Wednesday, November 03, 2010

Magika tak layak menang? Mamat Khalid protes?


Tadi saya dah tulis entry lain, tetapi sebelum publish, saya merayap berporum kejap, dan tertarik nak share isu ni. Ok, mode serius ok.. Saya dari dulu suka menonton, dan meneliti, jangan tak tau, saya dah apply dan berjaya dalam permohonan untuk belajar di Akademi Seni Kebangsaan dulu, (kini ASWARA) kira saya antara first batch yang kursus penulisan kreatif dijalankan di kampus USM dulu, tetapi ye la masa tu saya masih mentah, belum kuat hujah untuk saya patahkan kenapa saya perlu memilih bidang seni (penulisan skrip filem, dan arahan) untuk dijadikan kerjaya. Orang tua kita mana leh terima, so disebabkan offer tu saya terima serentak denagn tawaran buat degree kat ITM, so mestilah saya tiada pilihan lain.

Ok, kalau tengok industri filem kita memang semak la sekarang, ada orang ada modal, nak baut filem tapi filem cam shiyaalll jek. contohnya Raja Azmi, dan terbaru lelaki berambut kejung yang jual produk kurus tu. pliss la.. buang duit la pakcik rambut kejung.

Ok saya tertarik bila baca wartawan tulis, Mamat Khalid nak pulangkan trofi. Mungkin orang lain baca dan dan kata Mamat Khalid sentap, tapi saya tak, saya fikir ada logik dan rasionalnya dia buat begitu, cuma saya tak tau tak ulas cemana dan kenapa saya sokong dia buat begitu. Nahhh masa saya tengok porum tadi, saya terbaca posting yang dibuat rakan forum, iaitu SOKMOGITU. Dan saya sangat setuju... erkk klik dan baca semua, saya paste satu persatu.

Saya pernah juga terbaca pada tahun 2007 dulu isu penggiat filem Indonesia pulangkan trofi beramai-ramai, tanda protes, dan ini membuatkan penganjur lebih teliti di masa akan datang, juri jangan tangkap muat saja.

Mereka ada hujah mereka sendiri

Dan inilah yang saya setuju banget dengan mamat yang posting ni..

This is the point..



Itulah saya pernah tulis dulu kan? Indonesia, Iran, malah India, mereka bukan negara maju, tetapi filem mereka berkualiti, sampai filem boleh dieksport keluar sebagai satu hasil negara. Industri filem. Erkk kat Malaysia, layakkah kita sebut bidang filem sebagai satu industri? Kenapa filem Indonesia, Iran dan India berjaya, mereka guan satu bahasa macam Indonesia, bahasa mereka ialah bahasa Indonesia, kaum cina ke India ke, tetap cakap satu Bahasa, nama pun nama Indonesia, nasionalisme mereka kuat. (tu sebab asek nak gaduh pon) kita ada 3 kaum dan 3 bahasa. ok fine hak kaum masing-masing, terkandung dalam perlembagaan. Tetapi dengan konsep satu bahasa inilah Indonesia berjaya dalam bidang muzik dan filem, kerana tak kira bangsa apa pun depa hanya ada satu bahasa mereka amalkan, so lagu mereka boleh didengari oleh semua kaum, dan filem mereka ditonton semua kaum.

So balik pada isu FFM baru ni, Magika mungkin bagus, tetapi untuk aspek mendapat filem terbaik adakah Magika layak? untuk dapatkan filem terbaik, bukan sekadar jalan cerita je kena best, semua aspek kena ambil kira, dari segi lakonan pelakon, dair segi props, dari segi jalan cerita, sinematografi, suntingan, dll. Semua kriteria itu terdapat tak dalam filem Magika? mungkin dari aspek tekonologi dan kualiti Magika bagus, tapi adakah pelakon dia semua cukup bagus untuk dia bawa pulang trofi Filem terbaik. Original tak jalan cerita dia?

Kalau kita tengok, kenapa Slumdog Millionare menang banyak award di OSCAR? sebab inilah, pelakon dia bagus, walaupun pelakon dia tak tercalon untuk pelakon terbaik. tetapi keseluruhan pelakon dalam filem tu strong dan mampu membuatkan filem itu jadi baik, hatta budak-budak kecik yang tidak pernah sekalipun berlakon filem. anak-anak jalanan dirumah setinggan, malahan penduduk setinggan sekitar latar filem itu menjadikan filem tu strong. OH saya sangat sukakan Slumdog Millionare. Begitu juga filem Indonesia, Laskar Pelangi. Semua character dalam filem itu kuat dan menjadikan setiap satu watak tu connect to each other.

Kira dalam istilah sains, Symbiosis. Saling memerlukan. manusia perlu pokok untuk bekalkan okgisen, tumbuhan juga diperlukan haiwan untuk makanan. Cacing menyuburkan tanah, dan cacing adalah makanan haiwan lain. Gitulah saling bergantungan. Ayam kampung patuk cacing dan ulat buat makanan dia, kita pulak nanti sembelik ayam untuk makanan kita, masak rendang, kita perlukan lengkus, halia, kunyit, itu tumbuh-tumbuhan. Semua ni melengkapi satu kitaran kehidupan, begitulah dalam filem.

Kenapa semua filem arwah Yasmin Ahmad saya suka dan saya rasa bagus, sebab faktor character yang Yasmin Ahmad bangunkan. dia tak sia-sia setiap ruang, setiap pelakon dalam filem dia, walaupun picisan, dia tetap 'strong'kan kewujudan mereka. Dalam Sepet, watak tempelan seperti watak ceti along mai kutip hutang pun kita rasa penting. Dalam Muhsin, watak abang Muhsin yang liar diberi lakonan yang baik, ya dan satu lagi Khabir Bhatia, buat filem CINTA, camner setiap character tu mempunya kekuatan mereka tersendiri.Gila superb beb. Gua tabik. Dan saya nampak dalam citer / filem Mamat Khalid benda tu wujud, kalau tengok drama-drama dia macam Jam 2 ptg, Mohd Noor Khusairi, Hari Raya Abdullah Rafie, dan filem dia Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, semua character yang di create ada peranan dan membuatkan kita tertunggu.

Erkkk penatlah taip, kalau saya tamatkan je entry ni macam ni aci dak? boleh la ek... malas nak taip lagi. boleh gitu? pasrah je la korang ek..

10 Komen:

Kak Rose on 11:42 AM said...

Kalau benarlah ada unsur bawah meja tu... kemanakan arah filem kita? tu pasal x ramai nak tengok filem tempatan... except P Ramllee n Yasmin's, I guess. sometimes its insult our intelligence!

aNiS tHe BumbleBee on 11:43 AM said...

hum,anis ada gak baca.memang patut tak puas hati sebab magika xmelambangkan identiti Malaysia.filem2 kita terlampau lemah.segan nk tnjuk identiti sndiri.sibuk nk ikut budaya org lain.sbb tu penonton beralih pulak pada filem negara lain.sinetron pon layan.citer korea,jepun,hindi,philipine,sume layan.sebab apa?sbb cita melayu BORING!

eh,terlebih komen lak.lastly nk bgtau gak,slumdog mmg best ever.20kali tgk pon layan.budak2 tu mmg terel berlakon.langsung mcm xbaca skrip.

Anonymous said...

In the first place, berapa ramai yg pernah tonton cerita Estet untuk mengatakan Mamat Khalid layak untuk menang? *sigh*

Pnut on 12:18 PM said...

Kak Rose-part tu tak tau le..saya pun paste orang punya kenyataan, not mine, tapi tak mustahil kan?

Anis-betul, kita susah nak tengok filem berkualiti di panggung, setahun byk filem keluar, tapi yang kita boleh layan berapa je.

Anon-eh, tak der sebut estet patut menang kan?? cube baca balik? saya cuma pertikaikan, layak ke Magika menang kerana banyak kelemahan para pelakon dia. untuk jadi filem terbaik, semua faktor kena ambil kita, dunno, maybe juri ada sistem pemarkahan mereka, dan melalui sistem/kriteria yang mereka gariskan, Magika layaklah untuk menang. dan atas dasar itu, ramai penggiat filem pertikaikan keputusan juri, bukan pertikaikan filem itu sendiri.

Kak Lia on 2:21 PM said...

ari tu dah bace gak paper psl ni...memang ramai tk puas hati....mamat khalid berhak meluahkan perasaan dia...memang magika tu tk layak (walaupun akak tk pnh tengok wayang....hahaha)

Kak Lia on 2:27 PM said...

akak suka cite man laksa....smpi skang masih leh kite sbut dialog2 nye...cam citer P ramlee...kan....

"K Kasnan dan anak2nya!!!" :p
hahaha..suka...best..

Unknown on 2:55 PM said...

Hummm, dedua tak tengok so, tak tau nak komen apa. Apapun pokcik kejung punya filem totap tak best walau tak tengok lagi. Hahahaha..publisiti melampau-lampau. siap tangguh2 lagi konon tak dpt cop panggung serentak. buat orang bosan jer..

mana aci akak stop komen macam tu. tu kalau buat filem boleh kena bakar panggung tu...hahahaha

jamie on 3:49 PM said...

sebut pasai zombie kampung pisang...i like giler best! bukan sbb kg pisang tu dok dlm daerah Batu Gajah, Perak (kg aye tu)tapi sbb cite dia mmg best, sapa2 pun boleh 'telan'...paling best loghat perak tu tak tahan dengonya. KOKAK OTAK maksudnya gigit otak daaa. lama tak guna kat kl ni. kpd kak pnut, tahun depan akak patut jadi juri awam yg tetap utk FFI.

Siti Noor Aminah on 5:29 PM said...

cite slumdog dgn karya yasmin ahmad memang terbaek!

Kauthar on 8:54 AM said...

sangat setuju dengan pendapat akak..kalau sorang je pelakon bagus dan overshadow pelakon yang lain, takkan mampu untuk menghidupkan sesebuah filem/drama..kekuatan pada setiap pelakon sangat penting kan?

layak sangat kalau Mamat Khalid rasa kecewa, sebab hasil kerja beliau sangat bagus..saya dan keluarga suka menonton semua filem dan drama arahan beliau..dalam kelucuan ada kritikan sosial yang cuba disampaikan secara tersirat..

walaupun tak mengikuti sangat perkembangan filem tanahair tapi kecewa dengan keputusan FFM..especially pelakon wanita terbaik, Lisa..Lisa 'mungkin' bagus tapi belum layak untuk mendapat anugerah sebesar tu :( (apatah lagi setelah menonton lakonannya dalam LBS)

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino