Wednesday, June 16, 2010

Jom Buat Daging Burger sendiri


Kita adalah hari ini membuat daging burger sendiri.. JOm..
Tu dia ayat, derhaka sungguh pada bahasa melayu, bak kata nakal saya zaman student dolu-dolu.. boleh kena panah petir.. Heheh tatau naper dolu-dolu masa nakal-nakal, suka buat-buat ayat lawak bodoh tahap apa tah.. cam contohnya kalau cikgu lukisan ajar lukih buah tomato, dia kata lukih tampok tomato dulu, baru lukis badan buah tu, tapi kalo ko lukis badan buah dulu pastu baru nak lukih tampok dia, nanti saya akan cakap kat kawan "derhaka la ngan Cikgu Syed, nanti kena panah petir" sengal sungguh.

Pastu masa SPM, mana kawan yang tak ambik subjek agama islam tu harus kalau beratur tepi kelas, sah-sah kami suruh depa duk belakang, kira macam kami masuk syurga dulu, orang tak amek subjek agama duk belakang kami.. Pastu kalau antara geng buat jahat, terus tepuk bahu kiri kawan, dan cakap, "aku nak tanya malaikat kiri hang cukup dak buku dia nak tulis dosa hang, tak cukup aku nak supply komputer" ishkk zaman lagha la katakan..hik..

ok..ok, tamat cerita merapu dahulu kala.

Ni meh sini, acik nak eksen lagi kekwat dan perasan bagus sikit.

Jom kita buat sendiri daging burger yuk.. Actually kan, lama dah pakcik gebu sound-sound suruh acik cari resepi buat daging burger, dia kata teringin nak makan daging burger style omputih dok buat kat rumah, bukan yang frozen tu. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, pakcik gebu adalah peminat AFN-segala neka rancangan masakan kat cenel tu dia lenjang tengok, jangan terkejut kalau dia lagi kenal Jamie Oliver, Nigelia ape tah nama dia tu, pastu segala negro chef la.. chef cina la..semua dia kenal.

Jadi terus la dia feeling suruh bini dia jadi Jamie Oliver versi orang Sungai Layaq, Sungai Petani, Kedah. Ok, wait darling, i sahut cabaranmu. Bermula saya chat la dengan kazen saya Kak Pah, yang berbelas tahun menetap kat US sinun, sure dia terrer buat daging burger kan, so dia pun kasi resepi, simple je rupanya, maka acik pun hunting lagi cari resepi, pastu kak Pah kabo saya leh adjust, tambah tomato dan cili sos, ok..ok.. acik bab adjust ni memang pakar. eheheh samaada lagi sedap atau lingkup terus.

So pakcik google pun tolong juga cari resepi, jumpa dua tiga, tapi lepas tu acik hagham tak ikut mana-mana resepi, acik tibai hentam sendiri. Hiks..tapi bahan utama wajib ada dalam semua-semua resepi adalah, Worchestershire sauce ni, nak sebut pun acik tak reti, cemana ek?? eheheh kampung la katakan.. Acik usha mahel la sos ni sebotol kecik RM8 lebey, pastu nak guna sesudu-dua je, pastu nak buat hape lak..

Ok..ok..straight ot the point la kan.. acik pun mengadjust resepi sendiri ok.. sos yang nama dia acik tak reti sebut tu, acik gantikan dengan seasoning oil maggi tu, aci la kan.. adik beradik sepupu sepapat dia la gak.

OK, hari Isnin udah buat sikit, tapi pakcik gebu kata sedap sangat, dia nak lagi sambil hentak kaki, jerit I want More!!! i Want More!!! dah rupa hulk dah masa tu, betul tak tipu...

Ok, bahan kita perlukan ialah
1. Sebungkus daging kisar
(boleh dapat dalam 5 keping daging burger-kalau kedekut buatlah kecik-kecik, dan nipis dapatlah banyak)
2. dua ulas bawang putih
3. seulas bawang beso sederhana beso
4. serbuk lada hitam
(yang halus dan yang kaso-kalo takder, hentam je mana yang ada, salah satu la)
5. serbuk lada sulah
6. seasoning oil maggi
7. 1 sudu beso sos cili
8. 1 sudu beso sos tomato
9. 1 1/2 sudu beso sos tiram
10. 2 sudu besar kicap manis
11. 2 sudu beso seasoning oil maggi tu
garam secukup rasalah
* serbuk/flakes daun parsley, oregano dan rosemary (yg ni guna serba sikit, tgk dalam pic saya guan sikit je setiap satu saya guna anggaran dalam setengah sudu kecil je)

Ok yang bertanda *ni lelain tambahan saya hentam yang menjadikan daging burger ni, boleh beat burget king punya tau.. tu dia.. tak makan hati tokei burger king kalo baca ni, betul pakcik gebu yang cakap, lebih sedap dari burger king punya.

Ok, caranya,
- basuh dan tapis air daging kisar tu, biar sampai sejat betul air nya, jangan basah-basah tau, saya siap perah lagi.

- blender bawang putih, bawang beso dan *serbuk-serbuk tu semua, guna blender kering untuk bahan kering tu, letak air sikit je.. sesudu dua je, jangan banyak, ni kena ikut, jangan degil, kang berair daging korang acik tatau..

-Kemudian, gaul semua bahan yang tertera kat atas tu semua sekali ke dalam daging kisar, puan-puan, sile guna tangan occay. Serbuk lada hitam dan lada sulah tu korang agak-agak la nak banyak mana.

-Pastu kepal bulat-bulat, pastu leperkan, guna plastik, pastu alas satu persatu setiap keping daging tu, seeoloknya simpan semalama untuk 'tos'kan air daging tu dan supaya dagingnya lebih kental. tapi kalau gelojoh cam kami, terus je bako lepas dah siap tu.

(awas sedikit berair kalau terus bako, bentuk pun tak lawo sebab tak pejal, tapi pedulik hape kan.. janji rasanya sedap, biar rupa buruk tak per)

Okeh, inilah mangsa-mangsa yang menjadi korban kepada resepi daging burger ittew. nak nengok beso klik gambo ek, acik maleh dah upload guna imageshack atau photobucket, ramai beno komplen opis depa block tak leh bukak.

Gaul semua, dan leperkan, (nampak tangan gebu ku?? siap peace occay)

Tadaaa dah siap. rupe memang kureng la sebab gelojoh kan?? terus bako lepas dah buat. yang daging dibuat sehari sebelum tu cantik je membulat, tapi udah ku lupe mengambil gamba. Buat biar besor dari size roti burger tau, sebab ianya mengecut nanti.
Perrghhh taruk salad, timun, tomato, mayonis, sos cili dan sos lada hitam.. terbaekkkk wookkk.. tengok siap cacak bendera malaysia lagi, bikin pakcik gebu gelakkan saya..ahhahah

dihidang bersama kentang goreng dan coselow (betoi ka eja dia wei??) tengok pakcik gebu terus kata sedap... siap puji leweh-leweh... bertuah dapat kawen ngan acik, rugi saper tak kawen ngan acik, tak dapat makan daging burger paling sedap dalam donia. Terus acik sapinat feeling ratu.. terus terasa ada crown bertingkat-tingkat dan bertaburan intan berlian kat crown tu. Anak-anak dan anak buah serta bibik menyukainya sehingga pengsan. Ok, itu tipu je.. jangan percaya.


Cubelah.. terbaekkkk... senang dan ringkas.

P/s-herbs-herbs omputih tu, bleh didapati kat tesco gak rasanya, kat carefour tatau le ada ke tak, tp kat tesco memang pernah nampak ada, saya beli kat kedai bakeri Yummie Bangi tu je, yang segala neka bahan memasak kek dan western ada kat kedai dia, segala neka ada, mak pak kita je tak dak kat situ. labih murah kat situ.. orait try bebeh..

ok, khidmat masyarakat ni.. sape berniat nak try ni, tapi rasanya tak dapat cari bahan herbs omputih tu, dan kalau ada pun malas la nak beli sebab nak guna ciput benooo saya baik hati nak membantu korang ni.. tak der untung saje menghargai korang yang keluar masuk sini, yang tetiba nuffnang dok boh iklan banyak-banyak dan saya pun dapat duit jota-jota..hahaha propa abeh. ok..ok.. kalau sesapa nak 3 jenis benda ni dalam kuantiti sedikit, saya boleh postkan, saya akan beli kat yummie, dan saya akan balik bahagi setiap satu tu kepada 5-6 bahagian ke, dan pack semula dan kasi korang, percumaaaaa... korang bayo duit pos laju sajork.. mau ngak??? kalu mahu cepat-cepat tinggalkan komen kat sini, atau sms saya, atau email saya kasi alamat..

saya tau kita bukan selalu masak yang guna bahan ni, kalau beli satu botol, mau bertahun pun tak abeh guna kan?? so saya bahagi-bahagi boleh la kita dapat sorang sikit, rosemarry tu boleh buat lemon chicken grill juga tau, resepi ada kat tepi ni, oregano, boleh letak dalam spagethi sauce. Cepat, very limited offer ni, dan offer ni keutamaannya adalah kepada mereka yang tinggal jauh dari pusat bandar, yang tak der kedai jual benda alah ni, sian mereka, teringin nak buat, tapi takder bahan. Suami-suami juga boleh kalau nak, saya poskan nanti suruh isteri anda buat tau.. Erkkk saya kata keutamaan tu tak bermakna saya akan bagi pada orang jauh je, kalau duk setaman ngan saya pun nak bulih ja saya kasi, selagi stok masih ada..eheheh (kak Mazni, Nid, Jiran umah no.1 ke kalo nak, boleh gak... no problem..) Ingat, selagi stok masih ada...


15 Komen:

Zareda Norman on 12:33 PM said...

walllah semua bahan zar ada kat dapuq. Rosemarry mmg sentiasa ada sebab sll buat ayam bakar.. Worchestershire sauce pun ada. Sos ni kalau buat ganti bbq sos pun sodap pinut.. goreng ayam ke sosej ke lumur jer..

sitinaminah02 on 2:16 PM said...

kak,

mai hantaq sini sket nak rasa. almaklom ler duduk umah sewa, bahan2 tak de nak buat sndiri.

hehe.

oren said...

saya mau..

mcm nk trylah buat daging burger nih..

Pnut on 3:13 PM said...

Zar-pnut pulak tak berapa gemar rasa rosemary ni.. tu letak sikit-sikit je.. org kata rasa-rasa dan amek bau je..eheheh

Gadis yang chomel-meh la sini dik..kompem akak buatkan.. alaa senang je..buatlah..buatlah...kompem kawan kagum

Oren-sile beri email

My Life My Journey.. on 7:23 PM said...

Kena cuba ni, bahan2 tu esp herbs2nya murah gila kat kini, sauce lagi 20 30p je rasanya.. TQ Pnut... Tgn gebu Pnut tu sentuh apa aja boleh buat perut kenyang kan, bila la tgn sy ni nk gebu mcm Pnut hehehehe

Anonymous said...

Kak P-nut,

Worcestershire tu disebut macam ni - wos ter sher.

Salam dari UK,
N

alamanda on 9:01 PM said...

hmmmmm...
bleh cube nih.
hihihi...

Kauthar on 9:02 AM said...

wajib cuba nih :D

oren said...

nih email saya

achikseli77@gmail.com

Anonymous said...

Woit.. promot Yaumiee lebeh-lebeh nampak... Tolong beritau kat tokey dia hari tu akak beli Steam Muffin punya tepung ada bubuk la banyak.. geliiii...

Pnut on 11:38 AM said...

Fa-sini benda cenggitu mahal lor.. nak guna sesekali je.. emak-emak kita kat kampung lagi mana reti guna...

N-terima kasih atas pelajar bahasa hari ni..ehehe berbelit lidah nak sebut..

Ummu-terai..jangan tak teraiii anak-anak ramai lagi best buat sendiri..


Kauthar-wajib tahap apa tu?? dosa ke kalo tak buat..ehehehe

oren-okeh bebeh, tunggu email ek..tunggu 2-3 orang lagi..

kak mazni-lorrr ye ke?? maybe sebab org jarang beli steam punya kot, tu lama kat rak.. kat yummie tu banyak org beli utk bisnes, jadi tepung ready mix ni jarang kami membeli, semua pakai resepi sendiri. tu sebab maybe lama kat rak..

Ida on 11:45 AM said...

Memang selalu buat ni.. tapi bukan jadik burger.. tapi meatball.. lepas tu buat masak blackpepper ke.. atau feeling-feeling style Ikea tu ke... ;)

Lagi syok kalau dapat kisar daging tu sendiri.. sebab kita boleh asingkan lemak dia. (Maka harus ler kena menggoda hubby ni dengan penuh manja nak suh beli pengisar daging.. hahhahaah)

Muzlifah on 5:09 AM said...

Tahniah! Hebat lagi nampak, dengan pelbagai herba, Kakpah boh fresh herb je kalau ada: Parsley or Cilantro. Wostesher (eja bagi senang sebut, haha) sos tu boleh guna kalau nak buat marinade untuk bbq. Yg kakpah beli pun memang tahan lama, guna sikit2 je.

Nizam Musa on 9:05 PM said...

peh..lazatnye...cuba try buat burger inti cheese pulak...inti jem strawberry ke..guna Stufz..senang je nak buat..boleh tgk bende tu kat http://bit.ly/stufz-malaysia

Eieein on 3:29 PM said...

Salam.yang ni saya pasti cuba,tengok bahan jer dah tau sedap ni tp nak carik herb herb omputeh tu mcm payah sikit.saya nak buat niaga.kalau tak keberatan boleh tak kalau saya nak dapatkan bahan herb tu dari Akak.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino