Sempena Ulang Tahun yang pertama Baby Q..
Ye la kan...Agung punya birthday pun ada edisi khas dalam surat khabar kan..
Jadi Mak Pnut pun buatlah edisi Khas sempena birthday Permaisuri hati kami hari ini... Jadi baca lah sampai lebam, memang panjang ouls..
Setahun sudah.. kejap je rasanya... kehadiran si adik amat membahagiakan, tidak tertulis atau terluah dengan kata-kata, cukup bermakna, manis dan indah. Dia pejuang yang hebat. DIa hadir di kala saya dalam perbincangan dengan doktor J untuk memulakan proses IUI,(tak tau IUI, sila tanya encik google) kerana saya bagitau doktor, saya nak juga dapat baby sebelum umur saya 35 tahun, and being a very nice doc, Dr. J sabar dan tenang, tak ribut-ribut pun, kalau doktor lain mungkin tak berapa setuju kerana saya pernah 3 kali hamil normal sebelum ini, Najmi dan dua keguguran. Tapi saya bagitau doktor, lagi umur saya meningkat, lagi risiko tinggi kalau saya pregnant kena darah tinggi.
And masa tu doktor J refer kes saya kepada doktor medical untuk full check up condition kesihatan untuk dia proceed dengan proses IUI, tapi Alesya seperti saya katakan, dia pejuang hebat, semasa pertemuan saya dengan doktor J, pada Disember 2007, dalam pada doktor arahkan staff nurse untuk ambil darah, buat urine test bagai, saya saja je sebut kat Dr. J nak buat UPT test (pada yg tak tau, UPT test tu alat untu check pregnant or tidak) then Dr. J tanya, dah berapa hari lewat period, saya cakap baru 3 hari, and as i said, dia doktor yang cool kan, even baru 3 hari lewat period, ada doktor nak tunggu sehingga seminggu lewat baru dia nak check, tapi Dr.J rileks, siap cakap ngan staff nurse, bawa upt test yang mahal sikit tu, yang lebih tepat, tak nak yang celup biasa tu, saya suspen dan tak menaruh harapan apa-apa sebab sebelum ni saya memang biasa pun period lewat, and pernah sampai lebih sebulan tak period, tapi tak pregnant pun.
And this little miracle memang sudah menunjukkan miracle dia dari awal.. sebaik sahaja, staff nurse hulurkan alat UPT test tu, tu dia...merah menyala dua line, senyum doktor J, and saya tergamam, tak tau nak senyum ke tak, suspen je. terus doktor J kira berapa usia kandungan, masa tu baru 5 minggu, terus doktor J bagi date appointment lagi dua minggu, dia minta datang balik nak scan. Bermula dari hari tu, saya hidup dalam trauma, kesan takut keguguran, selepas dua kali gugur, tido malam tak lena, saya bermimpi yang buruk, dan sering terjaga ketakutan, sehingga hubby terpaksa bawa saya ke Darul Syifa berubat dengan ustaz, di situ ustaz bagi saya zikir dan ayat-ayat yang harus saya baca untuk elakkan keguguran, dan saya amalkan, sehingga berjumpa semula dengan Dr.J, dia scan, saya punya berdebar giler, bila scan doktor J tunjuk, ni janin yang ada, dan ini heart beat dia... Syukur sangat.. Alhamdulillah.. And macam kehamilan sebelum ni, saya punya darah tinggi naik tak turun punya kalau hamil, akhirnya pada tarikh 9 June 2008, saya 'menyerah' diri ke hospital, untuk dibersalinkan. Tapi malangnya tak dapat dengan Dr. J, sebab doktor J ada kes lain. tapi selepas itu check kat wad semua dengan dia semula. heheh ada kawan saya kena kencing manis masa pregnant, masa nak dibersalinkan, siap book lagi, nak Dr. J yang buat C-sec tu, tak mau dengan dotkor lain, hahaha, dia kata doktor lain nanti takut, and masa Dr.J dok belah-belah perut dia, siap leh sembang-sembang, buat lawak lagi.. huh~
Dan hari ini, baby yang dilahirkan setahun yang lepas,dengan berat 1.05kg, sudah pun berusia setahun, menghadapi saat dia berjuang nyawa di NICU amat mendebarkan, bila menerima call dari hospital, minta datang hospital segera, kerana perlu mengambil darah ibu yang 'fresh' untuk transfer kepada baby yang sudah pucat dan diibaratkan 50-50 masa tu amat memilukan. Sangat mendebarkan bila sampai di hospital, melihat baby pucat lesi, kuning badannya, masa tu air mata je menemani, sampai satu tahap hubby cakap, mama kalau tak cukup kuat tak payah pergi tengok adik, sebab jangan tunjuk lemah kat adik, kita kena kuat macam mana dia kuat.
Azam saya masa itu saya nak breastfeeding dia selama yang mungkin, maklumlah dia dilahirkan pada usia 30 mggu je, and ikut hukum biologi, pada masa ini susu ibu baru terbentuk. tetapi dia pulak sudah hadir ke dunia, tapi saya kuatkan azam, dengan sokongan hubby, saya boleh tersenyum bangga, tanpa baby disisi selama 90 hari, saya berjaya memberikan dia 100% susu ibu. And meneruskan lagi sehingga beberapa bulan selepas itu, then kemudian susu makin slow, and berat dia pulak tidak begitu naik dengan baik, doktor sarankan campur susu formula, terpaksa sebab bekalan tidak cukup, tapi tak perlah saya consider saya berjaya, kerana baby tidak ada disisi, dan saya berjaya mendapatkan stok susu yang banyak untuk bekalan dia.
dan akhirnya selepas melepasi tempoh kritikal, dia sudah keluar dari zone kritikal di NICU, dan berada dalam incubator sebaris dengan baby yang lain, barulah hati ini lega. Dan akhirnya setelah 90 hari di NICU, dia sudah boleh kembali bersama kami. Sehingga kini, dia memang kuat, jarang demam, jarang selsema dan jarang batuk, siapa kata baby prem mudah kena penyakit?? Insya-ALlah Allah lebih tau ke atas segalanya.
And for today...terimalah kompilasi pic Perjalanan hidup Alesya...
Ni bulan ke 4-first time kami beraya berempat, happy sangat, sebab Alesya the only baby dalam family masa tu,
Kata anak sedara teman, awek cun yang feminin.. hehe si lukman suka menyakat dia, marah dia dengan lukman...
Dannnnn... amaaatttt manja dengan babah dia.. Saya jangkakan dia musti manja leleh-leleh dengan saya, maklumlah pompuan sama pompuan, rupanya takkkk dia sungguh leleh dengan babah dia, sensitif ooo kalo babah dia sibuk-sibuk tak layan dia, dia akan merajuk.. tengok pic ni, ni masa malam kenduri anak buah yang lepas, babah dia sibuk ke hulu ke hilir, dia ditemani bibik, sekali terdengar suara babah dia, tapi tak jenguk anak dia, tengoklah muncung dia merajuk.. jenuh pak dia memujuk merayu domba.. (chehh dengan emak dia tak pernah pak dia pujuk gitu..) lama gak memujuk ni, baru nak lentok kat pak dia, pastu baru nak senyum-senyum.. gitulah.. memalam nak tido pun cari pak dia juga, kalau dia kata nak pak dia... mama dia jangan dekat-dekat, marah sungguh dia, pass ke pak dia, terus lentok-lentok tido celah ketiak pak dia.. Manja aaiiihhhh..
2 Komen:
Nak tanya...maknanya 9bln dh boleh minum pediasure?
Coz ank saya 9bln tp berat baru 6.7kg...hurmm...
Post a Comment