Tuesday, August 24, 2010

Mood Raya


Ok, status FB ini hari ialah berterus terang bahawa mood raya sudah mari.. maka mari kita donlod lagu raya... yaribbaaa... lagu raya favourite forever, raihan, nowseeheart dan rem tu.. sedap.. terutama suara rem yang serak-serak meneran tu.. siok...mana ni mamat rem ni ek??

Jadi siapa mood raya mari kita berjemaah untuk meraikan mood itu.

Entah, otak tepu la semenjak dua menja ni nak update blog pun cam tak der wahyu je.

Minggu depan Jumaat dah nak balik kampung..eeeiii bestnya... Saya raya sekarang ni kalau dok kat area putrajaya ni tak berapa meriah la musim-musim raya ni, tatau le tempat lain, kat perumahan saya sunyi je, macam biasa. Tak la macam kita dulu-dulu kan.. lepas je bukak posa tu diaaa tak dan makanan hadam dah keluar cari geng.. kadang tu, belum abeh waktu maghrib depa dok tunggu dah, bawa bunga api, bawak pelita. Pastu mula duduk bawah pokok rambutan, pakat cucuh bunga api. Bila bunga api dah abeh, mula la aktiviti main tahap lupa diri bahawa itu adalah malam. Emak pak sebok pi terawih, kita pulak sebok main ja.

Abeh cucuh bunga api, mula pikiaq, jom main cikgu-cikgu nak??? hiks.. masa tu saya sebagai taiko mestilah jadi ketua.. sifat kepimpinan ni sudah wujud sejak kecil lagi rupanya. Masa ni saya la tukang mereka cipta apa permainan kita nak main hari ni, dan apakah bentuk dan corak ditetapkan.. tak kira main apa pun, sebagai ketua nazi masa tu, saya akan create rules.. kalau main congkak (korek lubang bawah rumah, main dengan biji getah) ok,kalau semalam main congkak saya kalah sebab depa kata bila dah sampai tapak aci tikam.. tapi disebabkan saya bengap sikit mengira, sekali kalah tang situ ok..

Jadi dengan kuasa budak mempunyai basikal masa tu, (kira hebatlah ada basikal masa tu, sebab kawan-kawan lain tak dak lagi, ni basikal pun ada orang bagi, second hand ja)so bila ketua nazi yang ada basikal ni buat rules..sape berani halang?? habaq mai.. jadi depa ikut ja, kalau ketua nazi kata, malam ni kita main tak aci tikam.. maka selalulah aku menang.ahhahahah ya sifat membuli dan keji ini juga wujud sejak kecil.

So katakan malam tu dah set nak main cikgu-cikgu, maka haruslah saya jadi guru besar.. sesuai dengan size badan dan kegarangan masa tu. Jadi 'cikgu-cikgu' lain kenalah ikut arahan guru besar. Biasanya cikgu disiplin adalah Amin, anak Mak Jah, sebab Amin garang, wooo dia jadi askar ooo la ni.. paling lembik sekali Amet (arwah sudah kawan saya ni, Al-Fatihah) Amet memang lembut dan suka beralah, jadi cam besa Amet jadi ustaz. Pastu masa main-main konon ada la budak kena rasuk ke apa.. pastu Amet kena azan, dan ala-ala pulihkan budak kena rasuk ni. Pastu yang jadi anak-anak murid ialah adik-adik kami yang masih kecik, adik saya masa tu Jan dan Maksu la.. jadi emak pak pi terawih, kami kan kena jaga adik-adik, jadi budak-budak kecik, bawah 5 tahun ni la jadi anak murid kami..

wahhh siap beratur lagi ko sebelum masuk kelas.. pastu ada pengawas, check kuku.. pastu cikgu semua garang ala-ala mak tiri ok.. pastu bila kelas muzik, ada la nyanyi-nyanyi dan buat tari menari sikit, time ni guru besaq yang besaq tu pun over.. masuk kacau cikgu muzik.. ape ke bengap beno cikgu muzik balik-balik ajar anak murid nyanyi lagu bunga matahari sangat cantik.... kembang di waktu pagi... noo..nooo nehi...nehiiii guru besaq ajaq nyanyi lagu omputih... so nyanyi la lagu Oh Mekdonel has a farm..eeee aaaa eee aaaa ooooo... baru mantap sikit. Pastu tetiba cikgu muzik pun merajuk dan sentap dengan guru besar.. but so what?? who cares.. budak tu bukan ada basikal.. gue je ada beb. dah tentu bebudak lain akan menyebelahi gue kan??

Pastu sebelum 'bersurai' malam tu dah plan esok nak main apa pulak. Wooo esok main kawen-kawen ok... wah tang main main kawen-kawen acik kalah sikit, maklumlah sape nak kawen dengan budak pompuan gemuk kan?? bebudak laki sure tetiba tanak jadi pengantin lelaki kalau saya jadi pengantin pompuan.. huwaaa diskriminasi...

tapi tak per... dah tentu sebagai ketua nazi, kita kena bertindak bijak.. Saya akan jadi emak pengantin pompuan ok?? jadi pengantin pompuan kena pakai baju yang emak pengantin tetapkan. Biasanya kami akan 'curi' baju-baju kebaya emak memasing yang berkerawang tu, pastu selendang panjang, yang jenis nipis, ala-ala cam net orang kawen gak le... pastu ikat bagi kedut-kedut sikit, letak cekak rambut atas kepala, pastu selit-selit dengan bunga kertas, bunga raya ke.. pastu kompemlah tukang mekap pun acik la kan.. masa tu korang ingat dak, ada batu kapur?? batu tu pelbagai guna ok.. kalau main cikgu-cikgu kita jadikan dia sebagai kapur untuk menulis, kalau main kawen-kawen, kita tenyeh kat lantai, pastu jadi cam serbuk merah, serbuk tu kita tenyeh kat mata dan pipi.. (sungguh semulajadi, tiada bahan kimia ok..) pastu kekadang ada batu kaler cam kuning sikit, atau keputihan kan?? maka merasalah mekap mata dua layer.. Lipstik?? jangan bimbang, Cik Lela ada lipstik jenama Fanbo. cilok saje.. hiks.. Maka bermainlah kami sepanjang malam, sampai lupa esok nak pi sekolah.

Tetiba teringat pulak, ehh aku takder keja sekolah ke?? bile masa aku buat?? eheheh setau saya, balik sekolah je bantai tido.. bangun tido mengadap drama rumah kedai.. pastu drama apa tah lagi.. pastu bukak posa.. pastu malam main?? tak der keja sekolah ke? atau ada tapi saya pura-pura tiada?

Masa tu mana ada pasar-pasar ramadhan kan?? semua emak-emak kita masak. Walaupun tak le sesedap mana pun, maklumlah sumber kewangan pun terhad kan.. tapi bila petang jenuh juga menu berlambak, jiran-jiran pakat bagi sorang sikit. Kekadang sampai leh tau Makcik ni buat ni sedap, tapi buat itu tak sedap, pastu makcik ni tak dak lain.. menu dia, gulai pisang, cucuq pisang, cekodok pisang, pengat pisang, lepat pisang.. tau le rumah dia banyak pokok pisang.. tapi dalam seminggu mesti 3-4 kali ada menu pisang. Huhuhu mujur cik lela tak tanam pisang bebanyak, kalau tak tekanan saya. Kalau katakan makcik ni bagi karipap sedap, malam tu masa main, sanggup tu saya bodek anak dia bagi lagi karipap kat saya, kalau tak bagi terus sentap dan ala-ala merajuk.. kang saya habaq kat kawan lain tok sah kawan ngan dia, dia pun tak dak kawan.. maka bila emak dia pi ja terawih, dia angkutlah karipap lagi 2-3 ketui kat saya. Hahahah sifat terkeji lagi cela..

budak-budak sekarang takder pun cam tu dah.. tapi tak pa.. kami balik kedah nanti terasalah meriahnya, sebab kat Kedah, mercun anytime beb.. siam mariiiii, merasalah macam dok kat medan perang, dengar bunyi mercun dummm dammmmmm, serius beb... tak caya cube mai raya kat kedah..ehehehh bunyi mercun semua gempak-gempak beb.. tak main le takat bunga api je. maklumlah dekat sempadan.. hiks...

14 Komen:

aNiS tHe BumbleBee on 12:45 PM said...

huii...mood raya kak pnut dah mai dah.kami xmai lagi ni..lagi patblas hari nk balik malaysia..ya allah,tak sabaqnyaaaa!!

ni,nak tergelak dok bayang kak pnut jadi mak pengantin tu.dengan kebaya2 suma.kah kah kah!

Angah on 1:51 PM said...

sangat terasa kemeriahannya!!!! thn ni raya klang yeahoooo

Hayati on 2:42 PM said...

pnut ganaih dari kecik la ni.Kyati pulak susah nak keluar, ala-ala anak dara pingitan. Ayah mak garang macam apa entah, takut jadi apa-apa kat anak dara depa. nak main jauh sikit pun tak leh padahal dulu selamat apa. Kenangan masa kecik sikit sangat, setakat dalam rumah dengan depan rumah saja.Kyati tak dak kesan parut lansung masa kecik-kecik dulu sebab kena kontrol. raya pun mana ada seronok sebab dari hari 1 sampai 8 dok kerja basuh pinggan, berhidang.

Elok kita nak raya, orang dah tak raya dah.Masa kecik mak ayah tak bagi pi beraya rumah orang sebab malu nanti orang kata anak dia dok pi kutip duit pulak. Entah apa tah pikiran depa time tu.Uwaaaa...wa tarak kenangan macam lu la pnut. Jeles tau...

Angah on 3:37 PM said...

huhu menggamit nostalgia la pinut, aye memalam org pi terawih aye merempit basikal ngan sepupu sepipit lelaki sampai kpg sebelah, dasat tui...balik umah mak rempit pulak ngan kayu :)

Zareda Norman on 5:06 PM said...

huisshh dah mood raya dah pinut..

zar dok terkejar kejar lagu sebab ada dateline seblum cuti raya .. tak pa tak pa sebba isnin ni cuti nak pasang lagu raya kuat kuat kat rumah kasi datang mood.. ehhehe

amrie on 8:52 PM said...

tang lagu bunga matahari tu yg saya x tahan... saya belajar gak lagu tu masa skolah... dh baper tahun gamaknya lagu tu tak bertukar dlm silibus... huhuhu

Siti Noor Aminah on 12:14 AM said...

dam dam dum, bunyik mercun. haha. uiiii..walaupun dok jauh dr kedah, tp hati teringat igt kat kedah kan.seronok kan tmpt kita. dulu lepas bukak posa ja, sebok la nk pi masjid, bukan smayang terawih pn, tp saja nk tggu time depa bg moreh.tp la ni kurang meriah dah achik sapinat oiii.kat kg kami pn tk beropa nak meriah dah.huhu.

Pnut on 9:44 AM said...

Anis-jangan bayangkan akak pakai kebaya.. tak dak yang muat.. eheheh

Angah-raya kelang? mesti ada lontong..orang jawa kan?? ehehe

Kak Yati-eheheh anak dara pingitan ni kak yati ni.. saya memang loklaq dari dulu..eheheeh

Angah-ni citer dok kat rumah mak, tak best sangat sebab dok rumah taman kan.. kalau kat umah tok kat kampung lagi meriah, siap ikut pak sedara main meriam bulohhhh kaaabooooommmm lawan orang kampung sebelah.

Zar-haruslah aku dah pasang lagu raya dulu...hiks..alang-alang nak over kan...eheheh

Amrie-haah betoi..Najmi pun nyanyi lagu tu.. cikgu sekolah dia ajar..aduhaii kira lagu klasik dah tu...

GC-ye la..la ni astro ada, budak-budak dok hadap astro je... jarang nampak bebudak pi masjid la ni..

Anonymous said...

kak pnut, sebab mercun senang dapat tu lah bebudak Kedah yang juara carta muka depan suratkhabar untuk kes-kes putus jari... huhuhu tahun ni pun sama tapi tak drastik macam kat Tganu lah effect dia.

Nanti raya jemput mai rumah naa... raya kedua onwards! :)

- zaza

Angah on 11:49 AM said...

Lontong tak pernah buat kat umah la kak.. mak buat pecal tiap tahun. menu wajib tuh

Anonymous said...

hoho..kelakola citer cik pinat..

jom dtg tlok intan main meriam kabaid :)

Angah on 12:24 PM said...

:D

ieda on 12:38 PM said...

pnut..
kat area rumah saya ni mercun berdentum dentam dari posa pertama lagi...makin hari makin kuat.meriam kabad ja tak dengaq lg.tp minggu depan mesti ada tu.nabila kdg2 urut dada...'ajut...ajut...' (terkejut)..hehehe

Amyz! on 3:41 PM said...

paling best, part tukar-tukar juadah. tiap2 hari mak buat kuih banyak2 kasi kat jiran. jiran pun balas. fer ada 2-3 jenis kuih waktu berbuka. jimat. tak de pasar ramadhan pun takpe.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino