Haiiii...
Ni pic adik kat kenduri mak long ayu.. sepupu mama yang kawen kat kampung asal mak tok adik, belah-belah Penaga sana. Seronok adik pegi kenduri kawen orang kampung, meriah sungguh, jauh beza dengan kenduri-kenduri kat KL yang adik pegi, kendurinya hari Sabtu, tapi dari hari Jumaat, sanak saudara dan orang kampung ramai berkumpul. Meriah, mereka dirikan khemah, malamnya kaum lelaki potong bawang dan esok paginya mereka memasak, orang pompuan tak der keja banyak, leh la bergossip..
Kalau kat tempat mak tok adik tinggal sekarang, kat Sungai Layar, Sungai Petani, orang perempuan yang potong memotong dan masak memasak... adik seronok sangat...
Adik nak citer pengalaman pertama adik pegi jalan-jalan ke Penang, dan naik feri, tapi cable mama nak transfer gambar pulak rosak.. kena tunggu mama beli cable baru baru leh transfer gambar.
Sekarang adik kat Grik, rumah Ucu, adik babah, asalnya kitaorang nak check in kat Tasik Raban Resort, tapi babah adik ni asyik tak confirm bila nak balik ke Perak, so mama tak book, kira gamble walk in, dan padan muka kami kerana semua bilik full. Maka kitaorg terus ke Grik, kat Grik, ucu adik ada homestay, so kitaorg stay kat homestay ucu adik la.. kejap lagi Anis, sepupu adik, anak ucu sampai, leh kitaorang main-main...
Oklah..byeeee... adik nak mamam nasi goreng..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Komen:
adik
suruh mama beli card reader aje ok..
Auntie Zar-actually card reader mama pun dah lama kiok.... ehehehe
sungguh comel la adik jd princess kat kerusi besar tu
cantik adik.. mulus kulitnya... senada ngan kusi tinggi tu...
achik nak tunggu coretan dari mama adik lak...
Post a Comment