Friday, June 04, 2010

35 tahun sudah...


Alhamdulillah, masih mampu menyambut ulang tahun ke 35, sihat tubuh badan, dan diberi peluang masih mampu menghirup udara di bumi Allah Taala. Ok ini entry serius.

DI Facebook saya, bertalu-talu ucapan diterima, saya ucapkan terima kasih semua. Dalam banyak-banyak ucapan, saya tertarik dengan ucapan Hj. Anwar, mertuanya Cida, iaitu ayahnya Zamani. Saya paste kan.

Terima kasih Haji, saya berterima kasih atas ingatan manis ni. Saya tersentuh hati, dan lebih kuat rindu saya pada arwah abah. Sedih dan terkilan, sebab abah ialah orang yang paling layak untuk saya raikan bila saya ada rezeki lebih, kerana dialah manusia paling kuat bekerja mencari duit membesarkan kami adik beradik. Dengan bermula kerja sebagai pemotong rumput JKR, kemudian naik sikit jadi driver JKR, dengan gaji seciput itulah dia membesarkan kami. Petang-petang dengan emak jual laksa, bihun sup, pagi-pagi emak jual nasi lemak. Dua insan ini sebenarnya paling layak untuk saya raikan setiap hari jadi saya, kerana mereka saya jadi seperti saya sekarang. Tapi sayangnya sebaik saja saya baru mendapat kerja tetap, dan mengukuhkan kewangan saya, abah kena stroke, dan sakit bertahun-tahun.

Abah cuma sempat jejakkan kaki ke rumah sewa kos rendah kami di Cheras dulu je. Abah cuma sempat bermain dengan cucu dengan sempurna beberapa bulan je, dan kemudian itu sakit sehinggalah 21 Julai 2008, abah pergi selamanya. Tak pernah abah jejak kaki ke kuarters enam bilik kami pernah huni, yang bagi saya mesti abah gembira, kerana anak orang susah yang dia besarkan dulu merasa duduk rumah besar, walaupun rumah kerajaan, itu berkat pesanan dia, sampai saya hafal "siapa nak hidup senang, belajar rajin-rajin, dapat kerja bagus, boleh hidup senang" kata-kata tu kuat tertanam dalam jiwa saya.

Abah juga tak sempat jejak kaki ke rumah kami beli dengan simpanan kami, rumah yang selesa buat kami anak beranak. Tak sempat saya bawa abah berjalan ke tempat yang dia teringin nak pergi. Macam saya selalu kata, kalau tika ini saya punyai handphone paling canggih dalam dunia ini, saya tak mampu menghubungi abah untuk mendengar suara dia. Tak mampu nak video call sebagainya. Itu lah sebolehnya saya cube berikan yang terbaik buat emak, Alhamdulillah, berganda kebaikan saya kecapi bila berbuat baik dengan emak. Bila ada je kesukaran, yang kekadang macam tak der jalan keluar, tetapi Allah permudahkan urusan kami.

Kalau saya kaji dan insaf diri, banyak perkara-perkara mustahil sering berlaku pada kami, yang membuktikan kata-kata, berbuat baiklah pada kedua orang tua mu, nescaya Allah permudahkan urusan kamu di dunia dan akhirat. Banyak..tak terhitung kalau saya teliti dalam banyak urusan dunia kami. Antaranya kekadang kesempitan wang, tetapi entah dari mana, ada je orang menelefon, sms untuk order kek. Kalau diikutkan berapa ramai manusia berniaga kek online sekarang, bersepah, kek mereka lagi mantap dan cantik-cantik, tetapi rezeki kami ada je masuk. Macam bulan lepas, saya memang terpaksa menolak banyak order sebab banyak dah penuh, dan untuk June ni pun hampir full dah sejak minggu lepas. Malah tempahan untuk Julai, Ogos, Oktober pun dah ada yang masuk. Bila saya fikir, itulah rezeki dari Allah.

Kekadang berbual dengan adik ipar saya, adik pakcik gebu, dia pun berniaga baju muslimah ni, dan adik ipar saya ni amatlah baik dan taat kedua mertua saya, katanya dia rasa betul rezeki jaga emak ayah mertua dulu, ada je orang order baju muslimah dia, walaupun berlambak orang jual baju muslimah dengan patern lagi cantik, tetapi bahagian dia ada je masuk. Ye, Allah memang menetapkan rezeki buat kita, kalau tak lokek bakti pada orang tua.

Ermm on my birthday ni, saya cuma nak berdoa, agar emak dan emak mertua saya panjang umur,murah rezeki dan sentiasa diberi kesihatan yang baik agar dapat kami berikan kasih sayang dan perhatian lagi buat mereka. Dan doa saya agar anak-anak juga sihat dan sentiasa bawah peliharaan Allah, dan moga jodoh dan kasih sayang kami suami isteri panjang hingga akhir nyawa. Dan kehidupan seharian berkat dan tidak lalai terutama bila ada rezeki lebih, yang lebihan itu adalah bahagian orang lain, dan selayaknya dihulurkan kepada mereka, terutama anak-anak yatim.

12 Komen:

LiTtLe^m3 on 10:37 AM said...

Happy Birthday Kak :)

Tijah on 10:46 AM said...

happy bday kak. semoga semua baik2 saja ehhhh???

ieda on 10:50 AM said...

pnut..pada abah yang telah tiada kita masih boleh memberi kebahagiaan kepadanya..malah ia lebih afdhal..sentiasa doakan arwah..sedekah alfatihah & ayat2 suci AlQuran..moga pahalanya sampai kpd arwah..saya yakin pnut selalu buat benda ni.

Pnut on 11:01 AM said...

LIttle M-thanks ek..

Tijah-nak hadiah..nak hadiah..nak hadiah..sile beri hadiah..

Ieda-Insya-Allah yang itu, sentiasa buat... moga tak lalai..

ayobkelubi on 11:39 AM said...

selamat hari lahir kak!

moga semakin murah rezeki akak.

yelah.

saya dah lama tak belanja mak bapak saya bila dapat rezeki lebih.

bulan ni dapat rezeki lebih.saya nak belanja deranglah.

terima kasih kerana mengingatkan saya.

Amyz! on 11:41 AM said...

saya percaya arwah abah akak tinggalkan anak yg solehah yg doakan dia tiap kali lepas solat. dan saya percaya, arwah abah sangat bersyukur dikurniakan anak sebaik akak. :-)

Anonymous said...

muahhhhhhh...
happy birthday pnut..ko tua setahn dr aku walaupun kongsi tarikh lahir yg sama..semoga hang nagn aku bahagia selamanya...murah rezeki dan panjang umur...anak ramai....hehehe...

cik kiah

Zareda Norman on 7:39 PM said...

pinut

memang zar tak nafikan berbakti kepada org tua banyak fadilatnya. Zar pun kadang2 moskel tapi kuasa Allah Maha Mengetahui kan..

selalu pesan kat anak anaks edara, jangan derhaka atau lukakan hati makayah sebba kerana doa merekalah hidup kita sejahtera sihat dan bahagia

IbuHanna on 11:10 AM said...

happy bday kak pnut..lor, baru perasan bday akak pun Jun..sama dgn Alesya kan? saya & Hanna pun sama2 Jun..best besttt!

Angah on 12:23 PM said...

Selamat belated besday pnut...semoga semakin makmur dan diberkati Illahi pada keseluruhan kehidupanmu...35 tahun..muda lagikkk kan kan kan

sitinaminah02 on 2:53 PM said...

hepi belated b8day..

kak,rezeki kita lg berkat kan kalau kita bg kat mak ayah.. sblum ni, wktu awl2 kerja, sy jarang bg duit kt mak ayah, coz gaji pn tak besar mana. skrg sy realize, even kecik, tp kalo sy bg dgn mak ayah, duit tu tetap ada.

sy suka tgk mak sy hepi. ;p

Yayah Asbestos on 11:27 AM said...

happy besday pnut..semoga makin cun and makin kaya...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino