Saturday, August 28, 2010

Gemuk boleh kurus, kalau legam??


Dulu masa kecik, kecik di sini maksudnya sekolah rendah, akal pun tak berapa panjang, kontot je. Saya kan cute dan chubby gitu. Saya pegi sekolah naik bas sekolah, sebab rumah dan sekolah agak jauh. Dalam bas sekolah tu ramai budak India (sebab bas ni masuk estet mana tah juga, ambil budak-budak) ok, dalam ramai budak India tu ada sorang budak India kategori hensem, kira taraf hero tamil yang layak berlakon filem Hindustan la. Kulit dia tak gelap sangat, erkkk bagi kategori kaum India la Nama budak lelaki ni saya dah lupa, jadi kita namakan dia sebagai Prakash boleh? Ok, Prakash ni agak pendiam..kategori hero tamil yang tak banyak cakap tetapi hero la kan.

Prakash ni baik dengan saya, dan saya feeling la dia syok kat saya. Kononnya la.. masa tu baru belajar menggedik, pad pun tak berapa kenal lagi ok. Ada la sekali dua saya duduk sebelah Prakash, kami borak le juga, Prakash ni sekolah lain, tak sama sekolah saya, pastu bila sekali dua duduk sebelah menyebelah, kami cam tetiba jadi kamceng, sebab dia pun suka baca novel penyiasatan Enid Blyton, (eh betul ke ejanya lupa dong..) saya kan suka pinjam dari library, dia pulak ada sepupu ke saper tah yang banyak koleksi buku-buku penyiasatan tu. SO kami tukar-tukar le kekadang.

Macam biasa, bila dua hero dan heroin baik, mesti ada watak antagonis (antagonis atau antigonis? sekali lagi lupa) Ada sorang awek ni, pun dah lupa nama. Ishhkk lupa betoi nama dia sapa, padahal dulu sakit hati, macam takkan lupa sampai mati.. chehhh badan sehat segar bugar pun dah tak leh ingat. Ok disebabkan dia watak jahat, kita boh nama crook sikit la.. Menachi. So this Menachi, jaki betoi ngan saya. Ada je benda dia marah-marah saya dan kutuk-kutuk saya, kata saya gemuk la.. memacam la kannn, dia marah-marah tu dalam bahasa tamil maka aku tak faham weii, tapi tak per.. abang Prakash selalu terjemah kat saya. Tapi Prakash kata, "awak jangan peduli dia, dia orang gila" wahhh best... hero membela heroin gitu.

Tapi kemuncak kesabaran saya ialah bila Menachi ala main kasar sikit. saya lalu dan julurkan kaki, dan saya macam nak terjatuh atas bas, pastu dia ngan konco dia gelak.. tapi Prakash marah depa, dia ajak saya duk sebelah dia. Wahh bertambah jaki Menachi dengan geng. Pastu Menachi cakap kuat-kuat dalam bahasa Melayu "oi gumuk, gumuk...gumuk..gumuk," gitulah cacian yang emak terima nakkkkk...

Huh sebagai orang yang mewarisi darah pahlawan.. (arwah tok abah saya askar ok..) saya terus menyirap.. masa ni roh-roh jahat, jin-jin belaan semua masih junior.. tapi junior bukan bermakna tidak boleh membuat onar.. maka dengan semangat darah pahlawan, saya jerit kat dia "Oiii Menachi, aku gemuk tak pa, aku boleh diet, nanti aku boleh kurus, cantik sebab aku putih, hang dah muka tak cantik, pastu hitam macam kopi, hang telan clorox pun belum tentu putih," wahhh tetiba terus teringat emak selalu paksa rendam baju sekolah dengan clorox bagi putih. Amek kooo rasakan... aura amukan menular..

Gila bodo berani, dah la dalam bas tu kaum depa sesaja, termasuk driver bas, gamaknya kalau depa punya roh jahat lagi power, tak wujud le blog ni hari ni, dan tak la dapat saya tulis kesah ni hari ni...

Erkk..ingatan ni sebab saya melayan youtube yang iklan deepavali tu.. eheheh yang Muthusamy Kurupiah.. tu..hiks...

12 Komen:

kak aidah on 7:14 AM said...

Salam Pnut,
kalau Menachi tu telan clorox memang tak sempat putih pun , dia pun tak sempat nk hidup, hehehehe. Lawak betul cerita ni, wah kecik2 pun dah pandai main cintan cintun ya, hehehe

Hayati on 7:21 AM said...

betul pnut.suka, suka, suka. Cerita awat tak habih ni. Nak dengar lagi. Last-last apa kesudahannya. Minachi tak terkujat ka dan terus diam. Makcik suka...

lovelygift....everything u need are here on 8:17 AM said...

kahkahkah...hembek ko minachi...kak pnut, lepas tu apa? nak tau kesudahan cerita ni? minachi dan klik2 dia buat apa lepas tu?prakash yg hensem mcm mana pulak?driver bas tk brek mengejut ka?kena sambung cerita lg ni.

mamarempit on 9:48 AM said...

perghhh..betul2 power renjes la heroin ni..hehheeh....

Tijah on 9:53 AM said...

kakkkkk. jgn lupa skrg dah ada fair n levli tau. silap2 minachi dah putih skaranggg...

Anonymous said...

Salam Pnut,terasa menonton filem Yasmin pulak.Terbayang2 adegan juluk kaki n marah heroin tu..real rasa..Pnut ni menjadi2 nulih ceta masa posa...suka kak baca...boleh bagi skrip kat Mamat Khalid ni buat filem
Kak Wan

Amy Z! on 12:10 AM said...

hahahaha. power gile ayat laser tersebut. hahaha.

kalo zaman tu wujud fair n lovely, mesti dia balas balik. hahaha.

Zareda Norman on 3:11 AM said...

terasa maks nokss sebab maks masa kekecik dulu menag agak kelam sikit dan muka anak mamak.. tapi tak kisah sebab dah kertu ni maks adalah ala ala sharmila tagore.. wakakaakaka..

Ntah ntah menachi tu pun dah vogue sekarang pinut ala ala sri dwi gitu.. hehehhehe

Angah on 9:31 AM said...

Adeh kak.. nak pecah perut gelak..menachi mesti teringat sampai sekarang kan haha

Ada engkish sayings gak tau "I might be fat but you are ugly and I'm on diet" gemuk bleh kurus kalau huduh?

tkpe kak..segumuk2 kita, kita tetap lawa, berpendidikan dan berharta..haaaa ambik riak tahap dewataraya.

Angah on 9:57 AM said...

:D
hahahha...ntah ntah prakash tu betoi betoi dah jadi hero pilem tamil ape...

pnut, lepas beberapa ari ada tak keluo suratkabo, budak mati minum klorok, maklum le puak puak deme ni tak boleh tertekan..

LiTtLe^m3 on 10:31 AM said...

wahh beraninya kak pnut bagi statement gitu... dasat dasat :D

nuni on 11:12 AM said...

hehehe adehh nak gelak..nak gelak...caya la kak...ayat2 akak buat saya tabik spring la hehehehe

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino