Saturday, August 07, 2010

Wayang Pacak a.k.a MASKARA shorties


Sticky Mode ni, entry baru bawah.. (kalau ada laaaa)


Entry promosi ini sepatutnya gua up ka beberapa hari lepas dan gua patut letak as sticky mode beberapa hari.. tapi sorry geng, gua lupa beb.. tak pe, masih belum terlambat, ingat dak, keseronokan kami di WAYANG PACAK pada November lalu? Ya geng-geng mereka yang menggelarkan diri mereka SINDIKET SOLJAH akan menganjurkan lagi MASKARA SHORTIES tatau apa itu MASKARA, boleh baca kenyataan di bawah ini.

Mereka adalah golongan-golongan penggiat seni yang menganjurkan tayangan filem-filem pendek yang dijalankan oleh amatur-amatur dalam bidang pengarahan, amatur dalam bidang pengarahan filem tetapi mereka ada profesional dalam kerjaya mereka, hebat-hebat beb.. tak main le keja pump minyak kat stesen minyak, tu bangla pun boleh buat sambil pejam mata. So berilah sokongan kepada mereka.

Q: Apa itu Maskara Shorties, fesyen seluar pendek ketat ke?
A: Cakap baik sikit. Maskara Shorties adalam malam acara marathon tonton filem pendek. Senarai filem ada di blog kami.

Q: Bila? Mana?
MASKARA SHORTIES
7.30 pm. 7 Ogos 2010
Rumah Pena. Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur

Q: Astaga! Ante tidak sedarkah 7.30pm tu waktu magrib?
A: Pengunjung boleh berjemaah di tingkat atas Rumah Pena. Selesa. 7.45 pm, selepas doa dan wirid. Boleh kita mula.

Q: Tipu! Poster kata 8pm. Kan?
A: Kalau adik maghrib di rumah, tidak mungkin sempat sampai jam 8pm di Rumah Pena. Rugilah terlepas filem-filem yang awal.

Q: Ai ni wartawan dari Majalah Variety. Tahun lepas, Ai datang tidak ada orang layan pun.
A: Maaf. Ramai orang di Rumah Pena, maka kami tidak kenal. Untuk Pengarah dan Media sila daftar nama anda dengan urusetia agar kami dapat mengenal anda. Kenalkan diri.

Q: Akak tak puas hati tahun lepas sebab DVD calar.
A: Kami telah mengambil segala langkah pencegahan dan pengujian untuk memastikan tiada masalah teknikal berkenaan keserasian alatan kami dan DVD yang kami terima dari pengarah. Jika masih juga berlaku masalah, kami mohon maaf terlebih awal.

Q: Semalam kat Puduraya ada ulat nak jual tiket Maskara Shorties. RM20 je kata dia.
A: Bukan Puduraya tutup ke sekarang ni? Jika ada orang cuba menjual tiket Maskara Shorties - sila jangan ambil peduli. Maskara Shorties adalah PERCUMA.

Q: Saya dari Selatan Siam dan saya tidak ada GPS. Saya mahu tahu lokasi Rumah PENA.
A: Datang awal kerana ramai orang sesat jalan mencari Rumah PENA. Yang pernah pergi pun tersesat juga. Rujuk peta di blog kami agar anda tahu arah tujuan ke Rumah PENA/Maskara Shorties. Rujuk peta: http://bit.ly/baScKD

Q: Kalau Farah datang awal 5 petang, nanti Farah bosan. Camna?
A: Adik boleh ramah mesra dengan pengarah dan penonton2 lain. Amik-amik gambar.

Q: Pakcik bawa bas. Maklum la ramai yang nak ikut sambil-sambil lawat anak kat UM tu, layan la wayang free. Ada parking tak?
A: Parking kereta mengikut arahan penjaga parking bertauliah kami. Parking Utama: Laman Rumah Pena, Sepanjang Jalan Susur ke Rumah Pena, dan laman Gapena. Jika ruang penuh, anda terpaksa parking di tapak letak kereta kubur Cina di sebelah bangunan MAA. Hati-hati melintas lebuhraya tu.

Q: Saya dan kawan-kawan berhasrat nak datang awal. Di PLKN kami sudah diajar untuk saling membantu.
A: Rumah Pena akan dibuka seawal jam 4 petang. Ringan-ringankan tulang bantu abang Sol-jah susun kerusi. Kalau balik lambat, boleh tolong kami kemas.

Q: Saya mengalami cirit beret sejak tahun lepas. Sejam sekali mesti cari tandas. Ada tandas awam ke?
A: Tandas disediakan di tingkat atas rumah PENA dan di belakang rumah PENA.

Q: Abang baru sahaja dapat gaji dan bonus. Tambah pula menang pekerja terbaik. Bos tambah RM50. Apa yang abang boleh beli?
A: Maskara Shorties ni percuma tetapi bawa duit kerana anda mungkin berminat untuk beli t-shirt terhad dan buku-buku Sol-jah yang terbaru, CERKAS dan SIAPA KEKAH BIDAN SEPIAH. (Sesuai untuk cenderahati keapada orang tersayang). Jajan juga ada dijual. Jika tiada duit, sila pinjam dengan jiran. Tiada paksaan.

Q: Saya seronok sangat Maskara Shorties 1 dan 2. Acara wajib saya dan kawan-kawan setiap tahun. Tetapi selalu duduk terpisah dengan kawan.
A: Siapa datang awal boleh cop tempat duduk strategik di ruang Outdoor Cinema kami. Penonton digalakkan membawa alas tempat duduk seperti tikar memandangkan bilangan kerusi kami terhad. Kalau ada kerusi malas lagi la art.

Q: Tahun lepas hujan renyai beb. Gua tega tonton gak.
A: Doa-doa la hari itu tidak hujan. Pun begitu baik sedia payung sebelum hujan. Kami sedang berusaha untuk kawtim dengan bomoh tahan hujan, serius.

Q: Saya adalah pengendali blog hiburan dengan 2 ribu pengunjung sehari. Di mana saya boleh dapatkan maklumat tentang pengarah dan cerita yang ditayangkan?
A: Baca, sinopsis filem dan latar belakang pengarah di blog kami agar anda ada kelebihan pengetahuan berbanding orang di sebelah anda.

Q: Sape pemenang taun lepas? Taun ni plak sapa yg menang?
A: Adik, tiada pemenang untuk filem-filem di Maskara Shorties kerana ia bukan satu pertandingan. Namun begitu, penonton digalakkan membuat senarai 10 filem terbaik di Maskara Shorties [tahun ke-3] di blog atau facebook masing-masing.

Q: Saya blogger pengkritik filem. Boleh saya kritik filem2 di Maskara Shorties sehingga pengarah2 jadi menangis?
A: Silakan. Jika anda membuat ulasan tentang Masakara Shorties, tinggalkan link ada di blog kami agar boleh kami promosikan entri anda. #Tag entri dan tweet anda sebagai #maskara. Labelkan sebagai Maskara atau Maskara Shorties.

Q: Boleh tak saya ambil gambar majlis dengan Nikon D90 Mark 2 baru saya?
A: Sila. Jika anda mengambil gambar di Maskara Shorties, tinggalkan link ada di blog kami agar boleh kami promosikan foto-foto anda.

Q: Saya akan bawa jajan ke Maskara Shorties. mana saya nak buang bungkusan?
A: Tong sampah disediakan. Jaga kebersihan Rumah Pena. Jika kita tidak jaga kebersihan, kami juga yang terpaksa menyapunya kelak.

Q: Der, gua ingat gua nak datang dalam 5 petang dan bbq kat laman PENA.
A. Tiada larangan membawa makanan luar. Sila bawa bekalan makanan. Jika dikongsi bersama Sol-jah lagi la afdal.

Q: Ramai kawan-kawan saya di kampung tidak tahu pasal Maskara Shorties. Mereka kata saya ada-adakan cerita setiap kali pulang ke kampung.
A: Bantu kami timbulkan kesedaran, post poster Maskara Shorties (Ambil di blog kami) di blog, facebook, twitter dan lain-lain media.

Q: Blog you kat mana?
A: Blog kami ada dua:-
http://maskara-shorties.blogspot.com/
http://sol-jah.blogspot.com/

Q: Mana nak dapat buku C3RK45 yang dikatakan bakal sold out tu?
A: Kami juga akan melancarkan Buku C3RK45 pada malam itu.

Q: Do you sell tee merchandise?
A: We only sell 40 pieces on this tee. Price to be decided later. Only available at Rumah PENA on Aug 7 2010.

Saya memang teringin sangat nak pegi, tetapi bergantung pada mood dan angin pakcik gebu, kalau mood dia ok, leh la saya pegi dan join mereka, geng, kalau gue pegi, sile bentang karpet merah, dengan taburan bunga rampai. tak main le pegi sana pastu kena bancuh kopi, kena jadi pramusaji... tak glemer mak nyah... mak nak feeling ratu ok..ratuuu, mana tau kot-kot ada pengarah pilem suka kat mak, dan offer mak berlakon..glemer mak.. glemer....

So geng.. moh pegi moh... mohhhh bile lagi nak tengok wayang pacak di tengah-tengah kota, di bawah sinaran lampu purnama. Cakap banyak tak guna, kasi jenguk itu semua link gua kasi.. boleh tengok senarai filem pendek yang akan ditayangkan, dan senarai pengarah yang akan datang.. sile..sile..sile.. gue belum kompem pegi, tapi udah ada yang mengirim tolong belikan buku-buku terbitan sindiket soljah ni, i tellll u... korang kalau beli buku depa, pastu kalau baca, diam tak gelak, acik rasakan.. cube-cube bawa pegi berubat, kot-kot salur urat gelak korang tergeliat ke, putus ke, lawak cam sial kata kawan saya...bukan kata saya, saya tak suka macam bukan-bukan... saya budak baik.. sekian harap maklom.

4 Komen:

Anonymous said...

lorr..ingat promo tipu2..betul2 rupanye..

selamat berwayang pacak ye cik pinat :)

Siti Noor Aminah on 11:48 AM said...

kalo ler buat kot penang ni, mau jugak sy pi. macam best je. hishhh..rugi tak buat kt sni.

heart by heart.... on 1:30 PM said...

macam besstt je wayang pacak nie..yang ari tu, wenco ajak g..tasha xleh g...rugi je kan.... xpernah berpengalaman...huhuhu,tasha tak berkesempatan lagi kOt...

tentangseseorang on 2:39 PM said...

yeay! akak pergi la. adikmu ini ada urusan tak dapat dielakkan. cuba berikan janji manis pada pakcik gebu itu. ehehehe

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino