1. Sebok-Kerja dan kerja-kerja lain.
2. Alesya adalah mempunyai satu tabiat baru
-kalau dia bangun tido, jangan bukak lampu terus, dan-dan tu dia ngamuk, nampak tu, tu pagi tu subuh kami bangun semayang subuh kena bukan lampu kat tempat komputer tu je, bukan kat main area dalam bilik tido, ni ngamuk ni tanak tengok cahaya.
dan..nak tido tutup muka, selimut litup sampai cover kepala, hiks..pesen baru ni..kalau kita sure rimas camtu, dia nak pulak pesen ni.. awas kamu, jangan buka selimut tu sebelum dia betul lena, mau ada aksi tendang-tendang angin macam misha omar nyanyi lagu pulangkan masa juara lagu tahun 2008 ke 2007 tah.
opsss tunjuk selimut murah lak.. tijah, sila jangan percaya, acik sebenarnya ada selimut mahal blink-blink diamond lagi, tapi hantar dry cleaning.. jadi ni sementara je ni..sementara je..betul tak tipuuu, ai tak leh la pakai selimut murah, badan jadi gatal.. kejilah lawak selimut sepanjang tahun katanya.
Ehhh tetiba pic dihari lain, hiks...selimut lain lak.. ok, kalau dia dah lena.. baru saya intai dulu, betul ke budak ni dah tido.. Bila saya mengesahkan dia sudah tido..
Baru boleh tarik selimut tu, heii tak rimas ke dia tido kelubung sampai kepala tu, ni pesen ni pak dia suka menyakat, bila saya tutup semua budak kecik ni, pastu babah dia akan akan buka, maka jerit la dia "nanak..nanak..nanak." pastu tutup balik, pastu pak dia tarik lagi.. dia keja jerit "mama..mama..mama, babah" tunjuk babah dia tengah menyakat dia. Ye la, kawan tu mane reti nak selimut diri dia sendiri sampai kepala.
Dan Alesya adalah fanatik Dibo... hari tu kan birhday dia saya buatkan kek pic DIBO kan?? dia punya excited gile dok asyik suruh orang dukung dia nak tengok kek DIBO atas meja kan, gilir-gilir la kami kejap saya dukung, kejap babah dia, kejap bibik, kejap along, kejap si abang. Last-last tak tahan saya gunting pic dibo yang saya print kecik-kecik untuk cupcakes, saya bagi dia pegang, sampai lunyai ke hulu ke hilir dia bawa benda alah tu. Siap nak tido pun bawak, kusyuk betui dia tengok Dibo the gift dragon tu.
Jangan sape nak sentuh DIBO tu, marah budak kecik ni.. Eh Jiey tu baju yang Ian kasi Alesya, dia memang suka beno baju pink ni, kalau dia pakai baju lain pun nampak je baju pink ni terus nak minta tukar, ye la ada pic Pooh dia suka la.. sebab selain DIBO dia juga suka Tiger and Friends tu.
3.Tengok wayang
Semalam kami adalah pegi tengok wayang cerita Karate Kids, yang Jackie Chan dan anak Will Smith yang comel dan bakal handsome tu, Jaden Smith. Comey la anak dia, pandai berlakon macam pak dia juga. Saja bawa si abang tengok wayang memandangkan kami tidak kemana-mana cuti sekolah ni, ye la bang mama dan babah dah bawak kamu bercuti awal lagi itu hari pegi Sabah kan?? so bawa tengok wayang je la. Biasalah member dah umur 9 tahun, dah hero kan, tak main la tengok Toy Story 3 tu, ermm sikit hari lagi, mesti krisis ngan adik dia kalau nak tengok wayang, mesti hero dah tak mau layan citer-citer kartun ni. Member sekarang pun tak layan dah Cartoon Network tu, HBO je main.
Karate Kids ni memang best, walau ada aksi-aksi ganas sedikit, pukul-pukul kejar-kejar.. tapi masih ok lagi untuk budak-budak tonton. Dan sengaja memilih menonton pada Hari Rabu, kerana Hari rabu tiket wayang murah..hehehe RM6 sajork, dewasa, kalau hari minggu sepuluh ringgit. so dua org dewasa baru 12 ringgit, dan budak RM5, babah, nanti kita tengok wayang tiap hari rabu je la ek..ehehehe. Beli tiket minggu lepas lagi, tru maybank2u senang hidup, tak payah beratur panjang, nak pilih seat bagai, memang dah siap bayo dan pilih seat siap-siap kat internet. Kalau book pun leceh, nak kena datang awal, collect tiket, kalo dak depa release. ni dah siap bayo, sonang, show pukul 8.45, pukl 8.20 kami baru keluar rumah, pukul 8.30 amek tiket, dan sempat beli pop corn lagi.terima kasih kepada teknologi.ehehe
eh ok, dah tamat..
tata..
eh belum lagi, tetiba saya teringatkan citer Lagenda Budak Setan itu hari, siapa tengok poster dan filem tu, mesti perasan kan, yang secen kat padang rumput yang ada pokok sebatang tu kan?? kalau nak tau, kat UPM tu, alahai pokok tu saya rasa pokok paling glemer dalam Malaysia ni, iklan-iklan petronas, kelolaan arwah Yasmin Ahmad punya banyak buat kat situ, dan segala neka iklan dan video klip pun buat kat situ juga, ayooo tader tempat lain ke?? kalau tak caya cube tengok kat billboard2 tepi jalan iklan amanah raya berhad, ada pic budak-budak berlari tu, hah situ la pokoknya juga. Pastu iklan raya ape tah, pokok dan tempat itulah juga, Siti Nurhaliza punya caver album pun bawah pokok tu juga.. glemer kan?? nanti saya snap pic pokok glemer tu..eheheh
Ok ini baru betul tamat..
tata
4 Komen:
Saye tido pesen kelubung mcm Alesya sejak kecik sampai la ni da jubli perak ni masih selubung2 kalo tido. kalo x, saye terpaksa lah buat2 tido saje.. Cuma lately la boleh consider tutup muka dgn bantai musyuk atau selimut... tapi MESTI ade selimut, oke! huhu
Adegan kedish3x karena bukak lampu tu pon applied sampai saye form 4, oke! kalau nak sy bangun, kajut la tanpa bukak lampu hehe
nway, nak say 'hai, gang!' to Alesya la!
kihkihkih.
kita baru jer top up beli selimut tu lagi kat nilai 3. pastu...beli simut dapat free tikar plastik uolss. leh la sok2 bawak piknik kannn...
Lala-hehehe ni betul leh gang ngan alesya ni... sepesen je tido..boleh bukak kelab...
Tijah-kedai mana ko beli weiii cube kabo..nak gak pi beli barang 2-3 lai lagi.. erkkk alaaaa beli nak buat alas kaki je..ai kan tak boleh pakai selimut murah.. hiks.. matilah kekwat..
eh alesya ni sama pesen dgn saya lah..pantang org buka lampu masa tido..angin woo.
saya pun suka tido selubung abis..tp masa dolu kala lah..la ni selimut takdak pun takpa..
Post a Comment