Thursday, May 27, 2010

Rileks..Hari Ni Hari Jadi Pnut Online


Update-hari ni bukan hari jadi saya, tapi belated besday blog saya..ahahah blog saya besday dia 21 Mei, tapi saya lupe, jadinya sambut pada 27hb la..ok stop wishing me happy besday, sbb besday nya ialah besday blog ini.. 9 tahun sudah... besday saya 4 Jun nanti, sempatlah korang simpan duit nak beli hadiah


Rileks..rileks...
Saya tak tau ni nak nulih cemana
Ingat nak poyo macam biasa..
tapi hati macam tersentuh gitu.. jadi bila hati tersentuh, entry mesti ala-ala dalam hati ada taman kan??

Sebelum-sebelum saya menulis dengan lebih lanjut lagi..saya nak minta maaf pada semua ye.. mula-mula saya rasa macam takder apa je kalau blog ni ditutup, pastu petang selasa itu hari, sebaik sahaja entry ni ditutup, saya sudah di tegur bertalu-talu kat YM, pastu diikuti sms masuk. Erkk tetiba cam ehh apsal ramai pulak yang concern, saya rileks lagi..esoknya semalam saya on ym adalah 5-6 offline msg tanya naper tutup blog, sy online kejap, tudiaa org ni mesej, orang tu mesej, ahhah sudahnya saya copy paste jawapan je.. sms pun saya, seharian saya macam org bercinta lak, kejap-kejap sms..kejap-kejap sms.. ehehhe sms pun saya foward jawapan yang sama..

Jawapan saya ialah.. "rileks..rileks.. gimik je tu. Esok lusa ada balik. Ajid tengah mekap blog tu. Esok besday Pnut Online. Jadi tengah berurusan beli dot com ni. Penat tau balas sms korang"

Sooo erkkkk..erkkkk ampunkan hamba.. tetapi ada moral story sebalik semua ini.

Saya temui sesuatu yang bernilai di sini. Iaitu "NILAI PERSAHABATAN" walaupun ada antara korang yang saya tak pernah bersua muka, tetapi nilai persahabatan yang saya dapat dari u all amat berharga. Saya hargai. Sebenarnya saya amat terharu bila ramai sms, YM, Facebook, dan beri komen kat sini, oh ya email pun ada. Saya terharu sebabnya betul... sumpah, saya kira macam takder orang peduli pon saya nak tutup blog ka.. tak der makna dalam hidup u all. Tetapi u all rupanya nak berkawan dengan saya ek.. saya tak tau nak cakap cemana, time kasih bebanyak dah mula ada taman dah ni..

Ada antara sms dan komen korang bisa bikin gua riak tahap tenuk bunting, tapi wa simpan la keriakkan itu dalam hati wa saja, tapi sempat lah perasan diva sehari. Erkk actually semalam dah nak update dah.. tapi Ajid kata jangan..sabaqqq tunggu esok ja... Jadi tolong marah Ajid ye..

Tak mungkin saya menutup blog ini kerana saya sayang sangat blog ni, dan sayang sangat persahabatan yang terjalin disini.

*saya kenali Sahabat Geng Jurnal yang akrab sehingga hari ini sejak tahun 2001 lagi. Antara adik-adik saya di masa itu student, ada yang masih belajar di luar negara, sehingga sekarang ada sudah anak 2-3.

*saya membina jalinana persahabatan dengan ramai melalui blog ni, saya punya kakak-kakak yang lebih tua dari saya yang anytime saya bila susah hati atau down, boleh contact mereka luahkan perasaan, thanks to Auntie Yan Kak Sya Mak Andeh dan ada lagi yang saya tak tersebut kat sini, yang 3 ni yang betul rapat. kekadang bile saya down weng-weng sikit, diaorang antara terawal mesej tanya naper.. And motivate me. Saat paling teruk saya down ialah masa saya keguguran sebelum pregnantkan Alesya. Mak Andeh calm me down.. Thanks sis..

*Saya temui persahabatan tanpa batasan dari korang. Semasa saya ke outstation ke mana-mana negeri, pasti ada sahabat dari tempat-tempat itu akan email dan hubungi saya untuk berjumpa, dan bertemu, jadi saya tak keseorangan. Masa saya bercuti anak beranak pun ada je kawan-kawan berjumpa dan sudi jadi pemandu pelancong. Masa besday anak-anak saya pun ada yang menitipkan hadiah. Ada je kenangan u all bagi pada saya.

*Semasa Alesya bertarung nyawa di NICU, u all tak putus beri sokongan, menitipkan da buat dia, saya hargai. Sehingga hari pertama dia di bawa pulang, saya sms kepada beberapa rakan, most of u all adalah sahabat saya kenali dari blog ini, anda sebahagian dari kehidupan saya.

*Semasa saya buat akikah dan majlis khatan si abang, ramai yang hadir, yang kebanyakan saya kenali dari blog ini. Semasa saya buat open house dari putrajaya dulu juga, hampir sebahagian dari tetamu yang hadir adalah dari kalian yang membaca blog ini.

*Rumah saya dulu amat meriah dengan sahabat-sahabat blogger, hampir setiap minggu, adik-adik blogger berkumpul kat rumah saya, termasuk yang datang dari jauh, Penang, Kedah. Jiran-jiran heran bila kami bagitau mereka adalah sahabat internet saya. mereka sangkakan saudara mara.

*saya dapat bantu dan mendapat bantuan dari u all bila masa saya publish di sini. Ada ketika saya berkongsi info dan maklumat, dan bila-bila kalian memerlukan info itu kalian rujuk di sini, dan kalau yang ada no telefon saya terus sms, ada yang bertanya mengenai Klinik Kita, ada bertanya petua bagi banyak susu ibu, bukan isteri sahaja, malah suami yang baca blog pun juga pernah meninta saya bercakap denagn wife dia berkongsi maklumat tentang susu ibu, dan cemana nak handle penyimpanan susu ibu. Bantuan kalian juga berguna buat saya, bila saya bertanya apa-apa, ada saja yang akan beri maklumat saya hendak, baik melalui sms, email atau komen di sini.erkk kalau saya nak tulis part ni memang banyak. Kalau saya boleh ingat dan tulis satu persatu, mahu saya letak nama-nama kalian yang pernah berhubung dengan saya. Saya nak bagitau "Anda dihargai"

Jadi..untuk itu.. tidak mungkin saya menutup blog ini, walaupun ada anon yang membuat onar, saya tak kisah, sebab seingat saya, jarang saya menghentam orang dalam blog, mengata di polan dan si polan, never i think erkkk kecuali tahun 2001, saya suka kutuk MISAI kat blog saya, misai is my Kellyng boss dulu Setiap entry saya dibaca oleh pakcik gebu, jadi sekiranya ada benda dia tak suka saya hebahkan dia akan minta saya edit. eh anon yang komen entry kek yang macam keling bunting tu kata dia tak cantik langsung tu kan, saya tergelak, sebab kira comei la keling tu bunting macam kek kan..hehehe, huduh-huduh kek tu pun dah 2 orang confirm nak order kek camtu, bulan 8 dan bulan 10 nanti.. hiks..

And again saya minta maaf, kalau korang marah ngan saya buat gimik cam gampang dua hari lepas. Ampunkan hamba, sila marahkan Ajid juga kerana dia partnet in crime paling kuat disebalik semua ini. hahah Mujoq depa tak tau no tipon Ajid, kalo dak dengan Ajid pun depa tanya ehehhe.

Erkk oklah esok-esok saya nulih lagi ek..

Sekian dari pompuan gemuk perasan dive dalam masa 2 hari. jadilah, merasa juga jadi diva

P/s nampak dak iklan kat tepi kanan atas ni? saper nak boh iklan kat situ email saya ek, benda alah tu free je, saya takder nak charge ape pon, tak kayo pon saya kalo minta bayaran untuk iklan situ. Kat sini pun ada iklan dari Nuffnang kan, dapat iklan dari Nuffnang tu pun sebab trafik dari kalian masuk ke sini, nah benda tu balik kepada u all, saya letak iklan free je, win-win situation maaaa.. tapi kalau ada yang nak bayar pun, saya akan masukkan duit ke dalam akaun amal, yang kini terkumpul RM200++ sumbangan kalian. Duit tu kalao dah banyak saya akan beli buku dan sumbangkan ke rumah anak yatim lagi.
orang kampung saya kata "what u give u get back"

26 Komen:

Angah on 11:10 AM said...

tipah tertipuuuuuuuu

Ramona Ramli on 11:20 AM said...

happy birthday kak pnut...mula2 rasa nak nangis sbb kak pnut nak tutup blog..suka baca tp baca senyap2..hr ni baru nak ngaku hehehe

achik on 11:40 AM said...

uish, terkujat gak tgk tiba2 tutup.. seb baik gimik je..

hepi besday kak pnut.. :)

Pnut on 11:43 AM said...

alllooo bukan besday saya....
besday blog maaa
tu pun salah, besday blog 21 hb tapi akak ingat 27hb..ahahaah

khairul najmi yusof on 12:15 PM said...

Hepi besday to pnut on9 wenco!!! saya harap blog wenco ni bertahan sampai bila2... Tahniah wenco!!!

Kauthar on 12:49 PM said...

walaupun tertipu tetapi sangat gembira sekali akak pnut kembali dengan wajah baru yang ceria! Semoga blog kak pnut terus unggul :D

Zareda Norman on 2:03 PM said...

pinut

dah agak dah. hahhah kalau tak PMS mesti gimik ni..

blogger tegar cam kita ni bukan je nak tutup blog, nak privatekan pun tak sampai hati.. so sabar ajelah pinut, selagi ada kudrat tulis aje.. kalau tak beri manfaat pada org lain pun, sebgai kenangn kita

Amyz! on 2:37 PM said...

yeay. ada dot com. gud luck! gud luck! ;-)
semoga lebih berjaya di masa depan.

Anonymous said...

ooo tutup blog design lama rupanyer kekekek...lenkali jgn buat lagi ek...pernah baca cerita budak yg jerit umah dia terbakar?...masuk 3 kali....

AuntieYan on 3:38 PM said...

Salam P-Nut...

Baking-baking dah siap ke????...bukan main panjang lagi entrinya.... :-)

pssttt...hari tu kami makan kat Bangi. :-)

Angah on 4:22 PM said...

hahaha kiranya gimik ni menjadik la ekk...sabor je la...

ieda on 4:49 PM said...

cheh...hampeeehhh la pnut..buat lawak musim panas plk dia..
sungguh2 akak percaya.dlm kepala dok pikiaq apa la masalah dia ni..ishhh..

btw..riak tahap tenuk bunting tu mcm mana????hahaha

Yayah Asbestos on 5:04 PM said...

MAK PNUT KEJI TAUUU...GUA SUDAH FRUST..RASA MCM HILANG KAWAN JER BILA AWAK TUTUP BLOG NI..URGKHHHH...

My Life My Journey.. on 6:39 PM said...

Mcm ni la Pnut, tq sgt2... sayaaaaaaaang Pnut...:)

Hayati on 7:05 PM said...

pinat ni buat kak yati penat la. awatla nak tutup blog? Dalam perjalanan balik tadi dok fikir, apa bezanya tutup blog dengan tak update blog. Kalau tak suka, tak yah la update, nak tutup, apasai?

Hayati on 9:13 AM said...

Itu bukan pertanyaan tapi pernyataan. Apa bezanya?

hanisumayyah on 9:51 AM said...

Siol jer...saya sangatlah percaya...tapi hampeh...apapun. saya suka baca ini blog!

Anonymous said...

gimik murahan

Pnut on 2:01 PM said...

sorry semua..saya tak dapat balas msg satu persatu..

Anon-memang murah, tak mampu nak gimik memahal,

Fara on 6:02 PM said...

fuh. sebaik gimik saja. rasa cam kekok je semalam sebab selalunya, pepagi sebelum start kerja, memang dah jadi rutin baca blog kak pnut dulu. semoga kak pnut blog sampai bila2, berkongsi ilmu dan apa saja. pastinya ada peminat dan penyokong walaupun saya sekadar silent reader. :D

Anonymous said...

thanks akak menceriakan kami semula

jaja

mizzwanda on 9:46 PM said...

pergh igtkan nak tutup..xdak blog lain dah sya duk baca slalu..bukak pc ja sahih bca blg kpnut.hehe

nway..hepy coming bufday ya!!..moga pjg umoq n ceria2 slalu lke u alwayz be even tho kita x pnh g jumpa face to face hehe!!

muahs..tc

FAD ARIFFIN on 11:14 PM said...

heh dah agak dah nih mesti gimik hehe.. masa rauf ym saya kata akak tutup blog, saya cool ajer... tapi dalam hati doa2 mintak2 ler tak betul.

anyway, welcome back with a nicer blog layout! yayyyyy kak pnut!

Pnut on 11:33 PM said...

terima kasih pada semua kerana sudi berkawan dengan saya, saya suka berkawan dengan semua.. happyy being blogger...

sorry tak dpt reply satu persatu seperti kebiasaannya... sebok membaking kek 2-3 hari ni..

peace no war

eha on 12:20 PM said...

Salam,

apa2 aje lah p-nut. Bgmanapun gembira dgn berita ini.

viruspadu on 8:39 AM said...

siyes terkejut akak nak katup belog itu hari huhuhu

seb baik ok.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino