Monday, April 19, 2010

Menjaga ibu mertuaku


My mak mertua is with us now. Selepas pemergian Arwah Ayah mertua saya, abang ipar saya membawa emak mertua ni ke rumah beliau, tetapi menjaga orang tua bukan semudah disangka, saya pernah membela arwah mak tok saya, lama juga kami jaga, kalau tak silap saya, dari sekolah menengah sampais saya dah masuk uitm pun kami membela arwah, ada juga sesekali bergilir dengan Mak Long saya. Cabarannya bukan sedikit. Kekadang penat balik sekolah, tengok mak tok terberak, cicir merata, kami adik beradik tolong emak cuci. Memang mencabar tau.. dengan peel dia lagi.. Selepas arwah meninggal saya kawen, tak lama lepas tu abah pula kena stroke, again kami jaga orang sakit. Masa ni masa saya agak kurang kerana saya di KL emak abah di kampung, tapi sesekali balik memang kesian dan penat tengok emak jaga arwah abah, so saya akan bantu apa patut, mandikan abah, cuci berak kencing abah. biar emak rest sikit.

So bila emak mertua saya yang dah tua dan uzur dijaga orang lain yang tak punya pengalaman uruskan orang tua, saya faham, cabaran mereka amat kuat. Akhirnya abang ipar saya mengalah, dan minta kami pula ambil. Masa ni pulak kami dah terminate bibik lama, bibik baru belum sampai. Tapi sebaik saja kami dapat maid baru, bagi masa dia sikit suaikan keadaan dengan budak-budak dan urusan rumah, kami pun ambil emak mertua saya. Alhamdulillah, setakat hari ini belum lagi dia buat perkara yang menguji kesabaran macam yang berlaku di rumah abang ipar saya, mohon pada Allah biar jiwa dia tenang di rumah kami. Alhamdulillah juga, rumah kami ni memang port anak-anak buah pakcik gebu melepak dan bersantai hujung minggu atau di cuti-cuti mereka, so kami ajak semua yang kat KL ni datang, malah adik ipar dan anak buah dari Ipoh/Grik pun turun, maka meriah dan riuh rendah la rumah kami sepanjang Sabtu dan Ahad semalam.

Seronoklah emak mertua saya yang uzur ni.




Kasihankan kan?? dah uzur, hidup bergantung pada anak-anak dan cucu. Ermm memang kerenah orang tua ni lebih mencabar dari kanak-kanak, kekadang mereka nak lebih perhatian, sebenarnya ini adalah ujian buat anak-anak, Allah nak tengok sejauh mana anak-anak yang sanggup, anak-anak mana yang tahan dan sabar. Jadi sendiri mau ingatlah..

Kita esok pun kalau Allah panjangkan umur, akan tua juga, masa kita tua nanti? tahukan kita nasib macam mana? kalau sekarang kita merungut mak mertua kita ni peel teruk, terjerit-jerit, dan marah-marah, berak kencing merata-rata.. tahukan kita nasib kita tua nanti macam mana?? sanggup ke anak-anak kita jaga. Kalau Allah butakan hati mereka, mau nya kita melangut kat rumah orang tua je cemana? Nauzubillah, biarlah anak-anak yang kita jaga dengan penuh kasih sayang dan ilmu agama yang cukup kita beri tau tanggungjawab mereka. Sebenarnya memang jiwa kena kental jaga orang tua, dan layan bebelan mereka yang ingat-ingat lupa pasal diri mereka sendiri pun. Prinsip saya, masuk telinga kiri cepat-cepat tolak keluar balik ke telinga kanan, jangan bebelan dia tu tersekat dalam kepala otak kita. bila tersekat, kita dendam dan marah, tu yang tak boleh. Kena push keluar, jangan simpan-simpan. Pastu saya selalu ingat emak saya pesan "kena ikhlas, esok kita pun tua, tak selamanya kita muda, kuat,"

So guys, saya mohon kalau kalian nak order cupcakes/kek, please roger awal-awal ye, saya akan tolak sekiranya saya rasa sudah ada order lain, saya kesuntukan masa. Keluarga, anak-anak dan emak mertua saya yang uzur itu lebih kena utamakan,

Ni gambar petang sabtu lepas, kami bawa emak makan angin kat luar rumah, goreng ubi keledek, makan panas-panas, dengan air kopi che nah, dan ayaq teh o, santai anak cucu melayan opah mereka. Macam biasa, gue juga tadek dalam gambo.

Idea kami nak buat pagar kayu camtu berbaloi, setidaknya kami berkumpul ramai-ramai lepak kat anjung tu, dan bawah porch kereta ni privacy juga, orang lalu lalang tak nampak sangat.
Seronok dikelilingi anak cucu-Lukman, Tasha, Nurul dan sikecik Anis

my darling always shekci

Heheh dua jejak seksi-panas ooo-pakcik gebu, along, syazwan dan sorang tu yang sengal tu, Lukman-gua rasa dia patut masuk raja lawak la.. yg kecik melangut tu Alesya

Along, wan dan Daniyal-suami adik ipar saya, dan budak comei Anis

9 Komen:

achmard elexander ramli said...

cantek baju ayah am....
new design e,a??
tapi kan 2 jam dah ni asyik zooming jer...
maseh ada kliru sket....
ni design baju muslimin ker...
sweet....
mia still in my heart.

Kak Aidah on 7:25 PM said...

Salam Pnut,

menjaga orang tua ni bukan semua orang boleh buat. Terus terang akak cakap masa mak sakit dulu walaupun kami ni 7 beradik , tapi yang betul2 sabar melayan kerenah mak ketika beliau sakit ialah adik sy yg perempuan no. 3 dan yg bongsu ngan adik lelaki akak yg no a4 tu. Akak sendiri pun tak sabar. Begitu juga masa arwah abah sakit dia org bertigalah yg menjaga, akak jaga jugak tapi dibantu oleh they all bertiga jugak. Kalau takde dia orang bertiga tu tak tahulah. Adik akak yg lelaki tu tahap kesabaran dia memang cukup tinggi, pak2 sedara pun puji.

ieda on 8:43 PM said...

betul pnut..mmg sgt2 menguji kesabaran..& saya sedang melaluinya...syukur sgt saya ada kakak yg sanggup tinggal dgn parents sb saya perlu bekerja tp dia sering patah semangat..jadinya saya perlu sentiasa ada untuk menguatkan dirinya..sebab tu rumah kami dekat2 jer..anytime boleh lari ke sana..& alhamdulillah suami tak pernah merungut even saya perlu ke rumah parents jam 3 pagi..moga Allah memberi kebahagiaan kepada ibu bapa saya..dan semua ibubapa yg lain...amin..

Moments In Time on 10:40 PM said...

Kak PNut - You are awesome daughter in law and person! Not everyone has the patience or good heart to take care of the aged but if there is anyone who can do it, I know YOU CAN DO IT!!!! When you do good out of the goodness of your heart, blessings memang datang mencurah2, if not for you personally, it will be for your anak2 :)

Anonymous said...

berat mata memandandang berat lagi bahu memikul. InsyaAllah murah rezeki pnut sekluarga.

Pnut on 8:43 AM said...

Brader encem-mia sape?? sape??? loyar?? majistret??? apeee???

Kak Aidah-betul kak, menjaga orang tua, jiwa kena kental, saya ni mmg tak reti tunjuk belaian kasih sayang pada orang tua, tapi hati saya mudah tersentuh. Kenangkan dia tua/nyanyuk, kalau dia normal mesti dia pun tak nak menyusahkan anak menantu dia.

Ieda-adik beradik kita pun, walau keluar dari satu rahim ibu pun, belum tentu bersatu hati kan?? moga adik-beradik kita tak camtu

Momment in time-uhuhu can't get your name dear.. uhuhu.. thanks atas your words.. lagi semangat nak jaga MIL.. thanks..

Anon-Ameeennnnnn moga betul murah rezeki...

Anonymous said...

pnut btoi murah rezeki jaga org tua ni. cuma rezeki itu datang dari cara sewaktu atau selepas membela org tua.. tapi semua kena banyak sabar dan ikhlas...

Anonymous said...

iye...mmg mnjaga org sakit sgt memerlukan kesabaran yang berganda2...dan kini saya sedang merasakannya...menjaga ibu mertua yg diserang angin ahmar...pejam celik pejam celik dah tiga bulan saya melaluinya...pada mulanya amat sukar sgt untuk saya menggalas tanggungjawab ini dan saya ada juga merungut (tapi dalam hati...tak ikhlas la tu).Bukan apa, cuma saya dah terlalu banyak dikecilkan hati oleh ibu mertua (semasa dia sihat) dan ipar biras...berkali2 saya menitiskan airmata...Mujur, kawan2 saya sering banyak memberikan nasihat dan lama kelamaan saya rasa dendam saya terlerai sedikit demi sedikit dan saya rasa simpati dan sayang yang teramat sgt kpda ibu mertua saya..dan saya juga slalu mbayangkan bagaimana jika saya yang berada ditempat ibu mertua saya. Kini alhamdulillah, setiap kali selepas memberi dia susu dan menukar pampers, saya merasa satu kepuasan yang amat sangat.....

solehah on 7:10 PM said...

assalam, sy nak bertanya tentang pengalaman mnjaga org tua, secara detail siket..boleh emel kat sy
humyra_sasy@yahoo.co.uk

sy tak jumpa emel sis..dok cari juga

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino