Sunday, August 08, 2010

7 Ogos itu besdaynya Pakcik Gebu


Happy Birthday Babah..

Semalam 7 Ogos, adalah hari lahir pakcik gebu yang saya sayang sangat-sangat... walaupun kekadang saya selalu marah dia kentut tak bagi salam.. ape nak buat.. dah lakiii kannn, orang kata masa dolu chenta-chenta kentut pun bau wangi,dah kawen lagi nak lari-lari kalao laki kentut.. oklah, saya pun kekadang kenttt tak bagi salam gak.. fair and square la.. kannnnn...

Wanita tua dalam gambar ini adalah ibu mertua saya a.k.a emak kepada bapa kepada dua orang putera puteri saya. Orang yang patut kami ucapkan terima kasih ialah kepada wanita inilah. Wanita inilah yang melahirkan dan membesarkan pakcik gebu. Terima kasih emak..



Kalau dulu emaknya yang menyuapkan makanan kepada dia masa kecil, sekarang tiba giliran beliau pulak menyuapkan makanan dia..

Kalau dulu emaknya yang mandikan dia, basuh berak kencing dia, kini ibu itu sudah tidak mampu melakukannya sendirian, maka tiba giliran dia pulak melakukan perkara yang sama.

Kalau dulu hendak bergerak kemana, sebelum anaknya boleh berjalan, wanita ini mengendong ke hulu ke hilir, dan kini tiba giliran dia pula kendong ibu ini ke bilik air, naik kereta.. ape lah sangat kan?? sekecil kumat pun tak sama dengan jasa dia kendong sejak dari dalam rahim.

Kalau dulu dia sakit demam, emak inilah berjaga malam, menjaga anaknya yang sakit, dan kini dia pulak samapi 1-2 pagi belum tido berjaga melayan kerenah ibu tua ini yang kekadang peelnya meragam waktu malam, menangis, takut, dan tidak tahu apa ada difikiran dia, tak lena, dan minta ditemankan.

Ibu mertua saya sangat uzur benar. Kasihan saya memandangnya. Perangainya kembali kepada sikap keanak-anakan. Menjaga orang tua yang uzur dan nyanyuk bukan calang orang boleh lalui. Sedangkan manusia yang tinggi imannya belum tentu dapat menahan sabar. Kalau kalian belum pernah lalui, mungkin terdetik, apa susah uruskan orang tua. Oh nooo please, lalui sendiri dan rasai bagaimana kena letak sabar itu di nombor paling wahid. Perasaan dan emosi sendiri tolak tepi sejauh-jauhnya.

Ok tu je.. nanti saya cerita kesah saya melayan mak mertua saya sembang bila angin nak bersembang dia mai.. syok oo kena pulak dia dapat menantu yang skru longgar sikit, jadi dia punya wenngg pun masyukkkk ja...

8 Komen:

Zareda Norman on 10:33 AM said...

Pinut
Happy Birthday untuk pakcik gebu.

Memang menjaga orang tua yang sudah nyanyuk memang sangat mencabar, kata org kalau nak buat dosa memang masa inilah sebab dugaan besar. Zar sendiri merasa jaga kedua dua nenek dan atuk zar sampai dorang meninggal. SEkarang ni mak mertua zar pun tak berapa sihat... semoga kita diberi kekuatan untuk berbakti pada mereka ni.. InsyaAllah.

ieda on 6:51 PM said...

salam pnut...
happy belated birthday utk pakcik gebu..moga terus sihat & dapat berbakti kepada ibu tersayang.

hanya org yg melalui shj yg tau susah senang jaga ibubapa uzur..tambah2 lg nyanyuk..saya sendiri kdg2 hilang sabar tp pendamkan dlm hati.pernah jg menangis sorg2 bila mak marah2.mujur kakak saya sabar.sekarang lg teruk sb bapa jg sakit....what to do..sabar jelah.

MA on 8:12 PM said...

Pnut :

1. Selamat Hari Lahir pada Tokei (yang ke ?)- semoga panjang umur dan murah rezeki dan menjadi anak/suami/bapak mithali. Ameen.

2. Pepatah mengatakan seorang ibu boleh jaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu dapat jaga seorang ibu. Simple je bunyi pepatah ini kan, tapi sungguh mendalam maksudnya.

3. Kalaulah pahala menjaga ibubapa itu dapat digambarkan dengan wang ringgit, sure berebut-rebut semua anak nak jaga makpak dia, kan.

4. Siapa ada mak pak tu - kira beruntung lah masih dapat kesempatan berbakti. Anak yatim piatu (yang dah tua bangka) macam I ni, kadang2 masih merindui mak bapak - rasanya macam tak cukup dan tak puas berbakti dan menjaga mereka.

Siti Noor Aminah on 11:22 AM said...

hepi belated besday kt pakcik gebu. ;p

eh,betui lah.layan kerenah tok memang kadang2 tak leh tahan. bila jauh rasa rindu, dekat rasa macam tak terlayan pulak. pdhal tok yang bela kecik2 dulu. sob3x.

1na on 12:19 PM said...

Happy Belated Birthday buat Pakcik Gebu aka Abg Meor

Bila dok jauh dengan mak nie la buat rasa sayu jer nie....

*Sroooot*

Amyz! on 2:54 PM said...

Selamat hari jadi utk Abg Meor.

Sebak tgk gambar Abg Meor suapkan Mak dia makan. Anak yg soleh. Mudah-mudahan nanti Najmi & Baby Q jaga akak & abg Meor mcm ni juga. Amin.

Pnut on 4:11 PM said...

tengkiu semua atas besday wish, dan komen pasal jaga orang tua tu..
memang mencabar jaga orang tua, kalau jiwa tak kental, mmg kalah...

Angah on 9:19 AM said...

hepy belated besday to pakcik gebu, semoga Allah mengurniakan kekuatan dalam memelihara ibu yang semakin tua. redha Allah bergantung kepda Redhanya sang ibu

Semoga rumahtangga kamu berdua diberkati Illahi

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino