Wednesday, August 18, 2010

Entry marah Celcom ni.. berapi macam Naga dah..


Ok, ni semata hadap laptop memalam ni semata-mata nak marahkan Encik Berukband Celcom.. acik marah niiiii maka terpaksa ikat jamin, lepas sekor dua jin agar roh-roh jahat dapat diseru dengan penuh bergaya. Jadi jin yang terlepas pada malam ini ialah Jin Naga berapi dari Gunung Himalaya. Terpaksa ni memalam update ni nak marah, sebab esok dah posa, lepas abeh marah, naga ke hantar check in balik, kena rantai. Posa maaa..

Memperkenalkan roh jahat pada malam ni ialah.... jelmaan Naga Himalaya.. Bagi warning dulu, entry ni caca marba..di tulis penuh emosi, dan jalan cerita cemana punya tunggang langgang macam monyet mabuk tertogok todi tepi tong sampah sikit, kejap ke sana kejap kesini entry ni..korang redho je la, ada pompuan gebu macam ni dalam dunia ni nak menulis blog, walau cemana tah entry dia ni.



Ok, tadi balik koje kan.. tengok ada surat dari Celcom kan,

so gua ok la.. bukak dan mmg jangka bil Broadband, kalau bil telefon ada sikit tebal, lagi pun bil telefon dah terima dua tiga hari lepas. Oklah, bukak terus, sekali tengok bil jumlahnya macam kat bawah ni??

Apekahhh??? biasanya bil berukband cuma RM89? hangen ni.. dah la hangin kat Nyonya ka apek mana kat carefour kat Alamanda tu, sengal bebeno.. bulan posa, nak dekat raya, ko boleh bukak lagu cina sepanjang-panjang aku dok beli barang kat dalam tu?? ehh helllooo makcik ni lorat tau.. dia punya feeling nak raya dah over, ko bantai bukak lagu cina sepanjang aku dok dalam, tak ker cari pasal?? huh tak pasal saya bebel kat blog, cube ko bukak lagu posa ke.. lagu raya ke? damai sikit jiwa acik ni.

Ok balik kisah bil tadi. Tak ker bengang, dalam pakej kata kena bayo RM89, dan selama ini memang RM89 tu le yang saya bayo pun, tetiba angka lain lak tertera..confuse acik dik...


Kemudian, tengok belakang muka surat tadi tu ada penjelasan bil..?? Agak-agak saya nak tersenyum girang tengok benda tu berlaku?? nehiii ok..nehiii nehiiii... terus call Careline kononnya. Nampak yang saya tanda soal tu? ape jadahnya ko charge aku begitu? Yang pertama dia kata Printed bill for C-Broadband 0.45 sen? ok 45 sen, kalau tambah lagi 15 sen, boleh masuk tandas sebanyak 3 kali, kalau sekali masuk 20 sen, kalau pun nak masuk sekali 20 sen bayar masuk, 40 sen boleh beli tisu sepeket, ada belen lagi sekupang ok???? Kalau tandas tu charga 30sen, boleh masuk dua kali, atau sekali masuk, pastu leh belanja kawan yang pura-pura takder syiling nak masuk sekali ok???
Pastu ketidak wajaran ke2 ialah sekali lagi ko charge RM2.00 for printed bill for C-broadband?? kejadahnya pulak??? C-broadband boleh tukar Celak* Berukband. Tambah bengang bila mamat nama Faizal yang angkat telefon tu dok jawab kat aku tak tau..tak tau.. tak tahu.. hellooo awak kerja angkat telefon dan orang selalu call ni ada masalah untuk dia nak clarify, yang ko jawab ko tak tau naper? kenalah ambil tau, pastu saya tanya boleh tak saya nak reques tak payah hantar bill kat saya, saya tak mau kena charge tu (dah le bil telefon pun dia charge juga for itemise bill, saya dia charge RM3) mula dia kata boleh, dok sat tu kata tak boleh, kena pegi Celcom center.

_()&*^%$#$*%*^(*&)(*_)(+()+ sungguh, ingat saya ni nak sangat pegi Celcom center kat Kajang tu, yang awek tukang bagi nombor giliran tu sengal, sebab kita cakap nak tukar plan, dari executive plan ke 1+5 plan, dia kata tak payah nombor, terus pegi kaunter hujung, beratur tunggu turn tetiba budak tu kata kena amek nombor bla..bla..bla... ciss marah nii..marahhhh...

Ape dia ingat saya nak start enjin keter pegi sana tu saya rela hati macam niat kita nak buat apa-apa tu.. sahaja aku start enjin kereta ni, nak drive masuk Pekan Kajang yang jammed tu, kerana nak betulkan bil aku. No way beb..boss baru ai suka sebut ni, no way beb... rock eh..peace dato... malas bertekak, pastu saya tanya bila kontrak saya abeh dengan berukband ni? Saya apply dulu plan yang free modem, so kontrak selama 18 bulan. budak tu kata hujung bulan 10. Perghhh lega..dua bulan lagi..sabaqqq pnut sabaqqq.. pastu nak tala meksis lak. Meksis kat kampung laki meks yang ceruk rantau tu pun ada coverage.

Budak celcom tadi cakap, ada mesej kat inbox berukband. Ok saya malas tengok-tengok inbox tu,sebab kompem dok remind jangan lupe bayo bil, remind saya dah nak exceed limit.koser nak nak tengok benda yang menyakitkan hati kan?? ni nampak dia bagitau nak pow duit kita??? Pastu leh la budak faizal yang jawab call saya tu kata tak der cara lain, kena pegi celcom center untuk reques tak nak bil. Tapi apekah mesej kat sini kata boleh call line tu??




Lagi satu berukband Celcom ni kedekut piang ok... dia kasi 5G je tau, pastu kalo ko dah cecah 5G tu dia slowkan speed ko, pastu merasa la guna internet macam zaman batu... kena ketuk-ketuk batu bari keluar api kan?? hah merasalah ko rasa macam nak lempaq berukband tu sebab nak bukak blog sendiri pun tahap ni boleh tido 5 jam, pastu bangun, makan, main guli, pastu pegi tido lagi 3-4 jam, bangun, belum tentu blog sendiri pun boleh bukak. ok perumpaan tu keji sangat kan?? tapi alang-alang nak mengeji biar nampak gempaq sikit noo

Masa saya apply pakej RM89 ni, dia kata bagi 5G, sepatah haram dia tak cakap bila dah cecah 5G tu dia nak slowkan speed macam gampang. slow sesangat ok?? masa dia slowkan ni kekadang tengah bulan, so my bill date saya ialah 8hb, so merasa lah guna internet sambil memaki-makian dengan indahnya, sehingga 8hb. Saya tanya anak-anak sedara yang pakai Meksis, kata depa meksis tak gitu?? ye ke weii?? tulung habaq sat betoi ka?? kalau betui kompem acik tukar berukband meksis lepas abeh kontrak ni.

Pastu sebok suruh orang purchase lagi?? suke hati pak dia je.. Geram ni, baru minggu lepas jumpa Dato Shaziman, berceramah bla.bla.. terasa kagum, minggu terus menyampah pulak.. patutlah kayo.



Kontrak depa haper tah, saya pertikaikan kontrak tu, katanya dalam kontrak kata bayar RM89 je, tapi apsal tetiba charge lain?? Pastu budak faizal yang entertain saya semalam cakap, printed bill tu dihantar sebab ada orang kata tak terima bil la hapa.. ehh tulung bagi alasan logik sikit boleh?? umat tu dok ceruk mana tak dapat bil tu?? pastu umat tu tak reti ke kalau dia tak bayo bil, dah tentu korang cut line dia kan?? ehh tak suka la kena tipu camni. Boleh tak terus terang je. korang saje nak charge Rm2.45 sen sebab nak cepat kayo?? Kalau sorang kena charge RM2.45 utk sekeping bill kertas? sekeping kertas print nilainya RM2.45, kalau 1000 orang?? berapa banyak?? kalau 2000 orang??

Mentekedarah duit orang buta-buta gitu je. tak pa, sabaq, 3 bil je lagi saya akan bayar, lepas tu chiau cin chau... Budak Faizal tu kata lagi, dalam kontrak memang ada mention pihak Celcom berhak untuk menukarkan plan, atau apa saja, tanpa notis. )_()(*&*&^%$^$ sangatla.. tak der lawyer-lawyer tribunal tuntutan pengguna kaji kontrak-kontrak bangang cam ni?? dah tu saya pun satu gak, percaya sangat Celcom takkan buat begitu..haprak la.. suka hati dia je nak buat buat tu buat ni..

Ok fine, saya cheeck bil bulan lepas, dia mention start next month kena charge RM2 for bil?? tapiii Celcom yang bijaksana, saya juga adalah bijak dan berhemah??? cube habaq mai, kertas apa hang pa guna, sampai sekeping kertas print depan belakang nilanya sampai RM2?? pastu yang charge 45sen kejadahnya?? tak leh terima hakikat diperbodohkan sesenangnya. Nagaa berapiiii tolong fireeeeeee....

Ihskkk rasa nak marah lagi ni... tapi penat pulak taip.. dah tu pakcik gebu tengok tv citer cam best je pulak..leh tak korang tulung sambung marah sat?? tulung marah sekali plissss... kita marah secara berjemaah ye di bulan puasa ni.. lebih afdal. ruang komen boleh guna untuk kita marah celcom sesuka hati. kot-kot dato shaziman baca blog ni. hahaha, gasaklah..janji leh lepas geram..

26 Komen:

Zareda Norman on 11:34 PM said...

pinut

kasik link kat FB kot kotlah ada PRO celecom baca kasi panas sikit.. hahah *che kiah yang berhangen gak sebab celecom charge CMT RM2.50 every week.. every week tau bukan bulannan, patutlah ko kaya celecom*

Anonymous said...

meksis tu pun sama jaa. bila dah sampai limit upload ka donlod x tau..(bukan reti sgt pon kan benda2 ni, tau pakai ja) dia akan suh kita upgrade limit supaya laju. kalo x, merasala kelajuan tahap siput babi mabuk todi. geram gila! tp wat masa ni xdak la dia charge bukan2 cam celcom ni.

hana

Mar on 4:58 AM said...

kak,
saya hangin dgn celcom gak ni. diorang dok hantar mcm2 broadcast sms bagitau tah hapa mende hari2 kadg2 smpai 3/4 kali. dah buat report suruh stop tapi diorang dok hantar lagi sms2 prmo mengarut tu.nyampah betul.

Yoa Ngadenin on 5:09 AM said...

maxis sama je. tapi mmg da state clearly kat kontrak masa beli. bila da limit dia akan slow. in term of broadcast sms=tiada. bill charges pon xde lagi takat ni.

saidatulbadru on 6:06 AM said...

kak pnut,

tukaq pakai stremyx la kak.sy pakai stremyx ni.so far tiada masalah kelembapan berlaku.

Kak Rose on 6:26 AM said...

streamyx pun kekadang macam tu jugak... slow siput babi... tp x de la extra charges tu... so far la..

Anonymous said...

tm dah pasang broadband dan sistem baru... faster and bvoleh tengok tv.. tukar aja..soon will be even better sebab sistem baru

imah on 8:18 AM said...

alahai..baru plan nk beli berukband celcom....x jadi la mcm ni...

Ogy on 8:23 AM said...

wahh mmg berapi gak g membacanya ni....baru tau mcm ni rupenya ek..bila dah exceed speed limit dia dia akakn selowkan? patut arr mcm cipan je berokben g kenkadang tu...adoiii..teruk tul arrr service camnih..huhuhu

tentangseseorang said...

maxis pun ada limit kak. semua yg wireless broadband nih semua ada limit. lepas tu slow.

Lily @ Mama Iqa on 8:56 AM said...

eh kak, btl ke start bln ni dia charge bil? sy pakai celcom gak. tak perasan pun ade msg tu. seblm ni sy pakai maxis, pakej yg rm138 tu. pakej lama. tp cam haraaaammmm je. compare dgn celcom yg sy guna skrg ni more better la. dulu sy marah kat maxis tahap mcm naga berapi akak ni gak la.tp bkn marah sbb extra charge, marah sbb speed dia lembab gile.tpkan kak, wireless broadband ni tgk area gak sbnrnye. ade area celcom teruk, maxis ok, mcm tu la sebaliknye.

tulip on 9:07 AM said...

kak pnut, saya pakai maxis guna pakej gomen servant bulan2 78 je. setakat ni alhamdulillah gi mana2 laju je.. charge lain takde..

Pnut on 9:12 AM said...

kengkawan..thanks for respon, tengah kumpul api kemarahan ni, katanya ada yang fwd entry ni kat org-org tertentu celcom.. gasaklah kita dipihak yang benerrrr...

so ape lagi mau korang komplen, sile luahkan, kot betoi org celcom tu baca dan ambil perhatian.

Tulip-tu le, masa ada promo itu hari, akak dah amek pakej celcom ni, under contract lak tu, so terlepas, bila depa nak buat promo lagi ni???

theorangelily on 9:44 AM said...

bukan ke celcom memang slalu ader masalah? banyak dengar komen even bil tepon pon gitu
dok umah baiklaaaa pakai streamyx kak

Siti Noor Aminah on 10:30 AM said...

tak pasai2 si faizal tu glamer dalam blog kak pnut. keh3x. sy selalu berblogging pakai pc & tenet kat ofis. 1 hari kalo sy kantoi, makan tak abeh la achik sapinat ooii.. haha.

Pnut on 10:31 AM said...

saya dah pakai streamyx.. saya mau mobile internet, boleh bertenet walau dok dalam jamban..
streamyx untuk in house ok la

Unknown on 10:39 AM said...

hmm.. tak tau lg cam ne.. baru subscribe celcom broadband x sampai sebulan.. amik pakej mana pun dh x igt.. main amik je sbb nk online secepat mungkin.. maklumlah baru beli laptop.. so far ok, laju.. bil pun lum sampai lg..

mira edora on 12:05 PM said...

mak chak, b4 this sy pakai maxis, then tukar digi. maxis lagi teruk, paling mahal tp speed memang superb la. cuma katala kita nyer limit 5MB, bila sampai limit tu, terus takleh bukak internet. boleh bukak web maxis untuk topup supaya boleh pakai sampai bulan depannyer. dulu dia slowkan.. skarang, TERBARU diorg tak slowkan dah, terus matikan. Sy pun baru tau sb tu terus cancel maxis. Diorg tak ckp pun (or maybe ckp or ada notis, sy je tak tau).Biasa tak perasan sb tak pakai banyak sampai xceed limit.

kurungchanteq on 12:10 PM said...

salam kak pnut.

sy silent reader blog akak..saya penah 2 kali mengalami masalah dgn celcom. 1st time postpaid bill.. setelah hampir 2 tahun sy pki iphone, tetiba bill saya masuk caj 3g..bkn skit kak..cecah ratus la utk 3g jek..sy col centre, pastu depa tanye sy pki phone ape..bile kate pki iphone, depa kate sy tak off 3g. depa igt sy ni baru sehari ke pki iphone?? masuk bln ke 3 still kena charge 3g yg sy tak guna..terus terminate celcom.

kes 2 plak celcom broadband.,sepjg sy pki signal terbaik ialah 'POOR'..lama2 takleh tahan sy terminate jugak wpon blom habis kontrak..tak tahan byr free jek kat celcom..kena 300 sbb belum abis kontak.keji kan depa?

apa pon call centre celcom mmg mcm haramm..tak membantu lgsg!

Luna on 1:46 PM said...

saya sokong kak!saya sokong! sokong apa pun taktau? depa ni ingat org lain tgk takat rm2.45 masih murah lagi dr negara monggolia so depa ingat rakyat msia ni tak kisah..kan sbb selalu sebut 'ada aku kisah??' tapi bravo,bravo sbb kak pnut adalah org yg kisah dan berani kerana benar takut, masuk jamban!

Anonymous said...

dl pnh guna celcom jgk. hari2 beruk celcom ni kena maki perkara biase. padahal guna x seberapa pun. pastu ofis tgh2 bandar. logik x 3g xde signal. sdgkan dpn ofis sket ade board BESAR ckp jajahan celcom. buduh! ingat2 blk pun boleh jd sakit hati. skrg guna maxis. mmg ade stated limit die. tp sndri mau ingt la kan. kalo agk nk guna byk, amek yg pakej besar. kalo agak2 guna x byk amek pakej kecik. so far (sethn lebih) line die mmg buat sy hepi la. kwn2 lain sume terpengaruh saya tukar maxis =)

Anonymous said...

Sabaq.sabaq Pnut. Tima kasih bebanyak sebab keluarkan naga tu...kalu tak Kak Wan tak penah nak ambik pot pasai bil...yang Kak sibuk ialah dok check no.fon yang dicurigai dalam bil laki akak je..maklum dah kantoi...lepas nengok naga Pnut tu baru ada kesedaran nak check juga..lawak Pnut ni walau marah

Kak Wan
Melawti

Anonymous said...

saya pun sama... tiba tiba charge saya RM3.74 teruknya. SMS pun tak terima, langsung tak ada inform saya tentang charge ini.

Pasal limit pun sama, kalau limit je boleh terima. Tapi, limit celcom bukan limit speed. Celcom ni, hampir boleh kata block internet access. Betul sangat kamu mention blog pun tak dapat buka. Saya pun sama juga.

CS.

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ on 11:33 AM said...

saya pun sama.
celcom anta email bil ready.tgk2 jadi rm72.subscribe rm68 jek.
lagi rm4 tu rupanya xperasan yg printed bil tu.ampes.xperlu bil pn xpe kot. ni cane tah nak kensel.
bodoh betul celcom ni

Its me on 10:58 AM said...

ya ka lagu tu...

naseb bek baca blog ni, kansel, xjd ambik BB celcom

Anonymous said...

payday loan http://2applyforcash.com/ Imifsacam payday loans abedalledly [url=http://www.2applyforcash.com]payday online loans[/url] payday loans online same day Here's a good answer popular children's television anything to lose you get paid for somebody who buys through you.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino