Wednesday, August 04, 2010

Raja Azura bercerai???



Tak tau le betul ke tidak, harapnya tidak betul la.. tak best dengan cerai berai ni, bergegar tiang arash.. Dari pic ni sumber forumer juga, katanya pic pada 31 Julai baru ni, nampak macam ok.

Kat forum ni, bermula dari cakap-cakap sumber dari mahkamah syariah ada kes Raja Azura dan suami, sesuatu difailkan, tetiba keluar berita ini pulak, tak pasti la sumber berita ni dari mana, maybe BH Online, saya cilok dari forum je.

Beritanya....
SHAH ALAM 3 Ogos - Apakah benar pelakon, pengacara dan penyampai radio, Raja Azura atau lebih mesra dipanggil Kak Engku sedang menghadapi masalah rumah tangga?

Setakat ini ia masih menjadi tanda tanya. Raja Azura, 38, atau suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, dikatakan telah memfailkan permohonan berkaitan perkahwinan mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini baru-baru ini.

Wartawan yang bergegas ke Mahkamah Rendah Syariah petang ini setelah mendengar khabar kes Raja Azura akan disebut di hadapan hakim, bagaimanapun turut gagal mendapatkan sebarang pengesahan.

Kelibat pasangan tersebut juga tidak kelihatan di mahkamah.

Difahamkan permohonan membabitkan pasangan berkenaan telah disebut di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat di kamar beliau pagi ini.

Setakat ini tidak diketahui bentuk permohonan yang telah dikemukakan di mahkamah tersebut.

Seorang peguam syarie yang dikatakan mewakili Raja Azura ketika dihubungi juga enggan mengesahkan mewakili artis itu.

Sementara itu, Raja Azura yang merupakan penyampai radio Sinar FM ketika dihubungi Utusan Malaysia kira-kira pukul 9 malam semalam memberitahu, khabar angin itu tidak benar.

''(Semua itu) tiada apa yang berlaku, itu hanya cakap-cakap orang bahkan awak bukan orang pertama bertanyakan pasal isu ini kepada saya,'' katanya.

Raja Azura menambah, dia ketika itu sedang sibuk menyiapkan hidangan untuk makan malam bersama suaminya.

Usaha untuk menghubungi semula Raja Azura hari ini gagal apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan telefon manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berbalas.

Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, berkahwin dengan Adzmin iaitu anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada Mac 2001.

Pasangan tersebut mempunyai dua anak lelaki iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Haqim, 7, dan seorang anak perempuan, Puteri Mia Maizura, 4.


huissh tak best kan...bila bercerai ni anak-anak jadi mangsa.. anak-anak mangsa perceraian kalau yang bernasib baik dapat bapak bertanggungjawab, oklah, tapi dapat yang jenis tak ingat dia ada anak ni payah, tak sedar diri tahap tenuk susah juga.

Dalam kes ni harap tak der yang buruk kita dengar nanti, walaupun teman bukan minat beno ngan R.A ni, tapi tak suka cerai berai ni.. sadisss lak kita nengoknya..

bebudak porum suspek laki dia nak pohon kawen lain.. erkk ape kata survey????

4 Komen:

makdara TERDIVA on 1:16 PM said...

harap2 berita tu x benar..tp masakan pokok bergoyang kalau x de berok yg gatal2 nak goyangkan ye tak??

anak2 jugak yg menjadi mangsa dalam kes cerai-berai..huhu

NenekPenne on 2:47 PM said...

harapnya tidaklah..
jgn jadi mcm i laa pulak..minggu ni happy2 makan... minggu depan tup2 dah kena cerai... cam sial plak...oppsss....

punca cerai, ada betina gharib lain yang tak sabar2 nak lepaskan title anak dara tua yang tak berdara tu..

Fara on 8:50 PM said...

Salam kak pnut,
mintak2 itu semuanya khabar angin. mungkin ada orang nama sama ker.
muka anak pompuannya sebijik muka kak engku. cute!

dr. dre said...

http://www.youtube.com/watch?v=hkLpANwq15I

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino