Tuesday, September 14, 2010

Hari Raya Part 1-adik


Hai Semua.. Assalamulaikum.. Selamat Hari Raye buat semua... syok tak raya?? Adik tahun ni tak berapa puas beraya, mama dan babah adik dah cuti awal seminggu sebelum raya, jadi ni raya ke5, di kala orang lain masih beraya bersama sanak saudara, mama dan babah adik dah pegi keja. Ermmm ni pun mama kata dia tak der mood, jadi adiklah update blog mama yang sepi beberapa hari ni.

Comel tak adik pakai kebaya nyonya? Baju ni mama belikan kat adik, masa adik masih baby lagi, mama beli kat Melaka, adik pernah pakai sekali je, masa pegi kenduri Auntie Cida tahun lepas, adik tak ingat la bila tarikh dia. masa tu adik kecik lagi, kebaya ni longgar je. tapi sekarang adik makin gebusss dan kebaya ni ngam-ngam je ngan adik, sikit hari lagi, kompem jadi bahan sejarah je kebaya ni. Kebaya ni mahal, mama beli hand made kebaya katanya, kat kedai baba nyonya melaka tu, mama kata, sebab dia teringin nak tengok anak dara dia berkebaya, tu yang dia belikan juga.

Kali ni adik pakai kebaya ni, adik dah beso.. dah berjalan dan berlari, mama kata pakai kebaya kena sopan-sopan, tapi adik belasah je la.. panjat kerusi, panjat meja, terkangkang sana, terkangkang sini. Sampai mama nak ambik gambar pun tak boleh, adik tak duduk diam.. ape nak buat, adik tengah lasak ni..



Tengok ni, jenuh mama mengambil gambar, bi adik tak tau gambar ke berapa puluh kali dapat yang elok ni, jenuh mak ngah, abang dok agah adik suruh duk diam, suruh senyum, adik wat derk je...



Dapat juga kami bergambar satu keluarga, tahun lepas posing kat ruang tamu mak tok, asal raya je posing tempat yang sama, jadi tahun ni mama ajak posing kat dapo mak tok pulak, tukar lokasi pulak. Masa ni mak ngah adik sanggulkan rambut adik, wahh macam anak nyonya betul, bila adik pegi beraya kat rumah jiran-jiran mak tok, depa pakat geram kat adik, ermmm asyik kena cubit pipi, pastu ada satu kakak ni, cucu tok mah jiran mak tok, dia ada kamera beso tu, dengan lense beso tu, dia ambil gambar adik banyak-banyak, sebab dia kata dik sangat cute. Ermm adik nak minta, tapi malu la.. ermm mama pun teringin nak tanya kot-kot kakak tu ada facebook ka, nak gambar, tapi mama pun malu..ehehe.. tapi adik confirm gambar dari kamera dia sure banyak. sebab dia ambil gambar adik banyak sangat. macam-macam aksi gambar adik akak tu ambil.


Pssstt baju ni semua baju recyle sajork babah dan abang pakai baju tahun lepas, adik pun pakai baju lama, mama lagi syiok..dia pakai baju kerja je.. baju yang mama dok pakai pegi keja.. ahahah mama kata gasaklah, bukan orang kampung tau mama pakai baju kerja pon. Janji vouge kata mama. Sebenarnya saje je mama nak sedondon ngan adik, berbaju hitam, jadi daripada mama membazir duit cari baju baru kaler hitam, mama pakai je yang mana ada... sebenaqnya mama nak beli dah.. kat satu kedai tu, tapi sebab mama tembon sangat, takder size dia pulak.. tu sebab mama pakai baju lama je..

OK..ok.. ni raya kedua dah.. ni kami dah nak balik perak, kampung babah pulak, tapi singgah kejap kat Radix Fried Chicken, pekana dulu RFC, maklumlah KL tak dak.. adik cam besa, tak heran makanan tu semua, adik nak main je lebih kat playground situ.



Okeh, ni raya ke4, adik kat Ipoh, rumah sepupu adik, abang Luqman, anak arwah mak Nyah adik, adik tak sempat jumpa arwah pon, tapi mama kata arwah mak Nyah cantik, baik, dan pandai masak. adik pakai gaun ala princess gitu.. Ermm setahun dua je adik leh bergaun gini, dah masuk tadika nanti babah kata adik kena pakai tudung dah.



Dalam kereta nak balik KL dah, jalan jammed oooo penat adik, nak tido nak ngantok, jadi adik kacau abang main PSP, bila mama nak ambik gambar, adik malu-malu lak..



Ni masa kitaorang berhenti dekat kawasan RnR Ulu Bernam, babah, bibik dan abang pegi solat, mama cuti-cuti mesia, jadi mama kenalah jaga adik, mama kata penat, adik tak reti duduk diam, panjat sana, panjat sini, semua mainan kat situ adik nak main. Tengok dalam pic ni, adik sebenarnya meronta nak turun, adik dok tengok ada budak main buaian, cam best jer, jadi adik merengek nak naik buaian juga.


Ermmm oklah.. nanti mama ada mood, mama update cerita raya, sekarang mama kata dia tak der mood.

Selamat Hari Raya semua...

6 Komen:

GaDis CoMeL on 1:09 PM said...

alalalaa.. pandai lah update tolong update blog mama.. nanti adik tolong bagitau mama, suruh dia bank in duit raya kat akak ye.. hehe.

comel tau tengok adik pakai gaun princess.. kalau akak ada anak lelaki sebaya adik, nak je akak masuk meminang adik, buat menantu.

keh3x

ieda on 4:31 PM said...

amboi comelnyer adik berkebaya nyonya..
aritu lecehla tak sempat sembang dgn adik yg putih melepak ni...auntie kalut2 kena balik sb ujan dah turun...lgpun kawan auntie dr lumut dah menunggu kat rumah...lain kali balik kedah jgn lupa bgtau yer..

makdara TERDIVA on 12:11 PM said...

melaram adik dgn baju princess dia.. :)

N'Kay on 12:51 PM said...

tomeinyer!!

mamalisa on 4:02 PM said...

comelnya anak dara dia!!!
kiss sikit boleh?

hehehe anggun bergaya berkebaya manis sekali!

MushroomCute@Mariea on 3:41 PM said...

ala ala ala..tomeynya adik...sapa pilih baju?

blog dah hidup balik
www.kuinginterbangkeawan.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino