Wednesday, October 20, 2010

Cabaran menjadi cikgu


Saya tertarik baca luahan hati cikgu cikgu ni...
di Wall FB sepupu saya Cikgu R, yang dulu mengajar dia Lembah Kelang, sekolah anak orang kaya lagik, now balik SP dan mengajq di sekolah kampung. real kampung occay, bukan pinggir bandar ka, memang sekolah kampung.

moh kita skodeng.. maaflah identiti para pembual (ampun cikgu tatabahasa cheqq) terpaksa disorok, mana tau kot-kot emak pak anak murid depa, adik beradik anak murid depa baca ka.. sensitip pulak..




Menakutkan peel budak remaja sekarang kan?? tengok tang cikgu tegor anak murid tu.. ishkkk kata-kata seorang anak murid yang harus dibalas dengan penampaq jepun saja. (eh cikgu Mat Jan yang baru setahun jagung jadi cikgu pun dah penampaq sorang anak murid dah..




Mulalah luahan hati cikgu, sayu je baca, betul jugak kan? kita anak 2-3 orang kat rumah pun pening kepala, ni kan cikgu jaga ramai anak murid, orang kata anak-anak keluar dari satu perut, dari satu benih pun perangai lain-lain, tambah pulak cikgu-cikgu menjaga mengawal anak yang keluar dari perut lain-lain emak.




Sedih dan sebak part ni, apa nak jadi anak murid sekarang ek?? camni ke kita nak harapkan mereka menjadi pemimpin kita suatu hari nanti?




Tengok cikgu ni sampai kena buat kerja khusus anak murid, punya tak mau anak murid tu gagal.. sabarnya cikgu-cikgu ni ek..




And sorang lagi sepupu saya Kak Na memberi komen,


Kak Na ni saya kagum tau.. dia dulu belajar kat luar negeri, tapi balik Malaysia, tak kerja, tapi didik dan asuh anak-anak sendiri, huhu semuuaaaa anak-anak dia berjaya tau.. ada yang result SPM belum keluar lagi dah dapat offer belajar ke luar negara, best kan? dan anak-anak Kak Na ni dari aliran sekolah agama.. Idola saya ni..

Bila u all baca semua ni terfikir tak apa yang cikgu-cikgu ni katakan? jurang anak murid luar bandar dan bandar jauh bezakan, dari segi tata susila, sopan santun, dan kecemerlangan ternyata anak bandar lebih baik.

Susah jadi cikgu zaman sekarang ek, patutlah saya dulu minat keja cikgu, tapi takder rezeki nak jadi cikgu, kalau saya jadi cikgu sekarang, tentu keja saya jadi cikgu ibarat tarzan yang akan menjerit kepada anak murid. Pasti anak murid gelar, cikgu tarzan gemuk kat saya.

Takut bila baca dan dengar semua ni, kita ada anak yang sedang membesar, rasa berat betul amanah yang dipikul untuk didik dan asuh anak-anak ni kan? kadang-kadang asuhan kita tak salah kat mana, tetapi bila berkawan-kawan lain jadinya. Kadang-kadang kita suruh anak kita duduk dalam rumah dan belajar, terutamanya waktu tengahari, kiranya ada time-timenya la.. tetapi di luar sana, anak-anak jiran gelak ketawa bermain gasing, main dam, main yoyo.. anak kita dalam rumah pun tak senang duduk, dan mula persoalkan, kenapa diaorang boleh main? kenapa dia je dipaksa belajar? susah kan..

Kadang-kadang kita didik dan asuh anak-anak kita jaga solat, termasuk solat jumaat, jangan ponteng tanpa alasan, tetapi ada pulak kawan-kawan dia yang tidak pergi solat jumaat, walau saya yang offer nak ambil dan hantar, dan dia persoalkan orang lain emak bapak dia tak paksa pun pegi solat Jumaat, kiter je kena.. Adoiii kekadang saya susah juga nak terangkan macam mana. Erkk biasanya part ni pak dia la handle. Si abang ni walau siang sekolah agama, malam dia pegi mengaji rumah jiran betulkan bacaan dia, kekadang mengomen, penat, letih, tetapi kita kena juga keras-keraskan hati baut tak dengar, sebab itu untuk masa depan dia, kalau kita leh paksa anak kita pegi tuisyen, so soal mengaji tak der kompromi juga bagi kami.

Pernah juga, si abang minta nak masuk kelas muzik, main gitar dan sebagainya. Tetapi being anak pakcik gebu, the answer will be know la.. selagi belum abeh khatam Al-Quran, selagi bacaan tajwid dan solat belum sempurna, jangan mimpi nak minta benda-benda macam tu. Pak dia kata "esok kalau mama dan babah mati, bukan harap abang main gitar, nak kena mengaji dan berdoa," benda-benda tu boleh belajar kemudian, tapi mujur juga budak ni pun paham, sekali tu je la dia tanya, lepas tu tak pernah tanya dah, kalau tanya ulang kali mau cayaq juga emak dia, kesiaaannn... tu le kelemahan emak-emak ni..

10 Komen:

Dona on 2:12 PM said...

Salam Kak Pnut. Terpanggil pulak nak komen topik ni. Memang jelas jurang tu antara anak bandar dan luar bandar sekarang ni. Mak pak saya dua-dua pendidik, mereka pun selalu bangkitkan benda yang sama. Tak tau mana silapnya. Walhal kalau tengok orang yang berjaya sekarang ni pun rata-ratanya orang kampung dulu. Pak saya kata dia ingat lagi dulu orang selalu ketawakan Bahasa Inggerisnya tapi dia dan adik-beradik gigih jugak speaking lintang pukang sesama sendiri, dengan arwah atok yang paksa teruskan jugak sekolah omputih sehingga ramai yang akhirnya belajo oversea dan berjaya. Kenapa sekarang anak luar bandar dah tak tekun macam dulu? Persoalan yang susah kita nak jawab.

sitinaminah02 on 2:17 PM said...

ada kawan jadi cikgu jgk,dh la ajaq kelas bodo, pi kelas asek tension ja. budak2 berani tendang kerusi. bodo betoi la. dah la bodo, korang ajaq lak.

ni sekolah kat jeniang la nih. mak ayah susah2 p motong, bg anak mengaji tp anak2 perangai macam setan.

*emo lak.

Anonymous said...

Salam Kak Pnut. Sepupu saya, seorang Cikgu di daerah Muar. Mmg sekolah kampung betullah. Jenis yang gi sekolah pon tak boleh ckp bahasa melayu bebetul ek. Diorg cakap bahasa jawa. Maka, memacam2lah perangai anak2 murid ni. Antaranya yang teramatlah nakal dan bebal, amat susah menerima pelajaran. Dengan penuh prihatin cikgu2 sekolah ni buat kajian sendiri. pergilah ke rumah2 mereka siasat bagai. Maka, antara sebab-sebab utamanya adalah SUMBER REZEKI HARAM. Bukan nak tuduh orang kampung ni semuanya buat kerja tak elok. Tapi ada antara mereka jenis main balun jer sumer kerja janji duit masyuk. Ada antara bapak-bapak ni kerjanya menangkap ular, katak, babi jual kat Cina. Yang berjudi bagai tu biasalah. Dengan duit tu, bagi makan anak-anak. Kes-kes ni terjadi bukan pada seorang dua. boleh dikatakan rata-rata yang buat perangai tu ada latarbelakang mcm ni.

Memang risau jugakkan kalau2lah terbagi anak2 makan dr sumber2 yang tidak halal ni. (mcamlah Mush ada anak dah..hehehhehe)

lovelygift....everything u need are here on 5:19 PM said...

salam kak pnut,saya jadi takut la baca entry kali ni...harap2 sangat anak2 kita tk termasuk dalam kelompok student yg macam ni....sama2 kita doa....aamin

Zareda Norman on 6:32 PM said...

cik hubby dulu bekas cikgu, mmg kalau dengar citer dia.. macam macam hal.. zar ni rezeki ada jadi cikgu tapi tak minat sangat so tolak.. jadilah pegawai cabuk kat sini..

Jadi cikgu memnag mencabar tambah masakini dengan pelbagai isu dan masalah displin.. kena ada sop sendiri ler para cikgu sekalian. nak buat cam ne zaman dah berubah

Hayati on 7:34 PM said...

betoi pnut. heran sungguh dengan keadaan la ni. Anak-anak bandar seperti apa yang pnut kata, anak-anak kampung juga seperti yang pnut kata walhal yang berjaya dulu, yang dok bandar la ni asalnya memang pure anak kampung.

Cikgu tarzan gemuk...hahahaha....

Pnut on 8:20 PM said...

Dona-orang dulu-dulu memang ramai sekolah orang putih kan?? ada tok sedara akak dulu, keja jadi mandur estet, kawan ngan orang putih, terer cakap orang putih..

GC-emo tau.. kat blog kita..tak elok untuk kesihatan.. ekekekeke

Mush-ya tu faktor yang sebenar-benarnya.. takut kan.... seriau..

LG-memang takut, akak gerun baca kenyataan.. :-(

Zar-kalau kita jadi cikgu, rasanya mau tiap hari gadoh ngan anak murid..

Kak Yati-oooo..oooo..oooo cikgu tarzan gemuk menjerit...

Anonymous said...

sedih dengan keadaan yg menunjukkan kelemahan org kita (kalau kat kampung tu faham2 ajelah majoritinya mesti org kita)... dulu kita selalu diingatkan hanya pelajaran yg akan mengubah nasib, Alhamdulillah byk org kampung dulu memegang semangat itu dan belajar elok2 dan dpt kerja yg elok2... sekarang ni agaknya apa suntikan semangat ibubapa di kampung pd anak2 mereka dlm bab pelajaran... yg saya heran tu ibubapa kampung yg hidup susah tapi seakan memanjakan anak... kita yg di bandar ni yg nampak mcm tak sayang anak sbb sentiasa pot pet kat anak segala benda perkara... sorry pnut terlebih komen

cm

Anonymous said...

Seorang kawan yang Mush leh panggil Bos pernah kata, Mush tak leh jadi Cikgu sebab lembut sangat...hahahahah...osahnya Cikgi ni kena buli dengan anak murid..

Dairi Hati on 3:51 PM said...

kak pnut, kalau nak tulis dalam fb, mcm2 la saya boleh tulis pasal perangai budak tapi selalu kena kondem balik ngan kwn2 bukan cikgu, satu lagi, takut gak kan tetiba kena saman walaupun sekadar nak luah perasaan.

saya ni pernah kena doa spy mati oleh sorang budak darjah 2. sib baik umur panjang lagi, hidup lagi. alhamdulillah, kalau tak yatim la anak-anakku.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino