Thursday, August 19, 2010

Sejuk cam kat Kutub Utara, tahap leh tanam stoberi.


Ok dah, tak yah memarah ngan berukband celcom tu dah, buang karaaannn ja..
tunggu bulan november, no more benda alah tu dah koser la nak berlanggan dengan ko cikcom oi, ikut sakit jiwa nak potong line tepon juga, tapi leceh la kalau tukar line telefon, dah lama pakai line tu kang leceh nak bagitau orang lain nombor-nombor baru kita, tak skerrr.. tak sker...

Kutub Utara
Bak iklan Annum, beruang kutub utara apa tah.. ni opis kami sejuk bebeno..agak-agak nak feeling dok obersi sejuk-sejuk cam kutuk utara, mai dok opis chekkk maiii mai oi chek mai,..chek mai... kita ke negeri kedah.. hehe tetiba teringat lagu loghat kedah. best ooo.. i love to be Kedahan. Walaupun lahir kat Pulau Pinang, tapi sebaik saja lepas pantang chek dok membesaq kat Kedah nooo jadi ni anak jati Kedah mai, dari kecik tak keluaq negeri tau.. masuk UiTM ja, keluaq negeri.. masuk uitm pun syiok sebab ramai member satu batch budak kedah, paling majoriti masa tu, tak tau ape hal. Jadi time kami nak balik kampung tu, kirim kat sorang beli tiket, pastu sorang tukang beli, pastu kami balik beramai-ramai, biasanya naik bas Plusliner atau Transnasional. Paling keji naik bas Naela (dah bankrup pon) Pernah tunggu bas Naela dari pukul 11pg sampai 1tghari baru bas mai. CHoii sangat. So memang bebudak batch kami selalu balik secara berjemaah, masuk ja bas tu sekerat bas ja geng kami. Kalau sorang bukak kacang, sat gi depa pakat pass, last sekali mai kat tuan beli kacang tu tinggal kulit kacang atau serdak kacang ja. choii lagi.

Eh ok.. lupa.. citer pasai sejuk kan?? Seju sungguh ooo kira kalau bela sekoq beruang kutub kat sini kompem dia hidup sehat, erkk saya pun leh sehat kan?? taraf size beruang juga.. ok bile dah sejuk kita perlukan agen pemanas.. bace bebetoi, agen pemanas, bukan pemalas.

kenal dengan alat kat bawah ni?? ye pandai... ini adalah hand dryer... selain berfungsi sebagai hair dryer bila kaum-kaum hawa kat sini meratakan air keseluruh tubuh sebelum solat subuh pepagi tu, tak faham??? tak faham sudah, duk dendiam.. hand dryer ni juga berfungsi sebagai alat memanaskan badan, oii sejuk laaa.. bila dah sejuk saya tala pegi toilet, gesel-gesel badan kat benda tu, pastu dia pun berfungsi memanaskan badan.. paling pertama panaskan tapak tangan dulu, pastu lekap-lekap badan sikit kasi panas.

lepas sejam atau setengah jam pegi lagi untuk panaskan badan.

Mujur bilik ini ada tingkap, jadi tingkap di buka luas, tetapi masih juga sejuk apekah?? saya ni siap stokin tebal..stokin bola ok?? tebal tapi masih sejuk, saya pakai kasut sarung yang bertutup, ok leh la tahan. Blazer ni tak jalan dah..esok kena bawa baju sejuk yang tebal.. sapa laki dia keja polis trafik?? pinjam sarung tangan boleh?? sejuk lorr. kot nak feeling macam nak obersi leh pakai ape benda tu yang selimpang-selimpang macam winter sonata tu?? over ok..

Pastu saya ngadu ngan Cik MADU LEBAH kat ym saya sejuk beno. Pastu dia pelik, awat saya yang gemuk ni sejuk, bukankah kami ada penebat haba?

Cuba sat sesapa habaq mai?? kenapa orang guna teori orang gemuk tahan sejuk?? saya tak tahan ok??? Teori tu tak relevan la..siapa yang keluarkan teori ni?? meh sini suruh dia tengok cemana saya sejuk, hujung jari semua macam baru pegang ais. Erkkk tapi plis la..kalau orang cipta teori tu dah mati, jangan la mai bagi hujah-hujah dia kat saya, kang saya terkejut, luruh jantung kat situ, saya lak berduet jadi hantu ngan dia. Harus kami bergabung tenaga cipta teori lain pulak.

Terlalu sejuk ni.. Kat umah memang kalau saya dalam bilik, memang on ja aircond sampai pakcik gebu kata saya tak reti sejuk ka?? tu kat rumah, kita leh kontrol suhu, kat sini centralise aircond, sejuk banget. Orang pompuan dah beranak pinak ni, dah sejuk melampau camni, kompemkan asyiklah nak membazir air, kejap-kejap pegi membazir air.. kejao pegi membazir air. Udah posa, tak minum, pastu sejuk sampai kering-kering bibir dan tekak. pastu air pulak banyak keluar.

agak-agak kalau tanam pokok epal ka..stoberi ka.. hidup tak ek?? ehh try nak?? sebab bilik ni dekat tingkap, so leh je dia melakukan fotosintesis (sape kata saya tak pandai sains, tengok ingat lagi istilah sains tau) keji, pasai kena hafal proses fotosintesis tu la, sebagai umat tak leh ingat benda sains dan maths ni, saya kena denda berdiri dalam lab sampai naik kejung kaki so agak-agak nak tanam pokok epal cam melampau sangat kan, kalau tanam pokok stoberi ok kot ek?? mana nak cari benih pokok stoberi?? sape nak pegi cameron highland nak kirim la.. Agak-agak kalau minta budget kat Dato untuk projek keceriaan library, selain beli pokok-pokok hiasan, saya masukkan sekali nak beli pokok stoberi agak-agak relevan tak?? atau paling koman pun kita try tanam kobis ka.. ok gak kan? benih kobis ada je kat carefour..kompem saya nak try..tunggu ek..

Ok ape kan?? kita buat kajian rintis terhadap keberkesanan bilik yang sejuk dan pengcahayaan yang baik mampukah membiakkan baka stoberi?

Ok dak agak-agak???

9 Komen:

Angah on 1:11 PM said...

Masa kat JPM dulu pun tu la msalahnya sejuk ya Allah. Kalau bertugas kat Bilik Gerakan lagi la, nak menulis pun seksa.Agak2 boleh mintak elaun baju sejuk tak haha..Bila keje kat Pejabat tanah plak semedang panas tambah ngan panas hati lagik. lain benau kasta ek..

aritu kan masa angah merayau kat nursery mencari pohon2 hijau..mmg ada jual pokok stoberi. takut kang beli segar, letak kat umah terus mampos.

Anonymous said...

klu akak dah benci ngan selekom akak leh pergi mana2 telco mcm hantu kuning ka...hantu merah ka...bgtau kat depa nak tukau number jadik hantu kuning or hantu merah...nombor lama remains unchanged termasukla 3 digit depan tuh...cuma akak kena pi center rasanyer utk amek sim card yg baru...no charge tak silap sbb my husband buat from hantu merah ke hantu kuning...masih guna nombor yg lama. adiosssssss

tulip on 2:48 PM said...

kak pinut tukar telco tak perlu tukar nombor dah sekarang ni. pakai no sama je maxis ke celcom ke digi.

ieda on 3:39 PM said...

pnut...bos baru, tu yg aircond sejuk lebih sikit..lgpun kemarin kan panas kes celcom tu.elokla dibalancekan.
ttg kilang korea tu..tempat kilang MDF..dah tukar management & nama jadi donghwa milik korea.

Zareda Norman on 11:12 PM said...

ofis zar pun sojuk macam dok kat eskimo.. tapi nasib baik ekon control sendiri.. agak agak dah tahap beku terus off ekon.. :)

Pnut on 8:13 AM said...

Angah-weeii mana ada jual pokok stoberi tu?? akak dapat ilham dah ni..nak tanam pokok bunga rose.. harus bilikku harum dengan mawar segar...hiks..

Anon-kalau tukar hantu.. pakej dan plan kita sama tak?? ke kena ikut pakej hantu baru??

tulip-soalan sama untuk awak seperti diatas..eheeh

Ieda-oo ada kilang korea ek, kat merbok ka? maju kedah..maju..

Zar-kalo leh kontrol sendiri syiok la..kami ni tak leh kontrol sendiri.. harus ada pinjam tangga dekat budak maintainance and tutup lubang aircond tu..hiks

Anonymous said...

sejuk ni mcm normal fenomena la..even ksn pun komplen sejuk... lagi haru ada visitor mat saleh pun terkomen bilik meeting sejuk... camna tu.. budak2 pejabat bungkus saluran aircond kat siling... dah bukan menyamankan lebih menyusahkan dgn kesejukan

cm

KLMari on 8:53 AM said...

Serupo la kita kak...saya kat ofis ni pun dah macam orang eskimo...siap stokin, glove, winter jacket...tinggal penutup telinga aje takdo....sampai saya selsema tak baik baik dah kat seminggu, MC sekali...bisa bisa badan....tak tahannnn brrrrrrr......

GaDis CoMeL on 1:38 PM said...

tak mau komen pasal sejuk. hehe.

eh, waktu kat uitm dulu, batch kami pun ramai budak kedah. kalo tnya org mana, mesti kedah. geng2 baling paling ramai. sampai budak perak yang pesyen cakap kome2 tu pun cakap hang-hang jugak.best lah.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino