Monday, October 04, 2010

Hai adik ni




Nanti jap lagi cerita, sebab mama kata nak edit pic dulu..slow-slow kata dia..

Adik sekarang dah pandai bukak pintu grill kat rumah, kalau orang dewasa tak kunci, alamatnya adik pulas pemegang grill tu, adik bukak, dan adik keluar berjalan-jalan kat luar, kekadang adik pakai je kasut mama, kasut bibik, atau kasut abang, kalau susah adik nak capai, adik belasah je kasut babah, beso pun beso le..

Itu hari adik berjalan sampai ke rumah jiran, sape pun tak sedar adik keluar sendirian, masa tu ada kawan abang ejat, sepupu adik datang, diaorg borak-borak kat luar, grill tak kunci, so adik pun keluar tanpa diaorang sedar, kemudian sorang kawan abang Ejat keluar nak pegi kat kereta, tengok adik berdiri kata depan pagar rumah jiran adik adik. Huiii kus semangat orang dewasa, diaorang kata adik ni over berani, gelap-gelap pun berani, orang dewasa semua geleng-geleng kepala dengan keberanian adik.. Ya.. khasiat enfagrow A++, tak sesia adik jadi duta enfagrow, eheheh, macam tagline mereka Stronger Children Learn Learn More.. adik berani tak takut apa pun, kecuali cat... adik takut cat je.. tapi adik suka kacau cat, bunyikan miauuu..miauuu tapi bila cat lalu tepi adik, adik jerit-jerit takut..

Tapi kalau mama kurung adik dalam bilik tido, gelap-gelap, adik ok.. tak takut... adik bijak.. mama tutup lampu gelap-gelap, pastu tinggalkan adik, tapi adik pegi la buka pintu bilik air, pastu cerahlah, sebab bilik air ada tingkap kecil kat atas tu, tingkap tu terbukak, dan warna kaca cerah, jadi cahaya lampu jalan, dan cahaya lampu dari porch kereta auntie Zah masuk ke dalam bilik tido, jadi tak leh gelap. Bila mama bukak pintu, mama tekejut tengok adik dah bukak pintu bilik mandi, dan lepak-lepak kat katil mama main-main bantal dan 'pooh' tu kira ok la tu, kalau adik masuk mandi manda baru mama nyesal kurung adik dalam gelap.

3 Komen:

GaDis CoMeL on 10:29 AM said...

comel lah adik.. geram je kak GC tengok.. rasa nak cubit je pipi adik.. haha..

adik jgn memandai pulas grill tu, buat2 berani kuar rumah, kang kena kidnep, kecian mama dgn babah adik..

huhu..

Amy Z! on 2:29 PM said...

hihi. cantiknya hairband adik. mcm princess la adik ni.

beraninya adik ni. tapi kena baik2 tau. jgn ikut org tak dikenali k?

MushroomCute@Mariea on 2:34 PM said...

Uish..adik kena pakai alarm ni..kalau lebih 10m dr umah alarm bunyi..hehehehe

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino