Monday, June 21, 2010

Dari Putrajaya-Banting-Bagang Lalang..


Abeh dah cuti sekolah.. Kami tak der kemana pun, nak balik kampung pun macam tak best je..eheheh tader lak sedara mara kawen ke apa.. dah tu, emak pun baru je datang sini, tujuan kita balik kampung nak jumpa emak kan, ermm lagipun bajet semua dah di tala masa cuti-cuti sabah itu hari, so donald trump kata bijak berbelanja... hiks.. so kena simpan balik duit nak balik raya lagi..nak beli baju raya lagi.. Maklumlah duit kalo dah abeh, bukan bulih main fotostat je, cetak duit baru.

Jumaat malam-si Abang pegi Cheras, rumah Pak Cik Sabri dan Cik Yam, yang jaga dia dulu masa kami duk Cheras, sampai sekarang la kami masih rapat, dan sesekali Najmi akan tido kat sana. So cuti sekolah ni janji sekali dengan Selly menantu CIk Yam yang ibu kepada Aliya dan Aina, yang memang rapat dengan Najmi, so bila diaorang balik Cheras, si Abang pun di post ke sana juga, so adalah kawan bermain dia kat sana. Sabtu tu patutnya Aliya dan Aina pulak ikut mama dan ayah dia balik Banting, tetiba Selly call tanya boleh tak nak bawa Najmi sekali balik Banting.

Mulanya cam berat gak nak lepaskan dia pegi, kami kat rumah sunyi juga, tapi dah babah dia janji boleh tido rumah Papa dia 2 hari, so kalau Aliya dan Aina takder, dia boring lak tader kawan. So oklah kasi je dia ikut. Ahad petang, kami dah tahap boring..nak keluar jenjalan without si Abang tak best la kan.. So ape lagi, orang yang sambut Hari Bapa semalam tu kata jom pegi Banting, amek di abang, then terus kita lepak-lepak makan-makan kat Morib. Hahah cantek la tu..lepas asar terus kami gerak ke Banting.

Lepas ambil si abang yang ria riang dengan Aliya dan Aina, kami ke pantai Kelanang, Pantai dia ok, cuma masa kami sampai air surut la, tapi tempat makan dia tak berapa menarik, so orang yang bertitle 'bapa' tu ajak pegi Bagan Lalang terus.. acik ok je.. hiks..maklumlah orang nak belanja.. hahaha Hari bapa dia belanja, Hari Ibu dia belanja.. nasiblah babah, duit bini dia dah abeh beli lemari hari tu, padan muke bini dia.

So semalam kami adalah makan-makan di Bagan Lalang dengan enak.. haha acik makan nasi semalam, arrghh gasak la..sekali sekala..
Ok, ni pic tak berkaitan dengan cerita Bagan Lalang, mahupun Banting.. Si adik, yang boring tak der si abang yang suka menyakat, dan takder partner tengok kartun.. jadi dia belek buku je..kejap buku tu, kejap buku ni, dah tu orang nak bacakan tak bagi, nak belek sendiri..aduhhh


Tengok kartun pun sensorang, selain Dibo, ni Mickey Mouse Club House ni pun dia suka.. tak kemana dia kalau dua kartun ni ada, tengok tu, dari tadi tak gerak-gerak, dok landing cam budak dah beso je gayang kat situ.. siap goyang-goyang kaki lagi..



Eh pagi tadi kan.. u all dengar tak radio, Sinar FM, yang topik dia Hari Yang Paling Diingati.. ada satu lelaki ni call, bagitau dia diminta tolong boss dia minta hantar satu bungkusan ke satu rumah ni, dia pun tolong la, on the way tu polis buat road block, dan polis check bungkusan dalam kereta dia tu, dan jumpa dadah.alahaiia siannya dia jadi kambing hitam. Dia kena penjara 3 tahun. Kat penjara, ex boss dia datang dengan ister dia (isteri lelaki malang ni) dan isteri dia minta cerai. uhuhu sedey.. lepas cerai dia kawen dengan ex boss dia yang jahat ni. Alahaii cam tu punya manusia pun ada.. macam jenis orang jahat ni kan?? tapi mujur anak-anak lelaki malang ni dengan dia.

Ermm dalam hal ni semua kita kena berhati-hati, tak salah berburuk sangka dengan orang lain untuk kebaikan. Biar ada rasa curiga sikit daripada kita percaya bulat-bulat. Huhu kami pun dah terkena..erkk bukan terkena pasal dadah tapi terkena percaya orang, dan tidak curiga, last-last tak sedo duit kami kena tarah.. Pastu kena tipu kiri kanan dengan this manusia tak sedar diri ni usah kira lah.. takat sumpah lillah dia tu macam kita minum air milo je.. mudah bebeno.. kita ni atas dasar percaya, kita pun percaya lah, last-last baru kantoi semuanya palsu dan tipuan belaka. Eiii geram...

Eh ok, dah abeh... Tajuk Bagan Lalang-Banting bagai tapi seketul gambar kat Bagan lalang pun takder.. hiks.. pakcik gebus ai ni kureng gemo bini dia snap-snap pic makanan kat kedai makan..haha kata dia buat malu kat orang, sikit-sikit snap..sikit snap.. hahahah, jadi ai kenalah patuh.. hahah bertuah le korang dapat laki tukang amek gambo korang posing sana-sini, laki acik koser la nak layan bini dia yang blogger tegar ni...

7 Komen:

Anonymous said...

anak saya Najwa ada iras alesya...tak de la sebijik tp ada iras sikit2...rambut pon sama heheheh

sitinaminah02 on 1:51 PM said...

kak pnut,

kem salam hari bapa kt abg gebu awk tu.




gebu ker?
haha.

Zareda Norman on 3:18 PM said...

pinut
habis dah cuti sekolah, kami pun tak kemana mana.. cuti tarak..nanti nak cuti hujung tahun lama sikit..

betullah kata orang tua tua, buat baik berpada pada sebab lumrah manusia bila kita baik ada jer yang cuba amik kesempatan..

ieda on 4:54 PM said...

pnut...maksu dah tak niaga ke?

ZuNas77 on 4:54 PM said...

hehehe..elok je Mimi kat rumah cheras hari tu. main tak berhenti. lepas main congkak main nyorok2. pastu pasang CD,pastu sambung congkak balik. pastu nyorok2 balik..seronok betul la bdk bertiga tu.

yg lawak masa mimi imamkan solat. anak dara 2 org kat belakang dok gelak2. sbb mimi pakai kopiah atuk. hehehe..

Mimi siap tanya Arsyad takmo tido cheras ke? mau tak tido budak kecik tu dok ikut abg ngan kakak2 kang..

Kauthar on 5:12 PM said...

selamat hari bapa buat encik gebu akak ye..kuingkuing..saya pun dengar kejap sinarfm pagi tadi tp tak sempat dengar yang akak cerita tuh..geram la pulak, manusia jenis apalah tu!

Pnut on 6:06 PM said...

Anon-meh la share pic kembar alesya tu..nak tengok..

Gadis chomel-gebu ok, terutama tang perut

Zar-Pnut pun simpan cuti nak amek hujung tahun, jeles, hubby hujung kompem abehkan cuti dia..

Zu-ehehe kiranya ada dua budak botak la..

Ieda-maksu berniaga, tapi bukak kat taman orked la ni, betui tepi jalan, yang sebaris dengan kedai gunting rambut kat deret rumah teres tu..

Kauthar-kesian kan mamat tu..sedih akak dengo...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino