Thursday, November 04, 2010

Kepada Mak Cik itu..


Sebenarnya ini entry nak semalam tapi dah sebok nak bizibody citer pasai filem kekdahnya..
Ok ni entry kecewa merana, khas buat makcik tepung bungkus.
Makcik, ini luahan khas buat makcik..

Adakah ini tepung bungkus seperti diharapkan.. Saya tak tau jenis tepung bungkus begini dari negeri atau daerah mana? ada sesapa boleh sahkan?



Sebab kat tempat saya tepung bungkus lagu ni.. (kak liza, pinjam gambar nooo) terlioq haku nengok gambaq ni...


Dulu masa mengandungkan Alesya, saya teringin sangat nak makan tepung bungkus ni, merata cari kat pasar malam nan ado.. soo bila habaq nak balik kampung, teruihhh cik lela order tepung bungkus Maha sedap...dekat Mak Cik Prety Zinta. (sori la bukan nama sebenar) hakikatnya gue tak tau kat mana makcik lela tempah

Ni balik kampung masa time mengandung, Cik Lela siap suruh Pak Ngah ke Pak Lang saya tah, mengail ikan sepat/puyu, nak masak ni, gilaaa orang mengandung katakan, layanan harus first class gituk. Over tau. Terpaksa google pic sendiri kat google, dan jumpa pic ni je uhuhu.. menggiur dan memberahikan tepung bungkus ni kan??



Jadi atas dasar itu, saya declare saya sangat kecewa dengan tepung bungkus makcik ni jual.. kecewa merana, macam nak masuk dalam batu belah batu bertangkup je rasanya.. sob..sob... cube makcik imejin kalau saya tengah mengandung, tak ker kempunan saya makcik?? *kesat hujung lengan baju..

So saya nak tulis surat khas buat Mak CIk Tepung Bungkus (MCTB)

Kehadapan Mak CIk Tepung Bungkus.

Makcik saya tak tau nama,
Pada hari Selasa bersamaan 2 November Rain saya pegi ke Pasar Tani Putrajaya, dah la parking jauh, pastu kena berjalan bertarung nyawa untuk melintas jalan kerana kereta lalu lalang feeling depa memandu di litar F1 rasanya. Ok selesai saya berjalan dengan kelajuan 5km/sejam, dan dengan ayunan gegaran 0.00015 scala rithcher, akhirnya saya sampai ke destinasi yang dituju. Berjalan tawaflah saya keliling paso tani yang dipindah ke tapak lain kerana kerja-kerja mamasang perkakasan untuk Karnival Usahawan dibuat di tapak asal Pasar tani. Tapi tidak mengapa, demi nak membantu usahawan pasar tani saya gagah meredah lalu beronak duri demi mencari laksa, taufu faa dan aneka juadah lain kegemaran suami dan anak-anak saya.

Makcik menawan,
Sile sabar, itu baru pengenalan makcik.. Mukadimah, atau orang kampung saya sebut introduction. Makcik tak payah le tengok kamus, saya dah bagi perkataan seertinya sekali dah tu. Apa?? mak cik ada kamus bistari jenama BESTA ada sign Dr. Fazley tak . ok makcik, setelah saya menghayun kaki ke sana sini, terjumpalah saya dengan gerai makcik yang menjual kuih-kuih yang menurut terprint kat kertas size A4 tu makcik jual pulut panggang (org kampung saya panggil sticky rice prawn=pulut udang daa), pastu ada jual tepung pelita, ada kuih ketayap, dan kuih aneka lepat dan kuih lain saya tak ingat. Memori slow makcik, banyak makan kepala ikan. Ok saya nampak ada tepung bungkus, maka saya tanya makcik, berapa harga kuih? Makcik memang seorang tipikal makcik berniaga kuih-kuihan..

Makcik yang saya hormati,
Tau kenapa saya bilang makcik tipikal makcik jual kuih? asal tanya je berapa harga kuih, kenapa mesti menyebut, satu 40sen, 5 dua ringgit? perlu ke makcik? saya tau la.., saya memang tak pandai matematik, tapi plisss makcik.. plisss.. sebusuk-busuk ilmu maths saya, saya tau kalau seketoi 40sen, dah tentu-tentu 5 biji 2 ringgit, fakta makcik..fakta.. lainlah makcik kata, seketui 40sen, amek 5 ketui, jadi RM1.80 ke.. atau amek 5 ketoi, percuma seketoi ka.. takat nak habaq, satu 40sen, 5 dua ringgit, tak yah la makcik ek. Cemuih dengo.

Makcik yang seksi,
kini kita memasuki fasa-fasa tujuan kenapa saya tulis surat ni. Ok tujuan saya menulis surat ini tidak lain tidak bukan ialah kerana.. saya ingin memprotes kuih tepung bungkus jualan makcik tu.. huwaaa naper makcik jual kuih tepung bungkus versi macam inti lepat pisang je? makcik. Makcik guna multitasking inti ek, buat lepat, pastu inti dia leh guna buat tepung bungkus gak ek? Wahhhh bagus teori makcik. Saya tak tau le makcik asal dari negeri mana yang mengishtihar tepung bungkus mesti begitu rupanya. Saya tak salahkan makcik, saya salahkan faktor persekitaran makcik sehingga mendorong makcik menghasilkan tepung bungkus sebegitu rupa. Kalau kat tempat saya, bukan takat tepung tu je kena bungkus, dengan gerai-gerai makcik pun kena bungkus, kalau itu ropanya makcik jual.

Makcik yang jelita,
Apalah nasib makcik, dapat pembeli yang ada blog cam saya, dan tak pasal-pasal fokus perbincangan kita hari ini ialah MCTB. Uhuks,. saya maafkan pulut panggang makcik yang sedikit terbako dan keras, sebab itu bukan motif saya beli kuih dari kedai makcik.. bukan, motif utama saya ialah kuih tepung bungkus, tepung bungkus makcik..tepung bungkus, atau orang kampung saya sebut 'flour wrapping"

Makcik yang cute...
Maafkan saya atas entry ini.. Saya mohonlah agar makcik dapat baiki skill tepung bungkus makcik, rasanya dah sedap dah, tepung tu sedang elok lemak, manis dan masinnya lembik2 pun secukup rasa.. tapi why makcik... whhyy.. whhyy tell me why??? Kenapa mesti inti dia kelapa putih begitu, bukan inti kelapa kaler hitam, dan dibancuh dengan sedikit tepung gandum, dibentuk bulat, dan di letak dalam tepung bungkus tu? Cube makcik beli penjelasan saintifik sedikit, agar makcik nampak hebat dikalangan peniaga pasar malam??

Makcik, sekianlah dulu untuk makluman makcik.

Jangan tersinggung ye makcik.

Sekian dari saya,

Pnut
Peminat tepung bungkus

19 Komen:

Amyz! on 11:01 AM said...

erk. tgk gambar pun aje dah hilang selera.

dulu masa gi pasar ramadhan nak beli lepat pisang pun sama gak. dah la lembik. tak padat pula tu. haih. frust sgt.

jadi saya amat memahami kekecewaan saudari. huhu.

Kak Lia on 11:12 AM said...

kehadapan macik tepung bungkus yg jelita....

saya pun nk tumpang semangkok dua yg 3 tingkat itu...

adapun...tepung bungkus juita yang saya telah pelajari dan telah saya praktikkan...tidaklah sebegitu rupa....memang juita la macik....

mungkinkah macik telah kehabisan gula merah ataupun memang macik malas untuk menggentel inti2 itu menjadi bebola lalu disalut dgn tepung pulut cam kuih koci...(ye....kak pnut...saya belajaq lagu ni...) setelah digentel..maka balut dan bungkuslah itu inti dengan tepung yg sudah dimasak separa masak....adakah kau paham pnut....hahaha

MCTB ....saya sangat kecuq ayaq lioq tau tgk gambaq pnut tepek ngn gulai ikan puyu tu....mana cek nk hambat ikan puyu lagi skang ni...bendang cek kt selangoq tu pun cek tak tau ada lagi ke idak ikannya....huuuu

pnut...hang saja tau....bagi akak nk cari batu belah batu betangkup....

MAK NENG!!!!!!! tolonggggggg!!!!!!

ManjaIxora on 11:14 AM said...

aduh kak pnut.. sakit perut saya menahan gelak.. dahlah kat opis nih ada bos.. huhuhu

Siti Noor Aminah on 11:21 AM said...

kalo suh mak buat, dia boh inti nyok gula merah tu bulat2 besaqqq.. puas hati makan.. yg tepung putih2 tu tak makan sgt, bagi mak ja makan. hahaha.

mim said...

keh3x, apa lawak yg ko buat ni...mintk izin foward kat kawan2 entry ni...

cik puan daun on 11:31 AM said...

Nak Pnut yang Makcik Hormati,

Disebabkan harga minyak naik dan kos logistik untuk membawa gula merah daripada Melaka naik juga. Atas sebab itulah tepung bungkus makcik jadi pucat. Jika makcik guna gula merah, mungkin harganya terpaksa jadi sebiji 50 sen, 4 biji dua ringgit.

Harap Nak Pnut memahami.

Yang Menjual.
Makcik

Pnut on 12:43 PM said...

Amyz-sangat kecewa kan kalo beli benda yang tak tedap?? menciikkk betul..

Lia-jom la sesama kita masuk ke batu belah batu bertangkup..

ManjaIxora-eheheh ajaklah bos gelak sekalik..

Melah-ni apa citer best-best bagi orang terlioq??? kami makan semua, putih hitam tibai..

Mim-ye fwd la...jgn tak fwd

Makcik jual-oo makcik pakai ron97 ek..kayoo makcik..

Tia on 1:13 PM said...

wakakakaka...... lawak sei.
just kerana tepung bingkus tak menepati piawaian SIRIM...

erma on 1:16 PM said...

hahahah..lawak la kak pnut oii...

hidayah a.k.a mama hiro said...

k.pnut, tepung bungkus tu antara mkanan tradisional org kelate, sy pun mmg peminat kuih ni, dulu2 masa kecik2, mak sy selalu gak buat.

*Mami Damia Aisyah* on 1:51 PM said...

kak pnut ni kelaka sangat2.. nak pengsan sy baca surat akak..
betul karnivel ni nyusah kan sy nak g pasar yang biasanya depan opis ni je.. tetiba jadi amat jauh.. maka sy tak pergi la..

ZuNas77 on 2:29 PM said...

hahaha...skali kang makcik tepung bungkus leave comment kat sini pengsan masing2..

kak, teringat tepung bungkus arwah mak. sama dgn gambar akak googled tu. arwah abah org kedah. so mak sedaya upaya ikut segala neka masakan org kedah. hehee

Dona on 2:58 PM said...

So far memang saya tak rasa lagi tepung bungkus yang sedap luar dari kawasan utara. Pulut panggang pun sama. Ini sama macam kes saya beli apom teloq kat Kampung Baru lah ni. Tak seperti apom teloq Taman Sa'don (Taman Tun Sardon, Penang). Kuciwa!

Zareda Norman on 5:52 PM said...

alahai sendu tengok tepung bungkus tu.. tak pe pinut zar balik kg zar cari tepung bungkus dan zar makan bagi pihak pinut,... kui kui kui... :)

Anonymous said...

salam perkenalan..

kak pnut kalau nk mkn tepung bungkus sedap ada jual kat pasar malam bangi lama...ada satu gerai yg jual mcm2 jenis tepung talam,talam suji,serimuka ,talam keladi,talam ubi kayu n mcm2 lagi la kuih talam yg dia jual..tp dia jugk ada jual tepung bungkus yg super sedap hehe tp tatau la sekrg ni ada lagi ke sbb dh lama tak pegi pasar malam tu .

ieda on 5:10 PM said...

pnut...mak dia ajaq buat macam tu kot...kat sini ada sorg makcik yg mmg powerlah tepung bungkus dia.dulu2 mak saya pun pandai buat jg...sy suka yg putih tu...lemak2...masin2 sikit...mmmm.....malangnya anak mak saya tu tak pandai buat...pandai makan saja..

Pnut on 12:25 PM said...

Big Momma-memang betoi..tak menepati piawaian langsung-frust

Erma-:-)

Deira-semalam pegi juga pasar tani walau cuti, tapi nak lalu depan gerai makcik tu, phobia..eheheh kalau pi, nmpk makcik jual tepung bungkus, lepat, pulut udang, cakap dia, ada org kirim salam..ehhehe

Zue-ya, akak nak kena practice buat tepung bungkus sendiri la.. geram hasil yang dibeli tak mengancam jiwa langsung

Pnut on 12:27 PM said...

Donna-ya belah utara memang kesedapan melampau tepung bungkus tu..

Zar-tapau bawak balik la kalau berani..hahaa

Pasar malam bangi lama tang area mana ek? kat pekan dia ka?

Ieda-tulung habaq mai tang mana tu??? kami balik nak beli makan sampai kenyang.geram ni

Anonymous said...

pasar malam kat area pekan...setiap khamis kak pnut..kakak yg jual tu pun org kedah jugak...hmmm kat gerai dia ada jgk jual laksa dgn mee kari kalau tak silap..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino