Friday, October 01, 2010

Entry point-point saja


Update desprate namanya ni.

* Ini bulan, Oktober, kontrak saya dengan Selekom Berukband akan tamat, maka harus saya mensurvey berukband baru yang jauh lebih best, usha pakej maxis la pulak... atau upgrade je berukband selekom, belum decide lagik.

* sebulan sebelum posa, dah posa-posa sunat/ganti, dan diet. Bulan posa, elok je diet lagi dan turun sampai 4-5kg, lepas raya dengan open house sana ni, melantak tak leh blah, tunggu sikit hari lagi, mau naik 7-8kg. Benci, tak suka. Makin berumur, kadar metabolisme makin menurun, so berat susah nak turun. (ni ayat menyedap hati sendiri)

* Masih tak sihat, selsema ada saki baki, kepala ada juga sakit, petang karang kalau tak tahan, minta izin boss balik awal.

* Cuti hujung minggu ni, berderet jemputan rumah terbuka, dan majlis kawen. Sila congak sendiri berapa kalori masuk, berapa makana sedap kena makan, dan kemudian berapa banyak lemak akan terkumpul.

* Susah jadi orang gemuk, makan semua kena jaga, tak leh makan sebarangan. Kalau teringin jamah lite-lite.. kalau tak jaga, lemak lagi banyak terkumpul, so makin bertambah gemuk. Bahaya!!

* Saya dengki orang badan kurus kering, makan banyak, tapi tetap kurus, ada dua awek kat opis saya, sorang berat 39kg, dan sorang lagi saya tak tau berapa, tapi saya jamin berat dia tak lebih 45kg, makan Ya Rabbi, macam bela hantu raya. Pagi sarapan je nasi putih, yang saya boleh makan 3 kali. kemudian makan kuih lagi. Saya kagum depa leh makan 5 biji kuih cucuq badak dan sepinggan mihun. Kalau saya yang gemuk ni pun tak leh masuk banyak tu, tapi depa boleh. Kenapa mereka tidak gemuk? Ini tidak adil buat saya. Dunia ini kejam. (ayat konterversi)

* Esok saya nak pegi Seremban, ada jemputan kawen, warga Seremban sila jemput saya ke rumah anda. Jemah dah bagi alasan..ciss tak mo kawan dia. ~ merajuk, sile pujuk..

* Tijah, depa kata ko masak sedap, jadi tak mau ke bagi akak rasa air tangan ko.

* Ape lagi ya??

* Oh ya, jiran saya yang bak hati, kak Zah dan adiknya Raja kemalangan semalam, teruk remuk kereta mereka, saya tengok pun ngeri kat balai polis semalam. Kak Zah patah kaki, Raja ok, cuma masih trauma saya kira. Doakan mereka tidak apa-apa, dan tiada yang buruk berlaku, Insya-Allah nanti saya akan melawat mereka sekali lagi, semalam berkejar ke waf kecemasan Putrajaya, pakwe hensem tapi kerek nak mampos tak bagi saya masuk jumpa Raja, jadi saya suruh Raja bagitau kat nurse situ dia nak jumpa saya, suruh saya masuk jumpa dia. Ok plan itu berjaya, saya boleh masuk, dan sempat berbual sekejap dengan Raja, dan dia minta tolong saya ambil kunci rumah dalam kereta yang eksiden tu kat Balai Polis, so kami ke Balai dan ambil kunci kereta, tengok kereta yang remuk teruk, saya pulak mengigil.

* Jadi kawan-kawan, sila berhati-hati di jalan raya dan jangan menyusahkan orang. Kemalangan boleh dielakkan. Dalam kes mereka, kereta dari arah bertentangan, dipandu laju, dan terbabas ke laluan sebelah, dan hentam kereta mereka dengan teruk.

* Sebut bab kemalangan boleh dielakkan, saya teringat, masa saya pegi beraya ke Manong, Kuala Kangsor tempohari, rumah sedara pakcik gebu, saya ternampak satu signboard bertulis "Rancang Perjalanan Anda, kematian boleh dielakkan" WTF ((what the Felik)??? Kematian boleh dielakkan?? wei lu sape?? Bab Mati kerja Allah la.. dah tertulis di Loh Mahfuz, andai tiba tika dan saat Izrail nak tarik nyawa kita, tidak lambat, tidak cepat walau sesaat pun, masanya tepat akan tiba, kita je tak tau..

* Ayat sebetulnya, "rancang perjalanan anda, kemalangan boleh dielakkan" baru betul, kita boleh elak kemalangan, pandu hati-hati, jangan memandu waktu sesak, dll.. tetapi urusan nak elak kematian, tu kerja Allah.

Sekian untuk hari ini. Selamat hujung minggu..

10 Komen:

Angah on 9:42 AM said...

buang semua astrisk tu jadi dah perenggan hehe..

bab nak kurus saya juga rasa dunia ni tak adil..tapi takpe, walaupun saya gemok tapi saya cantik dan berharta (mati la perasan)

semoga jiran kpnut cepat sembuh ya. kemalangan ni kalau tak salah kita salah orang la dan kita plak jd mangsa..
kat kuantan ni road sign jenis perli "tak rasa bersalah ke potong Q" "saya pemandu yg degil sbb ikut jalan ini" hahaha

Nurul on 10:07 AM said...

huhu..semoga jiran kak pnut cepat sembuh..

Ya..ya..saya juga jeles tengok org len makan byk tapi badan kecit jer..sbb bila saya makan byk badan saya akan membesar dengan sihat gumbira...

Amyz! on 10:18 AM said...

part signboard ayat tak betul ni memang banyak. kematian boleh dielakkan?? sungguh hampeh!

yg badan kurus-kurus tu kalau muda bawah 25, memang mkn banyak susah nak naik berat. cuba nanti umo dia dah 30 ke.. mesti dia makan sikit2 je. sebab masa tu berat badan akan bertambah punyalah. hahahaha. *ayat sedapkan hati jugak*

takpe. makan sikit2 pun oke. jaga kesihatan. ;-)

sitinaminah02 on 10:30 AM said...

wahh..entry point2 saja..ai like okeh..hehe..

tak pe kak pnut, berlemak pun takpe, janji hepi.makan selagi boleh.kang dah sakit,langsung tak leh nak makan. hehe.

WTF kan kematian boleh di elakkan? haha. bengong betui.

Pnut on 11:03 AM said...

Angah-weii signboard macam tu best la...sempoii i loiikkeee

Nurul-jeles kan orang kurus makan banyak tapi tak gemuk.. tapi awas depa ni biasanya kolestrol tinggi..hahhaha

Amyz-ehh orang tu pun dah kurus...45kg oulss... cayalah..

GC-tu le kematian boleh dielakkan..ampeh...saper la luluskan papan tanda tu ntah

ieda on 11:20 AM said...

dulu badan saya susah nak naik...makan pi apa pun.mungkin sb banyak main.la ni....adoi!!!!semua kena budget.

kirim salam kat jiran pnut...moga cepat sembuh.

Anonymous said...

taknak singgah teluk intan ke??? :) kita pun ade open house gak..secara besar2an..eh!

Angah on 5:28 PM said...

uwaaaaa...once upon a time ..aye pon makan banyak tapi menten kuruih, la ni kalo tak makan pon badan idak mau kuruih..kadang-kadan sampe putuih asa nak berdiet

ajid said...

merujuk kepada point ke-enam..
ehem ehem.. well.. hahahaha

Pnut on 7:39 AM said...

Ieda-naik badan tu masih selim la awak tu.. jeles tau..

MDT-teluk intan ek..nanti kami pi sana, kami roger, leh posing kat menara teluk ensen tu...

Ajid-hang bela hantu raya, tak aci... ahahah

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino