Monday, November 01, 2010

Big boy dah..


yeay-yeay... dah dapat..dah dapat..sukeee...

ok tamat. citer lain. tah hapa, gimik murahan tunggu la nanti orang cerita.

Semalam pegi majlis doa selamat, ada sedara nak pegi haji. Ouls, kita makin kertu, dulu majlis-majlis ni emak-emak je pegi. sekarang giliran kita-kita pulak pegi. Sepatutnya si abang ikut sekali sebab memang latihan dan training buat dia, kena ikut pegi majlis tahlil, baca yassin ni, dari budak kena biasakan, esok dah beso tak yah kena paksa-paksa, leceh. DOk pesan kat dia, kena pegi, kena ikut, tu tanggungjawab, kita pegi doakan orang, kita pegi penuhi jemputan orang. Esok-esok abang dah besar, kalau mama dan babah tak der tanggungjawab abang uruskan tahlil, arwah, doa selamat bagai. Penting nak bentuk peribadi anak ni. Mencabar sebenarnya, budak umut 9 tahun apa dia tau pasal majlis tahlil baca yassin bagai, selain dok perap kat rumah main PSP atau PS2. Tapi kena juga.

Tetapi semalam si abang tak dapat ikut sebab dia terlewat bersiap, dan tak sempat nak tunggu, lagipun, ada tanggungjawab lain untuk dia di rumah, jaga bibik dan adik. Bunyi kelakar, tapi tu pun kena ulang kali sebut dan remind, bila mama dan babah takder abang as big boy kena jaga bibik dan adik. Wahhh saja bagi dia cam hebat sikit. Trust me, dia suka di layan as big boy. Tapi if u act like a small kids, emak tiri dia ni pon layan macam budak kecik juga. Oh ya.. this big boy, no more hugs and kiss depan kawan-kawan dia occay, kena tunggu keter gerak jejauh sikit, baru leh kiss-kiss pipi mama. Atau beberapa puluh meter sebelum sampai sekolah, kena minta kiss siap-siap, kalau dak, sorry la member nak kiss depan sekolah, Heyy i am big boy occay, dah sunat la..

How fast time aargh? Masih rasa dok usung dia dalam bakul baby, bawa pegi rumah baby sitter kat Cheras, now next year 10 tahun dah anak bujang saya. Mencabar?? memang sangat, ni masa-masa kritikal untuk bentuk peribadi dia. Harap setiap pesanan kami dia amalkan dan fikir dengan waras. Bila ada ketika ada kawan-kawan dia yang menumpang kereta, tak kira la dari sekolah ke, pegi solat jumaat ke, selamba je bebudak ni turun kereta, blah camtu je. saya ulang kali cakap kat dia, "abang kamu jangan buat perangai macam ni, kalau tumpang kereta sesiapa kena cakap terima kasih, walaupun acik van yang mama dah bayar tu, tak rugi cakap terima kasih" so far memang dia ingat, turun dari van sekolah agama, sering dengar dia cakap tima kasih acik, sebelum tutup pintu van.

Erkk kawan-kawan dia mungkin emak bapak pesan, tapi tak amalkan, sebagai emak tiri yang baik, saya pastikan dia amalkan, pernah sekali kami emergency, tak dapat jemput dia pulang dari kelas KUMON, so teacher dia tolong hantarkan dia balik, balik tu saya tanya cakap time kasih tak bang? dia cakap kata.. pastu saya tanya bibik betul ke? sebab dah pesan bibik tggu depan gate, abang balik (malam masa tu) bibik pun cakap abang cakap tima kasih teacher. still saya check ngan teacher dia (masa call cakap thanks) saya tanya dia cakap thanks tak? maybe teacher dia tak minta, tapi as emak yang cerewet, saya concern la benda-benda macam tu.

Dengan bibik pun, dia nak minta apa-apa, kena ada word, "tolong" kalau saya tak dengar word "tolong" contoh, "bik, buat air bik, abang dahaga" kalau haku dengar camtu, sorry beb.. ko togok je air kosong tu, saya tak bagi bibik buat. kedengaran sombong kan? saya sendiri pun akan sebut, "bik, saya minta tolong bibik kejap, tolong buat ni, tolong buat tu" Now dia biasa sangat, dengan maktok, maksu semua, mesti kedengaran "tolong" dan kemudian mesti terima kasih.

Dia dah biasa keluar dari rumah nak ke sekolah agama/sekolah pagi, dia cakap "bye bibik, tolong jaga adik elok-elok ek, bibik kunci pagar nanti, nanti bibik tolong masak ikan keli ye (fav dia), Assalamulaikum bibik. kekadang rasa kelakar, sebab ye la budak 9 tahun pesan kemain kat bibik dia, tapi itu tanggungjawab dia, kena make sure bibik and adik ok. tapi of course la tukang pesan tu pun nakal ke main kekadang. Ada orang cool dan rileks je besarkan anak-anak, marah pun jarang, tinggi suara pun tak, tapi makcik pnut, huiii pitching hight pitch, level tinggi punya, setaraf ramlah ram. Buat tak betul sikit, mula nak marah, macam diberanakkan bawah sarang tebuan ja.

Malam-malam bagi task kat dia, kena lock pagar, check tingkap dah lock semua ke tak. Harap-harap benda ni by dia umur belasan tahun nanti melekat kuat, tak lupa-lupa atau pura-pura lupa. Membesarkan anak, tak perlukan buku dan teori, erkk maksudnya dalam buku dan teori mungkin boleh jadi panduan, bukan aplikasi, sebab belum tentu cara buku berkesan. Pelajaran paling baik ialah pengalaman.. Hahah si abang kalau ada problem, leh hantar kaunseling sebelah rumah, ada pakar kaunseling, pakar psikologi. tak gitu jiranku? yuran konsultasi adalah percuma.
Abang dan adik-sekadar gambar hiasan...








ni gambar tiada kena mengena dengan entry atau blog ni.. tapi bulih dak sapa-sapa tulung pi habaq kat mamat ni?? stop dreaming bulih dakkk?? rimas betul dia ni, menyemak dalam dunia filem ape hal?? tu rambut tu kasi elok-elok sikit leh tak?? ni dah macam __________________ isi sendiri la tempat kosong, tak sampai hati nak taip.

Pakcik... bulih tak pakcik bisnes lain selain buat filem? kalau pakcik supply rim basikal ke, tayar celup buatan malaysia ke? atau jual ikan pekasam mak cik gayah kampung pokok sena bulih ka? tak pun kalau nak senang pakcik supply rambut palsu kepada pondan-pondan yang lawa-lawa masa depa nak drag tu boleh? Pakcik tau dak, penat Arwah Yasmin Ahmad, Khabir Bhatia, Afdlin Shauki, buat filem-filem best, angkat karya anak Malaysia, pakcik masuk industri hiburan dan pakcik buat lawak yang saya tak leh terima. Saya belum tengok filem pakcik, tapi saya baca ulasan media, aduh kejilah pakcik. Sekian untuk makluman pihak tuan.

12 Komen:

faiz said...

p-nut! aku sokong cara engkau didik anak, memang dari kecik lagi kena ajar. mcm t/jwb lock pagar dll wpun nampak mcm benda kecik tp biler dia dah besar dah ada keluarga org akan tgk. mcm adalah hamba Allah yg aku kenal umur dah 4o thn lbh, bini ada 2 anak pun ramai tp x ada tggjwb. kalau nak tido x pernah nak kunci pintu / tgkp dan sebagainya. wpun dia last masuk umah x pernah check. dah banyak kali they all tido ngan keadaan umah x berkunci. sib baik x ada benda buruk terjadi.

Tijah on 2:33 PM said...

kan? benda2 basic dulu etlis. cam antar pinggan ke dapo. jgn bazir letrik nak bukak sumer lampu. things like dat la. harap2 sok anak2 kito jadi org yg bertanggungjawab. aminn.

(errr...den pun muak tgk muko pakcik tu. apo masaklah eh sebona eh tu kak?)

amrie on 5:23 PM said...

dulu masa skolah dulu... kalau abah ngan mak hantar balik asrama, setakat cium tangan tu memang biasa la... pastuh ntah naper la pulak bapak saya suh cium pipi la pulak... memula tu tertanya lak, apahal la pulak nak kena cium pipi... cium tangan dah la... lagi pulak masa tu saya dah sekolah menengah okay! perlahan je ayah saya cakap, "salah ke nak mintak anak abah cium pipi? masa hidup ni la nak mintak pun"... terus insaf... so sampai sekarang, saya adik beradik baik yg laki mau pun yg pompuan, kalo nak tinggalkan mak abah, mesti cium tangan, pastu pipi... memula segan la jugak.. lama2 dah biasa... cium mak abah sendiri kot... nak segan apasal lak kan... hahaha

ieda on 5:32 PM said...

mmm...patutlah abg ni masa jumpa dulu nampak proper ja...sopan santun..didikan mak tiri yg mmg superb..untung adik ada abg macam ni..

aNiS tHe BumbleBee on 10:55 PM said...

alallaa...bagusnyaa laaa..nk buat menantu buleh dak kak??kekekeke!


laa..yg pakcik tu...hum....awatlaa dia dok cakap besaq sgt..ni sengap dah pulak.dah dapat 40juta dah kot.tapi rupiah laa kan...keh3x!

najmi on 8:27 AM said...

seronok baca apa yg wenco tulis pasal najmi. bagus ler wenco didik dia macam tu lagipun dia anak sulung. aah ler wenco mcm baru jer baca apa yg wenco tulis waktu dia kecik2 dulu then skrg dah besar pun najmi. Hopefully nanti najmi menjadi anak yg baik dan mendengar kata. pasal cium pipi tu maybe baru2 lagi, dulu saya mcm tu waktu sekolah rendah tapi bila naik sekolah menengah ok jer sbb saya sedar peluang macam nak cium pipi mak dan ayah waktu diorg ada jer ler bila nanti depa dah takde tak boleh dah. mungkin wenco boleh terangkan kat najmi macam tu mungkin nanti dia faham.

Pnut on 8:35 AM said...

Faiz-sape org tu?? aku kenal ke?? aku nak speku leh?? eheheh

Tijah-ye la tah hapa je pakcik rambut kejung tu.. don like la...

Amrie-betul tu, masa depa ada la nak kucup dan cium pon, bial dah takder, tak der peluang dah..betul sgt tu...

Ieda-ya saya memang mak tiri punya style..eheheh tak leh lemah lembut, sebab memang kasaq gedegaq...

Anis-belum tayangan lagi. tapi ntah sapa nak pi tgk tah, jangan dia sendiri beli tiket, padahal panggung tak penuh pun..hiks..kes malu..

Najmi-Insya-ALlah, pagi tadi test-test suruh kiss dpn sekolah, ok pulak..eheheh tgk mood dan tengok situasi la..

Kauthar on 9:17 AM said...

Memang kena didik anak dari kecik kan..dari pembacaan saya, najmi memang nampak matang dari budak2 seusia dengan dia..maklumlah didikan mak tiri la katakan..hahahah..lagi satu budak2 selalunya akan tengok perlakuan mak ayah dia..apa yang kita buat itulah yang dia ikut..

p/s: tak tahan dengan pesanan font merah kat bawah tu...sokong 300%

Anonymous said...

Seorang teman pesan rajin2 ucap terima kasih kat sesiapa saja. Oleh kerana dah terbiasa, Mush telah mengucapkan terima kasih pada mesin atm dan mesin bayar parking kereta. 1 day, satu mesin bayar parking kereta telah ucap SAMA-SAMA. Ai nak pengsan Uuuuuuuu...

Nak komen pesanan tu...ha ah lah..dah agak dah pakcik tu lebih sudu dari kuah dan harap saja guruh berdentam dentum hujannya tidak..ni mcm peribahasa baru hasil nukilan ai jer...huhuuuhu

alangkah mosykilnya saya mencari apa kaitan antara ubat kurus dan membuat filem itewwwww...

sitinaminah02 on 3:59 PM said...

nak didik anak ni,bukan keje senang kan. teringat lak masa mak ayah besaqkan kita dulu. cara yg berbeza, tp motif yg sama, nak kita jadi anak yg baik.



dr.rozmey tu bengong! sapa yg pi tengok cite dia tu pun 2x5. haha.hampunsss...

KILA on 9:47 AM said...

Setuju bab rambut pakcik dr tu.. kasi trim leklok sikit. tirai senget kat rumah saya yang saya jahit sendiri tu pun lawa sikit..opss...

Anonymous said...

Thanks :)
--
http://www.miriadafilms.ru/ купить кино
для сайта ceritapnut.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino