Hari ni adik update.
Adik demam la auntie dan uncle semua. Jangkitan selsema dan demam dari abang.
Adik demam la auntie dan uncle semua. Jangkitan selsema dan demam dari abang.
Opss ada selimut murah cap siam kat situ..Tijahhh kita setarap...
Oklah mama pun kena rest sian mama semalam sejam sekali mama set alarm kat hp, mama takut mama terlelap lama, tanpa check temprature adik, lap badan adik, sebabnya pukul 10 malam bibik dah kasi adik ubat demam (mama keluar pegi shah alam hantarkan order kek orang ngan babah) so masa nak tido mama rasa badan adik dedar, mama risau nak tido takut adik kena 'tarik' adik kan dah pernah kena, jadi mama phobia sangat dah, tido pun mama set jam sejam sekali jaga, nak check temprature adik.
Pukul 3 pagi, last mama terjaga, badan adik dedar, so mama terus sumbat ubat bont*t tu, lepas tu adik pun tido, dan mama set jam lagi 2 jam jaga untuk check adik lagi. Ermm cian ek,.camtu rupanya jadi emak ni, bile kita sakit, mama pun rasa bersalah nak tido. Sebab itulah pun Allah kata syurga itu bawah tapak kaki ibu. Jadinya hari ni mama terus cuti kecemasan sebab jaga adik kat rumah, mama takut demam adik tinggi dan mama akan pastikan badan adik sentiasa di lap.
Oklah sementara mama dan adik rehat, adik nak tunjuk pic adik pegi kenduri, tetiba adik rasa feminin je mama pakaikan gaun, pakai stokin riben-riben, dan pink-pink.. ape nak buat, mama adik melayu yang kata suka english style kononnya, tapi dia tibai sambal belacan gak pun, eheheh so adik dressing ala english style boleh gituk??
Dah abeh kenduri, adik nak jalan sendiri tapi mama suruh gak bibik pegang tangan adik, sebab adik ni bukan jenis berjalan, tapi berlari, gamaknya esok jadi pelari kot kat sekolah. tapi adik heran, mama pun berlari kejar adik, tapi mama tak juga kurus.. opsss ampun mama..
Last-last adik kena pegang tangan sebab sifat adik yang amat suka berlari.. keluar bilik mandi, pakai tuala adik lari..jenuh bibik kejar adik nak pakaikan baju. Keluar dari bilik tido, terus berlari, turun je kereta, kalau tak dipegang tangan, zassss adik berlari terus.. Auntie Jiey, esok-esok Ian dah jalan, Auntie tau le cemana auntie kena practice bertindak pantas..eheheh kat rumah adik, semua orang ready kalau adik keluar bilik mandi, tau dah adik mesti lari keliling rumah.
Oklah adik nak tido ni... ermm mama ni kata el nak jaga adik, tapi dok bako kek.. confuse adik, EL nak jaga adik ke nak bako kek.. ermm ye la..biasa mama bako kek lepas keja, dah hari ni cuti awal sikit dapat bako kek, siap awal, malam kang mama leh tido awal. Orang dah tempah, takkan mama nak batalkan tempahan..
10 Komen:
mak pnut, petua nak kebahkan demam bebudak ni sedang jer..this was done to my son recently...anak i kena pnuemonia..admitted dekat2 nak seminggu kat spital haram tak bebaik demamnnye jah...so my mum soh buat petua yg dia amalkan :
amik daun bunga raya + dua sudu besar beras + air sejuk..ramas2 sampai berlendir and biarkan dalam 10 menet..pastu lumur2 kat kepala..bahu..ketiak..perut.belakang baby tu..biar sampai basah..pastu selimutkan baby tu..biarkan air tu kering kat badan...jgn basuh..buat dua tiga kali..
i try buat kat my son..alhamdullilah..demam dia kebah..kalau tak tu..temperature sampai 39++..
comel la adik.. comel sgt..
semoga adik cepat sembuh..
aunty doakan semoga alesya cepat sembuh ye...nanti dah sihat boleh main lari2 lagi :)
p/s:saya pun setuju dengan petua kak maria tu..
pnut, saya gembira sangat anda gembira...hihihi...
dah down dah 5 hari tak bukak blog pnut, tetiba hari ni bukak reborn/rebirth rupanya...
-intan ppj-
alaaa cian nye kat adik ni, sama la makngah ni pon tgh demam gak. adik suruh mama jeram kepala ngan ayo asam jawa, bior panasnya kurang...
Maria-ye, petua ni juga cara emak saya bela kami dan cucu-cucu dia kalau demam, kat umah ni tader bunga raya, jadi kami ganti dengan daun bunga melur, tu pun pokoknya emak semai bagi kami tanam... anyway thanks kerana sudi berkongsi, mungkin berguna pada reader lain.
Gadis chomel-time kasih auntie-kata alesya..
Kauthar-time kasih atas doa auntie,
Intan-ehehe ingatkan gembira apa, baca mula-mula tu..
ala, jgn ler pggil kite auntie, pggil ler kita kakak.. alesya buat kakak rasa tua je//
ekekekeke...
hahaha..pecah rahsia mama...ambik EL bakar kek..
adik..cepat sembuh tau..main2 kejar2 dgn mama lagi.
Get well soon adik comey.. mesti bibir merah bila bdn panas mcm tu.. cepat sembuh ye syg..!!
sama la dik, auntie pn demam..
Post a Comment