Tuesday, June 22, 2010

Mari Sambung Cerita Saya


Pnut : Suatu hari, saya berjalan-jalan di sebuah taman...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. saya berteduh di bawah pondok.. tanpa di duga.. tiba-tiba......
......
.....
sile sambung versi anda..

dan ini yang saya dapat...



Cube tengok mamat yang mendakwa diri dia YBhg Mohd Haris Kasim, budak ni ialah junior saya di UiTM, tetiba, kami sesama pulak lapor diri di PNM untuk berkhidmat untuk negara, terus jadi geng sengal. Kalau kamu nak kawan dengan dia, kamu kena mempunya satu jati diri sengal yang amat kuat, kerana lawak-lawak dia amat melampau dan sungguh keji. Dan dia juga lucah tahap seorang pompuan boleh dakwa kerana gangguan seksual. Cube tengok sambungan cerita versi dia, keji sangat ok!! Haris, jangan mare.. i lebiu.

Dan buat benda sambung-sambung cerita ini adalah bidang kepakaran saya sejak sekolah menengah..hahah cube tengok berapa lama saya berkecimpung dalam arena ini. Kalau masa sekolah dulu, subjek paling kami tak gemo ialah BM, kerana cikgunya amat lemb sekali. Dalam kelas saya ramai awek cina, Jadi sebagai samseng pompuan masa tu, saya akan tulis sebaris dua ayat kat kertas kemudian benda itu akan di pass-pass satu kelas, sangat hebat tau misi kami, kerana tidak pernah kantoi.

Katakan saya mulakan dengan ayat-ayat seperti di atas, abeh satu pusing kelas tu, akhirnya bila benda tu patah balik kat saya, boleh gelak guling-guling. Akan keluar segala neka cerita. Amoi-amoi yang masa tu gila siri police cadet, Mearo Attack, Baverly Hill 90201, Full House akan keluar hero-hero watak daam siri itu, contohnya sambungan ayat tadi, tiba-tiba tanpa diduga, John Stamous datang yang berkenalan dengan saya, kami pun pegi deting tengok wayang. Kemudian amoi lain sambung, kami tengok wayang citer romantik, heronya Leon Lai, dan bersambung-sambung sampai kat budak pompuan India nama Shuba dia akan matikan semua watak hero itu dengan kejayaan hero tamil dia. Shuba adalah anti klimaks kepada cerita bersambung yang kami main. Hahahah i miss all of them.

Masuk Universiti, ishkkk rugi kalo saya tak main benda alah ni lagi, memandangkan tahap kesengalan kawan-kawan kelas saya adalah setaraf atau lebih lagi dari saya, kalau dulu saya sekolah saya semua pompuan kan, jadi story ala femimin la kan, tapi kat universiti cerita itu menjadi lebih hebat dengan segala neka watak dalam Pedang Setiawan, dan segala komik akan menjadi penyumbang watak. paling femes akan masuk dalam cerita bersambung ialah bila samseng keluar je, akan muncullah otromen, kerana samseng tu telah bertukar menjadi raksasa. Itu adalah normal, ultraman ialah watak penting yang kemuncak kepada cerita itu.

Oh kerjaya saya itu tidak berhenti disitu, masuk keja gomen, saya kena pegi kursus induksi. Ok, kursus induksi ni untuk golongan profesional, katanya kan... tapi saya meneruskan kerjaya saya sebagai pemula kepada cerita bersambung., Ayyyooo jangan tak tau.. bukan saya sorang je sengal.. ramai yang dikatakan golongan profesional itu mempunyai tahap kesengalan yang sebaya dengan saya. sebaya=setaraf, abaikan tatabahasa saya yang caca marba, saya bukan pejuang bahasa.

Jadi.. pernahkah anda bermain permainan cerita bersambung ini? haha tak semua orang layan, ada yang bila sampai turn dia, dia akan pass ke orang sebelah je, tak main le layan benda karut camni kan..

dan kalau anda juga ingin bersuka ria seperti saya, meh sambung sambungan cerita di atas.. saya copy paste semula.. semua saya akan compile dan akan dijadikan entry kat sini nanti.. ehh permainan ini bukan sambung ayat saya tu je... orang pertama akan sambung ayat saya, orang kedua akan sambung ayat orang pertama..

contohnya tiba-tiba tanpa diduga...
1. tiba-tiba, pokok yang saya berteduh itu bertukar menjadi sebuah kereta proton saga kaler merah...

2. saya pun apa lagi, terus pandu proton saga merah itu ke pusat bandar, dan saya pegi ke mcdonald drive tru tetapi malangnya..

3. sambung cerita 2 tadi..

gitulah kesahnya.. ok saya paste semula ek..

Pnut : Suatu hari, saya berjalan-jalan di sebuah taman...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. saya berteduh di bawah pondok.. tanpa di duga.. tiba-tiba......
......
.....
sile sambung versi anda..

15 Komen:

Anonymous said...

Saya mulakan..

Pnut : Suatu hari, saya berjalan-jalan di sebuah taman...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. saya berteduh di bawah pondok.. tanpa di duga.. tiba-tiba......

salah satu dahan pokok itu patah dan jatuh menimpa dahi saya yang cantek itu, dan saya pun pengsan....

Jaja

Anonymous said...

tiba-tiba saya terasa ada air2 jernih menyapu muka saya, oh ada seseorang yang cuba menyedarkan saya dengan menyembur-yembur muka saya..agak hensem orang itu...

ManjaIxora on 12:06 PM said...

saya pun apa lagi dgn kegatalan tahap gaban, saya bertanyakan.. "sudikah menjadi boyfriend saya.. aww".. sambil tersengih2 sumbing..

Angah on 12:11 PM said...

Pnut : Suatu hari, saya berjalan-jalan di sebuah taman...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. saya berteduh di bawah pondok.. tanpa di duga.. tiba-tiba......

saya rasa nak lempang dan maki hamun je orang yang agak hensem itu

Nida Shaari on 12:59 PM said...

memandangkan orang yang datang menyedarkan saya itu hensem bak wajah aaron aziz, saya terus terasa getaran chenta di jiwa bak dipanah panahan asmara yang bergelora..

Zareda Norman on 3:35 PM said...

ya bila panahan asmara telah menerjah di jiwa tetiba saya terasa dilempang dengan kuat.. ohh rupanya saya bermimpi, tukang kebun yang gigi dua batang tu rupanya telah melempang saya..

Anonymous said...

saya terus pura-pura pengsan sekali lagi.. dengan harapan ... mana tau dia nak buat CPR ke kat saya.. paling tdak pun dia akan darling carry sy ke klinik berdekatan..

MUHSINA on 4:27 PM said...

tetapi tiba2...datang pulak luna maya entah dari mana, luna maya terus memeluk aaron aziz dan mereka pun berlalu dari situ.

Anonymous said...

Mereka pun berlalu dari situ, lalu menuju ke arah sebatang sungai yang jernih airnya, luna mengambil sedikit air, membasahkan muka, dan berkumur-kumur.. Aaron berkata, awak boleh minum air sungai ini ianya bersih..

dan luna pun minum seteguk dua, bagi menghilangkan dahaga...

Disuatu sudut..ada 3 pasang mata sedang memerhati dan tergelak di dalam hati... Luna dan aaron tidak menyedari mata yang memandang itu.. dan tiba-tiba terhambur ketawa disebalik semak beberapa meter dari Luna dan Aaron

3 kepala yang dalam semak itu terus ketawa berdekah-dekah...

Luna dan Aaron berpandangan dan terpinga-pinga...

sitinaminah02 on 6:23 PM said...

Pnut : Suatu hari, saya berjalan-jalan di sebuah taman...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. saya berteduh di bawah pondok.. tanpa di duga.. tiba-tiba......

datang seorang lelaki kacak dan tumpang berteduh di bawah pokok yg sama. wajahnya seiras norman hakim!ahhh..tidak! fahrin ahmad.

tiba2 datang pula otromen dan superman, berebut2 memberikan saya payung. saya sedih nak tinggalkan lelaki kacak seiras fahrin ahmad itu.

sy menangis dan mengeluarkan airmata permata. otromen dan superman berebut mendapatkan permata2 itu kerana ingin membeli kostum baru.

Tijah on 12:42 AM said...

tiba2...

ehh! mcm mana selimut cap ikan emas saya boleh berada ditengah2 jalan nihhh...

moskell...

Sellynna on 8:18 AM said...

saya pun amik selimut cap ikan emas tu lalu kembali semula ke tempat saya pengsan tadi..

saya sambung pengsan saya...

ieda on 3:32 PM said...

pnut kata sambung cerita org sebelum kita..tp saya tgk ada yg mula balik..

kahkahkah...anti klimaks dak pnut???

Pnut on 3:44 PM said...

hahaha Ieda-tu le, benda tu diluar kawalan saya lak.. dari semalam saya tak reply komen kat sini, baru hari ni membalas..ehehehe nanti sy compile semua

SURIA AMANDA on 10:59 AM said...

Tiba2 tanpa disedari ternampak samar2 bayangan gelap..gigih nak tengok walau tempias hujan mengaburi mata....OMG..lelaki india? memandang saya dgn wajah menakutkan...dada saya berdebar2..lelaki itu terus memandang...tiba2..."adikkk...lapar ka..uncle jual putu mayam"..cheh....hahahaha..x reti nak sambung dah...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino