Bad news..
perkara phobia yang menakutkan kami berlaku juga semalam time senja maghrib tu, adik fit lagi buat kali kedua setelah semua langkah berjaga-jaga telah diambil, sepanjang hari, badan dia sentiasa basah dilap, kepala juga dibasahkan dengan air. Pukul 2ptg ubat pcm syrup dah diberi, doktor pesan sekiranya suhu cecah 38 ke atas baru masuk ubat supp tu. Kali terakhir check tempraturenya tak cecah 38 degree, s pukul 7.15, saya dalam proses nak bagi pcm syrup buat selepas 5 jam ambil tadi, masuk ubat dalam syringe, dan ready nak 'tembak' sekali time tu dia kekejangan, dan terus perkara buruk itu berlaku lagi.
Bad!! Alhamdulillah, semua ada dirumah ketika itu, babah, along dan aizat(anak buah). the first thing, kami sedarkan dia dulu, bawa ke bilik mandi basahkan dia, tepuk-tepuk agar dia sedar. Kali ini agak teruk, adik seolah-olah tersekat pernafasan, saya bukakan mulutnya luas-luas dan sumbat jari jemari saya ke dalam mulut, (sakitnya terasa hari ini, jari-jari saya luka) dalam keadaan panik, saya terfikir, jangan oksigen tak sampai ke otak, saya lakukan CPR, bukak mulut dia dan hembus nafas. Tiba adik terkulai, lemah tak sedar, nafas saya seakan terhenti seketika. tepuk-tepuk agar dia sedar, suruh babah cepat siap, saya cuba sedarkan adik. Babah siap, pass adik kat babah, mujur masa saya bersiap sudah kedengaran tangisan dia. Kerah bibik siapkan barang-barang rembat apa yang sempat je, saya pula tukar baju, dan terus kami pecut ke hospital. Di sini paling dekat, hospital Putrajaya.
Adik diberi oksigen dan diambil darah. Semasa doktor lakukan semua prosedur ni saya kena tunggu tepi katil doktor buat kerja sebalik tirai. Luluh hati dengar adik jerit..mama..babah..mama babah sayu sangat. Bibik dan nangis. So adik dipindahkan ke katil menanti dalam wad kecemasan. Hampir dua jam kami disitu, doktor tunggu result darah. Alhamdulillah semua ok. Tiada yang menakutkan. Kami dibenarkan pulang. Kesian adik.. kepenatan bertarung begitu.
Semalam sudah ok, berjalan sana sini seolah-olah tiada apa berlaku, mula minta bukak tv nak tengok DIBO. Syukur. Adik, kamu buat mama panik.
Pesanan saya buat semua, pleaseeee kalau anak demam jangan ambil mudah, kalau boleh tak payah la nak keluar shopping ke, pegi kenduri ke.. Lupakan, jangan perkara ini berlaku pada korang, kalau boleh elakkan. Saya pernah terbaca kat blog mana tah, dia ternampak ada couple pegi shopping time anak demam panas, dalam shopping complex anak dia kena 'tarik', mujur ada orang sekeling bantu, dan kebetulan kena dekat-dekat farmasi, jadi mereka siram air mineral dari botol je. don't make it happen to you. Saya yang berjaga siang malam, memantau dia pun benda jadi juga. So bad...
Ok, enough said, saya nak mandikan adik dengan air daun bunga raya dan air asam jawa, emak dah pesan suruh mandikan dua kali dengan air itu hari ni.
Doakan ianya tidak berlaku kali, biarlah ini yang terakhir.

19 Komen:
pnut, u're so strong...kalau saya tu memang saya dah menanggis meraung dah...
Last week, anak no3 termasuk manik kat telinga, next thing i knew, dia kena anesthetic to remove the manik, and its broke my heart bila dengar dia menangis....
to adik, stay strong ok..and to mama adik, u're the bes...
intan ppj
Yer akak...saya pon takut perkara tu berlaku...rafiq pernah demam panas...suhu lebih 38darjah calcius, mmg takut sangat...saya x pernah hadapi semua tu sebelum ni...rafiq 1st time demam mcm tu...saya yg x reti apa lg selimutkan rafiq, takut dia kesejukan...patutnya sy lap badan dia bg lembab sentiasa...nasib baik x ada perkara buruk berlaku...lepas ni sy kena beringat..kalau rafiq demam panas lg...sy kena basahkan badan n kepala rafiq...
semoga alesya terus sihat...sy dah takut sebenarnya bca n3 sblm ni...sebab dia dah pernah jadi kan...sy doa moga dia sentiasa sihat...InsyaAllah.
Pnut,
sabar ok. Aku doakan supaya adik cepat sihat...Amin
'hugs'
Kate, KK
sian adik...alhamdulillah dah ok..
pnut..masa fitting kena letak anak mengiring so that saluran pernafasan terbuka & kalau dia termuntah makanan tak masuk ke paru2.tak letak jari kat mulut dia pun tak pe.
basahkan anak mcm pnut buat tu yg paling berkesan utk turunkan suhu.just pastikan dia tak menggigil sb kalau menggigil badan akan set semula utk naikkan suhu.
OMG - takutnya!!
Aduh..kesiannyer adik. Macam mana kita berjaga2, jika nak terkena memang takleh nak buat apa. Alhamdulillah tak ada apa2. Harap lepas nih Adik terus sihat ye. Tapi betul kak pnut, saya kalo anak demam jer memang terus kitorg gi klinik walaupun ubat demam dah byk dalam peti ais. Bila Dr kata tak berapa serius baru rasa lega..
Kak pinut , moga adik cepat sembuh, kesian tengok budak- budak besar tu kena sakit.nanti update condition dia ye. Take care
semoga adik cepat sembuh..
Salam P-Nut,
Alhamdulillah! syukur dia dah cerdas balik.Hati-hatilah..tiap kali dia demam...sian sangat bila budak kecik sakit dan di'kerja'kan oleh doktor...kita tak boleh dah nak nolong nya...nasib baik le tak jadi time dia kena tinggal dengan bibik je...
..terkejut jugak baca en3 ni sebab baru je semalam akak cerita pasal alesya pernah kena 'tarik' sebelum ni..tiba2 ofismate yang baca en3 akak bagitau yang alesya kena lagi..Alhamdulillah alesya tak apa2..semoga alesya akan cepat2 sembuh..aunty mendoakan dari kejauhan :)
pnut....take care ya.....anak kami pun demam semalam...39 degree...semalam cuti pantau dia...alhamdulillah dah sihat...takut kalau perkara nih terjadi....ubat sumbat punggong tu sentiasa buat stok...takut terjadi tengah malam boleh trus sumbat....susah hati kalau anak2 demam...btoi kata hang, baik cuti pantau depa kat umah.....
Salam Pnut,
Masa anak akak si Abang kecik dia selalu demam panas, temp dia kadang boleh cecah sampai ke 40, tapi alhamdulillah tak pernah kena fit. Apa yg akak buat ialah bila deman dia dh semakin panas selalunya akak tukar dari pcm syrup ke syrup brufen, dan antibiotik akak tukar ke Augmentine. Ubat yg 2 tu selalunya hospital kerajaan tak bagi tapi hospital pakar doktor selalu bagi. Yg tu the best untuk budak2. Lepas tu untuk supp akak siap tanya doc maximum budak boleh ambik berapa banyak , kalau doc kata 4 x akak akan sumbat setiap 6 jam, takyah nak tunggu temp dia naik ke tak. Sebab budak memang camtu bila n naik maghrib je temp dia akan naik balik. Akak akan buat camtu sampai badan dia dh tak rasa suam langsung.
sabar ye kak, doa byk2. semoga adik cpt baik.
salam kak...
saya ni silent reader je.. suka bc semenjak si abang kecik..
cuma satu je saya nak share ngan akak laa.. bukan nak soh akak percaya tp alhamdulillah, anak2 saya kurang sakit2 n demam lepas saya amalkan protecure100. Saya bukan agent pon, cuma suka saya share ngan kekawan bebenda yang elok. lagi2 utk anak2 kan. Benda alah ni dititskan dlm air.. memang pahit kalau banyak, tp utk anak sikit2 pon OK. Alhamdulillah saya noticed semenjak saya amalkan ini, anak2 dah lama tak pi klinik. kalau kat forum cari saya beli dengan kak hemorion. apa2 pon, congrats sbb tabah n kuat.
alhamdulillah adik tak apa2. Setuju kata akak. Anak saya kalo demam, saya sanggup tak tido malam. Jangan kata nak jalan2sekolah pun saya tak bagi.Sampai betul2 sihat.
Harap adik depat sembuh. Adik kan budak yang strong, macam mama dia...
kak, sabar n tabah k. hope everything ok. semoga adik cpt sembuh.
tak blh nk imagine kalau hal mcm ni jd pd sy. akak mmg kuat. sy doakan semuanya selmt dan insyaAllah, minta dijauhkan segala perkara yg tak diingini berlaku.
MasyaAllah Pnut...!!! Menangis saya bc entry ni.., Jiwa cepat terusik, saya juga punya anak, boleh membygkan apa yg Pnut & famili rasai & lalui. Apapun, saya doakan biarlah ini kali terakhir adik melalui kesakitan yg sedemikian.. Peluk cium buat adik sayang..:)
Sukarnya nak membesarkan satu2 anak yer...hanya yg mampu diuji, kalau saya xtaulah camana nak handle?
syukurlah Aleesya comel kembali sihat..to k.pnut sekeluarga tabah la menghadapi dugaan ini...krn permata hati itu harus dijaga bak permata yg terlalu bernilai...
Post a Comment