Terkejut dan phobia.
Ada jiran saya rumah kena pecah masuk, sedih.
Minggu ni saja ada berapa rumah dah kena pecah masuk. Tu minggu ni, bulan lepas ada juga. Selamatkah kita di bumi Malaysia sekarang?
Saya nak kata apa pun tak tau, polis meronda ke main, tapi penyangak sial ni boleh juga pecah masuk rumah orang siang-siang buta, Lahanat kamu perompak, Saya benci sangat-sangat.
Doa saya agar dijauhkan malapetaka ini kepada keluarga saya, moga ALlah lindungi harta benda dan keluarga kami, harta benda hilang boleh kita cari ganti, tetapi kesayangan-kesayangan kita, mana nak cari ganti, anak-anak kita, suami/isteri kita. Nauzubillah, minta dijauhkan Allah Maha Berkuasa. LIndungilah kami semua Ya Allah. Saya sampai pesan kat bibik, andai kata benda buruk itu terjadi.. (ya la kita berhati-hati dan berdoa, tapi ALlah yang menentukan segalanya kan, kita mana tau) Saya pesan, kalau benda kita tak nak itu terjadi, biarlah perompak tu nak ambil apa jua pun dalam rumah ni, yang penting jangan sentuh dan usik anak-anak saya. Tapiii Ya ALLAH jangan KAU izinkan perkara itu berlaku, Mohon dijauhkan Ya Allah.
Siapa tau amalan ayat-ayat untuk 'memagar' rumah dengan ayat-ayat suci Al-Quran, kita berikhtiar dan berusaha, selebihnya ALlah yang menentukan segalanya.
Masih phobia dan takut. Saya tak mau cerita dengan lebih details, sebab kes ini berlaku pada jiran saya, so nak cerita lebih pun macam tak sesuai pulak.
Hati-hati ye korang semua.. kalau ke mana-mana, pastikan tingkap, pintu semua kunci, jenayah sekarang tak tunggu malam, siang-siang buta depa buat. Itu hari bibik cerita, ada orang datang nak jual barang, jerit-jerit minta panggilkan majikan, tapi bibik ni penakut tapi pintar sedikit, dia kata majikan saya bapaknya baru pulang kerja malam, lagi tidur di bilik, udah dipesan jangan diganggu, tak mau saya panggil nanti dimarah. Ibu saya pulak keluar ke kedai. Saya lagi masak, nanti aja datang... jerit-jerit budak jual barang tu mintak dipanggilkan majikan. Bibik terus tutup pintu dan cakap, majikan saya tak mau diganggu. terus mamat tu blah.
Saya pun seram dengar cerita bibik, kita jadi phobia, entah betul entah tidak penjual barang. Macam-macam cara orang nak buat jahat sekarang.
Takut la... penjenayah bongok, kau buat hidup kami tidak aman. BODOH!!! kecik-kecik apsal ko tak mampos, bila dah besar, kau jadi jahat, kau buat kejahatan yang keji dan menakutkan orang, terutama kami kaum hawa. Benci!!! Maafkan saya, itu emosi tidak terkawal.

13 Komen:
Akak,
pasang la ADT, ker apa ker... Untuk jadi keselamatan diri semua.
Insya allah kita semua dilindungi
nauzubillah minzalik mintak2 jgn la perkara2 sebegini terjadi lagi...pesan kat bibik siang2 pon kunci grill semua...
pernah baca berita yg dlm umah tuh ada 3 org pompuan...dtg org jahat menyamar polis alhamdulillah tak jadi apa2 sebab derang menjerit kuat2.
saya masa baru2 pindah ada jek org dtg nak jual mcm2...saya klu ada kat umah mmg grill akan di kunci...kdg2 pagar sekali saya kunci sbb ada 1 mamat nih nak jual penapis air...saya ckp kat tingkap je la yg tak nak sbb dah ada...dia ckp tak beli tak pe kita wat de demo jek...(bodoh kan salesman mcm ni klu org tak nak meaning demo pon tak hingin nak tgk. klu bg demo mau berjam2 selagi tak nak beli mesti tak nak kuar umah)saya ckp la dah ada pastu dia siap bukak kasut nak masuk umah...saya ckp "awak tak nampak ker kat meter air saya tuh kan dah ada penapis"...pastu dia ckp "ini yg pasang kat sinki..." saya bgtau dah ada jugak...pastu dia mcm berat jek nak blah sbb dia tahu dlm umah tuh saya ngan anak2 jek ada...seram saya...sib baik grill dah berkunci...
Macam terbayang-bayang cerita Taubat Nasuha malam td. Siang-siang buta perompak masuk. Bila tak dapat barang kemas, tikam plak ibu mengandung..Adushhh seram...
Ya Allah, jauhkanlah kami dari segala mala petaka..Lindungilah kami dan keluarga kami Ya Allah.
ada org penah cakap...sebelum tidur, kita baca bismillah....dan al-Fatihah. Tapi dalam fikiran kita..kita seolah2 mengelilingi rumah kita...sambil baca fatihah tu tadi...bila ayat terakhir kita bayangkan kite sedang mengunci pintu rumah kita dengan selamat selepas kita keliling umah tu tadi.
Tak tau la betul ke idak..tapi yg pesan ni ustaz pada BIL...
Baca ayat kursi every time keluar/masuk rumah. InsyaAllah boleh jadi pendinding diri/keluarga/harta benda.
Kak Naz,
memang phobia kena rompak. kami dah rasa dulu. tahun lepas. balik rumah tgk gate dah kena potong, dalam rumah mmg mcm kena bom la sepah dia. tapi apa pun pencuri tak dpt. coz sy memang tak simpan apa pun kat rumah. Cuma sakit hati tgk rumah kena selongar abis2. Sampai bekas2 beras pun diaorg terbalikkan. sbb ada gak org simpan duit dlm tmpt beras kan.
lepas tu, terus pasang alarm. murah saja. yg penting alert kita. dlm rumah pun pasang alarm. keluar lagi la kan. semoga kita di jauhkan la benda2 gini. memang phobia sgt2.
ayat qursi memang jadi pelindung kita luar dan dalam, cubalah amalkan!
Pnut, saya trauma bila dengar kes pecah rumah ni..masa baru pindah rumah baru tahun 2009, habis semua barang berharga kena curi..perompak tu kopak grill dan pintu depan waktu opis hour..sungguh daring..tapi masa tu jiran tak ramai lagi tinggal kat situ..menangis tak berlagu tengok barang kesayangan hilang..huhu..tapi syukur gak dia tak buat projek waktu kita ada kat rumah..kalau tak..hmm lagi haru
Kak Pnut
Sebelum tidur baca ayat kursi, 3 qul & bismillah 33x. Then hembus sekeliling. InsyaAllah diri kita & harta benda selamat dari perbuatan khianat manusia.
N UK
pnut..td baru sembang dgn patient pasal org masuk rumah ni.kata makcik tu masa kita nak keluar rumah baca surah 3 qul..then tawakkal pada Allah.insyaAllah selamat.
kawan saya kat kulim kena lg best.....bkn best la tapi seram..pagi2 suami dia keluar hantar anak sekolah.tak jauh mana pun.dah rumah taman...pagar pun tak tutup.gril,pintu semua buka.kan pagi2 org lalu lalang...ingat selamat la.sekali perompak masuk.siap acu pisau kat tgh2 leher dia.masa tu dia tgh dlm pantang anak bongsu.mmg takut la katanya...dia cakap dgn perompak tu ambik la apa awak nak ambik.jgn pukul saya dgn anak dah la...mujur perompak tu ambik barang ja.tapi luka jg sikit kat leher dia sb kena tekan2 dgn pisau.elok ja perompak tu keluar suami dia pun sampai...punyalah dia bebel kat suami sb tak tutup pagar.
kak pnut, ustaz hana ajaq utk pagar umah camni
baca ayat kursi setiap penjuru rumah berserta azan/qamat. bayangkan kita membina tembok disetiap penjuru dan keliling umah.
pastu, bila nk tidoq malam, baca fatihah, ayat kursi, 3 Qul dan baca bismillah 21 kali. insyaALLAH, rumah dan keluarga dilindungi.
lagi 1, kalo mlm2 ayaq dlm kolah kita tu jgn biaq kering. amik sket ayaq boh lam cebok/gayung sket letak dlm kolah.( biaq dia teroleng2 tu) petua elak dr kena pukau.
hana
thanks semua pad tips dan doa.. moga kita semua dijauhkan dari segala bencana... hati-hatilah kawna-kawan semua..
pinut
kami pun masih fobia lepas rumah kena pecah april lepas. Habis brg kemas pusaka zar tapi dah redha sgt2 dah. Syukur sbb kami tak ada dalam rumah masa tu.
Apa apapun doa dan tawakal aje. Nak kata kami tak baca Ayat kursi dah jadi amalan dah keluar masuk rumah, dah dinding dengan ayat pagar rumah, baca Yaasin setiap malam jumaat, doa dan pelbagai amalan lain tapi takdir Allah,kami diuji juga. adalah hikmahnya tu
Post a Comment