Sedih juga bila kita follow dan baca kes depa, saya follow kat forum, dan sampai dah part 3 kesah depa ni. Paling mengejutkan saya ialah sikap ipar duai Rita ni. aduhai, malang sungguh Rita dapat ipar duai macam tu, ape hal masuk campur urusan keluarga adik mereka, kalau ya pun tak suka adik ipar depa (rita) at least hormatilah adik depa yang muka sweet ala kanak-kanak, dan perangai sikit la matang dari kanak-kanak, tapi kalau banding lelaki yang dah ada sorang anak, dan dah buntingkan lagi sekali bini dia sekarang, tak la matang sangat mana pun. Hormati la pilihan adik depa, Aidil pun dah tangguh proses Sulh, dan katanya hubungan dia dan Rita pun dah ok. Tapi akak-akak Aidil ni kecoh kat FB depa dok kutuk Rita kiri kanan, saya yang takder kena mengena dalam urusan rumah tangga depa pun rasa itu tidak sepatutnya.
Saya pun ada adik-adik saya bermasalah dalam rumah tangga, tapi walaupun saya anak sulung, dan dikatakan berhak menegur dan patut masuk campur, sebab abah tak ada, emak pun tak tak tau nak buat apa, tapi dasar saya, selagi orang tak minta bantuan kita, tak mau kita bantu keluar dari masalah tu, jangan kita memandai masuk campur. Dalam islam pun Nabi pernah bersabda, kalau dah kawin tinggallah berasingan dengan keluarga dan ipar duai, kerana susah senang, pahit manis, laluilah bersama suami sendiri.
Namun sebagai perempuan, memang tidak dinafikan kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa, nak cerita dengan keluarga segan, sebab suami tu pilihan kita kan, bukan masa kita nak kawen dulu emak bapak letak pisau kat tengkuk paksa kita kawen dengan pilihan kita tu, kita nak nak sangat, so dah kawen banyak buruk dari baik, banyak pahit dari manis, kita telan sendiri. So kalau dengan keluarga malu nak cerita, kita luah pada kawan-kawan, bukan pun kita harap dia selesaikan masalah rumah tangga kita, tapi setidaknya jadi menjadi pendengar teman berkongsi masalah. itu je.
So agak pelik dok baca status-status FB kak ipar rita ni (sorrylah malas nak print screen dari forum, sebab isu sensitif, kang blog saya jadi blog gossip lak, koser la meks.
oklah biarlah kisah rumah tangga mereka, apa pun saya doakan agar janganlah bercerai berai, kesianlah anak dia, dan bakal anak dalam perut tu. dan moga Rita pun lembut-lembut hati dan hendak berbaik dengan mertua (Rita juga mengaku sukar dia nak berbaik dengan mertua sebab pernah dihina, dan dicaci, hatinya terluka dan tawar hati). Hidup ni hendaklah berpaksikan restu dari emak ayah kita. Walaupun ada orang berprinsip, tak semestinya tiada restu kita tak bahagia. Tetapi hukum alam, selalunya kes terjadi perkahwinan tanpa restu ni tak ke mana, walaupun saya yakin setiap ibu bapa, walaupun tak berapa suka menantu dia, dalam hati tetap juga berdoa yang baik-baik untuk anak-anak mereka.
Ok saya nak letak pic ni khasssss buat pakcik gebu.. diulangi.. khas buat dia sebab ni antara yang saya akan pow dia nanti.. dan letak kat sini sebab saya yakin dia akan tengok, kalau saya panggil tunjuk kat rumah, dia tengok sekali lalu, pastu cakap, ok.. tunggu abang dapat bonus ke, ada rezeki lebih ke.. pastu nanti dia lupa.. ni khas buat ingatan dia.. abang sile take note.. wahhhh keji.. statement suruh laki take note secara terbuka di blog. taper saya bukan celebriti. hiks.. tetiba.
Nani-kawan forum, tapi Nani jauh sikit nak tempah langsir kat dia, saya masih setia dengan Azizah Hias, Bangi.
Lawa ni babah, kalo kita tukar set kosi meja makan kita,bayangkan leh jahit sendiri, kalau ada mesin jahit ni..
Lawa kain ni, itu hari dah tengok kat Raflesia Nilai, ada jual, romantika pun ada rasanya.
Babah, time tu change... Kabinet yang Mat Zain (kontraktor renovate rumah) buat dulu dah nampak tak menarik, ni kalo cat camni lawa ni babah, plisssssss.... orang ni kan, dia cat sendiri tau babah..
*dulu berforum kat wanitamelayu.com dengan geng english style, kini kat FB dah ada geng, sukanya.... leh bertukar idea dan ilham, dan share-share tempat shopping yang menarik.
11 Komen:
kesian gak dgr kes rita ni kan....kdg2...suami isteri tu tk de masalah apa pun....ipar duai je lebih sudu dari kuah...+ suka tmbh ajinomoto....apa2 pun moga jodoh kali ini dipanjangkan hendaknya....
wa....lawa la kerusi tu...hehhee....
Kesian kat Rita..harap2 jgnlah roboh hendaknya masjid yang dibina. Memanglah mulanya tak berapa nak ok kahwen dengan cara gitu. Tapi, dah kawen, benda dah jagi, patut pereloklah yang dah ada kan..bukan nak kasi rosakkan plak...
semuanya terletak pada tangan suami...kalau bijak uruskan isteri & keluarga insyaAllah selamat...
Aidil tu kena grow up cepat2...& Rita diam2 jaga hal dlm rumah sendiri saja.
tu lah kesian dgn rita juga, gossip terbaru plak si abkal biras pun mulut boleh tahan juga ek.. jangan meroyan udahlah rita
tp rita nih spesis degil sket...mulut pon boleh thn...sesama degil camni lah...suami plak serba salah...
comel anak dia...kesian kat airit...
kesian jugak kat rita ni kan. ipar duai, family mertua jgn la masuk campoq sangat.
Zu setuju dgn akak bab ipar duai tak patut masuk campur. Tapi sangat2 tak setuju dgn cara Rita handle prob nih. Dah la cerita kat paper satu hal. Tau la dia artis tp sah2 dia cerita sebagi isteri so tittle artis tu tak penting kan. Pastu paling2 tak setuju bab tak boleh nak berbaik dgn mertua. Bg zu, kalau terasa dgn ipar duai takpelah lagi, ni mak bapak mertua kalau nak merajuk2 lama2 tak patut la. Turun kan ego sikit lah gi balik kg minta maaf then buat je mcm biasa. Suami pun akan lebih paham and lega sket at least gaduh dgn ipar duai kan. Apapun salah mertua dia, tetap taraf mak bapak kat dia kan. so patut dia lah kena mengadap mintak maaf. If nak mintak masa, anak nak masuk 2 dah pun. nak tgu sampai anak 5 baru rasa bersedia ke? InsyaAllah kalau dia berbaik dgn mertua, rasanya benda takkan jadi lagi besar..
pnut, kak yati heran la masa mana la pnut berkemas rumah sarat barat macam ni. kak yati minta ampun awai-awai sbb tak sanggup nak berkemas.
tak paham kenapa yang klorga dia tak berkenan dengan Rita tu? adekahsebab jauh lagi tua? Adekah sebab janda? Adekah sebab Rita cantek sangat?
kak pnut, saya pun jd terikut pulak dgn kisah rita ni, kesian punya pasal. kalau sapa2 follow dr awai mmg tau la, dr awai2 family aidil yg selalu sgt buat statement kat paper. mcm2. rita diam je. dah berapa tahun dah. dah tak tahan la tu, kita kan manusia biasa, rita pun buat la statement jgk, rasanya baru2 ni sj dia buat pun, tu pun sbb aidil dah tak balik dan yg kiri kanan aidil dok kipas macam2. kesian kan... kalau jd kat sy pun, x tau nak 'positif' mcm mana lagi dah. kalau dah kaum kerabat pakat dok balun mengata mcm2. kesian dia, doa2 semoga dia kekal bahagia sampai akhir hayat, walaupun macam2 dugaan dia..
-sb-
x tahu sgt cerita rita ni.... doakan yg terbaik utk dia...
cantik la sarung bangku tu... harus dibeli
Post a Comment