Acik sapinat nak menceceh dalam arena ulasan pilem...
Awas, kalau certain-certain part ulasan ni menyamai ulasan blogger lain, ulasan forumer lain, tapi itulah hakikatnya, semua orang rasa yang sama.. Demmm!!! wah tetiba emosi.
Ok filem yang bakal diulas dengan penuh emosi berdarah oleh saya ialah LAGENDA BUDAK SETAN. Cube perhatikan, emosi berdarah lagi katanya...
Ok sebelum menulis dengan lebih lanjut, izinkan saya membawa kembali kalian kepada memori zaman remaja muda belia saya sedikit ye. tengok 3 perkataan menunjukkan betapa mudanya saya masa itu, remaja, muda, dan belia. Ok umum mengetahui, zaman remaja dan kecil saya, bukanlah anak orang senang kan?? jadi untuk membeli novel-novel begini adalah satu mimpi kalau saya dapat duit sekelepuk dari emak atau abah nak beli novel occay. Jadinya saya adalah menjadi ahli Perpustakaan Awam Sungai Petani, masa tu library Awam ni dekat tapak Pejabat MPSP sekarang, iaitu ada pokok besar dekat medan selera jam besar. Abah saya bukan seorang yang educated yang akan membawa anak-anak pegi ekspo buku, pegi library awam, saya jatuh minat membaca sendiri.
Mungkin sekolah rendah saya dulu ada program membaca yang berkesan, iaitu semau pelajar diberi satu buku log, dan murid-murid akan membuat ulasan buku mereka baca dalam buku log tu, dan saya amat hebat, kerana belum 3-4 bulan, buku log saya sudah penuh, dan saya kena tukar buku baru. Dan saban tahun saya akan naik pentas terima hadiah murid paling banyak membaca. OH benda ni takder dalam diri si Abang.
Saya jadi ahli perpustakaan dan setiap minggu akan kayuh basikal sendirian dari rumah saya ke Pekan Sungai Petani saya ingat lagi, basikal tu akan saya park bawah pokok ketapang yang sangat rimbun. Kat situ, rasanya basikal saya lah yang paling buruk. (oh tetiba mood sedih) Tetapi tidak menjadi hal, yang penting saya boleh pinjam buku. Sampai satu tahap, semua novel dan buku macam biografi ke, sudah ada nama saya (ye la zaman tu kena tulis kad pinjaman belakang buku, skrng main scan je) bila tiap kali nak pinjam buku, saya kena tengok ada tak lagi nama saya kat buku tu. Library pulak kata itu, sangat daif, bangunan kayu dan usang, budget pun tak banyak. Suatu hari, kawan saya kata dia dah baca buku Budak Setan, katanya best. saya cari kat library tidak ada, oh sedihnya. (ye la Ahadiat kala itu perintis novel santai remaja, mana nak masuk tempat ilmiah kan..)
So bile kawan kawan kata best, saya kena beli, so masa tu emak saya jual nasi lemak, maka setiap hari saya akan amek order kawan-kawan kat sekolah dan order cikgu, maka setiap hari selain dari mengusung beg buku, saya juga usung satu plastik berbungkus-bungkus nasi lemak. Dapat emak bagi upah, sehari boleh la dapat 50 sen, kekadang seringgit, ater nasi lemak masa tu 50sen je kak long. Cukup je duti terus pegi kedai Hasani beli novel Budak Setan, kemudian keluar lagi Budak Setan 2, dan seterusnya sehinggalah dikumpul menjadi satu naskah, iaitu Lagenda Budak Setan. Dan saya sebagai budak kampung masa tu amat sukakan novel Ahadiat, kerana dia ceritakan life budak KL, lepak kat Central Market, naik skateboard atas bumbung CM, lepak kat Kompleks Pertama, Lot 10, dan akan cerita brand-brand jenama top masa tu, jam Swatch, baju BUM, Quicksilver, benda-benda yang budak kampung cam saya tak merasa.
Eh kata nak tulis sikit dah panjang ek. Ok bermula dari itu, saya mula menyukai karya beliau. Kisah zaman kanak-kanak pun termasuk dalam ulasan..apeee daaaa
Ok ni kompilasi Budak Setan.
Jadi bila ada ura-ura Lagenda Budak Setan akan difilemkan, saya teruja. Acik excited ok. For me Farid Kamil ok as hero, sebabnya Kasyah dalam novel bukan seorang yang kacak dan digilai gadis, just biasa-biasa je, cuma dia sangat nakal. So kalau nak bagi Fahrin Ahmad bawa watak ni tak kena le pulak dak??Farid Kamil ada sikit aura mat rempit. and i am ok with that.
Lisa Surihani-mula-mula was-was boleh ke minah kayu ni berlakon? Tapi akhirnya wa rasa inilah terbaek yang pernah dia buat. Muaahss kishhh sikit Lisa.
Ok lupekan soal excited, sebaliknya, kalau korang teringin nak tengok cemana karya LBS dihancurkan dengan jayanya oleh pengarah Sharad Sharan, sile beli tiket, dan kosongkan perasaan anda, dan berilah harapan yang rendah terhadap filem ini, just bayang-bayangkan tonton drama-drama arahan Rashid Sibir yang suka paksa penonton kasihan, dan menangis itu. itulah gayanya dalam ini pilem, asyik kena paksa ketawa, kita kena paksa-paksa emosi sedih, cuma satu je, emosi marah masa Azmi (Que) belasah Ayu (Lisa) part emosi bersahaja, itu je sisi natural yang ada.
Jalan cerita?? macam pengarah ni tak baca novel, atau baca novel, tapi tak sampai kat dia kesannya. Semua benda dia nak sumbat dalam filem 2 jam, kalo gitu, baik ko buat drama je. nak buat karya lebih 20 tahun untuk jadi filem, dan novel tebal cenggitu, mahu kamu sumbat semua, dan itulah sebab pelakon terlalu mencuba, dan paksa-paksa gelak dan sedey-sedey, menda tah.
Saya rela filem ini jadi Sequel. Bahagian satu, mulakan dengan kisah nakal Kasyah yang menunjukkan Setannya. Kasyah dikatakan setan kerana dia amat nakal, tetapi kat kolej, babak dia nakal tak sampai 20 minit, abeh??? takat kenakan lecturer dan masuk cicak dalam tin coke (gila hape, tertelan cicak, bengong dan gelojoh pompuan minum cenggitu, tak logik..tak logik, cicak beso gitu leh telah, lain la ko minum air cincau yang kena buka ruang kerongkong luas-luas, nak lalukan cincau tu, tu pun kalau kilang cincau tu boh cincang sebesar ibu jari)kat mana setan nya tah?? pastu budak pompuan nerd tu horror la..tak pernah saya jumpe budak nerd camtu kat universiti. boleh blah.
Seterusnya ialah babak chenta leweh-leweh...
Filem ini boleh dikatakan filem tetiba..
*Tetiba Ayu masuk kolej dan kemudian
*tetiba Kasyah jatuh cinta kat Ayu,
*tetiba terus Kasyah terus tak jadi anti perempuan,
*tetiba pun AYu suka kat Kasyah,
*tetiba juga Azmi (Que) datang bawak Ayu balik,
*tetiba ayu kena kawen paksa dengan Azmi,
*tetiba je, Kasyah kena buat kajian kat ulu banat mana tah dan kampung segera ciptaan mereka dengan imej 3 orang budak berlari-lari itu sungguh fake. (yang ni jadi tetiba sebab saya pegi toilet, tetiba masuk je diaorang nak berpisah sebab Kasyah kena pegi ulu banat tu, hiks.)
Banyak kan tetibanya. Itu tandanya pengarah tu nak semuanya ada all in 2 hours, kejam!!! Paling tetiba tak boleh tahan ialah.. tetiba company Kasyah keja, bungkus pastu paling tetiba yang sangat tetiba ialah Katerina muncul, dan feeling suka kat Kasyah. Erkkk orang tak pernah baca novel ni sure pelik, apsal lak tetiba ke Kate jumpa Kasyah kat coffee house, then tetiba pompuan ni melirik-lirik dan jatuh cinta dengan Kasyah. Oh bijak sekali pengarah dia. Tak der babak cemana Kate kenal Kasyah, cemana Kate suka Kasyah. Tetiba je Kate feeling kat Kasyah, dah tu tetiba ex-bf dia yang gay tu hantar orang pukul Kasyah, cewaahhh bile masanya Kasyah tu pi couple atau gedik-gedik ngan Kate. Kejam..kejam..kejam.. emosi acik kacau betul tengok plot filem ni.
Gua rasa tengok filem ni macam tengok drama swasta bajet murah je. kacau bilau la plot dia, baru nak feeling jiwang, tetiba masuk part perpisahan... baru nak feeling kasihan tetiba timbul babak hantu bungkus..opsss ayu yang eksiden dan muka hancur.. dan kemudian buat plastic surgery dan bukan saja tukar rupa 100% tapi terus tukar warna kulit jadi gelap dan jadi anak mami. wallaa weii drama Bella lagi logik transformation itu terjadi. Dan inilah tetiba paling menghancurkan seluruh jiwa raga filem ini, bermula babak seksa dan hazab penonton bila mana si perempuan bernama Shiqin Kamal ini berlaku, tidak ku tahu kayu jenama apa, kayu jati ke, kayu cengal ke, kayu meranti ke?? yang pasti bukanlah kayu rotan. eh rotan kayu ke?? kalau rotan boleh juga dilentur dan dibentuk-bentuk, tapi kayu ini sekayunya.
Aduhaiiii macam nak hentak-hentak kaki sampai retak lantai GSC alamamanda tu rasanya betapa kecewanya acik dengan pelakon baru itu. Encik Sharad, watak Ayu dan Emilia tu adalah kekuatan filem ini, 'Ayu' bermula cemerlang dibawakan oleh Lisa Surihani, dengan didikan Ogy, tidak pernah ku lihat Lisa berlakon sehebat ini, kecuali dalam ini movie, tetapi malangnya dianya ianya dihancurkan dengan jayanya oleh perempuan muka anak mami ni... inilah spoilt paling besar dalam filem ini.
Satu-satu lakonan hebat selain Lisa Surihani ialah Que Haidar, yang ku rasa macam nak sepak je bont*t leper dia tu, gila kejam, pastu lepas dah belasah-belasah orang nyesal, dan kata dia bodoh.. hahah terrer la mamat ni main saiko. No doubt, he is good.
Dari aspek teknikal, acik bukan reti sangat nak ulas, tapi cinematografi cun la, tapi jauh lagi nak sampai tahan filem Sepet, Mukhsin, Cinta dan Sepi. Emmm oklah acik tatau la nak bebelkan apa lagi.. izinkan saya suka hati berhenti kat sini..
ok tata... (melambai ala ratu kebaya)
dua review sejiwa dengan ku..
FIBIE
YONNA
Opsss, saya tak menyesal menonton filem ini, kerana bukan tak best langsung, BEST, cuma banyak benda yang kacau je, dan kalau kata peminat Ahadiat Akashah, tengok filem ni sebab kita minat karya dia, bukan sebab pengarah sengal tu. Maybe Kabir Bhatia lagi bagus, malah maybe Piere Andre mungkin lebih bagus mengarah dari mamat ni.
Sound track dia memang best la.. tak kira la berapa juta kali ulang pun, tetapi best juga pada telinga saya, lagunya masyuk la..
Sambung sikit lagi la..kata over kan?? terbaek novel difilemkan ialah Laskar Pelangi-Indonesia.. suka sangat Laskar Pelangi, penuh kejujuran, sindiran dan pengajaran.
14 Komen:
hehehe..Kak Pnut, ni mummy Arsyad, wife si Nas. dah lama jadi silent reader, ni baru 1st time nak comment..hehe.sy pun die hard fan novel Ahadiah Akashah nih. tp belum berkesempatan nak tgk LBS. bila tgk review kak Pnut rasa mcm haihh..buang masa je. baik be DVD. dah agak mcm tak best. tp Ahadiat bg reveiw baik giler. tu yg confuse..hehehe..
eh, Arsyad pun dah ada blog tau..nnti rajin2 jenguk la yer..hehe
kekkeek tgk farid kamil jer pon dah tak lalu...
Zue-ehehh okeh nanti kita terjah blog Arsyad ek.. kisss arsyad tomei-tomei tu ek...
Anon-saya masih lalu tengok FK, jangan FT, yg tu memang tak lalu kalau nengok dia
Dah agak dah buku kalu dipilemkan gitu la jadinyer... serba tak semenggah!
Kita tgk plak apa akan jadi kat cerita ombak rindu katanye nak dipilemkan gak.
wei pnut...aku baru nak p melangkah masuk ke GSC layan budak setan tu satgi....setelah membaca ulasan hebat hang, aku kansel p tengok....dalam ati mmg ku agak mangkok sharad tu arah mesti tak best punya....mana pilem dia hat len meletop kan....bertambah muflis si ahadiat tu nanti.....kalau bagi khabir bhatia ka sure emosi habih kan....sip baik aku tak p tengok lagik...aku gila2 promote kat laki aku....kalau idak mau dia kutuk aku selori bandaran tu....hihihihi top kelassss ulasan filem hang... i trust u bebeh....
Jemari Senin-tak semua novel kalau difilemkan jadi lagu ni.. ayat-ayat cinta, best, cinta madinah yang drama tu best, laskar pelangi -Indon best... tgk pada tangan pengarah..
Dilla-weiii pi la tgk tp jgn pi dengan laki..eheheh laki aku au nak lena jaaa hahahah
sy tak penah tengok cite melayu kat panggung.. last tgk cite buli balik.. memang best.. gelak kuat2 dalam panggung kt Centre Square Sg. Petani tu..
hehe..
acik pun review jugak.. tak puas puas hati.. tak puas hati
Gud komen Pnut, kalau jd pengkritik boleh dpt markah bonus.. Sy tak tgk pun filem tu n tak pernah bc buku2 tu, cumanya tersentuh dgn citer Pnut masa kecik2 dulu. Mengimbau kenangan juga, sbbnya masa tahun 80-an mmg selalu ulang alik dgn ayah ke Batu Lintang dr Baling naik vespa u... Ayah kn ulang alik tengok org tanam padi, bila lalu kat bandar Sg Petani mesti singgah Hasani book store beli buku citer n singgah pasar mlm hari Jumaat beli apam balik.. La ni semua tinggal kenangan, tok n tok wan pun dah tak ada, sesekali ja kami ke Sg Petani, ayahpun dah makin tua n uzur..
akak pnut ku..perasaan saya ketika menonton filem ni telah diterjemahkan 100% dengan jayanya oleh kak pnut..saya terlalu kecewa sampai taktau nak tulis review camna di blog..kecewa tahap gabannnn!thanks kak pnut..akak telah meluahkan segala kekecewaanku itu...aduhai LBS!
p/s: boleh tak nak mntk tlg en kabir bhatia buat balik cite ni?Saya pun suka soundtrack LBS :)
saya setuju sgt2 yg citer LBS tak berapa nak jadi la.... tak berapa nak feeling lain betul kalo baca novel dia time sekolah dulu... ayaq mata siap leleh2 ja
umaanggaihh... sib baik tak tengok minggu lepas. Padan ler hati nih beratt ker nak g tengok bila laki ajak. Saya memang minat giler karya ahadiat akasyah, tu sebab takut bila pegi harapan jadi hancur lebur.
nak cari novel jer ler baca budak setan ni. hu3... yg pasal main skateboard kat cm tu mesti novel budak rap kan wenco??? sy ingat lagi novel tu. sorang graduan luar negara tapi balik malaysia bercampur dengan budak2 skate yg lain sebab nak bagi kesedaran.
fuh..
sibaik rasa tak nyesal sbb tak tengok cite ni..
sibaik ada review camni..
lagipun zaman remaja dulu (cewah), buku ni pon kita pinjam kawan punya.. bab2 novel besar tu mmg surrender la nak beli.. pinjam lagi baik hehehe..
Post a Comment