Monday, August 23, 2010

Proses Ambil Maid sendiri, tanpa melalui agen-jimat kos


Sungguh tak dak napsu dan update blog la..
Hari rabu baru seronok kot update..hiks..rabu gomen gaji...
sungguh la tak tau ape kena tah hari ni..cam mandommmm ja kata orang kedah..

Gila punya tak der mood.

Jadi boleh la kiranya saya copy paste je sesuatu yang mungkin berguna untuk korang kat sini..

Saya adalah beberapa kali ditanya mengenai urusan pengambilan bibik ni.. Pada yang follow blog ni dari dulu, kami punya bibik-bibik kami uruskan sendiri, termasuk yang terbaru ni ambil untuk jaga mak mertua ni. Heheh biasanya pada yang bertanya kat email, saya cuma foward jer email yang saya dah reply orang terdahulu.

So today, ada lagi yang email saya bertanya mengenai perkara itu, so sementelah saya pun tak dak mood update blog saya paste je ek.. My sweet darling babah, kalau salah tang mana-mana tolong habaq nooo..

proses ambil maid lebih kurang macam ni. (nak uruskan sendiri kan?)
estimate cost untuk urusan sendiri lebing kurang 3.5-4K camtu.. tengok harga agen sana bagi.

Cara 1-
masuk melalui calling visa.
1. Agen dari Indon akan dapatkan maid, kemudian buatkan medical report dari sana, dan buatkan passport maid
biasanya agen akan minta bayaran RM2K camtu lebih kurang untuk cost ini.

2. Dan setel itu, dia akan postkan dokumen tu ke sini, samaada pos atau paling cepat kirim melalui feri kat pelabuhan, most of syarikat feri ada service hantar dokumen, kalau pos lambat makan masa seminggu dua juga.

3. bila kita dah terima salinan passport dia, dan medical report dari sana, kita kena pegi imigresen, buat surat permohonan untuk keluarkan calling visa untuk maid tu masuk sini. Ada beberapa borang yang kita kena isi, then matikan stem, untuk perjanjian dsbnya. (proses ni untuk makluman, tak sama antara pejabat imigresen tau, contohnya shah alam tak sama dengan Putrajaya, Ipoh lak lain pulak syarat dia.

4. Dalam masa 3 hari ke camtu, surat permohonan kita siap, (ada 3 salinan kalau tak silap) kita kena bayar bayaran untuk levi kemasukan pekrja asing, tak ingat berapa tp dalam 430++ kita kena kirim satu surat kelulusan ini ke agen di Indon, serta resit asal bayaran levi tu, di sana, agen akan chop passport untuk pembantu rumah ni masuk dengan calling visa. Kena chop ni ke Konsul Malaysia dia sana, tengok pada alamat pembantu la, kalau dari Medan, maka chopnya kat Medan, kalau dekat dengan Pekan Baru, maka chop kat Pekan Baru. dah chop, bibik ni dah ready masuk Malaysia. Masa ni agen sana akan minta baki bayaran. Kalau agen sana kata bayaran ialah 3.5K, kita dah bayar 2K, so baki 1.5K bayar masa ni.

5. Pembantu akan masuk melalui mana? airport? atau pelabuhan? macam maid-maid kami ni semua masuk ikut port klang. So bawa surat asal permohonan calling visa tu, dan baut satu salinan photostat bawa sekali masa nak jemput maid ni tiba di port klang. Fotostat imigresen akan ambil, dan kita simpan satu salinan original untuk buat fomema nanti.

6. Maid dah masuk, dalam masa sebulan, kita kena register dengan fomema (agen uruskan medical check up pekerja asing) Buat bank draft atas nama fomema, dan bawak slip bank draft tu ke pejabat fomema, then pilih mana klinik berdekatan dengan rumah kita untuk urusan medical check up. Nanti fomema akan bagi slip untuk buat medical check up.

7. Bawak slip tu pegi klinik, buat x-ray, bagai semua, then dalam masa beberapa hari, result akan keluar, (check online kat website fomema) kalau result ok, proceed terus ke imigresen untuk buatkan permit kerja.

8. Bawa maid, amek gambar (ada garis panduan gambar gak, check dulu) dan buat permohonan untuk dapatkan permit.
urusan ni setel sehari je, pastu maid pun dapatlah permit kerja.

tu je kot, kalau ada lain tambahan nanti saya tanya kan hubby.

Ok tu cara masuk guna calling visa.

Ada juga yang masuk guna passport biasa.

proses dia camni rasanya, ni jiran saya ada buat.

1. Maid tu dah masuk Malaysia dengan passport pelancong.

2. kita pegi buat surat permohonan kat imigresen untuk tukarkan status maid ni dari pelancong ke pembantu rumah.
(tak semua imigresen boleh, kat putrajaya dan shah alam boleh rasanya, tapi kat Ipoh tak boleh)

3. pastu tunggu kelulusan, bila dah lulus, kena bayar ape tah, proses untuk tukar status dari pelancong ke pembantu rumah, adalah dalam dekat 1K juga la..

4. Dah lulus, then buat proses fomema cam kat atas 6,7, 8 tu.

Ok harap dapat membantu.

Sebenarnya kos ambil maid sendiri jauh lebih murah, dari agen yang uruskan, biasa agen uruskan dia akan charge, paling murah 6K kot sekarang, kalau uruskan sendiri, kalau dapat agen dari Indonesia yang boleh bagi harga murah, baguslah, tapi average rate agen sana tetapkan ialah dalam 2.5-4K. Dannnnn risiko ambil maid sendiri ni ialah, kalau ko dapat maid cam gampang... masak nak hadap dia. Macam maid terbaru kami ambil untuk emak mertua saya ni. huiiii baru 3 hari, saya sakit jiwa okkkkk... nak kena hantar balik ke agen sana, lepas raya baru dapat ganti.. tak pe la..dariku sakit jiwa.. biarlah lambat tunggu takper.

Kalau tru agen-agen yang mahal tu, kalau tak suka ini hari, esok, lusa dia boleh ganti baru.. tapi betul saya cakap ni, ambil maid ni memang gamble, sebab kita tak tau specis mana kita akan hadap. Kalau macam my maid dulu adoiii tekanan occay.. sampai satu tahap, kena terminate dan hantara balik je la.

Maid baru ni. Alhamdulillah, masa minta kat agen dulu kami siap spesifik.. mau yang jujur, tak reti guna telefon, biar tak pandai berkawan dari over berkawan, sampai budak tukang angkat sampah pun leh jamu sirap, budak potong rumput belakang rumah leh jamu kopi. Syukurlah ada jiran-jiran prihatin yang tak bekerja memberi laporan, itu pun setelah setahun baru depa bukak mulut. sabaq je la. So maid baru ni tak ada masalah, nak ajar buat call pun jenuh mengajar, pastu penakut, dok rumah kunci pagar, pintu semua. Maid dulu?? saya balik, pintu terbuka, siap kunci tergantung lagi, dia menebeng kat rumah sebelah. Kan Kak Zah kan..kan... kan... Bibik Kak Zah ni lagi syok, bagi balik kampung terus lesap.. sian jiran kami tak berbibik sekarang, ehehe katanya rumah mereka dah macam pelarian Gaza.

Anyway nak ucap terima kasih kat jiranku yang best itu, sebab semalam menumpang abehkan goreng mee kat dapur depa..Gas abeh, pastu bila kami nak pasang ke tong gas baru, tetiba kepala gas tu tak mashyuk lak.. rosak pulak, jam dah pukul 7 malam, nak bukak posa dah.. Pak Cik gebu pun tak sempat pomen, apa lagi, call talian hayat la.. bibik angkut kuali pi sambung goreng kat rumah Kak Zah la. hiks.. Jiran sepakat membawa berkat.. (ye pembaca blog saya kat kementerian pelajaran, Dr. Zah tu jiran saya, awak-awak semua tanya dia ek??? eheheh)

38 Komen:

ron97 said...

aci ke main sambung masak gitu... hahaha

aNiS tHe BumbleBee on 6:22 PM said...

ooo mcm tu..byk dpt info.tp mmg la maid slalu buat sakit kepala.aritu maid yg jaga nenek tu dulu,buat sakit apa xtau.dok bercakap2 sorang2 pulak dah.haishh..pening pala.baru ja keja sebulan buat pangai dah.

Tijah on 10:09 PM said...

kita tak penah ada bibik. mcm mana rasanya ek?

Hayati on 6:07 AM said...

kak yati pulak hari tu ada bibik yang baik. Buat kerja tip top, baguih sangat. Nak apa, cepat saja siap. Masuk tahun kedua, macam-macam cerita kyati dengar. tapi x kisah, dia buat kerja bagus. Hantar balik, lepas tu dia nak sambung 2 tahun lagi. Ambik lagi. Mulut dia, lantak dia sebab kerja dia bagus dan orang akhirnya akan tau sapa ok sapa tak ok bila tengok dia mai balik kerja ngan kak yati.

kali kedua pun dia buat perangai sama. Sama macam pnat punya maid yang peramah tu la. Selagi ada orang, selagi tu nak jemput masuk rumah. Ini kak yati tak tau sampai dia balik kali kedua.

Hayati on 6:12 AM said...

Sambungan cerita...

Lepas tu kali kedua dia nak balik selepas lagi 2 tahun, beberapa hari sebelum raya. Kami pi la beli macam-macam untuk keluarga dia sebagai buah tangan, bagi kue raya berbalang juga la untuk makanan raya disana dan segala apa yang kami belanjakan tiada minta ganti walau sesen pun.

kami ambik tiket pi balik dengan harga rm1200. Jogjakarta kononnya nak bagi dekat dengan rumah dia sebab dia kata dari situ 1/2 jam saja untuk kerumah dia.

Hayati on 6:17 AM said...

sambung lagi, geram ni...

Esok tu dia nak balik malaysia, dia called bagi tau dia tak boleh balik sebab nak jaga cucu dia yang baru lepas bersalin.

Kyati ok saja sebab kita bukannya tau permainan depa ni tapi sebenarnya ada cerita lain pulak. Kawan kyati yang lebih banyak pengalaman minta kyati called KLIA untuk pastikan dia tak masuk dan esoknya kami call dan memang dia ada masuk berhenti kat KL. Pandai pula batalkan penerbangan ke Penang.

Lepas tu kami pi batalkan permit dia dan masa ni lah dengar macam-macam fitnah dia kat kami. Yang tak tahannya dia kata kak yati jamu benda kotor kat husband kyati sebab husband kyati tak pernah marah kyati.

Hayati on 6:32 AM said...

Lepas tu bila cukup temph dia kerja kat KL tak tau dengan sapa, dia nak kena buat Medical check up. dia called husband kyati marah, kenapa batalkan permit dia. Husband kyati tanya dia kat mana, dia kata kat jogja tapi macam mana dia tau permit dia dah batal. Husband kyati memang tegas sikit dan dia kata minta uruskan sendiri kalau nak buat medical checkup dan dia letak tel.

Tak lama kemudian, berbulan juga lah, dia called kyati minta nak kerja balik. Kyati as a melayu mudah lupa, ok saja. Bila tanya husband dan anak-anak yang dua orang tu, depa bertegas tak mau. Yang kecik dengan kyati, ok saja sebab hati kami sama-sama lembut sebab dia merayu.


Sebab ketegasan husband dan 2 anak tu, maka tak ambik lah dia.akhirnya hingga hari ni tak ada maid.Lepas tu dia dok called, called, merayu-rayu lagi tapi dah full stop dah dan kyati hantar surat kenapa kami tak ambik dia lagi. Lepas tu senyap terus sampai hari ni.

Kebetulan lepas tu ada gempa bumi besar kat Bantul, tempat dia, tapi dia ada called kyati kata dia sekeluarga selamat. Masa tu surat kyati belum sampai lagi.

Kadang-kadang kita tak tau apa niat depa mai kerja. samada nak cari duit atau nak cari suami. kyati ada juga dengar orang cerita dia cuba nak ngorat husband kak yati tapi kyati mungkin tak sedar benda ni sebab dia dah tua. Tak sangka.

Walau apa pun benda dah berlalu. Kyati pun dah maafkan dia. Doakan yang tebaik untuk dia. Semuga fitnah yang dilemparkan walaupun ada orang percaya dan ada yang bermusuh ngan kyati lepas tu, kak yati tak kisah.

Hidup kyati sekarang ok dan sekarang kyati hire maid seminggu sekali untuk iron baju. depa lari ka apa ka, bukan masalah kyati sebab setiap minggu pasti ada yang akan mai rumah kyati.

Semuga dapat dijadikan iktibar dan peringatan untuk sesiapa yang ada maid sebab kadang-kadang depa ni depan kita pijak semut pun tak mati tapi belakang kita....Tanya la juga jiran kita macam mana depa masa kita tak ada.

Wah, macam tulih blog pula kak yati.Kalau cerita pasal maid ni memang kyati semangat ni.

Sorry pnut, cerita panjang nih...Pengalaman...

Pnut on 8:08 AM said...

ROn a.k.a Ajid-tu le kan..tetiba ending dia camtu..ape nak buek..macam tak kenai akak..eheheh

Anis-peel maid ni memang sakit jiwa kalau dapat yang gila camtu.. bukan senang nak dpt maid yang ok betoi...

Tijah-cemana rasa?? kalau dapat yg ok, rasa selamat, dapat yang cam (*&^*%&*^%^ sakit jiwa ooo

Kak Yati-ituler pasai kak oii kalau story bab maid tu mmg sakit jiwa, bab dia fitnah kita ni toksah cerita la.. berkoyan-koyan.. kata kita tak bagi makan la.. memacam, tapi badan dia makin tembon. tak makan sangat la..

Mummy Rizq on 8:36 AM said...

pengalaman menggunakan bibik Cambodia paling mengerikan....

selalu menangis meraung macam kena siksa... rupan rupa nya dia sedap sedap belasah anak kita!

syukur dah dihantar balik ke agen. now using Indonesian balik..

Yoa Ngadenin on 1:27 AM said...

kak pnut ada nomor agen yg kat indon tuh? tgh mencarik bibik ni.

Pnut on 7:36 AM said...

Yoa-ada, tapi takut nak rekemen, sebab bibik baru kami dapat pun tak semengah... tahap rasa cam nak penampor je... kang rekemen kat orang dapat yang tak semengah gak, tak best la... tp kalo nak gamble gak, leh email akak ek

Anonymous said...

kak pnut, tolong bagi nomor agen kat indo, sy nak tanya berapa harga dia charge. kawan saya kat Jakarta nak transfer bibik dia untuk sy. tapi dia kata nak ada ejen yang uruskan documents. TQ
tolong emailkan ke starfall78@yahoo.com.

Rosy Cheeks on 11:06 AM said...

salam kak, saya pun nak tanya contact number agen di indon. kalau boleh email pada saya lyzaza@gmail.com
Mintak tolong ye kak. TQ

Digitalite on 3:12 PM said...

Thank you untuk posting yang berguna :D Cara 2 tu rasanya lebih 'ok'

Anonymous said...

boleh ka kita buat permit pembantu rumah untuk orang Indonesia yang ada paspot tapi pas pelawat dah tamat?

Anonymous said...

masa tak de permit bukan main kecut dan bebaik dengan kita, dah kita penat2buat permit, mulalah dia eksyen..mcm2 putar belit sampai kita naik meluat, atau dia senang2 lari..

meluat tapi perlu...

Unknown on 1:49 PM said...

salam santun and salam kompak selalu,,,

mf saya nak indon kut bincang,,,

saya recruitment maid lngsung dari tempat rumah maid, bilah ada yang butuh bibik maid saya siap kasih berapa pun butuh,

silah hubungi:

Email: dhea.amelia999@yahoo.com
henpone: +6287822204227


tks

#SALKOMSEL

@salamkompakselalu

Unknown on 1:57 PM said...

sesiapa majikan yang butuh sangat maid, 24 jam saya siap melayani tuan/puan butuh maid,

Email: dhea.amelia999@yahoo.com
henpone: +6287822204227


tks,

Anonymous said...

Salam, nak tanya mengenai nak bawa masuk maid cara sendiri..jadi maid akan masuk jadi pelancong la..tapi dgr kata, maid tu kena pegang duit dlm RM600 - RM1000 duit Malaysia untuk lepas masa imigresen cek..betul ka? minta penjelasan.. atau ada cara lain lagi ka untuk bawa masuk maid tanpa agensi..sebab maid ni sepupu maid yg lama..

Mr apai on 1:35 AM said...

saya boleh uruskan kelulusan jp visa

Unknown on 2:31 PM said...

Saya Jaya dari perak, malaysia. Perlu
maid dari indonesia. saya membuat agency disini.

perlu ramai maid (5-10 sebulan)
harga yang patut dan best

call/whatsapp
0165078412

urgent

ahip syah on 9:54 AM said...

Nak amik maid indonesia bole contact +6285378741076 cost RM.4000 GERENTI 3 bulan maid lari agen tanggung jwb ganti baru free smoga berpuas hati tq

AGENCY HOUSE MAID INDONESIAN on 12:05 AM said...

salam.
Kami dari agensi pembantu rumah indonesia.kami menyediakan pembantu muslim dan kristin asal jawa dan medan. Tiada unsur penipuan. Kami juga bersedia kerjasama dg agensi malaysia untuk supply pembantu rumah. Bagi siapa siapa yang memerlukan pembantu rumah boleh menghubungi kami melalui telp. 87825370902
NB: haraf berhati hati dengan agensi atau calo yang menawarkan pembantu rumah dengan cost murah dan menawarkan gaji murah. Dan haraf berhati hati dengan agensi atau calo yang meminta uang deposit dengan alasan apa apa.tq

Unknown on 5:15 PM said...

Saya Mabel dari Melaka, malaysia. Perlu
maid dari indonesia

Anonymous said...

Baru2 ni kwn ambik maid kena rm7500....Tolak 3 bln gaji tk payah byr...800x3=2400.....buat permit smp siap kena lg rm5500.....dia kaya gitu boleh la...

Anonymous said...

Ambil pembantu rumah secara persendirian mmg lebih jimat. Cuma perlu keluarkan kos yg lebih sikit untuk memohon permit melalui JP Visa daripada pegawai di KDN. Untuk kesulitan memohon JP Visa bagi maid puan, Sila Hubngi saya(mesej/whatsapp) 0146233202. Kos maksimum RM 5000. (Tiada Unsur penipuan, Urusan terus kepada pegawai Kementerian Dlm Negeri)

Unknown on 12:02 AM said...

Kak yati tak smue indon mcm tu, dtg mai mlysia nak keje or cari laki, for me ..... Saya jauh2 dtg dari indon ke hongkong untuk keje,alhamdulilah sudah 7thn keje dg 1 employer taking care for elderly , how is majikan di mlysia I know cause I have been in ipoh Around 4years , duduk di rumah emak angkat saya org melayu di kp tersusun tasek bercham ipoh . Mencari maid itu seperti bermain judi . Yang terpenting adalah komunikasi yg terbuka antara bos n maid , understanding jg , ada masa nya maid juga letih . Karena kita juga manusia bukan robot. Anyway thanks kak , and salam kenal dr saye MIA. (mia_chayank83@yahoo.com)

Unknown on 12:10 AM said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat malam kakak kayaknya gini aja deh Kak gimana kalau aku aja yang jadi pembantu rumahnya Kakak gimana ya syukur alhamdulillah saya sudah bekerja di Hongkong selama 7 tahun dengan satu majikan yang mana pekerjaan sayang adalah merawat orang tua yang satu gila yang satunya lagi pikun.

Unknown on 12:44 PM said...

Berapa kos untuk gaji bulanan..
Saya memang tengah cari maid..

Unknown on 2:38 PM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on 2:41 PM said...

Kalau ada agent dari Indonesia pls call saya 0103735216. I dari malaysia ingin mendapatkan maid 5-10 orang setiap minggu.

Unknown on 3:55 PM said...

Macam2 sajah

Unknown on 3:55 PM said...

Macam2 sajah

Rumah sederhana on 10:29 AM said...

Anda mengalami kesulitan, insya allah kami bantu.
Whatsapp Dahulu untuk pertanyaan : +60107670389

Mohon dibaca sampai habis

- Jasa booking tiket
- Jasa transfer uang ke indonesia dngn cepat,
Caranya cukup mudah, bankin ke acc maybank2u, selepas pengesahan, kami akan segera proseskan ke acc bank seluruh bank indonesia yg anda akan transferkan.

Detail :
- Nama acc penerima
- Dan No acc penerima
- Email bila perlu.

Proses mengambil masa 5 - 30 mnt.
Kami akan berikan bukti screen shoot slpas uang masuk dalam acc penerima.

Nb :
Dengan jaminan uang dikembalikan penuh sekiranya tdk dpt ditransferkan.

TQ.

Rumah sederhana on 10:30 AM said...

Anda mengalami kesulitan, insya allah kami bantu.
Whatsapp Dahulu untuk pertanyaan : +60107670389

Mohon dibaca sampai habis

- Jasa booking tiket
- Jasa transfer uang ke indonesia dngn cepat,
Caranya cukup mudah, bankin ke acc maybank2u, selepas pengesahan, kami akan segera proseskan ke acc bank seluruh bank indonesia yg anda akan transferkan.

Detail :
- Nama acc penerima
- Dan No acc penerima
- Email bila perlu.

Proses mengambil masa 5 - 30 mnt.
Kami akan berikan bukti screen shoot slpas uang masuk dalam acc penerima.

Nb :
Dengan jaminan uang dikembalikan penuh sekiranya tdk dpt ditransferkan.

TQ.

Anonymous said...

Boleh saya dapatkan nombor agent di indonesia..tq

Unknown on 11:23 AM said...

Masih Ada maid indon perlu segera

Unknown on 12:10 PM said...

Nk cari pembantu rumah yang betul2 bagus bukan senang sekarang ni. Jadi saya ingin berkongsi info yang saya dpt dr : https://www.lookp.com/malaysia/maid-agency

Dekat website ni, ade beberapa senarai maid agency yg bagus sekitar Malaysia. Korg boleh check kalau nak cari maid.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino