Monday, October 11, 2010

Al-Fatihah dan Takziah


Baca dah kesah kemalangan maut yang ngeri ini? Sedih la saya



Entah, tatau nak tulis apa, sedih bila semua ni berlaku, baru saya tulis itu hari, nak maki driver suka bawa laju-laju, tapi driver ni pun dah arwah. Ajal maut kerja Allah, bila tiba ajal kita, tidak cepat, tidak lambat walau sesaat pasti tiba. Itu janji kita dengan Allah, kita lahir pun dengan izin dan limpah kurniaNya, kita pergi pun dijemputNya, bila saat itu sudah tiba ia tetap akan berlaku tidak kira apa.

Kita tak tahu ajal kita macam mana, pernah kat kampung saya dulu, ada sorang kawan ni minat sangat nak kerja polis/askar tapi emak dia tak bagi, sebab takut kena tembak. Tapi ketentuan ALlah, ajalnya memang mati kena tembak, arwah terkena tembakan semasa kes rompakan kedai emas, kebetulan dia lalu situ dan terperangkap dalam kejadian, masa guard kedai emas tu berbalas tembakan dengan penjenayah, tembakan tersasar dan terkena arwah, dan dia meninggal. See kuasa ALlah Taala, emak dia tak mau anaknya mati kena tembak, tapi ALlah tetapkan dah ajalnya begitu. Walaupun arwah keja cikgu, tapi begitulah ajalnya tiba.

Cumanya ada benda kita boleh elakkan, sebagai ikhtiar dan usaha, itu juga Allah mahukan, usaha, ikhtiar dan tawakal, selebihnya Allah menentukan. Ikhtiar kita, bila memandu jalan la laju-laju. Kelajuan boleh membunuh, kalau ko laju sangat, pastu sensorang accident, mati sorang-sorang tak pe, tapi kalau eksiden dan meninggal serentak berbelas orang begini, sedih dan pilu la kan. Cuba bayangkan ada anak-anak kecil menjadi yatim piatu, angkara sikap driver yang tak bertanggungjawab. Ada isteri yang selama ini tidak bekerja, tetapi terpaksa bekerja apa saja untuk membesarkan anak-anaknya.

Cuba bayangkan seorang anak yang menyara keluarga dan adik-adiknya yang masih belajar? Cuba bayangkan seorang anak dari keluarga yang miskin, yang sedang pikul harapan ayah dan ibu dia yang belajar di IPT, agar nanti anaknya dapat kerja bagus-bagus dan bantu keluarga? Cube bayangkan seorang suami yang kehilangan isteri yang selama ini menguruskan rumah tangga, dengan anak-anak masih kecil. Sedih la kan... Kerana kecuaian dan kegelojohan seorang manusia yang tak sabar-sabar nak sampai ke destinasi dan bawa laju-laju, kemalangan berlaku yang membuatkan ramai mereka yang patuh pada undang-undang jalan raya, tidak memandu laju terkorban. Sangat tidak adil...tidak adil sama sekali.

Haraplah kan, semua orang pun ambil iktibar dari apa yang kita tengok, baca dalam akhbar-akhbar hari ini, jadikan pengajaran. Kalau terdetik nak drive laju-laju, fikirkan keluarga kita, fikirkan perkara buruk boleh berlaku yang berpunca dari kita. Berhati-hatilah sentiasa ek, selalu beringatlah, ada manusia secara hakikatnya otak memang letaknya kat kepala, tetapi dia pi letak kat kepala lutut gamaknya tu yang bawa kereta macam bawa keretapi laju je. Moga kita dan keluarga kita dijauhkan dari segala musibah begini...sedih la..

3 Komen:

Angah on 9:38 AM said...

Al-Fatihah...kpd mangsa
Mati adalah pasti, cuma cara nye berlainan.Apapun kematian mengejut begini memang akan meningglkan kesan trauma kpd ahli keluarga. semoga Allah mengurnikan kesabaran yg tinggi kepada keluarg yg ditinggalkan

Anonymous said...

Mengucap panjang bila terdengar berita dlm radio pagi td. Sungguh risau jika ada saudara(mungkin saudara jauh) atau kawan2 yang terlibat. Kerisauan dan sedih tu berpindah pula mengenangkan keluarga2 dan sahabat korban (sebaknya dada). Nampaknya sudah sampai masanya tindakan@langkah keselamatan ketat diambil terhadap pemandu2 bas ni. Mungkin saja boleh wat satu sistem pd meter@enjin bas tu. Kalau lebih had laju enjin bas mati atau mmg bas tu tak leh lari laju.

pernah dgr ada sesetgh kereta mmg enjinnya dikunci tak boleh pandu laju pada bbrp ribu km pertama. Bila dah sampai tempoh, gi servis baru kunci tu dibuka. jika dah ada teknologi mcm tu knp tak apply pd bas2 ni?

berharap sgt2 pemandu2 bas yg lain amik ikhtibar.

ieda on 11:38 AM said...

pendapat sayalah...kalau nak drive,tak kisahlah sesapa pun,pastikan diri tu cergas & emosi stabil.jgn memandu masa dah letih..memandu kerana terpaksa,memandu dlm keadaan marah....rushing...semua ni punca kemalangan.saya sendiri kalau drive masa angin tak elok (dekat2 jelah) mmg jadi tak elok...
kpd bos2 & isteri2 pemandu bas ni...jagalah emosi pemandu sama...kalau nak marah pun tunggulah lepas habis trip.

p/s...saya takdak kena mengena dgn mana2 drebar bas...hehehe

Al Fatihah kpd semua mangsa & takziah buat keluarga masing2.sabarlah menerima takdir Allah ini.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino