Tuesday, April 13, 2010

Ingin Berniaga tetapi tidak tahu bagaimana


Phewww lama tak update blog, laptop masih kaput, jadi tak dpt nak online dari rumah, Jumaat dan Isnin semalam saya cuti.

Last week, saya ada terima email dari seseorang yang membaca blog ni, yang meminta pendapat, berkaitan juga dengan entry lepas tu, petikan email beliau :-

"kak, sy bercadang nak mulakan perniagaan internet ni...tapi persoalannya

x tau nak mulakan dari maner..dalam otak ni mcm2 nak jual..nak jual tudng lah..baju budak lah..kain ela lah..

boleh akak terang kan step by step...mcm maner nak mula..?

sy ni pun kejer gomen gak..staf sokongan..nak cari duit tambahan skit..untuk bantu2 suami..dgn gaji yg ader ni kadang kala x berkecukupan..anak 2 org..bayar itu ini,dekat2 ujung bulan sesak nafas gak..walaupun suami isteri kerja...x cukup,ingat nak wat tambah2 skit pendapatan keluarga"


Okeh saya jawab setakat pengalaman saya yang seciput sahaja, mungkin ada yang membaca lain boleh menambah.

Nak mulakan perniagaan internet ni, tapi tak tau nak mulakan dari mana
Sebenarnya bukan senang untuk menjayakan perniagaan internet ini, melainkan anda adalah blogger popular dan memang tersedia ramai pengikut yang boleh menghebahkan jualan anda, atau pengikut anda sendiri yang akan membeli barang jualan tersebut. Laluan blogger popular ini lebih mudah. Tapi bagi blogger yang suam-suam kuku macam saya, kerja keras diperlukan.

Kenal pasti dulu produk apa kita nak jual, dan produk apa boleh dijual.
Kalau idea seperti penghantar email ni, nak jual tudung dan baju kanak-kanak dan kain ela, mula-mula kena rajin spend masa, jelajah blog-blog dan website yang memberikan khidmat jualan seperti barang kita nak jual,tengok fesyen terkini, harga-harga penjual sedia ada, kemudian plan strategi perniagaan kita. Cari pembekal, dapatkan harga yang menarik supaya kita dapat menjual dengan harga mengikut pasaran, tidak terlalu rendah dan tidak jual mahal.

Promosi
Bila sudah ada produk kita nak jual, promosi itu adalah penting. Sekiranya selama ini anda tidak pernah ada blog, tidak ada sorang pun follower, jadi anda kena pasarkan diri sendiri dan blog. Cara mudah yang keji orang selalu buat ialah, tulis beberapa ayat contohnya "Zalam ziarah, jemput ke blog saya, ada promosi produk cap ayam murah dan harga menarik" ayat ni le copy paste ke semua blog yang wujud dalam dunia ni.. (for me saya tak suka, tapi hakikatnya itulah cara paling senang) kenapa saya kata cara keji, sebab ialah malas dan menumpang iklan di blog orang secara senang lenang... setidak-tidaknya tunjukan sedikit kerajinan anda, gunakan ayat-ayat diplomasi sikit contohnya "Salam kak Pnut, saya baru-baru nak berniaga, saya nak jemput akak dan kawan-kawan akak di blog akak ni ke blog saya, saya ada menjual baju kanak-kanak, jemput datang ye," kemudian pegi blog orang lain pulak, buat ayat lain sikit, tapi maksud yang sama. Please jangan copy paste ayat yang sama ke berjuta blog. PEMALAS!!!

Kemudian, kenal pasti forum-forum perbincangan yang sesuai, contoh forum cari, forum wanita melayu, melayu.com dan lain-lain forum le, letak avatar, atau signature kita secara tidak langsung bila kita reply any posting, orang ternampak avatar dan signature kita, itu kira iklan la tu.

Marketing
Selain dari menjual diinternet, cube cari jalan lain supaya produk ni boleh berjalan. oit bukan berjalan makan angin melacong pulak ye..ehehhee maksudnya cari jalan lain supaya produk kita dapat dijual, abeh stok masuk stok baru. Jualan internet ini kadang-kadang indah kabar dari rupa. Nampak macam mudah, tetapi susah ye adik-adik, bukan senang nak jual online ni, saya kan pernah jual jubah-jubah kat sini kan? tetapi, kurang memberangsangkan, ada la yang beli, tapi kurang, jualan secara langsung lebih berkesan.

Carilah jalan lain seperti, cube minta kawan-kawan opis lain tolong jualkan, jadikan konsep komisyen kepada kawan anda, katakan sehelai harganya RM30, modal anda ialah RM18, cube minta kawan tolong jualkan, bincang soal harga, dengan modal RM18, anda jual semula RM30, untung anda ialah RM12, itu bukan untung bersih tau... sebabbbbb..kena kira faktor kita pegi amek stok, minyak + tol.. so untung bersih kita maybe RM10 sahaja. jadinya bincang dengan kawan, maybe anda boleh amek untung RM7, dan beri komisen pada kawan yang jual itu RM3, oklah RM3 sehelai baju, kalau dia boleh jual 10 helai, dia sudah dapat RM30, tanpa keluar sesen modal pun. biar untung sikit dari kita rugi betul tak?

Letak je produk jualan anda dalam bonet kereta, kalau ke rumah saudara mara ke.. buka mulut, bagitau jualan anda, dan tanya kalau berminat nak tengok. Kalau berkumpul ramai-ramai, takkan sehelai dua tak laku. tak banyak sikit, sure jalan juga.

Saya rasa untuk konsep perniagaan yang penghantar email ni tanya kepada saya, itu je saya terfikir apa boleh dilakukan.

"bisnes online boleh berjaya jika kita post ditempat yg betul, ia keperluan pengguna, harga tawaran yang menarik dan keterangan barangan tersebut jelas"

Ok itu bisnes online. Bisnes tak online lagi banyak kita boleh buat. sebenarnya saya tertarik komen sorang pembaca saya di entry yang lepas, yang mengatakan nak berniaga kena ada passion minat apa kita nak berniaga, betul kan? saya akui, tetapi cube kita tengok kaum cina yang buka kedai kraftangan yang menjual barang-barang hantaran, barangan kraf, labuci manik bagai.. agak-agak kan, adakah jiwa mereka ini suka pada kerja-kerja buat hantaran perkahwinan? kalau kita tengok cina kawen mana ada hantaran kan? turun menurun mereka tiada hantaran, jadi passion untuk membuat hantaran tu datang dari mana? rasanya tak, TETAPI!!! kaum mereka ni, hanya satu passion iaitu "BISNES-DUIT MASYUK" bukan kerana mereka minat apa yang mereka jual. Ada sorang kawan Cina saya masa sekolah dulu, ayah dia bukak kedai perabot, jual sofa, meja makan cantik-cantik, tapi bila pegi rumah dia, sofa pun takder, cuma ada kerusi rotan, meja makan pulak, cuma meja empat segi, yang boleh lipat, kabinet pun tak der, yang ada cuma kabinet menempatkan tempat semayang depa, ada colok-colok dan patung-patung dan letak buah-buah tu je.

Kat jalan TAR, terutama pasar malam. Ramai kaum lelaki jual tudung, siap depa pun pakai tudung tu, kelakar pun ada, muka jantan, bermisai, janggut, tapi sarung tudung kat kepala.. itu cara mereka tarik perhatian pembeli. Jiwa mereka ialah nak berniaga, jadi mereka berniaga barang yang senang untuk dijual, dan untung berganda. Jual tudung pun jual tudung la, janji duit masyuk lebat. Di satu ruang lain, seorang lelaki menjual barangan cenderahati sukan seperti key chain, stiker kereta, bantal kecik logo-logo team-team kelab bolak sepak luar negara, mungkin jiwa dia minat sukan dan semua kelab-kelab itu, tetapi yang menyinggah ke gerai jualan dia agak suram, berbanding mamat-mamat yang jual tudung, yang bukan jiwa mereka pakai tudung lagi lumayan incomenya kan?? pernah tak korang terfikir?? Itu sebab bagi saya PASSION sebenarya ialah JIWA BERNIAGA tu perlu ada dulu, nak berniaga apa, itu soal kedua.

Just pendapat peribadi saya sahaja..

Saya ada kisah mistik dan busuk hati manusia, kisah benar terjadi dalam keluarga saya. Next enrty saya cerita.

10 Komen:

Anonymous said...

Ahak..ahak.. bagus Pnut.. dah boleh jadi pakar motivasi dah.. akak bangga dengan hang.. ingat lagi dulu orang kutuk hang buat pizza pakai tudung periuk.. sekarang tengok.. tengok..

suesofieyya@mesir on 1:48 PM said...

Posting akak kali nie..buat sy nk tinggal jejak, nk jgk berkongsi rasa...

tersenyum saya keseorangan bila baca komen ttg shout box tu..baru jer dok sebut2 time buka sb sendiri..tul jgk kata akak, orng kita nie skalipun nk niaga camtu..kasi salam dulu tk pun doa2 baik2kan bkn rugi pun....sy ada jg berkecil hati dng sikap mcm nie...tp akak mmg berani mati...keji!! terusss..habik ko..he3

mcm web sy berbayar,tp iklan ada yg kasi free ....tp klu ada yg sebut suh bayar..terus diam seribu bahasa...walhal bukn bnyk pun...klu tk puashati blh deal tanya, kita blh luangkan sedikit masa balas email dan berikan perkhidmatan,tp tkder respond budi bicara balik.

yg bg free pun diam seribu bahasa jgk..he3.., sebenanrya konsep iklan nie mcm solat berjemaah jer dan mcm kuarkan zakat...saling bantu membantu..bila dh ada hasil kuarkan sekadar mampu.Konsep yg kecik pun tk leh nk ikut..mcm mana klu bisnes juta2.

ntahlah apa nk jadi dengan moral orng kita, patutlah kita tk leh nk maju, tp berbeza dng bngsa lain..penah saya tolong translet macammana nk buat tugeh kt sorng omputeh kt sudan, hasil dari laman web..tup2 dia bayar paypal 10usd...dia ckp hie hasil usaha sy.

Pepun terima kasih kak pnut....berikan sedikit ruang dan idea untuk berkongsi rasa...sebagai balasan saya akan ltak iklan cupcake akak kt myweb...http://alkiram.net/salam/

wassalam

heart by heart.... on 1:48 PM said...

memang mOtivasi...blOg wencO nie da jadik sumber inspirasi tasha dah...huhuhu..tasha pOn slalOo je kena usik2+kutuk2 ngan kengkawan asyik dOk menjual seaneka benda...huh! xpe2 sabO2...kutukan tu semua dijadikan cabaran untuk lebih bersemangat!kan wencO ;)

Pnut on 2:11 PM said...

hahahah kak, akak ingat lagi kes buat pizza atas tudung periuk tu ek??? hiks..

Sue-thanks atas keikhlasan nak iklankan tu.. jasamu ku kenang..ye bab email bertanya itu ini, memang selalu diterima, kita balas, kemudian pengirim senyap, tanpa ucap tima kasih pun, udah biaseee tu...eheheh

Tasha-biar org keji dulu... mana tau kalau berkat, kita barjaya, biar orang gelakkan kita pulak ternganga.. wenco dengar kat radio dulu, sorang kakak ni cerita, adik dia SRP pun fail, keja jadi buruh, satu hari emak dia sedih tgk anak dia keja tepi jalan bina jambatan, bila tgk emak dia sedih, dia cakap kat mak dia "Satu hari nanti, emak dia akan gembira tengok anak dia jadi tokei bina jambatan" adik beradik dia gelak, lepas bertahun-tahun ternyata anak dia yang tak pass SRP itu berjaya sampai tiap tahun bawa emak dia pegi umrah...

Zareda Norman on 2:44 PM said...

pinut

zar memang menyokong penuh org org kita berniaga kecil kecilan ni. Kat opis ni pun staf bawak apa pun tumpang tumpang jugak beli.. zar ni ilmu berniaga ada tapi passion blom ada seru.. minat dan plan strategi memang macam macam kekdah adanya hehehhe.

yg penting org berniaga kena saling support satu sama lain. Jangan hasad dengki dan mengata ngata. Berniaga pun kena berjemaah kan pinut kan.. semoga makin sukseslah..InsyaAllah

ieda on 9:34 AM said...

berniaga mmg nampak mcm senang tp org yg buat jer yg tau peritnya..
apa yg penting adalah minat..then hati kena sabar..sabar dlm banyak hal..paling penting kena bersedia sb bisness bukan selalu diatas..

pnut..bleh tlg bg e mel reader pnut tu kat akak (if she doesn't mind)?ada something nak cerita kat dia.

Pnut on 10:49 AM said...

zar-orang kita mmg kena tolong menolong dalam berniaga, baru kita berjaya

ieda-bagi email awak, nanti saya mintak dia email

Pnut on 10:49 AM said...

zar-orang kita mmg kena tolong menolong dalam berniaga, baru kita berjaya

ieda-bagi email awak, nanti saya mintak dia email

Pinat on 4:54 PM said...

Pnut, P'nutt,Peanut dan Anat itulah nama nickname saya masa belajar dulu (sekarang pun masih kekal nickname tu walaupun dah bekerja tapi ejaan ditukar ke Pinat).
Seronok dengan pandangan awak tentang berniaga online cuma saya nak tambah satu lagi cara iaitu promosi secara e-mail. Untuk makluman saya juga kini merupakan peniaga online (tapi masih baru). Bagi saya cara ni berkesan jugak (sebab dapat pembeli dari cara ni). Kalau ada yang nak cuba bolehlah, cuba jer tak salah.

Selamat berpuasa semua dan jemputlah ke blog saya jika nak mencuci mata dengan melihat pakaian untuk si manja ada. http://Just4bbnkids.blogspot.com

Thanks pnut from Pinat.:)

Emilia Ab Razak on 4:51 PM said...

Saya pun minat bernniaga, kalau ada sesape blh share idea jom jenguk blog saya emyzcollection-emy.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino