Tuesday, May 04, 2010

Emak


Menghitung hari ni nak berangkat ke Sabah hari Jemaat ni? kengkawan liberianku di Sabah, tidak mahukah kamu berjumpa aku di sana bah?? urusan book hotel, susun atur acara sudah dibincang dengan pasangan kembarku si Kate, terima kasih Kate, jasamu ke kenang bah... nunggu masa nak terbang sajork.. Si abang pun suka kemain nak berjalan.

Oh ya sebut pasal si abang kan? makin ligat budak ni, itu hari kan masuk pertandingan bercerita kan?? haruslah tak menang kan, kalau memang kompem acik kompangkan di sini kan? kata nak show off kan. tapi dah anak kalah duk dendiam je la..eheheh keji. Ye la dalam masa 2-3 hari je last minute dia kena gantikan orang, kesian juga dia, tekanan, nak hafal dan buat gaya dalam masa yang singkat, taper abang yang penting semangat ingin mencuba. And hari ni dia dan kawan-kawan dia yang terpilih mewakili sekolah, masuk pertandingan Action Song. Sebelum tu dia terpilih masuk Pertandingan Kompang selawat, tapi tak jadi, sebab time tu kami balik kampung. So today, harap dia dengan team dia berjaya... Action song ni cemana acik pun tatau, nyanyi sambail buat gaya kot, acik tingin nak tengok tp kata dia mak bapak tak boleh pegi.. haha over tau... mak pegi. So kalau team si abang menang, kira belanja jalan-jalan ke Sabah.

Semalam masa saya on the way nak hantar si abang pegi KUMON, (eh teacher KUMON baca blog saya ek.. Najmi kabo teacher dia baca blog saya, uhuhu malu ai) saya tanya dia suka tak mama dan babah nak bawak abang pegi jalan-jalan? kata dia suka la.. pegi jalan-jalan naik kapal terbang. Saya cakap dia, abang kena bersyukur, kecik-kecik dah naik kapal terbang jalan-jalan, dulu pegi langkawi, duduk hotel jalan-jalan. Kawan-kawan abang ada yang tak pernah berjalan jauh-jauh sebab emak bapak dia tak mampu. Mama dulu kecik tak merasa nak berjalan, wan dan mak tok orang susah. Nak masuk pengakap pun tak mampu beli uniform. Kalau ada rombongan sekolah pegi mana-mana pun mama tak pergi, sebab duit nak bayar yuran pegi rombongan pun kena fikir banyak kali.

Saya cerita kat dia, mama tak pernah pegi jalan jauh-jauh, paling jauh berjalan jalan-jalan berkelah pegi penang dan taiping, itu pun balik hari. Itulah first time pegi rombongan ke Taiping, rombongan dengan jiran-jiran. Wan dulu tak der kereta pun, nak ke mana-mana mak tok naik motor je dengan wan. Jadi macam mana nak pegi berjalan makan angin. Masa mama kecik wan cakap kat mama "siapa nak hidup senang, kena belajar, aku takder harta nak bagi, siapa nak senang belajar dan kerja elok-elok nanti" masa tu mama berazam mama tak mau hidup susah nanti, anak-anak mama biar tak rasa apa mama rasa, tengok je kawan-kawan pakai baju cantik, tengok je kawan-kawan beli beg branded, dengar je kawan-kawan cerita pegi Cameron Highlands, pegi Langkawi, pegi sana sini, mama tak pernah pegi. Jadi mama belajar, masuk universiti, dapat kerja, mama nak bagi anak-anak hidup senang walau tak mewah.

Alhamdulillah, mama ada rezeki mama bawa mak tok berjalan-jalan. Cuma sedikit terkilan, kerana mama tak sempat bawa arwah wan berjalan sana sini sebab arwah Wan sakit, tahun 2001 Wan dah sakit. Mama baru kerja masa tu, baru nak kumpul-kumpul duit, kalau tak mama bawa je mak tok dan wan berjalan sana-sini, biar depa merasa. So sebab itu mama pegi Cameron, mama bawa mak tok, mama pegi sabah ni bawa mak tok. Kalau ada rezeki, kita kumpul duit berjalan ke luar negara pulak.. nak pegi Indon je,bukan pegi Paris tapi tatau le bile dapat pegi.

