Monday, November 02, 2009

MASKARA SHORTIES 2009


Hari ni saya adalah seorang perempuan yang gatal.. miang sungguh..
ye betul..

Saya tergaru-garu.. entah mana silapnya, kaki, tangan saya semua gatal, kalau ikut teori orang-orang tua, gatal kaki dan tapak kaki nak berjalan jauh. Kalau gatal tapak tangan kanan, nak dapat duit, ehem-ehem darling.. i lev you la.. ehem-ehem.. jangan lupe dinda kalo ada habuan sikit-sikit tu..kan..kan.. ok lupekan teori orang-orang tua, gatal ni bukan lite-lite dah, tahap keluar bintil-bintil, dan berair. Kata budak opis ni itu hari dia kena juga gitu, doktor kata ayam sekarang ayam inject, ada orang tak tahan, boleh jadi alergik dan gatal. Jadi saya membuat kesimpulan, saya telah makan sup ayam yang ayamnya sangat gatal jadi gatal itu berpindah kepada saya. Tak baik ko ayam, ko dah ajal, tapi aku tanggung genetik gatal yang kau warisi. Kejap lagi saya nak pegi klinik, amek ubat tahan gatal, tak tahan le tergaru-garu. Ok tamat cerita gatal.

Seperti yang satu dunia tau, Sabtu lepas, SINDIKET SOLJAH telah anjurkan MASKARA SHORTIES 2009 dan kalau tahun sebelum ini saya tak join sebab saya tengah pregnant, beranak kecik yang masa tu dok breasfeeding, jadi saya tak berapa amek port sebab kalau saya amek port nanti saya sangat gedik untuk pergi, dan bila tak dapat pergi, saya jadi manusia busuk hati dan dengki, mula lah saya cakap alaaa bukan best pun, buat penat je.. itu semua ayat penyedap hati bila tak dapat pegi ke tempat yang kita ingin pegi. Tahun ini, anak kecil saya dah tak berapa kecil dan pandai minum susu Enfagrow dah, bibik pun ada, so ape lagi, saya ronggeng sampai lebam la..

Bebudak SINDIKET SOLJAH (oh sori, ada bapak budak juga) saya kenal udah lama, memudahkan laluan kawan-kawan saya tu juga kawan-kawan pakcik gebu juga.. pada yang tak tau, pakcik gebu dulu penulis blog juga, tapi sekarang dia pemalas. Hari Sabtu di Putrajaya, sepanjang hari hujan on off, saya sudah risau, dan doa-doa agar tidak hujan, petang kami gerak lebih kurang jam 6.30ptg, dan kami sampai sana sudah masuk waktu maghrib, jadi terus solat dulu, di sana jumpa kawan-kawan lama, ada Basrie, OP, Jigo, Tok Rimau, Naga, Spyz dan ramai lagi, lepas solat, hujan mula turun, aduhhh baju sape Tok Rimau lambung atas bumbung, mesti baju orang tak mandi, itu sebab hujan turun..

Jadi skrin semua diangkut masuk ke dalam rumah, gile ko nak kami semua basah? takat kami tu tak heran sangat, nak kasi peralatan audio semua basah sekali..nehiiii nehiii jadi depa angkut semua masuk Rumah Pena dan tayang. Bersesak kami..umat yang datang ramai sungguh. Bagi makcik yang gebu macam saya, mana saya boleh duduk bersila lama-lama, pinggang sakit (ye makcik dua kali kena 'tembak' belakang bius dan dua kali beranak kena operate, jadi makcik tak boleh duduk bersila lama-lama. Baru beberapa filem ditayangkan hujan mula reda, TOKEI WAYANG PACAK suruh angkut semua keluar balik, jadi semua orang dapat tonton selesa, kalau dalam rumah penah sempit dan sampai ramai kena tengok dari tingkap. So semua keluar lepak santai dibawah sinaran purnama. Ok, sangat seronok, lepak sambil makan muruku..

Nak tengok filem pendek ni kena faham sebab susah nak faham jiwa orang seni macam depa, tapi mujur saya memang terrer, dan ada bakat seni, jadi tak susah untuk saya faham (ya ada unsur riak disitu sila ambil maklum) hiks..padahal, kalau filem hok berat sangat hagham aku tak tau ape motif dia..hahaha), anyway Pemburu Buaya Darat by Tok Rimau dan Hangus by Dean Sham sangat cool sungguh tajam sindiran, sungguh menusuk kalbu. two tumbs up. Filem Naga, "Bertukar" kelakar siot, saya tak tau otak cap apa mereka-mereka ini semua ada, sungguh kreatif. Hasil kerja student-student ASWARA pun ada, menarik.. kreatif. Saya suka. Ada banyak filem saya tak tengok sebab saya menolong di 'dapur' menolong menghidang makanan.(hahah sebenarnya tolong letak gula-gula dalam pinggan je pon, tapi biarlah nampak hebat sikit, cam orang penting je bunyinya)

Rata-rata ramai yang hadir anak-anak muda berjiwa seni dan ranggi beb, kalau diperhatikan saya antara makcik yang datang, perempuan lain semua anak dara sunti belasan tahun atau dua puluhan. Ye saya dan ungku Nor je agak kertu di situ. Oh ya, kami juga jumpa Rafidah 3R, dia sangat cute, peramah dan selamba. Saya suka.. Hajat saya nak berlakon filem Estet 2 tak kesampaian kerana Mamat Khalid tak datang, saya nak berlako filem estet yang akan ditayangkan tapi tak layak kerana saya bukan size pokok getah, tapi berangan, kalau Mamat Khalid buat filem Estet 2, estet kelapa sawit pulak, saya nak berlakon jadi pokok kelapa sawit pun jadilah, sebab size saya lebih kurang size pokok kelapa sawit kan??

Ehhh balik kepada MASKARA..

Walau dalam serba kekurangan, tapi saya kagum kerana semangat Sindiket Soljah, tanpa dana dari mana-mana mereka terbitkan buku, buat T-Shirt, dan anjurkan program ini. Saya kagum, itulah orang kata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya seru kalian, andai ada lagi MASKARA akan datang, datanglah beri sokongan kepada mereka. Kalau dinegara lain, filem pendek sangat berjaya, kerana kita bosan melihat pengarah arus perdana berkarya, kerana rugi dan membazir, ada duit tapi buat filem macam biskut marie, sekali ramas dah hancur, bak kata satu dialog dalam FIlem Pendek Hangus oleh Dean Sham, "alaa filem Melayu, baru tengok intro dah boleh agak ending" hiks..baik punya sindir. Pastu ada ayat, "budak-budak sekarang telan segala pil, tak kira apa kandungan pil, ada racun tikus la..ubat gegat ke, semua diaorang telan, kita tak, kita hisap rokok je, rokok dari tembakau, itu tumbuh-tumbuhan, kita menyokong alam semulajadi, kita menyokong pertanian (eh lebih kurang gitu le bunyinya, tok rimau leh tolong betulkan ek) pertanian la sangat kan..

ok..ok..mari kita tengok gambar pulak..

Depa dah sediakan ubat nyamuk beb, jadi ko tak leh komplen ada banyak nyamuk


Buat peminat Mat Jan dan tok Rimau (Mat Jan pun dah gebu sekarang)


MUla-mula tayangan di dalam..kerana hujan


Bila hujan reda pindah keluar, tapi masih gerimis, alaa kamera cap ayam, kualiti pun cap ayam juga le..sori kelabu asap.


Makanan disediakan, dan ada yang bawa jajan untuk dikunyah-kunyah, kita tong-tong le..


Rafidah 3R datang untuk promosi Buku Pisau Cukur dan filem Pisau Cukur. She is nice, peramah. dan gambar paling kiri OP dan Naga (OP belah kiri, Naga belah kanan), kan Naga tu ada muka mix kan..kan..kan..?? hahahah mula-mula depa tak bergambar ngan Rafidah, tapi bila haku dah amek gamboooo rupanya depa pun nak juga bergambar, mujur kamera tak pakai filem kalau tak buat rugi filem je nangkap gambo depa. Kalau hensem ok la juga.


Ok itu saje..jumpa di next Maskara.
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino