNut menembak mamat tu berdas-das.. kalau saya, saya sound cenggini ni "Kalau rasa lambat sangat, pergi la kaunter lain".
Kak Pnut, saya baca pasal roti nan ni dh buat terliur2 kak..x nyempat mlm td gak ajak hubby terjah pi mamam...
mmg best..terbaekkkk! roti sodap, kuah sodap, tandori pun sodap! tq for ur info la..kalu tak x tau pun ada roti nan sodap camtu kat Pjaya nih..
Post a Comment