Itulah saya selalu katakan pada si abang ni, dalam apa jua keadaan kita utamakan emak, itulah yang mama dan babah buat, kami jaga opah, sebab opah dah uzur, Najmi tengok cemana babah dia uruskan berak kencing opahnya, mandikan opahnya, saya uruskan makan minum opahnya, sediakan makanan kesukaan opah, suapkan makan opah, biar dia tengok semua tu cemana saya tengok emak uruskan arwah mak tok saya dulu, kini anak-anak saya pula tengok apa yang kami lalui sekarang. Walaupun ada bibik membantu, tetapi air tangan ini juga sediakan makanan untuk opahnya, sesekali je bibik tolong masak kalau harinya saya buat kek. Tangan ini juga suapkan makan ke mulut opahnya, kitaran hidup manusia macam tu la, suatu ketika dulu tangan tua itu yang basuh berak kencing kita, suap makanan kita, dan mandikan kita, kira roda itu berpusing, kita pulak buat perkara yang sama pada mereka.

Pada manusia ada akal fikiran waras, dia akan ambil peluang ini saat-saat akhir untuk berbakti pada emak yang tua itu, sebab kita tak tau berapa lama lagi hayat dia akan ada, inilah peluang untuk dapatkan pahala-pahala besar dari ALlah. Pada manusia yang tak fikir semua itu akan anggap emak dia beban, walau sehari dua pun tak boleh jaga, sebab sibuk nak uruskan hal kerja hal anak-anak dan rumah tangga sendiri. Jangankan nak suap makan minum emak sendiri, call pun belum tentu buat. akhir kata, anak cina makan pengat, sendiri mau ingat...

9 Komen:

Hayati on 12:21 PM said...

pnut- sapa lagi kita nak bangga. anak-anak la.Ni kalau menang ni harus riak lagi nih...

Saliza on 12:44 PM said...

Pnut,
action song tu spt yg diagak tu la.
menyanyi sambil buat gaya, siap costume bagai...

Sy setuju dgn anda bab jalan2 dan jaga org tua ni..

Masa kita kan tiba jua nanti..

Anonymous said...

entah la kejadian depan mata buat ku lagi seriau.. lagaknya macam hebat terutamanya pada ibunya..

My Life My Journey.. on 10:21 PM said...

Pnut,
Lagi 2 tahun dtg Swak pulak tau, kita blk Msia insyaAllah awal 2012. Kita jamu awak dgn udang galah beso, nk tak?..Masa tu abg n adik dh beso, so boleh la jln jauh2 sikit, kita g Sarikin membeli belah brg2 dr sempadan..:)

Pnut on 7:51 AM said...

Kak Yati-alamak terror akak teka..tp tak leh riak sbb sekolah si abang kalah..ehehehe

Saliza-ehehe betul la saya teka.. ingatkan cam choral speaking ke hape.. mmg depa pakai costume, tp sekolah lain hebat-hebat, pakaian gempak..

Anon-memang ada manusia begitu, bila bercakap bergegar macam nak runtuh bangunan, tapi menjaga tak sampai seminggu udah memberontak itu tak kena ini tak kena..

Fa-ya Insya-Allah memang ada perancangan nak ke Sarawak lps ni...tungggguuuuu

Anonymous said...

InsyaAllah cm sering berdoa ingin bersama mak & abah juga mertua di saat2 akhir mereka... itu rezeki paling besar yg Allah boleh bagi kepada anak. Setakat ini kedua ibubapa sihat tapi harap kami ada kesabaran mcm pnut nak jaga mereka bila tiba masa. Betul ckp pnut tak ramai anak yg sanggup.

cm

Angah on 10:24 AM said...

Anak kita.. suka suki la nak bangga hehe..Arief baru ni menang pertandingan mengeja TADIKA kat Perpustakaan Negeri..harussss meks kompang dlm blog haha..

chyazl said...

kak pnut...minta izin nk copy paste entry ni buat panduan & ingatan saya....saya nk letak kt fb sy supaya adik beradik in law saya boleh baca, supaya dorg sedar harta wang ringgit tak setanding harga seorg ibu

Pnut on 10:39 AM said...

CM-Insya-Allah sebenarnya bab sabar tu kita sendiri kena banyak mohon pada Allah bantu kita untuk bersabar...

Angah-ya harus kompang, anak bukan ramai pon..ehehehe

Chyazl-kalau untuk peringat, ya sebarkan moga ramai terbuka hati nak berbakti pada orang tua

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino