Tuesday, October 12, 2010

Suspek diberkas di Shah Alam...


Ni namanya degil..
kata blogger getah sekerap kan.. (istilah baru dalam dunia blog ok)
jadi blogger jiwa kena kental macam getah sekerap.
Baru kena kondem bila letak pic rumah kan, gasaklah, aku ketegaq, gedik nak boh lagi pic berkaitan. Ni habaq awai nooo tak suka sile beram...bus

Sabtu nan silam pegi Shah Alam, nganto cupcakes beratus-ratus, order untuk kenduri kawen, so kalau pegi shah alam, tak singgah ke Plaza Alam Barzakh Sentral tak sah le kan, sama cam tak sah kalau tak pekena bancau, tapi itu hari tak banyak masa, maka pegi bancau jatuh perkara sunat je, perkara wajib jatuh pegi ke Romantika. Tetapiiii konco-konco saya hok baca blog ni pagi-pagi mesej saya, ewaahh cam tau je saya nak pi Shah Alam petang karang, kemain Suri ek, meroger saya suruh pegi ke kedai Romantika baru bukak kat depan Pejabar Pos Shah Alam tu. ewahhh pucuk dicita ulam mendatang le.. Abeh je urusan anto kek, dan anto meja hala henglish yang orang order, saya cargaaasss le lokasi kejadian. Tadaaa lawoo kedai baru dia.. tapi takder best mana, sebab tak byk barang la.. benda saya cari tak der.. tapi dalam tak ada pun, abeh juga RM terbang beli benda-benda alah ni


kata minat lavender kan> haruslah beli frame gambar ada gambo lavender. Pakcik gebu pilih tu... Biasalah duit dia pegang, jadi kena pura-pura tanya pendapat..jaga hati..dan bagi dia ada peranan sikit dalam menemani isterinya membeli

Lawa ek love-love ni,



Masa nak bayo tu, adalah satu awek ni, dia beli rak besi bertingkat cantikkk lawoooo ishkkk meleleh ayaq lioq time tengok depa usung masuk kereta dia. tak pa..sabaqqqq, ellehh tak lawa mana pun.. *ayat menyedap hati sendiri* semua suspek yang berjaya diberkas ni belum digantung lagi, hahah sampai tak tau nak boh tang mana, nak kena adjust dan alih-alih dulu.

Ok sebagai blog emak-emak, sangatlah wajar kita cerita pasal anak kan? nak story pasal si abang. Si abang adalah 'anak bujang' to be. so makin mencabar kami sebagai ibu bapa nak handle dia sekarang. Marah memang selalu kena, tapi fikir balik, kalau asyik kena marah je, tak elok juga untuk diri dia., tapi tak marah tak baik untuk jiwa emak dia pulak, hahaha.. Jadi marah bila perlu. Cube kabo kat saya nak marah ke tak?? satu petang, kami nak jalan-jalan ke taman, saya siap goreng cekodok jagung, peberet kami, masa tarik-tarik plastik dalam bekas simpan plastik bertajuk IKEA, tarik satu ada kesan kena gunting, tarik lagi ada kesan kena gunting, tarik lagi ada kena gunting-gunting, last-last saya tarik banyak-banyak.. rupanya banyak kesan kena gunting.

Tanya bibik, bibik kata tanya abang, panggil abang, dia pun ngaku, dia gunting-gunting plastik tu tadi, tanya dia kenapa, katanya bosan tak tau nak buat apa? wahhh cube korang cakap, haruskah saya beriang ria dan tersenyum manja dan usap-usap kepala dia dan cakap.. syabbbaasss betti..syabbbaaassss... u think out of box young man.. plastik-plastik yang mama kumpul dan simpan buat isi-isi barang/sampah ko boleh jadikan alat permainan melepaskan boring ko ye nak.. memacam bentuk tertera bila tarik plastik tu dan bukak bentang satu persatu, sebab plastik tu bergumpal-gumpal, dia dia cucuk-cucuk plastik tu dan gunting. Saya kira kalau emak yang riang ria melihat perbuatan vandalism anak dia macam mau aku pegi tuntut ilmu kesabaran kat dia.

Sabo je la.. dengan saya memang kemain berani, menjawab je kalau kita bebel, dengan babah dia tak berani, tu sebab saya kalau marah dia, sakit hati kat pak dia boleh?? ye la..haku bebel abeh semua roh jahat keluaq.. pak dia sekali panggil "ABANG" terus diam. Kalau kejutkan solat subuh, anak jiran sebelah rumah pun boleh bangun, dia tak juga bangun, tapi bila pak dia mai, bukak lampu bilik tido je, terus celik biji mata, bangun pegi bilik air. Ho!! very the bapak tiri ok. Kalau dia dah tertido sebelum solat Isya' pak dia paksa bangun senang je, cube kalau saya kejutkan macam nak runtu langit dia belengkaq juga.

Anak lelaki kena tegas, esok-esok dia jadi ketua keluarga, nak masuk keluarga orang, jadi nak tak nak kena bertegas dari sekarang, setidak-tidaknya esok jadi laki orang, pak mertua suruh jadi imam, baca doa dia tau. Dengan babah no drama-drama bila masuk bab agama. Ko tungging terbalik la ulang-ulang solat kalau bacaan tak betul. Pernah member dah sampai rakaat keempat, agaknya dah syiok kot nak bagi salam dah, tetiba pak dia jerkah, bangun!! ulang semula, sebab dia pi garu telinga. (kata pak dia itu kali ke3 dia garu telinga, so batal solat) dengan muka penuh tekanan, member ulang balik solat dengan suara tersekat-sekat sebab kena ulang semula. Benda tak boleh tetap tak boleh, cam saya ni nampak garang, tapi jenis kesiaannnn kat anak.. kesiann dia.. dengan pak dia, no kesian-kesian.

Cube juga nak jadi emak yang ala-ala guna psikologi...ishkk susah rupanya ek.. cakap senang, nak buat tu susah. Sesekali oklah, dua tiga kali keluar jura aura mak tiri tu, pesen emak dulu-dulu. Saya syiok oo kalau ok-ok, standardlah cakap keyyy elll ok.. (ikut abang kassim pon-pon, sebut keeeyy eellll) tapi kalau aura mak tiri maii, speaking kedah mariiiii, mula keluar.. "abang, hang tak dengaq mama cakap apa? mama ni letih dok beletiaq tau dak, abang tak dengaq ka?" hah hambek.. nahu..idgham semua tukar tune teruih... pastu bila time ok.ok.. gelak-gelak session, dia ungkit la.. "mama tu kalau time marah, dia cakap kedah macam cakap siam tu, ayaq..ketegaq.. beletiaq, semua keluar" ahahhaha abehhhh.. i am kedahan ok...

15 Komen:

kak ina kl on 1:06 PM said...

oo akak tak tiru ek N3 kamu..akak memang dah ambil gambar dari pagi semalam..tak percaya tenguk tarikh kat gambar..

kebetulan kot..jangan marah yer

Anonymous said...

heheheh budak lelaki boring2 gunting plastic ek...anak saya girl, boring2 habis dia lipat plastik dlm bekas ikea tuh jadik kecik2...cantik dia lipat...dia ckp belajar kat sekolah hehehehe..

soh la si abang belajar lipat plastik tuh... sbg denda pon ok gak tuh...

mrs.hanibunny on 1:08 PM said...

hahah abang terima la hakikat mcm auntie kena dengar suami untie cakap kedah AKA cakap siam macam abang cakap sampai tak faham jadi faham...

nai9us on 1:24 PM said...

Alahai sebiji macam perangai anak bujang saya gak..
dengan saya menikus jee.. ngan ibu dia boleh gelak-gelak lagi..

Angah on 1:45 PM said...

Adneen plak berjaya menghabiskan sebotol bedak yg dilumurkan di atas sofa kulit suede warna maroon di ruang menonton tingkat 2,juga diatas katil, dekoder astro dsb. remote control plak dicucii disinki sebab kotor kena bedak katanya..

ibu cuma boleh mengucap panjang..hadoiii...rasa nak beranak dan dan tu kak oiii

si abang sama je perangai mcm anak bujang akak tu..kalau ibu yg suruh mcm nak keluar anak tekak tak jugak bergerak. kalau ayah tu sekali je terussss bedesup.

Angah on 1:45 PM said...

Adneen plak berjaya menghabiskan sebotol bedak yg dilumurkan di atas sofa kulit suede warna maroon di ruang menonton tingkat 2,juga diatas katil, dekoder astro dsb. remote control plak dicucii disinki sebab kotor kena bedak katanya..

ibu cuma boleh mengucap panjang..hadoiii...rasa nak beranak dan dan tu kak oiii

si abang sama je perangai mcm anak bujang akak tu..kalau ibu yg suruh mcm nak keluar anak tekak tak jugak bergerak. kalau ayah tu sekali je terussss bedesup.

Pnut on 1:54 PM said...

Kak Ina-ishkk tak kata tiru pun.. semua pun leh tulis dan ulas, persepsi akak lain, persepsi saya lain lak.. biasalah beza pendapat kan..kan... choc chippp satuu

Anon-huh nak suruh dia lipat melipat?? adoii tekanan haku nanti... baik suruh cuci longkang..heheh

Cida-aterrr kami sekapai la..nak buat lagu mana.. eheheh

nai9us-bagus..bagus... dia memang kena takut salah sorang.. cam akak terbalik, yang lelaki takut pak dia, yg pompuan tak heran pak dia, sebab pak dia manjakan dia, takut ngan akak..ehehe

Angah-ngucap..ngah..ngucappp... sofa boleh beli.... kasih sayang anak tak boleh beli..hahah ayat penyedap hati... hiks...
p/s over tau sampai 2 kali anto msg..ehehe

MushroomCute@Mariea on 1:55 PM said...

Kak Pnut..ni bukan nak ajar tau..nak share2 jer..cuba akak baca buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Hingga Ke Syurga by SaifulIslam. Dia ada citer pasal anak2 ni. Santai2 jer tp best aa gak..mana tahu leh dapat ilham kan kan kan...

GaDis CoMeL on 2:57 PM said...

tengok tajuk, igt kan ada penjahat terlepaih ka apa. har har har.

hampeh betuiiii...

'mama memang suka berletiyaqqqq'.

kih kih kih

tasekM on 3:02 PM said...

sama la dgn MC kak... kalau aku ni yg berbunyik.. macam2 dia bunyi balik. kalau babah dia... dan2 ikut arahan.

tu kengkadang suka je babah dia yg menghandle di kala aku malas nk bercakap.



.

Pnut on 3:22 PM said...

Mush-sebagai librarian, harus ku cari buku itu.

GC-perliiii nampakkkkk

TasikM-kan..kan.. biar pak depa je handle kan..kan..kita leh rileks tgk tibi

Anonymous said...

ni sure sblm p taman depan picc hr ahad tu kan?sy ada nampak akak..huhuh

mokjadeandell on 8:07 AM said...

Salam,
makcik dah lepaih dah taim dok kena beletiaq kat anak anak.La ni bila depa dah keluaq ghumah,ghasa sunyi la pulak.Kadang kadang macam bisu pun ada.
Beletiaq tu tanda prihatin.Kita tak biaq pi kat depa. Betoi kan?
haha saya pun oghang utagha .

Angah on 9:58 AM said...

sonoknye boleh beleter kat anak..

Anonymous said...

Salam....sy tumpang promosi di blog ini ye....bagi produk kencing manis....sila click url di bawah. Thanks.

Jana pendapatan RM4,500 sebulan dengan modal RM100.00. Jom click url ini http://www.osteen.com.my/?id=6

"PERCAYALAH...
Ianya Sangat Mudah dan Boleh Dimulakan Dari Rumah Atau Di Mana Sahaja...
SERTAI SEGERA!!.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah klik url ini sekarang http://www.osteen.com.my/?id=6
dan nikmati sebuah sistem perniagaan online yang dibangunkan untuk memaksimumkan keuntungan dan bekerja 24 jam sehari di mana sahaja anda berada!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino