Wednesday, June 23, 2010


Kalau nak jadi blogger yang best macam saya sila cari besen dulu sebelum muntah, ok, jujur pada diri sendiri, jujur pada rakan-rakan, dan jujur pada semua semua orang, kamu jangan hipokrit, kat dalam blog suci murni, tetapi di luar mulut macam jamban. Ok tiada kena mengena dengan sesiapa, sekadar perumpaan. Kamu kalau sudah lama di sini pasti kamu tahu saya adalah presiden riak malaysia, setelah Mat Jan bersara. Jadi sebarang kenyataan berlagak dari saya adalah juga ikhlas dan jujur dari saya. Titik.

Kalau nak jadi blogger yang best macam saya, kalau kamu takder modal nak update blog, dok dendiam je, jangan paksa diri update, dan cerita tah hapa-hapa. Oh itu pun macam saya.. Maklumlah peminat sedikit, tiba-tiba feeling nak iklan dari Nuffnang banyak-banyak agar boleh mendabik dada, saya orang popular. Jadi kalau nak feeling blogger yang best, sile update blog selalu, kalau boleh sehari 4-5 kali, kalau lebih dari bagus. (ini saya tak kata saya, sebab saya paling rajin pun sehari satu je) tapi saya tetap juga dapat income dari Nuffnang, wang terkumpul sekarang membolehkan saya pergi Haji tahun depan. (Ok itu saya tipu, sila jangan percaya) nak beli spender jenama mahal pun belum tentu lepas. kalau saya beli spender 4 helai Rm10, maka saya dapat membeli beratus-ratus helai juga la, mahukah kamu membeli? Nuffnang menyebabkan semua orang rajin update blog kan? ya saya mengaku, saya juga begitu. Ok, yang ini kamu boleh percaya, ianya benar.

Jadi hari ni saya sibuk, tetapi, saya tengok statistik orang keluar masuk sini adalah tiga empat juta, kemudian saya kesian mereka datang sini, tapi saya tak update.. Ok mujur saya ada anak comei, yang boleh dijadikan modal untuk update blog. Mari kita tengok ape anak kecil saya buat.

Dia tiru orang solat occay.



kata orang itu benar, budak-budak ni tengok je apa kita buat, dia serap, kemudian dia keluarkan. Untuk makluman para hadirin sekalian, tidak pernah pun kami serius-serius ajar dia solat, ye la.umur pun baru masuk 2 tahun cemana gayanya nak tunjuk ajar solat, tetapi budak ini pemerhati yang baik, dia ingat step-step solat. Saya syak kismis doa jenama sakinah yang budak kecik ni makan tiap hari membantu juga, Oh ya budak ini adalah peminat kismis yang tegar, jangan kamu tunjuk kismis doa tu, mau sekotak abeh sekali dia hadap. Kat kotak tulis 7 biji pagi, 7 biji petang, Anak saya tibai sekali hadap abeh sekotak. Ok tamat kismis doa punya iklan, balik kepada isu solat dia.

Agaknya dia sentiasa je perhati gerak laku perlakuan kami bersolat, samaada, berduet berjemaah atau secara solo. Sebelum-sebelum ni cuma sekadar dia sujud-sujud gitu je..tp hari itu dia merengek-rengek minta telekun, so saya pakaikan, dan surprise kak bedah oi.. dia buat step-step solat tu macam real. Wahhh sebagai emak yang over, saya mesti excited dan excited. Nak cerita bab gambar, semua dah saya tag kat pic tu.

Dan tiba-tiba entry hari ini ditamatkan dengan kejamnya sebegini.

Jangan marah, kesian korang baca blog pompuan sengal macam saya, atas cerita lain, bawah cerita lain. Erkk saya dulik ape kan? ada orang kata saya best macam ni, jadi buat apa saya jadi orang, baik saya jadi diri saya.

Eh saya lupa nak ngumpat. Hiks.. ada orang mencilok pic-pic kek dan cupcakes saya, dan dengan dengan meriahnya dia promosi di FB dia kononnya dialah pencipta kek-kek yang hebat itu. Ewah mentanglah saya tak dalam list dia, terus dia pun meriah mempromosi ek. Tak per lah, walaupun saya presiden riak malaysia, tetapi saya juga adalah ajk surau. Saya memaafkan saudari, moga saudara berjaya dalam bidang kek mengekek. Kan sudah jadi orang popeler, peminat jota-jota ni.

Ok entry ini betul-betul tamat di sini, sape nak berak tadi tu, pi cepat, buang masa je ko tahan nak berak semata-mata nak tunggu abeh baca sampai ke tahap ini. Sekian terima kasih. Terima kasih pada Jemah sebab ajo buat menatang 3 ketui kat bawah ni? tapi awat kat entry lain tak dak? jemah tulung jawab..

9 Komen:

Kauthar on 4:16 PM said...

sejuk perut kak pnut ngandungkan alesya :)comeyynyee bertelekung..

ieda on 4:36 PM said...

dah boleh bawa berjemaah tu pnut..
nabila solat lg best..
takbir,sujud,gelak2 pastu baca doa...abis.sujud dia sampai meniarap..ok la tu kan..nama pun anak special...hihihi

zareda said...

wah nak jadi blogger suci murni di luar dan didalam blog juga... sila bagi tips anda.. :)

Pnut on 10:50 PM said...

Kauthar-ehehehe sejuk la, mak alesya pantang jumpa ice, bantai terus, tadak pantang larang...time berpantang je pantang bebetul ice tak minum

Ieda-ehehe musti comei je nabila gitu, dah la tembam,,aiiii syok gomoi..

Zar-bagi tips kena pengeras...ehehe jiwa kena kental..

Pnut on 10:50 PM said...
This comment has been removed by the author.
FAD ARIFFIN on 8:06 AM said...

entry yang memang amat sengal sekali kak pnut oooiiii!! hehehe....

amrie on 10:15 AM said...

alesya sangat comel occay!!! tp sy plg suka statement riak dalam samaran - walaupun saya presiden riak malaysia, tetapi saya juga adalah ajk surau! lawak la kak pnut ni...

p/s: pandai2 je aku kata kak pnut riak dlm samaran... ntah2 mmg ajk surau!!!

Angah on 2:29 PM said...

sukernya spender 4 helai 10 hengget, beli kat ner tu, sebab plg murah aye beli 3 helai 10 hengget hahahaha kira aye kaya sket dari kome

Pnut on 3:12 PM said...

Fad-tumpang gelak jugak..eheheheheh'

Amrie-AJK surau dulu-dulu je la..eheheh

Angah-beli kat sempadan siam hahahah, spender 4 helai 10 tu alesya punya, akak punya 2 helai 10, maklumlah guna kain lebih..hiks..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino