Sunday, August 15, 2010

Alesya In da House


Alesya!!!
Lama tak story pasai budak kecik ni.. tak baby dah.. makin membesaq dah.. dengan mulut kemain banyak cakap, tapi bahasa dia la.. jenuh kita nak faham apa dia cakap. Takat simple2 word boleh la.. "mama/bibik.. nak tutu.." pissshhhh pissshhh (ikan),

Baby prem yang dah makin membulat.. pandai makan dah sekarang, dulu susah makan. Petua bibik : Bagi anak tak suka makan dengan air rebusan beras (kanji beras) masa tanak nasi tu kan, mendidih tu, sudukan sesudu dua air beras yang berkanji tu, suapkan kat anak tak suka makan. Alhamdulillah, menjadi pulak, Alesya sekarang makan apa saja. Heheeh jangan bulat cam mak pak dia sudahler..

Adik bercepit-cepit.. suka pakaikan sepit-sepit kecik-kecik bebanyak kat kepala dia, tomeiii hiks..



Ni dia jumpa spek hitam abang dia dulu, ape lagi, melaram sakan, merempit dalam rumah.. 'kayuh' basikal merata, padahal tolak ngan hujung kaki je..ehehe belum sampai nak kayuh.



You were caught on camera !!!!!! (Kredit kat N betulkan ayat i lebiu la... )
Curi makan cupcakes mama.. Chik ni cupcakes hang dia curi.. elok je dia tala ambil cupcakes yang ada bunga-bunga pink tu chik oi.. mujoq ada lebih, so kena buat balik ganti.. kami dok kalut masak, dia senyap-senyap pegi tempat mama buat kek, dan dok korek krim kek dok makan, abeh comot. Hehehe muka tak bersalah pulak, siap leh gelak-gelak...



Okeh.. tata, nak pegi buat kuih-kuih frozen bekalan untuk goreng-gorengan minggu depan.. nak buat karipap sardin, cucoq badak, dan donut kalau sempat.. semua nak frozenkan, nanti-nanti tinggal nak goreng je..

7 Komen:

Hamizah on 10:54 AM said...

comelnya, Alesya..
ptt la saya suka makan mak selalu beri air kanji ms kecik2 dl..hehehe

Jiey^Mien on 4:28 PM said...

Kak, nak try kat Ian la..
Punya la susah nak paksa dia makan lately ni..
Beras kanji tu camne kak?

Pnut on 6:55 PM said...

Hamizah-petua orang tua-tua kan.. tak payah le supplement bagai..

Jiey-masa tanak nasi tu.. kan time air rebusan beras tu menggelegakkan? air yang mendidih time nasi tengah nak masak tu le orang panggil kanji beras. sudukan dalam 2-3 sudu air menggelegak tu, sejukkan kasi Ian hirup..

N said...

Comelnya Alesya. Especially gambar yang dia curi makan cupcake tu. Jaga2 no Kak Pnut kang dia curi makan kek birthday naya je...hehe.

P.s akak nak kasi pembetulan sikit. Akak tulis: "U catch on camera", ayat yang betul ialah "You were caught on camera". Harap2 akak tak kesah saya betulkan ni, saja nak berkongsi ilmu.

N

Pnut on 7:57 AM said...

N-eheheh okeh, nanti akak perbetulkan... akak main belasah je..update pepagi mata pun ngantuk..thanks...

Angah on 8:59 AM said...

semoga alesya membesar bagai johan..

GaDis CoMeL on 11:07 AM said...

penah dgr jgk petua psl ayaq kanji tu. then nak ckp, comel la rambut alesya tu. curly. comel. putih melepak.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino