Monday, December 27, 2010

tak der mood..


Hari tak der mood sedunia. Sebabnya

1. Kable kamera lingkup
2. card reader pun lingkup

jadi pic berkepuk dalam kamera tak boleh transfer, kot kamera ada bluetooth kan sonang, kaput..kaput.. Jadi gambar cuti-cuti Malaysia tak dapat upload.

3. Line 3G pun kaput, semput dan kedekut, berukband hanay beroperasi denagn celcom edge, which is very the lembab nak mampos.. sangat keji.

4. Hari pertama masuk kerja setelah 10 hari bersenang lenang, pegi kenduri kawen, makan nasi kenduri.. pegi berjalan cuti-cuti ke Penang, pegi Perlis, pastu Perak. sangat senang hati, hari dah masuk kerja, sedangkan pakcik gebu masih bercuti hingga tahun baru..cisss tak adil..

5. Duit dah boliauuuuu.. erkkk bulan 1 berapa haribulan gaji? wa punya duit sudah dicairkan dengan sungguh melampau kat Penang itu hari..

6. My emak mertua kembali stay rumah kami, no saya tak kisah dengan emak mertua, no problem, sebab besar pahala jaga orang tua ni, tapi wa pening dengan bibik yang ditugaskan menjaga dan mengikut emak mertua ni, peelnya aduhai... boleh jantungan gue. Sabar je la demi ibu mertuaku.. Yang penting ada orang full time akan bantu kami jaga emak mertua.

Percayalah cakap saya, the bibiks ni tak boleh bagi muka, seriusssss pengalaman saya dalam arena 'pembibikan' ni, baik cemana sekali pun bibik tu, please put seketul, rasa 'aku majikan, ko pekerja' never la nak baik sangat, nanti kelak, ko merana sendiri. dan pada korang, kalau ada bibik jaja cerita majikan, gitu gini, pleasseee tolong jangan percaya, diaorang ni part menjadi talam keladi, talam ubi, talam ubi kayu, dan segala jenis talam memang hebat.

Oklah daripada tak der mood tadi, sebut bab bibik terus mood jin marah mariiii. Kekadang saya terfikir, apakah sengal beno bibik2 ni, benda-benda remeh common sense seciput pun diaorang tak boleh berfikir? contohnya :-

1. Kalau basuh kain baju, jangan la campur baju berwarna putih/cerah/lembut dengan baju berwarna kehitaman, coklat pekat. tak banyak sikit sure baju warna lembut dan cerah tadi akan bertukar kaler. Dah banyak gaun Alesya bertukar kaler, baju kerja laki meks pun dari warna cream jadi kebiruan, wah megik.. bila ditanya, sumpahlah tak mengaku. _)(*&^%(*(&^*%^%$%$^

2. Suruh keluarkan ikan dari peti beku, nanti nak gorengkan. Lepas solat isya' tengok ikannya belum goreng, sikit lagi laki nak makan neh, bila ditanya apsal belum goreng, "ibukan belum cakap goreng sekarang apa nanti" huwaa abeh tu nak tunggu dah hadap meja makan baru nak goreng ikan ke? ke ingat nak buat makan sarapan pagi esok. udahlah pakcik gebu ai manja, panas-panas tak suka. aduhh

3. Sudah pesan ni, "bibik nanti lepas solat zuhur, kita nak keluar, bibik siapkan barang adik, dan bibik pun cepat siap tau" (for tak kenal pakcik gebu, dia pantang nenek moyang tujuh keturunan, kalau kata nak keluar tapi terhegeh-hegeh baru nak siap, kami kena bersiap dan tunggu dia tak per, jangan dia bersiap dan tunggu kami, boleh terbalik dunia jin jahat dia mengamuk)

But my bibik, selamba tenuk lepas solat zuhur tu la dia baru nak siapkan bekas susu adik, beg adik, malah paling tahap tenuk, masa tu juga baru nak pakaikan adik baju, atau mandikan adik. sudah tu, pakcik gebu dah ketuk-ketuk stereng, makan jin jahat saya pulak ditiupkan. dah kelam kabut tu, kang sikat adik tertinggal, bekas air adik tertinggal, malah masa kami nak pegi sabah, terpaksa berpatah balik, sebab botol susu cik kak tu tertinggal. mujur belum masuk highway, padahnya selesai je check in kami berjogging ke flight.

Masa kami kat Kedah baru, ni nak jalan ke Penang, kami semua dah siap mandi, pakai baju, member baru terkedek-kedek ambil tuala pegi mandi, pastu kelam kabut sendiri, wa taktau dari awal apa dia kelebek.

4. Kasut Alesya selipar yang pakai hari-hari, masuk kereta, masukkan dalam poket belakang seat (macam poket kanggaro tu) walhal dalam tu ada buku cerita abang, exercise KUMON abang, mujur saya tak letak surah Yassin kat situ, huwaaa kamon la.. selipar tu letaknya kat kaki, pijak tah hapa, kejadahnya letak dalam poket tu, benda kecik kan? tu pun tak leh nak fikir.

5. The bibiks ni tak kira baik cemana, lurus bendul cemana, ko akan hairan tetiba ada je benda makan yang kita tak beli berada dalam rumah, terbaru kes kami, ikan sardin dua ekor digoreng dan dihidangkan pada kami, dah abeh makan baru terfikir, ehhh bila masa pulak aku beli ikan sardin ni? bial ditanya, rupanya kata bibik sebelah tadi minta tolong gorengkan, minyak masak kat rumah abeh, jadi dia tak lalu makan ikan rebus, di'titip' 2 ekor untuk digoreng, tetiba majikan balik bawa minyak, kantoi disitu, terus kata tak payah bagi, terus 'bagi' kat kami. huhu banyak cantik, so saya beli semula ikan sardin dan gantikan balik 2 ekor yang kami dah makan.

Erkkk cerita kesengalan bibik ni sampai bila pun tak abeh... huhu tak sabo tunggu Alesya umur 5 tahun, and after that, no more bibik la.. biarlah kami hidup aman damai tanpa bibik.

10 Komen:

tengkuyu on 11:57 AM said...

pnut...faham...saya lagilah..bibik tukar ganti..mesti orang ingat majikan yang bermasalah kan..tapi hakikatnyer...bibik ni yang tak tahu diuntung....tahlah...karier women macam nilah kan..

zareda said...

nasib baik I tak de bibik sebab i lah bibik kat rumah tu.. hahhaha

Aini Razali@ Ainor on 3:10 PM said...

sabar ye kak pnut..
saya tak mampu lg. kalo mampu pun mau fikirin 100 kali nak amik maid. selagi terdaya buat lah sorang2... ade maid payah takde privasi...

ieda on 3:33 PM said...

tau la pnut pasai pa tak dak mood....pasai yg no 4 tu kan?esp part yg pakcik gebu dok cuti lagi tu...
pnut baru rasa ka?saya almost tiap2 hari macam tu.pepagi kalut nak pi kerja.cik abang sorang tu boleh lepak2 lg dalam bilik..almaklum sendiri kuli sendiri bos..sakit jiwa tengok.
bukan apa..jelesss....

Hayati on 8:14 PM said...

bagus pnut. kak yati dah tak ada maid masa Aiman umur 9 tahun. lega.

Azwani Shaari on 8:35 PM said...

betul3.. nape la bibik2 ni xtau di untung, dpt majikan melayu (mostly lemah lembut n bagus) tp depa xmau keja sungguh2, dpt majikan cina kang baru tau langit tinggi ke rendah. sama la mcm maid kat umah mak ni, lipat baju boleh sampai 3-4jam, baju kami lakibini pi campur ngn baju baby, siap x ngaku lak tu, padahal saya bukak tgk kat washing machine.hohohoh, mcm2 perangai depa kalo nak citer...

rasa2nya esok kalo dah serumah ngn husband, nak cr weekend helper je la kot...

Pnut on 8:11 AM said...

Tengkuyu-betul tu.. setuju bebenooo..

Zar-Pnut ni kalau tak kenangkan buat bisnes kek, dan Alesya tu masih kecil, mmg tak nak dah bibik, buat masa ni memang keperluan.

Aini-ada bibik memang mudah dan senang kerja kita, tapi serabut kepala otak..ehehehe

Ieda-saya lagilah kerjanya "saya yang menurut perintah"

Kak Yati-kami tunggu Alesya beso sikit, pandai berdikari, so mmg no more bibik, part time helper je kot diperlukan

Wani-Anak sorang tak yah berbibik lagi, tak berbaloi.. sebab kang keja dia bukan banyak mana, tengok citer Indon je nanti... percayalah..

- GC - on 2:43 PM said...

bibik tu sengal pasal dia dok sana dlu mana besa buat keja2 cmni. org kampung yg lagi hulu dr kita kot. haha

Dairi Hati on 12:48 AM said...

baca cerita k.pnut mmg tak mau maid w/pun, mak ai, penatnya nguruskan dua orang anak. (baru 2.. hehe)

so, kena rancang jrk2 sikit.. takut tak terbela dan terjaga.. umminya pun tak tension

Anonymous said...

maid ni kalau dilayan boleh cepat sakit dada, sakit jantung segala... dan boleh cepat naik keduttt...tapi sekarang katanya amaaat susah nak dpt maid tu yg terpaksa reda je sbb kenangkan anak-anak dan baby kat rumah

cm

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino