Tuesday, October 26, 2010

Cik Sri Siantan & info tentang KUMON


Cik Sri Siantan sapinat.

Sejak saya tulis blog.. kan dah kabo dapat ramaiiii kawan kan.. seronok.. as i said, biar kita ramai kawan, dari kita ramai musuh.

Kadang-kadang saya terima email dari reader, tanya macam-macam, saya layankan je, walaupun dalam hati nak gelak, sebab diaorang tanya macam saya pakar le pulak, saya pun jawab takat saya tau la..lebih-lebih tak reti. Tapi soalan It takdak nooo kalau ada pon saya pass kat engineer blog saya. Ajid, dia pakar, saya mana reti weiii. Ajid pun selalu juga jadi tukang jawab soalan berkaitan blog-blog ni, dia tau kak dia buta it. Salah channel kalau tanya. Erkk tapi ada yang direct email camni "kak pnut nak tanya soalan IT, tau akak tak jawab nanti, tapi akak tulung tanya Ajid ek" ahhaha tetiba Ajid terlibat dalam ini pilem.

Ada email tanya saya, pasal nak beli oven, nak beli microwave, nak beli mayonis pun tanya jenis mayonis apa yang sedap, dan sesuai.. ahahah u know who u are, mesti senyum-senyum sapa yang bertanya ni. Ada yang tanya pasal KUMON, pasal Smart Reader, pasal CIC, sebab si abang belajar kat sini kan, saya senang hati jawab semua soalan u all.. sebab saya rasa apa saya tulis itu diberi perhatian.. wahh gila perhatian sapinat rupanya ya biar gila perhatian, jangan gila glamour. Opsss.

Kalau saya kumpul email-email reader, letak dalam satu folder, meriah jugalah dengan segala neka soalan. Ada juga luahan hati, dan tanya pendapat, dah macam CIk Seri Siantan versi maya lak acik ni. Tapi bila fikir balik, kalian yang dah lama follow blog ni, sejak zaman saya keja kolej swasta, duduk rumah kos rendah, pegi keja naik motor. Sampai dalam fasa kehidupan saya sekarang, saya rasa, kalian rasa dekat dengan saya, cuma kekadang tak adil satu je, korang kenal saya, dan tau pasal saya, saya tak kenal u all.. uhuks.. Kekadang yang order kek, bila ambil atau saya hantar kek, yang mengorder, berborak ngan saya macam kenal lama, saya lak shy-shy cat.. sebab saya baru je diperkenalkan dengan tuan punya diri. Jadi ai shy-shy cat sikit la.

Tapi ai kan suka bercakap, kalau u all bagitau je baca blog saya, kompem banyak benda leh sembang, tapi kalau takat order kek je, saya tak der la nak sembang tak tentu pasal, ceewahh kira profesional la..jangan campur aduk urusan business dengan personal. tu diaa kerek macam deal bisnes juta-juta..hahah

Saya nak cakap, terima kasih kepada semua kerana nak kawan dengan saya, dan menerima saya seadanya.. gila over ni erkk tetiba je.. kenapa tah..

Uhuhu saya tertarik dengan terasa hati seseorang ni , sebab kadang kala, pertuturan kita, perbuatan kita, tanpa kita sedar, atau bermaksud nak menghina atau merendahkan kawan kita, tetapi tanpa sedar kita menyinggung perasaan kawan itu. Contohnya, katakan kawan kita mampu beli apartment je, dan kita pulak mampu beli rumah teres, mungkin kita tanpa niat nak berlagak, kita sebut "aku tak boleh la duduk flat ni, rasa terkepung, anak-anak tak bebas, ishkk tak boleh?" mungkin betul, itu perasaan kita, tapi macam mana penerimaan kawan kita? mungkin dia kecik ati, mentang la dia tak mampu beli rumah teres, sedih lak dia.

Kekadang bila saya baca luah-lauahan hati orang lain, menjadi peringatan untuk diri kita sendiri juga.

Oh ya terlanjur cerita pasal tanya bertanya ni kan.. Saya nak bagitau info pasal KUMON sikit, sebab rasanya adalah dekat 10 org kot tanya pasal KUMON, dan keberkesanan KUMON ni. So saya share terus kat sini la.

KUMON ni sebenarnya bukan tuition centre, dia lebih kepada perkembangan individu.. matik la kalau salah.. konsep KUMON ni (mengikut penerangan owner KUMON Putrajaya masa saya survey dulu) Konsep dia katanya macam pokok, pokok ni akar dia kena kuat, bila akar kuat, jadi bial ribut ka..hujan lebat ke, pokok tetap kuat dan tak tumbang. Dan umpamanya kita memandu la, masa mula memandu kita belajar kenal gear, dan suaikan diri dengan gear dan kelajuan, mula belajar kita kekok dan ragu-ragu bila nak masuk gear, bila nak tukar gear. Tapi bila kita selalu memandu, automatik kita tau dah, bila nak konar baring, gear berapa, panjat bukit gear berapa.. tak payah kita tengok gear tu, tau dah tangan nak pusing kemana.

Gitulah KUMON, dia mulakan dari basic, sebasicnya. Masa si abang mula belajar awal tahun, dia hanya buat campur, buat kira-kira campur paling basic, macam 2+3, 4+6, kemudian tukar buat minus pulak, pun yang basic, 5-3, 8-3, cam tu la, dan soalan dia adalah berulang-ulang, kalau satu set exercise tu, adalah dalam 7-8 muka surat, dari page satu sampai page 8 tu, ada 4-5 kali adalah soalan dia akan berulang. Begitulah selama berbulan-bulan dia buat, mula tu kami cam pelik, ape hal dok buat benda yang sama je. Rupanya dia ada time yang menentukan samaada budak boleh move to next level. katakan kalau dari awal, dia boleh siapkan 30 soalan dalam masa 30 minit, so masa tu penentu untuk ukuran pemahaman dia, contoh si abang masa mula belajar, satu set soalan tu, dia boleh siapkan dalam 30 minit, kemudian turun, 20 minit, so sampai satu tahap, dia boleh buat kira-kira mudah tu dalam masa tak sampai 10 minit.

Masa ni dia akan tengok, samaada si abang layak tak move to next level. Walau dah move ke the next level, sesekali ada dapat balik soalan dari sheet level sebelumnya. Benda ni berulang kali sampailah budak ni macam dah hafal setiap pengiraan. Kalau ditanya 9-6, terus dia boleh jawab 3, tanpa kira. Begitulah latihan yang yang diberi, sampai budak cekap. KUMON ni sesuai pada parent yang tak cukup skill nak mengajar anak sendiri, atau budak yang tak berapa rajin mengulang kaji sendiri, sebab dengan KUMON komitmen dia siapkan homework byk, setiap hari satu set dia kena buat. Walau tak hadir ke kelas, tetap akan dibekalkan set-set soalan untuk setiap hari, contoh macam cuti raya baru ni, ada 3 kelas dia skip. dan kami bercuti 10 hari, maka 10 set soalan la dia dapat, sampai next kelas dia akan attend. so kalau emergency nak balik kampung, boleh call KUMON dan bagitau akan balik, dan berapa hari, so dia akan prepare set-set soalan ni, letak dalam sampul, dan kita pegi pick up homework.

Dan KUMON juga untuk parent yang tak gelojoh nak tengok hasil keberkesanan anak. KUMON ni long term education. Sesuai kalau dihantar anak dari awal usia, sebab saya kira, kalau dari sekolah rendah dia suka maths, dan anggap maths tu senang, tak der masalah bila dia masuk sekolah menengah nanti dan belajar yang lebih susah. Ini pengalaman saya la, saya dulu memang tak suka maths sebab saya rasa maths tu susah sangat, dan bila saya rasa susah, saya tak suka buat latihan. Bila malas buat latihan saya memang pelajar yang jauh tercicir. Itu saya tak mau berlaku pada si abang.

Itu sebab awal tahun ni saya hantar dia ke KUMON. Hasilnya, dia memang selesa buat soalan maths, dia tak anggap maths tu beban dan susah, dia enjoy buat maths, malah anak-anak jiran pun suka datang ke rumah dan belajar maths dengan dia. Saya suka juga, sebab kita nampak setakat mana pemahaman dia dengan maths ni sebab dia boleh explain dan jelaskan kat kawan dia buat pengiraan. Eh budak sekarang darjah 3 dah buat bahagi berjela dah. Dia boleh tunjuk step by step pengiraan bahagi atau darab pada kawan dia. So saya rasa berbaloi la saya hantar dia ke KUMON.

Erkk rasa jelas tak sapa yang tanya pasal KUMON dan keberkesanan KUMON? rasanya dah jelas kot.. Cuma saya kini mencarikan tempat belajar untuk English sebab KUMON Putrajaya ni cuma ada untuk Maths je. Saya mau konsep belajar English ala KUMON, iaitu basic dan latihan tu penting, kalau tengok teks sekolah terus kepada advance, sedangkan basic tu penting, contoh si abang kalau tengok kamus, dia akan confuse, delay tu saya tak dengan delayed, reply-replied. arrange-arranging.. macam you=are, she=is bla..bla.. benda ni basic, tapi yang basic ni dia tak mahir pun, teks sekolah dah terus suruh buat comprehension terus.. grammer pun tak cekap. (sama cam emak dia, cakap je pandai ni, tapi ampeh BI sebenarnya tu gigih cari tuisyen english ni)

Dan benda ni kena komitmen suami dan isteri, biasalah kita sebagai emak biasanya lebih prihatin, macam saya, saya kurang bebankan kepala pakcik gebu benda-benda nak survey education anak ni, semua tu biasanya saya uruskan sendiri, survey, jumpa cikgu, call, surfing info, dsbnya, bila dah cukup input baru saya brief dia..ahhahah brief katanya kannn dan cam besaaaa ikut mama la..kalau mama rasa ok, ok la.. see girl power okkkk.. tak payah nasi kangkang ponnn hahaha so bagi isteri/ibu yg lain,jangan give up dengan suami dalam bab begini, depa memang nampak tak peduli, tapi depa pun nak yang terbaek, cuma bagi depa remeh nak cari-cari, depa tau benda huloq duit saja, jadi tugas anda lah survey sana sini cari yang terbaik. Lagipun macam laki meks, dia sendiri tadak masa nak cari info, sebok manjang kat opis, sampai rumah pun dah dekat pukul 7 malam.

14 Komen:

Kak Lia on 1:49 PM said...

Cik Sri Siantan....sebagaimana yg CSS telah tau...bla bla bla..hehhee

insyaAllah....
leh dibuat sbgi pendekatan terbaru ni...dlm kepala dah ada idea...Thanks manyak2.... muah3..

sitinaminah02 on 2:09 PM said...

hai cik sri siantan,

sy adik sri bunga kantan.

aNiS tHe BumbleBee on 2:23 PM said...

ooo...mcm tu rupanya kumon ni...dulu masa keja kt shah alam,ada la nmpak opis kumon ni..bila member2 tnya bini hg keja kt mana,speckybee konfiden ja jawab,alaaa..kt depan opis digimon tu....

keh3x.hampes!

tasekM on 2:30 PM said...

kalau aku tanya macam mana nk buat cucoq bagi sedap hang pelangkung tak aku kak...? ha ha.


.

Pnut on 3:12 PM said...

Lia-sharing is caring, orang kampun saya kata..ehehe

GC-bunga kantan mesti wangi, leh boh dalam kuah laksa

Anis-Eheheh ampess digimon peginya..hahaha

TasikM-eh tu soalan normal, akak pernah ditanya camner nak tanak pulut. gue jawab je, tak pelangkung, saya berjiwa rakyat gitu... hahahahah riak kan..

Dona on 3:16 PM said...

Salam, Kak Pnut. Betul la kata Kak Pnut. Baca blog ni buat saya rasa macam kenal sangat dengan Kak Pnut. Sebenarnya baca dah lama tapi start tahun lepas baru rajin mengomen (ayat menunjukkan pembaca setia). Hahaha.

Walaupun saya ni bujang lagi, takde anak lagi, tapi seronok baca blog Kak Pnut bercerita tentang perihal anak-anak dan saya boleh relate dengan pengalaman mak pak saya dalam membesarkan kami lima beradik.

Cara Kak Pnut cerita pasal Abang sama ja macam mak saya yang selalu pening kepala dengan abang sulung saya. Kata mak saya, anak lelaki sulung lah cabaran dia yang paling dahsyat dari segi nak mendidik. Almaklumlah, hero.

Pasal nak cari tuisyen BI untuk Abang tu, saya boleh ajar actually (offer diri kuikuikui). Tapi saya bukan cikgu bertauliah la. Ada pengalaman ajar adik-adik je dulu. Ngehehe.

mRs. JujUE on 3:40 PM said...

salam kak..

suke bace blog akak ni walaupun panjang berjela²..rasenye kalo jumpe mesti bnyk je citer akak kan? heee..msti syok..urmm..thanks 4 ur info..:)

Pnut on 3:51 PM said...

Dona-kecik tapak tangan.. masjid putrajaya akak tadahkan.. email plissssssssssssss

Jujue-ya kalau jumpa kita leh leh berbual, kalau berdiri tahap leh lenguh kaki punya..ahahah

Dona on 4:11 PM said...

Ok sat lagi saya email Kak Pnut noo... nak settle kerja sikit lagi ni.

MUHSINA on 5:22 PM said...

pnut...

kalau ada anak genius, mcm mana?
boleh hantar ke kumon jugak ke?

(saje je tanya soalan yg tak relevan...kih kih kih)....

intan
putrajaya

ieda on 5:23 PM said...

pnut...sembang mmg susah nak stop nih...hihi
pasal kumon..tgk dlm metro tadi katanya kumon ada buat percubaan percuma utk kelas maths dr 18/11 sampai 30/11...so sapa2 yang ada anak nak try dulu ok ka dak silalah ke mana2 pusat kumon berdekatan...tak pasti tempat terhad ke tidak..ceeewahhh...tolong promote.

Pnut on 7:36 AM said...

Dona-thanks...

Intan-anak genius boleh mengajar kat KUMON, ehehehe

Ieda-ya biasanya hujung tahun, november dia buat trial session, parent boleh try dulu, tp limited student, kami dulu tak sempat trial..kira buat trial sendiri la...

Anonymous said...

agaknya sebab tu ler saya tak pandai2 BI ni...jgn kata speaking, skipping pon tak...huhuh..basic dedolu tak kuat...laa ni tgh dok pikir nak amik kelas BI plak..menuntut ilmu hingga ke liang lahad kan kak kan...

Unknown on 12:17 PM said...

Tq for the info kak.. saya dah faham.. Insyaallah, anak saya akan start soonest...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino