Ermmm tak pasal weekend jadi rajin update blog.
Semalam anak Enon mengomen kat komen box, ini hari Hamba Allah pulak mengomen kat chat box.susah juga jadi celebriti ni..matilah kena keji nanti
Ermmm gitulah kalau jadi blogger yang gedik dan poyo, apa ko letak, ape ko taruk akan ada komen begitu, begini. Padan muka sendiri, sape suruh nulih blog, saper suruh gatai boh pic gambo umah le. gambo itu ini, hambek la ko, selian pujian, kejian pun banyak, perlian pun banyak. redho sajork bulih??
Pasai gambo umah, memang ada yang suruh saya letak pic, saya kan menjual barang-barang hiasan rumah ala henglish gitu, pastu ada ibu-ibu baru yang baru minat-minat nak deko rumah, baru beli dan semangat nak hias rumah nak beli barang jualan saya. So ada antara mereka yang kata, kak Pnut bagilah idea kalau saya beli tu camner nak hias, kalau beli ni camner nak hias. Saya suka bunga-bunga, tapi hubby tak suka bunga-bunga, camner nak hias agar tak nampak seerabut, dan ada yang kata, teringin nak hias rumah, tapi anak-anak kecil dan lasak, tengok rumah orang cantik teringin nak cantik juga.
So saya tunjuk gambar, bagi idea kat mereka yang minat nak beli barang tapi tak der idea menghias, dan mereka ada anak kecil tapi tak tau camner nak menghias, so saya tunjuk, ada kabinet yang boleh hang kat wall tinggi, dan anak tak leh capai, ada bunga-bunga kita boleh hias di dinding, supaya anak tak leh capai dan buat main. Takkan saya kena qoute setiap perbualan YM saya, FB saya, email or sms saya nak kabo memang ada orang yang minta saya bagi idea dan ilham camner kalau depa beli kabinet saya jual tu nak letak apa, boh apa, dan selain menghias rumah dengan bunga-bungan gubahan letak atas meja, camner lagi nak hias rumah dengan bunga-bunga cara lain.
Anyway itu intro je tuuu.. intro je 4 perenggan.
So kita pegi ke main point yang mendorong kepada peng-update-an blog ini pada hari minggu.apeee daaa bangla keja kilang pun cuti santai-santai kat umah, sambil tengok citer hindustan, saya hadap laptop update blog
Saya jawab secara direct la kepada Encik/Cik/Puan/Tuan/Tan Sri/Dato Sri/Datin ni..macam kad jemputan kenduri daaaa
Semalam anak Enon mengomen kat komen box, ini hari Hamba Allah pulak mengomen kat chat box.
Ermmm gitulah kalau jadi blogger yang gedik dan poyo, apa ko letak, ape ko taruk akan ada komen begitu, begini. Padan muka sendiri, sape suruh nulih blog, saper suruh gatai boh pic gambo umah le. gambo itu ini, hambek la ko, selian pujian, kejian pun banyak, perlian pun banyak. redho sajork bulih??
Pasai gambo umah, memang ada yang suruh saya letak pic, saya kan menjual barang-barang hiasan rumah ala henglish gitu, pastu ada ibu-ibu baru yang baru minat-minat nak deko rumah, baru beli dan semangat nak hias rumah nak beli barang jualan saya. So ada antara mereka yang kata, kak Pnut bagilah idea kalau saya beli tu camner nak hias, kalau beli ni camner nak hias. Saya suka bunga-bunga, tapi hubby tak suka bunga-bunga, camner nak hias agar tak nampak seerabut, dan ada yang kata, teringin nak hias rumah, tapi anak-anak kecil dan lasak, tengok rumah orang cantik teringin nak cantik juga.
So saya tunjuk gambar, bagi idea kat mereka yang minat nak beli barang tapi tak der idea menghias, dan mereka ada anak kecil tapi tak tau camner nak menghias, so saya tunjuk, ada kabinet yang boleh hang kat wall tinggi, dan anak tak leh capai, ada bunga-bunga kita boleh hias di dinding, supaya anak tak leh capai dan buat main. Takkan saya kena qoute setiap perbualan YM saya, FB saya, email or sms saya nak kabo memang ada orang yang minta saya bagi idea dan ilham camner kalau depa beli kabinet saya jual tu nak letak apa, boh apa, dan selain menghias rumah dengan bunga-bungan gubahan letak atas meja, camner lagi nak hias rumah dengan bunga-bunga cara lain.
Anyway itu intro je tuuu.. intro je 4 perenggan.
So kita pegi ke main point yang mendorong kepada peng-update-an blog ini pada hari minggu.
Saya jawab secara direct la kepada Encik/Cik/Puan/Tuan/Tan Sri/Dato Sri/Datin ni..
Kata Hamba Allah :
1. Rumah Puan tiada anjung solat dan mengaji ke?
Jawapan saya:
Buat masa ini belum ada, Insya-Allah kalau murah rezeki, saya dalam perancangan, akan sediakan satu ruang mengaji dan solat, khas, siap pasang aircond untuk keselesaan. Dengan bajet kami yang sikit masa mula berpindah, kami cuma mampu besarkan hall, buat dapur dan besarkan bilik tido utama sahaja, dan Alhamduillah, tanpa Anjung Solat dan mengaji pun ibadah tu dapat kami laksanakan sebaik mungkin
Insya-ALlah kalau ada rezeki, memang akan naik sebelah ruang kosong tepi rumah ni jadikan 2 tingkat, takkan saya nak canangkan bahawa, kalau ada rezeki tahun-tahun akan datang, saya akan naikkan satu tingkat lagi ruang bahagian tepi rumah saya, kami akan buat 2 ruang kat bahagian atas, satu ruang bacaan, dan satu ruang solat dan mengaji.
Hamba Allah soal lagi:
ke.2 Yang lain dah lengkap, macam mana ruang untuk bertahajud, khalwat dan uzlah kepada Allah.
Insya-ALlah dan Alhamdulillah, tanpa ruang yang khusus pun amal ibadat tetap dilaksanakan. Nak buat benda baik tak perlu nak tunggu 'yang lengkap-lengkap' (entah saya tak berapa jelas lengkap macam mana?) bagi saya buat masa ini, ruang dalam bilik tido itu sudah cukup selesa untuk solat jemaah kami anak beranak, suami mengajar dan betulkan tajwid anak (Najmi sekolah agama 2.30-5.30ptg, dan malam mengaji dengan ustazah jiran selang sepintu, pukul 8.00-9.00, setiap hari terpaksa bagitau, kot nanti kata hantar anak belajar kat KUMON, tapi mengaji tak hantar kelas khas pulak kan?)
Dan ruang yang kami sediakan dalam bilik tido tu, memang ada beberapa naskah Al-Quran, surah-surah Yassin (memang banyak sebab kami beli banyak2 masa majlis kenduri itu hari)Ni pun kena bagitau juga, takut nanti kata beli benda lain boleh surah Yassin harap yang dapat free pulak, bagitau lagi, semua tetamu yang datang baca yassin masa majlis itu hari, kami sediakan goodies bag yang berisi kurma, kismis, dan kerepek serta senaskah surah yassin, sorang satu surah yassin beratus-ratus saya beli, tapi tak der la kabo kat blog pun ni baru kabo) dan bilik tetamu pun kami sediakan naskah Al-Quran, surah yassin juga, bilik anak bujang pun sama, ada Al-Quran untuk dia mengaji dan satu naskah tafsir untuk kegunaan dia, samaada disekolah agama atau di rumah.
Ketiga katanya :
Ada koleksi hadis kan cantik.
Saya juga ada koleksi frame ayat Al-Quran, surah Toha, ayat seribu dinar, dll juga, koleksi frame hadis saya belum pernah jumpa lagi, mungkin anda tidak perasan, dalam pic-pic tu ada saya tunjuk.
Sekian jawapan saya, harap Hamba Allah berpuas hati, alangkah baiknya kalau sertakan nama, email kan ke bagus, nak berdakwah jangan berselindung, tak baik, benda baik kita kena highlightkan, tak gitu???
Lagi satu, saya mohon jasa baik Hamba Allah, saya yakin, rumah anda pasti ada Anjung solat dan mengaji kan? Boleh emailkan saya pic ruang rumah anda? email saya - senangingat@yahoo.com boleh juga saya dapat ilham dan idea bagaimana nanti saya boleh cipta ruang sebagaimana rumah anda. Kalau malas email, boleh mms kepada saya ruang berkenaan, kalau tak der kredit, leh tinggal no telefon, nanti saya tolong top up kan. Tapi kalau telefon tak der kamera, tak per la, saya faham, tak semua orang nak pakai henpon ada kamera, ada orang bersederhana, telefon asal boleh call dan sms pun cukup memadai.
Ok tamat sebuah jawapan.
Moral of the story
Moralnya tuan-tuan dan puan-puan, untuk jadi blogger, jiwa kena kental. Terutama nak jadi blogger poyo, kalau poyo tak leh sentap dan marah-marah, itu mat rock kata buang karan. Masa nak letak pic umah ni pun saya dah ready, kompem ramai mengeji, tapi saya salurkan jiwa kental saya ke arah yang positif lagi inovatif. Saya dah ready dengan semua dugaan mendatang. Hahah ayat cemana tah.
Itu hari kata bagi tips untuk jadi blogger kan? ini lah salah satu tips, jiwa kena kental macam getah sekerap. kena kutuk dengan Anon tu besalah, kalau sentap-sentap, baik toksah letak pic apa-apa pun. Tulis je la.. ermm tapi tulis pun kompem juga ada komen juga, kalau tulis kita kuat derma, kita rajin mengaji, pegi join majlis tahlil, majlis tadarus, ishkk nanti orang kata, buat amal ibadat pun nak kecoh, biarlah amalan tu Allah yang hitung. Susah kan?
Apa pun macam saya tulis kat bawah nun.. "di blog saya, anda dihargai"
23 Komen:
heheh..lawak ar akak nie (@_@)..
akak..sy pun cin anon jugek..tp bkn anon yg kutuk2 tu..
sy cik anon yg nk suh pos kerepek rs jagung n nk resepi popia tu..
sampe skrg teringin nk rase kerepe tu..ermmm.. : (
-cik anon-
(@_@)
pinut
adat masuk umah orang, bagi salam dan kenalkan diri.. tol tak? memang tak suker enon enon ni sumer yang bagi komen agak sengal jugakla
mmg jadi blogger otai ni semnagat kena kental beb.. hehehe kengkadang memang sedikit menyampah lah kalau ada blogger yang kekonon nak nasihat itu ini kenonon lebh ilmu tapi sebenarnya pendek pengetahuan. mcm ni lah.. nak nasihat tapi sembunyi identiti.. sabo ajelah dik non
I LIKE your entry very much this time.....claps...claps...claps....
Salam Pnut,
Mula2 sekali, sy minta maaf byk2 andai krn permintaan sy unt Pnut upload pic deco rmh Pnut mendtgkn masalah pula kat Pnut, tp sy tahu ini semua pengajaran & Pnut pun dh mangli dgn hal2 mcm ni.. Kpd si Anon & Hamba Allah, sy yg sbnrnya dok paksa Pnut upload pic rmh, walau dh berkali2 Pnut bgtau ada yg may b x suka nanti, tp sy merayu2, last2 ini pula jd nya..:(
Personally, sy fikir cara mengutarakan komen yg sebegini amat x sihat, jika anda x suka usah d lawati blog ini, berikan ruang ini kpd org lain, atau nasihat sj scr terus trg, x perlu sindir menyindir, u dont like leave it. Cara begini lbh kpd unt menyakitkan hati org lain wc I belive will ruin ur ibadat (walau u ada ruang ibadat khusus unt tujuan murni tersebut..)..
Terfikir saya beberapa perkara:
1. Sbg muslim, perlukah ada ruang khusus unt beribadat bertahajut apa bagai? Andai rmh sudah kemas & bersih, beribadatlah d mana2. 2 b honest, sy suka bc quran atas katil (dlm cuaca sejuk2 ni), kat meja study (sementara tunggu email supervisor), & sometimes kat tempat anak2 saya tidur (sambil mendodoikan mereka). There's no harm 4 that..!! Tp andai ada ruang khususpun lagi baik, x salah, tp jika ia skdr ruang unt asal ada x juga elok, & paling penting ia tidak perlu d jd kan isu. I m sure jika ada tetamu, there's always place 4 them 2 pray. It's v sad n v typical comment, seolah2 rmh org yg x ada anjung ibadat ni representing penghuninya yg x pernah bertahajut, please watch out, I m really mean it..!!
2. Apa yg d maksudkan dgn 'koleksi hadis' tu.. Again, jika ia skdr hiasanpun no point juga. Jika ada bagus & x salah, tp sekali lagi, ia x sepatutnya d jd kan alasan..
Last but not least, ada hadis (mungkin boleh cr dlm Koleksi Hadis Hamba Allah - Allah itu cantik & sukakan kecantikan. Ibadat x tergantung pd anjung & ruang ibadat shj, berakhlak d dlm menitip kata2 juga sbhgn drpdnya..
Wallaahua'lam.. - Fa Luton UK
Salute buat Kak Pnut..
Rumah saya, rumah mak ayah saya juga tiadalah lengkapnya dengan Anjung Solat bagai. Cukuplah dengan ruangan yang boleh diubahsuai jika nak berjemaah 10 org pon boleh.
Perlukah kita nak buat Anjung Solat sampai mcm surau kat R&R tu? Sedangkan ruangan yang ada Alhamdulillah sudah dpt menampung tujuan tu. Saya yakin tidak semua rumah lengkap dgn Bilik Khas ke Anjung Solat@Ibadah tu. Tidak ler saya tahu kalau2 rumah Hamba Allah itu berlebih2 pula biliknya hingga boleh dibahsuai jd bilik khas mcm tu.
Pesanan untuk Kak Pnut...(n diri sendiri).. Ada jer org nak cari salah kita kan...huhuhuhu...esok lusa dia komen tang lain plak..
Cik Anon yang comei-dah buat ke popianya?? meh nak rasa jugak..
Zar-tu le pasal, nak kena telan getah sekerap gamaknya nak kasi lebih kental...eheehe
Ieda-claps..claps tu dari ummi nabila ke dari Nabila?
Fa-thanks for explaination, and thanks for the comments, saya hargai sangat-sangat.. lebiu la..
Mush-ye, kalau kita ikut cakap orang, semua serba tak kena.. leh 'check in' ke tanjung rambutan nanti..
Aiyooooo...akak baca sambil gelak2 ni hahahaha. Keep it up...xpernah jemu baca blog ni dr thn 2002. Sy nye dah tutup.
Aiyooooo...akak baca sambil gelak2 ni hahahaha. Keep it up...xpernah jemu baca blog ni dr thn 2002. Sy nye dah tutup.
Nama kan geng poyo...kena sikit pun semua dah nak melenting??? Poyo kah namanya itu??? Or should be called as aiyoyoyoyo!!!!
giler la umah hang pnut... aku punya since 2005 tak pernah menghias dinding... bogel je dinding aku tuh... aku nak mai la umah hang satu hari nanti..satuuu harriii nantiii...hahahah tak tau biler...
oklah nak sambung stadi..bai bai..
linda kuching..
Rauf-apesal tutup blog???
Anon lagi???-mana ada melenting.. ishhkkk aiyoyoyoyo pun aiyoyoyoyo la..comel gak tu.. i loikkeee... boleh buat pertubuhan baru, kita vote awak jadi presiden
Linda-ye la..sape la sudi nak mai rumah aku kannn orang dah kawan geng PTD, mana la nak layan barbarian lagik...
salam. kak caya lah akak punya entri ni...psiko je kan kak hamba Allah tu,bagi saya kan kalau kita dari golongan "orang yang mengetahui" ,takde kita nak nanye/tegur orang cenggitu caranya..dah le dok kenal..takpe maintain poyo hehe
pnut... lagu best... baru saya tahu psl Maher Zain he he saya mmg outdated bab lagu ni... saya pun virtual tour rumah pnut... for me deko rumah ni ikut cita rasa tuan rumah yg penting tuan rumah suka dgn deko tersebut sbb mereka yg tinggal di situ...
cm
mana nak kelik button 'i like' on this entry?
mana nak kelik button 'i like' on this entry?
Hahahha... lawak-lawak (ish..baru sesedih dgn entry eksiden td)..
Kita wat tak tahu jer lah Kak P-nut ek...
Akak...caya lah akak...
pnut...mak nabila yg over suka kali ni..
heehehe...gelak dulu...heheeehahahah
haaha..
akak pon nk blaja jd poyo & tegar bak getah segerap dari kebun laki akak...hehehe...
Kak, keje saya sebagai valuer adalah menilik umah2 orang...huhuhu...rasanye ada certain agama jerk yg ada ruang ibadah...Islam kan mudah dan menyenangkan...napa nak menyusahkan diri...rasanya agar tak keterlaluan bolehla saya katakan semua/kebnyakan orang melayu tak pakai kasut dalam rumah..jd rumah bersih...bukan syarat nak beribadah hanya temoat tue hendaklah suci dan bersih...klu mcm tue takdelah istilah solat kat memana pun boleh...kalau manalah tahukan kena bermusafir kat padang pasir ker...kat memanalah takkan nak tunggu tempat yg dikhususkan baru ley nak solat, beribadah...rasanye lg elok beribadah di mana2 drpd sediakan tempat bagai tapi Al-Quran berabuk tak dibaca...kan saya dah over pulak bg pendapatan...tuan rumah relax jerk....huhuhuhu
kak pnut..
saya rasa macam kalau ada anjung solat ke apa, nanti kata kita menunjuk alim pulak yek. hihi.
betul ada kata di atas,islam ini mudah.. kita boleh bersolat di mana-mana, kalau tiada anjung solat, adakah maknanya kita tidak bersolat? hihi.pastu, kalau ada hiasan hadis ke apa, kalau kita tak membaca alquran pun tiada gunanya.
pendek kata, saya tidak bersetuju atau komen orang yg komen blog kak pnut ni. sekian.
wahaha, somehow, i really liiike this entri.
dulu pernah menumpang kat umah sedara. lepas makan malam, (anak) sepupu saya neh mengeluarkan komen berbentuk sinisan. sebab rumah dorang ada 3 bilik je. tak cukup untuk buat bilik study, surau, dan bilik tetamu (dengan harapan abah dorang akan termakan pujuk rayu supaya pindah umah yg lebih besar sikit).
tapi si ayahnya boleh tahan kedekut,lalu dia membalas (pun dengan gaya sinis jugak) "lagi afdal rasanya kalau kita beribadat kat seluruh rumah. mengaji kat ruang tamu, solat kat dalam bilik, berzikir kat dapur. dengan itu seluruh seisi rumah kita sendiri akan bertambah keberkatan"
pastu anak sepupu saya give-up, masuk bilik sambung dengar radio. wakakaka...
Ajai - sampai gak kamu kt "umah" kak pnut ni ek...heheh
Post a Comment