Friday, August 20, 2010

Lagu Bola Kedah - Biar Jasa Jadi Kenangan


Saya Anak Kedah. Bangga jadi anak Kedah.. Bak pantun orang Kedah, kalau tak silap saya, pantun ni katanya Sultan yang buat masa Kedah tengah hangat-hangat terrer dolu..

Bini Nama Bedah
Laki nama Dolah
Kami anak Kedah
Kami pantang kalah..

viva la Kedah.. hiks.. ape tah..

NI kes tengok blog Gadis Dakwa dia Comel lagi patriotik, blog pun kaler hijau kuning. Tetiba terus saya teringat bumi tanah air Kedah tercinta..hiks.. terus gigih cari kat youtube Lagu Hijau Kuning. Atau pun tajuk sebenar "Biar Jasa Jadi Kenangan" ni video yang kualiti agak kaput.. bolehlah, buat melepas rindu. Dulu lagu ni selalu main kat radio Kedah, selain lagu negeri Kedah yang rasmi, ini adalah lagu semangat. Saya kira skuad apa pun akan nyanyi lagu bila nak naikkan semangat.

Pernah sekali group batch saya buat lawatan sambil belajar ke perpustakaan2 sekitar utara, bila masuk je sempadan Kedah, saya bangun dan jerit "welcome to Kedah" jom nyanyi lagu kita.. pastu kami semua anak kedah dalam bas terus nyanyi lagu ni.. jaki je bebudak negeri lain. hahaha


ni geng-geng dari hijaukuning.com pasukan gendang HKC. semangat depa aiiihhh..


Ni lirik lagu dia..

Biar Jasa Jadi Kenangan
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

Bangga ooo jadi anak Kedah, macam orang Kelantan dan Ganung gok kanggg.. kalau dok Kedah, cina dan India kedah pun cakap kedah.. kalau kita pi market (orang kedah tak main sebut pasar ok..kami cakap omputih..market ok..market..) malu ooo kalau kita pigi kedai tokei cina, pastu kita tanya dia "alo tokei, ini ikan berapa satu kilo? wa mau angkat 3 kilo, lu kasi mulah maa?" nanti hang dengaq tokei tu balaih.. "hat ni ikan baghu.. pagi tadi tughun bot, ni ayaq tak dan surut ikan turun dulu, tak boleh mughah habaq hang..." nah hambek..dia punya kedah lagi pekat dari hang.

Nyonya jiran saya lagi syiok, kalau dia sembang dengan emak saya kat depan, kalau kita tak tengok muka dia dengan dressing dia (pakai seluar pendek laa) mesti ingat emak saya tengah gebang ngan Mak Nab ka, Mak Ton ka.. kita tak tau itu Mak Nya. (Nyonya) sebiji-sebiji dia cakap kedah. siap Idqham dan nahu yang betoi. Kalau dengaq dia marah anak dia lagi syiok, bila marah sangat, terus dia maki dalam bahasa kedah "kughang ajaq hang nooo, aku ligan sat gi" hiks.. lu best la nyonya.

k..ok.. untuk anak Kedah semua.. selamat menghayai semula lagu ini..hiks..
tetiba je rindu kampung halaman.. melihat bendang, berlatar belakangkan gunung jerai.. ohh rindduuuu... Ieda, kami jeles kat hangpa..boleh beli kuih 2 kupang satu... mana nak dapat kat Putrajaya ni?????? okeh jap lagi kita jumpa lagi..

12 Komen:

zareda said...

ambui dah rindu kampung halaman ni.. maca melobi raya nak balik kedah dulu ni.. hehheheh

Unknown on 9:37 AM said...

tak sabar nak balik kampung ker??asal usul kena gak bagitau..jangan macam separuh orang tu..tak nak mengaku dari kampung

Angah on 10:07 AM said...

hohoho..semangat wehh - pulun kedah pulun!

aye nak cari lagu kejor yop kejor la hehehe

imah on 11:33 AM said...

aduhai la akak...teringat kembali kenangan zaman bujang...p stadium tgk kedah lawan....asal kedah p final...sy pon akan ke stadium...semangat tu...dah kawen pon penah p...tengah peknen pon p jgk...sampai rafiq pantang tengok ball, mesti sebut dan minta...penuh ball 1 umah...huhuhuh
kedah-kedah-kedah-kedah-kedah.

Pnut on 11:52 AM said...

Zar-kami balik kedah dulu, sehari dua nak raya baru balik sauk...

Kak Ina-chek bangga jadi anak kedah..eheheh

Angah-meh la kejor meh..kedah tengah pulun ni..

Imah-hehehe nanti syoklah rafiq leh sokong kedah, kami terpaksa bahagi Najmi sokong perak sbb dia Mior..mana Mior kedah..eheheh alesya kena sokong kedah.. tp entah la..dia tu anak bapak sikit..

ieda on 1:10 PM said...

pnut...bulan posa ni pun ada lg kuih 2 kupang..sama saiz ja dgn yg 2 kupang 5 duit.
balik la cepat..bendang tgh hijau tu...cantik oooo...
pasai lagu kedah ni..saya selalu jg nyanyi masa kat matrik dulu dgn sorg lagi budak kedah..kami boleh nyanyi kot jalan..hehe..la ni dok nyanyi dgn suami bila tiba musim bola.lagu evergreen ni.

Siti Noor Aminah on 1:33 PM said...

ehem2.. ni Gadis Dakwa dia Comel mai bertandang.. hehe..

ala kak pnut oii, kami ni memang dah semangat kenegerian tu sungguh menebai dalam diri. sampai bakal suami dok kutuk2 kedah ni (kutuk sj nak bagi kami nek hangin), teruih gaduh besaq. dah la kita ni pesyen maki pun boleh tahan. takat haramJ tu memang besa dah.hangpa kalo balik sp ka,habaq lah.boleh gak bawak pi lemang 2,3 batang kot raya ni ayah kami buat lemang lebih.hehe.

(keh3x.lama tak dialog guna kami-hangpa ni)

Siti Noor Aminah on 1:34 PM said...

lupa nak habaq, kalau bola kan, kami sokong skuad kenari ja, MU ka chelsea apa suma kami tak minat. kedah tetap dihati!!! hehe.

Mummy Rizq on 2:17 PM said...

aku org "kejo yeop kejo".. hahaha

aNiS tHe BumbleBee on 2:30 PM said...

fulamak!!cerah bijik mata dgq lagu ni.mai dah semangat kenari nk suruh terbang cepat2 balik malaysia.rindunyaaa uii gulai batang pisang...! hahahaa!

p/s:ada gak lagu kedah yg minum ayaq gamat tu kan..kihkihkih!

Pnut on 3:02 PM said...

Ieda-tu laa...tak sabaq nak balik ni... eh kami kalau balik bulan posa rajin dok merilau kat tg dawai tu..saja jalan-jalan buang masa..nanti leh deting

GC-orang kedah suka cakap kami hang pa..kami hang pa kan?? cuteee hiks..ehh nak bagi lemang kena bg no tipon dulu... plis sms kami no tipon hang pa.. hiks.. no kami ada kat blog ni, kompem kami nak kalo lemang free.. tp tu diaa takkan nak pi baling ambik lemang.. letih kot jalan ja..

MB-molek la weiii kita berbesan..kedah vs perak.. sbb mak pak dia pun kedah perak

Anis-ingat lagu tu ada gak. mai ...mai oii chek mai...kita ke negeri kedah.. mak oi mak oi chek.. mari oiii bagi ghamai.. pegi pulau langkawi..kita langgah ayaq gamat...

Mommy Lyna on 3:03 PM said...

Haha kitapun panggil pasar = market

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino