Monday, June 14, 2010

Majlis Hari Lahir Alesya


Hari ni adik nak tulis, ye la..kata Birthday party adik kan?? kenalah adik sendiri tulis pengalaman manis ni kan?? Boleh ke nak kata birthday Party?? tak la party, cuma majlis kesyukuran yang mama rancang dengan babah. Adik kan kecik lagi, manalah adik tau apa besday-besday ni.

Mama kata, tak payah la nak buat kat McDonald ke, KFC ke.. adik pun bukan ramai kawan nak jemput pon. Nak buat kat rumah pun, mama kata tak cukup masa nak prepara segala neka persiapan, jadi mama rancangan nak sambut secara amat sederhana sahaja, iaitu mama nak raikan birthday adik sama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang di Rumah Pengasih, (Warga Prihatin) Kajang. Rumah ni adalah rumah penginapan, bukan sahaja anak-anak yatim, tetapi anak-anak asnaf yang dari keluarga yang susah dan tidak berkemampuan untuk memberikan pelajaran dan kehidupan sempurna pada anak-anak mereka. Selain itu kat sini juga adalah rumah perlindungan bagi uncle-uncle yang penagih tegar yang ingin berubah tetapi di tolak keluarga sendiri.

Mama saja nak adik dan abang biasakan dengan rumah-rumah begini, biar kitaorg sentiasa insaf dan bersyukur dikurniakan keluarga yang sederhana dan mampu beri kehidupan yang jauh lebih baik dari kawan-kawan adik yang menumpang kasih 'ibu-ibu' dan 'ayah-ayah' di rumah pengasih. Adik sukalah sebab ramaiii kanak-kanak boleh sama-sama happy sambut birthday adik.

Sebenarnya ini bukanlah kunjungan pertama adik, dulu adik pegi, adik belum berjalan, kat sana adik jumpa ngan ORKED Orked ni anak kepada Uncle Saiful Nang dan Dr.Intan, atau kat sana diaorang panggil Ayah Saiful dan Ibu Intan. Adik dah kenal-kenal dengan diaorang dah, jadi tak la adik segan sangat. Orked memang tinggal kat situ sementara daddy dan mummy dia work. Jadi Orked macam tuan rumah la. Adik sebenarnya kagum ngan Orked, walaupun Daddy dan Mummy dia hebat, tetapi mereka memilih untuk Orked tinggal dan membesar bersama-sama anak-anak Asnaf dalam kehidupan serba sederhana. Kalau parent lain sure berebut nak hantarkan ke taska paling best dan canggih dengan keglemeran Ayah Saiful tu, tetapi adik tengok Orked sama je bergaul dengan anak-anak lain tu, Insya-Allah Orked, mudah-mudahan kita jadi anak-anak yang membanggakan ibu bapa kita ok??

Oklah, meh kita tengok gambar ek.. macam biasa, kalau nak tengok versi lebey beso, kena klik kat gambo tu supaya puas nengok.

It's my birthday!!! Sebenarnya adik memang surprise dengan warga prihatin ni, diaorang arrange betul-betul majlis adik, siap ada abang-abang bertugas jaga PA system, ada lagu-lagu dan diaorg siap buatkan ni untuk adik.. adik terharu ok. Adik malu-malu masa baru sampai.. semua orang pandang adik.



Pastu Orked datang salam-salam dan kawan-kawan ngan adik.


Ramaiii kawan-kawan adik, diaorg bersalaman dengan mama, mama sebak la masa ni, semacam je mama rasa,bibik adik dan berjurai air mata dah, sedih tengok anak-anak ni.

Mama kata, baru dia tau, selain pandai mengambil gambar, daddy Orked ni ada bakat jadi pengacara majlis juga. Thanks daddy Orked, kerana menjadi MC pada majlis ini. Mujur daddy Orked tak hantar invoice claim bayaran menjadi MC kat mama adik, ehehehe

Babah kena bagi ucapan, mama pun bagi ucapan, tapi entah saper ngambil gambo, gelap gulita, itu sebab mama malas percaya orang ambil gambar

Tadaaaaa potong..diaorang nyanyi lagu Allah Selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan adik Alesya.. Allah selamatkan kamu.. Alhamdulillah..aminnn moga adik sentiasa dibawah peliharaan Allah, macam nama adik~Alesya (dibawah peliharaan Allah)

Orked dan Daddy orked tengok kek adik yang mama buat.

Adik potong kek dengan bibik, ye la mama nak ambil gambar, kang suruh orang lain ambil gelap lagi..

Meriah sambutan hari jadi adik kat sini.

Mama tempah mee goreng, dan karipap, dan pagi tu sambil buat kek, sempat lagi mama buatkan dadih perisa coklat dan mangga di bawa ke sana.



Kawan-kawan baru adik, seronok adik kat sini, ramai kawan, patutlah Orked suka tinggal kat sini.

Kek birthday adik, yang mama cilok dari blog Orked, sebab mama terlupa ambil pic birthday cake adik, tak patut betul, anak orang lain punya birthday ke main mama nangkap gambo, anak sendiri punya mama lupe. Kejam.

Yang ni je sempat mama ambil lepas dah siap-siap deco kat rumah


Ok, tu je.. kesimpulan dia adik dan family semua happy. Terima kasih kepada Mak Long, Uncle Saiful dan Untie Intan yang sudi bersama-sama memeriahkan majlis adik bersama-sama orang lain, adik doakan agar adik Orked dalam tummy mummy Orked tu sabar-sabar, jangan keluar lagi, tunggu makan kek besday adik dulu, heheh mujur sempat.

Dan lagi satu.. adik suka ke rumah pengasih ni, sebab layanan diaorang membuatkan kita terasa dihargai sangat-sangat, saat kita berhenti je kereta depan rumah mereka, kita dah disambut, tak kira siapa ada di laman kala itu, kita akan terus diraikan, dan sampai saat kita sarung kasut nak bergerak balik ke kereta, kita dihantar pulang dengan iringan selawat dari warga prihatin. Alahai.. sooo sweeeett adik rasakan..

Insya-ALlah, tahun depan panjang umur adik nak raikan lagi kat sini, tahun depan leh sambut sama-sama birthday dengan adik Orked, June birthday juga..

8 Komen:

Unknown on 12:52 PM said...

Wow..happynya little princess..semuga berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi seorang anak yang solehah.

Akak ambil resepi pizza seafood...sodappp

Unknown on 12:58 PM said...

ooo bagusnya idea kamu buat kat rumah ni..tahniah yer..kek pun lawa

sitinaminah02 on 1:02 PM said...

akak gadis nk wish hepi besday kt adik alesya.. semoga sihat2 selalu..




akak gadis sentap tgk kek yang mama adik buat.. sedap...!!!!

AuntieYan on 2:14 PM said...

Salam Alesya<

Wah! meriah sungguh majlis happy b/day tu...bertuah Alesya ada mama dan babah yang perihatin, Auntie ni dari kecik sampai tua tak pernah ada majlis pun...uwaaaaaaaaaa!

Semoga Alesya terus membesar sebagai gadis yang solehah, amin.

Kauthar on 4:50 PM said...

wahh..meriahnya Alesya..beruntung betul ye..alhamdulillah kerana dapat berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan anak2 dan mereka yang kurang bernasib baik macam adik..aunty terharu!

Zareda Norman on 9:14 PM said...

Bagus pinut buat besday party di rumah anak anak yatim ni. Raikan anak yatim lebih bayak barakahnya.. InsyaAllah

MrsSerih on 11:29 AM said...

Salam kak..
1st time dtg cni..comelnya anak dara akak... sbb suka anak dara akak ni, sy baca semua pasal dia.. dia betul2 seorang pejuang..

Semoga aleesya akan jadi anak yg solehah, hormat org tua dan punyai budi pekerti yang tinggi..:)

SN on 5:34 PM said...

tq Mama Alesya sambut bday kat Prihatin.
Zareda, ni bukan rumah anak yatim, ini rumah Asnaf walaupun ada beberapa anak yatim juga bernaung dalam rumah tu ;)

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino