Friday, June 11, 2010

Perbezaan Murid Bandar dan Luar Bandar


Ok ini adalah update sebenarnya dan bukan update olok-olok atau acah-acah mencari publisiti murahan.

Saya kan ada membaca kat blog Wa-Hanisumayyah yang private tu, dia baru bertukar ke Putrajaya dan anak dia darjah 1, duduk kelas pertama, baru ni periksa bawak bali kertas periksa, dari keputusan kertas periksa tu dia harap kot anak dia dapat le nombor 5, heheh sekali amek result, no.12. Heheh camtu le Najmi dulu, masa darjah 1, dia duk kelas pertama gak, mmg markah straight A, paling koman pun dapat A markah 84 kalau tak silap, so masa tu berangan juga kot dia dapat la nombor ok, tapi amek ko, masa amek result, dapat no.15 ko. Terus terkejut, ye la..emaknya dulu sekolah kampung, kalau dapat result A je banyak, merasalah dapat no best-best. Tapi ni sekolah Putrajaya beb.

Bijak-bijak budak sekarang. Masa ambil result tu tanya juga cikgu dia, budak yang dapat no.1-5 tu semua 100% ke? kata cikgu dia, dari no.1-10 tu mmg majoriti dapat 100% score, diaorg bagi markah berdasarkan ujian-ujian bulanan, kedatang, kebersihan, dan komitmen dalam kelas. Uhuhu saya terfikir naper pihak kementerian yang guan sistem CGPA je, lagi senang rasanya. Nombor-nombor ni macam tak relevan rasanya. buat down bebudak je. Naper saya cakap begini, cam si abang tu, dulu walau score semua semua subjek, tapi still dapat no.15 kan? so masa balik kampung adalah sedara mara yang tanya dia dapat nombor berapa, bila dia jujur cakap dia dapat no.15, dia digelakkan, naper dapat nombor banyak sangat. Kata sekolah bandar.. Ayoooo kesian anak saya occay, kang acik riak depan diaorg kan baru tau.. Kitaorg gelak-gelak je, sambil acik pun membela diri anak sendiri. "kat sekolah dia memang susah nak dapat no bawah 10, budak semua bijak, takat dapat markah 90 lebih tu belum tentu dapat nombor satu" ermm ape nak buat, mereka tidak nampak semua 'hidden' things kan.

Itu sebabnya akhir tahun, walaupun si abang masih menten dapat 4 A juga rasanya, dan 1B, tapi dia dapat no,20 lebih, dia kena turun kelas ke2, tapi di kelas kedua, prestasi dia mungkin sama macam di kelas pertama, tapi persaingan dia kurang sedikit, jadi merasa dia dapat no.3. Syukur dia lompat naik kelas pertama balik tahun 3 ni, dan di kelas pertama ni memang kami dah tau, jangan mimpi dia akan dapat nombor bawah 5 atau bawah sepuluh, sebab budak-budak ni memang bijak. Alhamdulillah result baru ni semua markah ok sangat, kecuali BI, ermm mana la nak cari tuisyen BI ek? lemah betul budak ni BI. Maths of course la..mmg sokmo score la.. genetik belah pak dia satu, satu lagi udah masuk KUMON kan? kalau tak leh score gak Maths, meh sini abang mama piat-piat telinga kamu. Malangnya KUMON sini tiada untuk tuisyen BI.

Saya rasa sekolah lain sekitar Lembang Kelang pun begitu rasanya. Ada kawan saya cikgu kat area Damansara, yang kawasan-kawasan elit tu, katanya budak-budak ni pegi kelas, macam sekadar memenuhi masa lapang, sebab diaorang dah belajar Maths, BI, Science, BM kat tuisyen centre, kat sekolah tu macam revise balik je apa diaoarg belajar kat tuisyen. ehehehe gitu ek.. Budak-budak dah advance, tapi apakan daya, silibus kementerian pelajaran kena juga mereka ikut. Cabaran mengajar cikgu-cikgu di kawasan elit ni bukan dari segi mengajar bab pelajaran, tetapi cabaran mereka ialah mengajar 'tatasusila dan budi bahasa' yang kian terhakis. Hahaha dan juga 'kemelayuan' yang makin layu dalam diri orang melayu kata kawan saya ni. Ngajo BM pun kena terrer BI sebab nak explain kat anak murid perkataan-perkataan Melayu yang mereka tak faham. Gitu ek?? Soalan yang sekolah set untuk ujian-ujian penggal pun susah-susah, dan kalau katanya dia bagi kat anak-anak penakan dia yang dok kat Baling tu buat yang sama darjah dengan anak-anak murid dia kat Damansara tu, mau depa terpinga-pinga je nak menjawab. Heheh kata dia bagi soalan budak darjah 4 pun belum tentu murid darjah 6 sekolah kampung boleh jawab kata dia.

Ermm Malaysia masih jauh perbezaan jurang pendidikan kan?? Mujur PPSMI dah hapus, kalau dak hapus juga minat budak nak belajar Sains dan Maths kat sekolah, sebab kena belajar dalam BI. Sudah tiba masanya Tadika Kemas, Tabika Perpaduan, mempunyai guru graduan dan berkebolehan dalam mengajar BI dengan baik. Kalau nak harap emak bapak orang kampung ni ajar anak mereka BI manalah mungkin kan??


16 Komen:

kak ilya on 12:02 PM said...

Pnut ..
akak setuju sangat2.. memang kt KL ni bandar besar .. budak2 ramai yg tahap cerdiknya .. masyaallah ... suprise!! .. compare ngna budak kampung kan... hu hu ... bila Adam bwk balik kertas ujian dia .. terkejut akak.. yelah dulu kita sekolah kampung dioarng skrg belajar advance kan..
Adam doing great dlm exam semuanya score 90++ but dia dpat no 13.. ho ho sian pulak compare ngan cousin dia yg sebaya dapat no 3.. hu hu nangis adam kena kutuk but now akak backing dia .. no more kutuk2 .. hu hu..
ala abang kan pandai .. insyallah ..
till then .. muaah2 kat baby aleesya ...

amsy said...

btl laa kak...sy pun nk terpengsan bila anak blk bwk report card dpt no.18...mak aih teruk sgt ker markah ko abg..bila tgk byk gak yg dpt full mark..tp masih dpt no cmtu...kalo nk dpt no 1 mmg semua subjek kena full mark...bila pk kn smla xpe laa..no baper pun abg..yg ptg bila exam ko leh phm n jwb soalan tu semua

Anonymous said...

so galakkan anak2 kita membaca in BM n BI....jom pi kedai buku...

gadis comel on 3:44 PM said...

sy org kg, sekolah luar bandar kt kedah.kt uitm dlu kena blajar bisnes law, lecturer cam risau sy tak leh bawak paper tu, almaklum ler henglish kena power.budak2 kelas yg lain sume orang bandar. (ceh.. bandar ler sangat).tapi tak kisah pun. blaja dan blaja sambil darah meleleh kot idong. (ini tipu).



alhamdulillah, sy highest dalam kelas bisnes law.

N.Q.R on 4:43 PM said...

agree sangat2!!!!dlu tiap kali balik kampung malu nak sebut dpt no belas2 ke puluh2 ke... sbb kazen2 kat kampung semua dpt top ten la.. bila upsr, hamik ko!!!!! muahahah (gelak setan dan berlagaks)

Sellynna on 4:54 PM said...

Tingat zaman skolah rendah dulu.. masuk kelas pertama, tp exam asik 10 ke atas je.. no 1 jgn harap la.. mmber kita kt kelas lain asik no 1 @ 2 jek.. stress tau..

Siyesly, sekarang baru kita clear nape jdi camtu..

Ish, kalu kak pnut buat entry ni masa saya skolah rendah dulu, takdek saya stress tau..

heheh

Hanisumayyah on 8:06 PM said...

Pnut..sungguhlah...budak2 kelas pandai kebanyakannya sama kepandaiannya, yang beza masa jawab peksa, kalau teliti, jawab berhati2 (check balik lepas siap), tulis pantas, mengaler pun cepat maka dapatlah full mark.

Dari pemerhatian saya, sekarang mereka bukan bersaing utk dapat markah tertinggi tapi bersaing utk dapat 100%...macam hani dapat satu paper 100%, 2 paper 98%, satu 96%, 93% & 90%...toksahlah harap nak top 10..berangan jerlah...cuma saya terkejutlah jugak...

Pasal BI tu, saya terkilan jugak kuarkan dia dr swasta sebab pindah sini, nampak di sana penekanan pada BI berkesan dan rata2 class mate Hani dulu boleh speaking english sesama diorang (sampai minta hani pd english mendadak naik)...sbb diorang tadika english medium plus masing2 anak Doc, DPP, lawyer..pekerja swasta..sedangkan sini tau2 jerlah...apapun mujur 'minat' belajar Hani sentiasa tip top!

*terharu beb disebabkan nama eden disebut di blog fofular ini*

Hayati on 8:47 PM said...

Sebab tu masa anak kak yati sekolah rendah dulu, cikgu dia tak pakai sistem nombor ni semua sebab tak mau makbapa dok banding anak ikut no. Depa guna gred. A,B,C,D,E.Tak ada sapa nak banding no. kalau tak, jadi macam tu la. Anak kita dapat nombor banyak, markah cantik pun, tak sapa nak heran tapi kalau dapat no. 1, markah teruk pun, orang bukan nak tanya markah. Tanya nombor juga kan?

zareda said...

pinut

sebab tu zar tak risau sangat pasal cik Ika sebab memang dia kekalkan prestasi cuma no aje bertambah tambah. Bila tahun 3 ni dia naik kelas lebih baik.. hah ko sem lepas wpun 4A 1B dia dapat no last ko.. toorkujut ibu ika.. mujur tak kena BP jer.. ujian bulan 5 dapat straight 5A so naiklah sikit no 31.

Kita sebagai mak ni kena selalu bagi dia semangat, ingatkan dia yg no tu doesnt matter, kekalkan prestasi itu lebih penting..

Pnut on 11:39 PM said...

kak Ilya-eheheh ingat lagi, akak risaukan Adam suka main je..akak tanya saya, eheh budak lelaki memang macam tu..susah depa nak komitmen..

Amsy-eheheh kannnn.. kita tgk dia bawa balik paper, ingatkan dapat markah bagus la..rupanya ada org lain super duper bagus..

Anon-kedai buku dah tentu pegi, maklumlah emak dia librarian, kena gak usha apa buku baru kat market kannnn.. pegi library pun usung, maklumlah liberaian semua kengkawan, tapi hagham dia nak suka.. buku yang borong time book fair usah kira, belum campur buku yang emak dia dpt gift-gift lagi... berkoyan, tapi bukan dia nak baca, jenuh paksa, rotan je belum tahap.

adik chomel-ooo dari baling ek.. sekapal la kita noooo...

NQR-tu le, orang kampung masih dok pandang nombor..leceh betul..patut pakai CGPA je kan?? eheheh

Sellyna-heheh kesian dia, tekanan masa kecik..jgn bg tekanan kat anak-anak pulak..

Pnut on 11:43 PM said...

wa-mungkin sekolah hani background pelajar pelbagai latar kot.. sekolah najmi tak byk masalah sebab budak tak ramai..

Kak Yati-gred kan pelajar macam tu tu pun ok, atau rankingkan je sama rata kan??

Zar-sekolah najmi budak tak ramai, satu kelas tak sampai 25org kot...jadi tak sempat la dia dapat nombor 30..ehehhee tapi asalkan prestasi menten, syukur la kan... nombor tak penting

Hayati on 10:36 AM said...

pnut, bukan gred macam tu. Gred subject. Ok, kata mior kecik tu dapat 5A, maka result dia 5A la. Tak ada no. Kalau 3A2B, maka itulah gred dia.No no no for nombor

sarahjiha on 11:06 AM said...

Pnut,

Bila nak ambik report card yeark..? tak de pulak budak-budak tu bawak balik surat....

Mak Izz on 11:11 AM said...

slm k'pnut. sy bdk bndr dr drjh 1 smpi ting 5 b'skolah di KL. bckp psl no ni, dr kecik dh merasa dpt no corot (sbb dok kelas 1st). tp bila blk kg rs bangga sbb UPSR & PMR ttp lg tinggi banding sedara mara yg skolah kg. *SPM x masuk sbb kurang memuaskan, heheh!

lg satu, kalo skolah bndr ni ramai bdk cina. pglmn sy ms ting 2 dulu, no 1-20 ada sorg dua je bdk melayu terselit dan bdk2 melayu ni mmg kira teror lah. No blkg2 tu tau2 jelah sape kan. tp dun wori bdk2 kelas pertama ni wlupn dia peksa no last tp result UPSR, PMR & SPM dia ttp best. yg penting result kena maintain A lah.

skdr pdpt :)

luna said...

sekolah luqman sekolah kampung..tak banyak beza dr zmn sy sekolah..nombor2 ni masih penting sbb mak pak yg lain kelulusan biasa ja,keja kampung dan keja kilang..jd anak2 tak stress langsung, mak pun tak stress..jgn failed sudah..

gadis comel on 1:06 PM said...

kak pnut,

bukan baling der, jeniang okeh. hehe.

exit tol gurun, belok kanan. haha. siap bgtau jalan.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino