9/6/2008-hari inilah si adik dilahirkan... Kisah perjuangan adik bagi yang mengikuti blog ini, mungkin macam tak percaya, baby yang dilahirkan seberat 1kg, dan kritikal, dengan penuh wayar berselirat dibadan dua tahun lepas kini sudah berlari, berambat ke sana sini. Kuat merajuk dan pandai menjerit dengan baik sekali.
Setahun yang lepas, saya coretkan EDISI KHAS NUR ALESYA QHAISARA SATU TAHUN so tahun ini tak payah le nak ulang tayang, saper belum baca boleh ke link sahaja.
Ini saat beberapa hari selepas dia dilahirkan.... very critical condition.
Setahun yang lepas, saya coretkan EDISI KHAS NUR ALESYA QHAISARA SATU TAHUN so tahun ini tak payah le nak ulang tayang, saper belum baca boleh ke link sahaja.
Ini saat beberapa hari selepas dia dilahirkan.... very critical condition.
Ini masanya doktor tidak memberikan apa-apa harapan untuk kami, hanya disuruh berdoa.
Ini setahun lepas... My little jantung hati
After 2 years.. yes she is the baby in the ventilator, in incubator.. yang badannya penuh selirat wayar dan mendebarkan setiap hati.
Syukur pada padaMU YA ALLAH MAHA AGUNG, MAHA SUCI atas limpah kurniaanMU. Tidak terluah dengan kata-kata betapa syukurkan saya dengan kurniaan hebat ini. Saya sentiasa mengatakan Alesya adalah miracle dari Allah yang tidak ternilai, yang menyedarkan saya, Kun Fa Ya Kun.. Kalau DIA kata IYA, iyalah jadi, Kalau DIA kata TIDAK, tidaklah jadinya. Allah izinkan dia bernafas hingga saat ini.
2 tahun usianya hari ini, mama nak cerita peel dia.
Sangat sukakan kartun DIBO, sehingga jadi tekanan pada kami, asal bukak tv nak DIBOOOO buka tv DIBOOOOO ape dia ingat DIBOOO tu sepanjang hari ada kat playhouse disney tu?? jenuhlah kabo DIBO tido.. DIBO pegi sekolah... DIBO mandi.. segala neka kelentong kena cipta..diam kejapp pastu nak BIBOOOOO BIBOOOO... ok sudah ku tahu DIBO on air setiap hari pukul 1.30ptg, alahai dik, malang kamu, sebab bibik baru kami tak reti on tv, berkali-kali ajar pun tak reti..takut rosak kata dia..hahahah sabo je la.. so sekarang abang cuti dah pesan 1.30 bukak DIBO, sukalah dia, bertepuk tangan bagai. kang abeh je DIBO mula naik hangin. Pak dia pun tak leh setel kalau mai angin DIBO dia.Kang pukul 7.00 ada lagi DIBO, terpacak la kami depan tv sampai 7.30 baru leh tukar cenel OASIS untuk dengar zikir dan selawat.
Peel pagi-pagi pula, kalau dai dah terjaga time subuh saya bangun tu, dia akan 'bermalas-malas' atas katil dan golek-golek..tapi AWAS, jangan kamu bukak lampu, marah dia, menangis melalak pepagi.. kenalah mama bersiap dalam malap-malap lampu tid sajork..sabooo je..
Suka makan kismis, kismis doa tu sekotak dia boleh abeh sorang. Good girl, moga ingatan bagus nanti dik.
Kurang makan, kalau dia boleh dapat dua sudu beso nasi pun dah kira banyak..kalau sudu baby tu dapat makan 10 suap pun kita banyak la tu, nengok anak orang makan, jeles, suap abeh..suap abeh.. Adik ni nak abehkan 10 suduh jenuh round satu rumah ikut dia berjalan. Kalau roti bun coklat yang kita beli satu bungkus atas 6 ketul tu kan?? satu ketul bahagi 4, satu bahagian tu dia makan pun mau dekat sejam baru abeh. eheheh anak jiran saya, seketul tu sekejap je dia makan, siap minta lagi, itu sebab kami bertahan bagi dia susu yang boleh tahan harganya sebab faktor inilah, dah cuba segala neka makanan, dia makan, tp sikit beno.. kalau buat makaroni goreng dengan daging ayam kisar, dengan sayur-sayur, dia makan.. tapi sikit je la..takat 5-6 sudu dah..tak mau lagi.
Kadang-kadang makan la biskut tiger 2-3 keping, itu pun sekeping tu setengah jam baru abeh... alahaiii anak daraku, kalau sampai beso menten gini, selimmm u.. hiks..jangan cam abang udah le..kecik-kecik cam ni gak peel dia.. dah start masuk tadika tu, punyalah selera makan bertambah-tambah, sampai la macam sekarang. Si abang dulu anak pertama kan, anak tak makan, kalut la emak dia beli segala neka vitamin, sekalikk ambik ko,..makan tak hengat sampai gebu. So si adik, tak der vitamin bagai, tapi make sure meal dia mesti ada sayur-sayur, takat carrot tu ok je bagi dia, memang ratah-ratah je.. mentah-mentah pun dia krup-krup makan, timun, kacang panjang semua dia bantai.
Dan sudah ada aura tom and jerry sama abang, bila dekat suka marah-marah abang sebab cemburu, tapi mujurlah si abang tu pandai mengalah dan tak merajuk dengan adik, memanjang beralah.
Banyak la kalau nak tulis peel dia, so saya cuma harapkan dia menjadi anak sihat sejahtera, sihat tubuh badan, cergas fizikal dan pemikiran, dan akan menjadi anak gadis yang pandai menjaga akhlak dan budi pekerti, serta tidak lalai dalam mengerjakan suruhan Allah aminnn....
19 Komen:
Happy birthday adik!!!!!muah!muah!
happy bday to u alesya! dah 2 thn ye umur dia. semoga pnjg umur, murah rezeki, jd anak yg baik ye..muahss utk alesya!
tu kena ade tv lain khas utk dia tu kak.blh memnjg bukak kartun je..hehe..
Selamat Hari Lahir Aleesya..semoga membesar sebagai anak yang solehah ye sayang :)
Happy Birthday Adik.. aduh tabah sungguh kak pnut.. kalau saya ntah mcm mana agaknya (ni belum ada anak sendiri) kalau ada nanti agaknya lagi terharu.
selamat hari lahir, baby Q.. dah dua tahun, duk bertemu alesya kat blog je. Muaahh!
Dah 2 tahun dah minah cute nih...Happy Birthday Alesya..bilalah Aunty Dy ni nak pregnen dpt girl....huhuhuhu...bulan depan occay...gi hanimun dulu....memang kalah betul kita ngan anak2 yg kecik nih kan...kalau berebut tv...malas nak dgr dia nangis sebenornya...Afi lagi ler conquer 611- 615...dia akan menjerit sepanajang masa..no kompromi langsung kalau kita tukar channel...celik mata pagi tanya remote...terus terlentang depan tv tgk kartun...tensi tau....
mcm anak saya yg first...susah mkn kecik2, now dah 7 thn juara mkn nasi hehehhheeh asyik2 nak makan nasi ngan sambal....badan kurus tp ukur lilit pinggan cam besar jer...
p/s carpet beli kat mana? hehehe ada pattern lain dak kaler base gelap lagi ker? puas dok carik yg mcm tuh...
eppy besday aleesya...
Happy befday Q!
Sayang dia!!
tengkiu semua atas ucapan besday-kata alesya...
Anon-nak karpet segala neka kaler, cuba cari kat nilai 3, bermacam kaler adooo
Dear Adik...
aunty kate ucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke-2. Semoga adik menjadi anak yang soleh, sentiasa mendengar kata, sentiasa gembira, sentiasa sihat, sentiasa cute jugak...oh...semoga sentiasa menjadi 'sweerheart' kepada semua, AMIN.....
*kiss2* & 'hugs'
dari aunty Kate, KK
Hepi besday Adik.. Acik Fa tak kasi apa2 hadiah pun, nk pos jauh.. Nanti besday adik yg ke 4- 2012 Acik Fa dh blk Swak, insyaAllah ada bhgn unt adik ok, tungguuuuuuuuu...
akak,
sama le ngan anak bujang saya...tapi bukan dibo...ben10 semedang...
Alesya,
Hepi birthday...muahhhhhhhhhhh!
happy birthday adik comel..kecik2 dah pandai jaga body..hihi.
pnut..nabila is just the opposite..pantang tgk org makan mesti nak nganga jg..kdg2 seriau tgk dia makan...banyak sgt.
happy birthday alesya =)
semoga sihat selalu dan membesar sebagai anak yang dibanggakan mama dan babah...
happy belated birthday alesya!
hope kita dapat jumpa ahad ni. nanti orked suruh mummy hold dulu adik dalam perut. hehehhe...
Kejap ajer dah besar genit dah anak dara awak Pnut oii...
Dari sini saja kita dapat tengok kebesaran Tuhan kan? Anak bukan hak ibubapa tapi satu anugerah dan amanah dari Tuhan. Alhamdulillah.
Selamat Hari Lahir Alesya - moga menjadi permata hati ayah ibu dan tidak lupa juga Abang Najmi.
Happy Birthday Aleesya...
Semoga terus sihat sejahtera di bawah lindunganNya dan menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah
Happy belated birthday.. adik aleesya..
Cik selly doakan yg baik2 buat aleesya & famili..
rasanya baru je baca entry psl kak pnut pregnantkan dia.. tup2 dah 2 tahun aleesya..
cepat masa berlalu ek..
Post a Comment