Wednesday, April 07, 2010

STOP DREAMING !!! START MAKING!!!


Kalau kita hendak BERJAYA, kita mesti berani untuk GAGAL

Untuk senang SUSAH, untuk susah SENANG

Itulah yang saya lakukan. Kerja-kerja berniaga pun berniaga. Hutang acik banyak oiii hutang umah, hutang loan itu ini.. jadi kena ligat cari side income untuk cover semua hutang, hantar belanja pada emak setiap bulan, bayar bil astro emak. Mujur motor maksu dah abeh bayo..lega sikit. Penat, tapi berbaloi.

Siapa tak penat, kekadang balik kerja, baju kerja pun belum bukak, saya dah timbang gula, butter, adun nak bako kek. Siap baking kek, adun krim pulak, pastu kalau cupcakes, cepat je sejuk, menyapu cream dan deko kek. Kalau kek beso, amek 2-3 jam juga untuk sejuk. Semua amek masa dan tenaga. Kekadang selesai kerja baking membaking ni jam 12-1pg. Tapi kepenatan tu berbaloi bila kita tidak putus belanja. Darling ai pun penat gak, ulang alik pegi keja naik motor, balik umah dekat pukul 7, pastu malam kekadang keluar lagi, pegi hantor kek. Ye tuan-tuan dan puan-puan, gaji kita ni sebenarya dah tolak hutang puitang, berapa ja kan yang tinggal. Jadi bila ada side income, dapat cover bila saat hujung bulan nak tunggu gaji seterusnya, itulah back up kita. Nak kata simpanan berkepuk-kepuk idak juga, sikit-sikit sajo adooo.. hahah itupun sokmo bocor.

ok, apa yang saya nak katakan sebenarya, kalau kita nak, kita boleh buat, kalau kita tak mau, kita cipta seribu alasan. Saya tengok sekitar saya, ada couple muda-muda yang berkahwin seringkali kesempitan wang, kenapa mereka tak amek inisiatif cari belanja tambahan? itu dah masuk tahap terdesak untuk cari sumber tambahan. erkk jangan proses dadah pulak, belajar kat internet je beb.. opss sori Azean Irdawaty, anak akak, bijak la..pandai proses dadah sendiri ok saya tengok ada couple ni yang isterinya tidak bekerja, duduk rumah sepanjang hari jaga anak, sampai katanya tahap boring, bosan, dah tak tau cerita apa nak tonton lagi. Naper ek dia tak amek inisiatif untuk buat bisnes dari rumah??

Kalau tak reti, belajar la.. untuk kemudahan hidup sikit. Saya tengok orang KL ni jual benda makan, tak sedap mana pun sure orang beli. Saya terfikir, kenapa adik-adik yang tak kerja ni rajin sikit, petang-petang tu masak nasi lemak, bungkus siap-siap.. petang laki balik kerja, pi la letak kat kedai-kedai mamak, restoran-restoran, hatta kat budak jual burger sekali pun. Peluang ada kenapa tak cuba? Atau, kalau tader kemahiran sangat pun, boleh plan, berniagalah goreng pisang tepi jalan, cari port bebetul. Tepung goreng pisang tu berlambak yang ejnis rangup org jual ready made, tinggal tambah air je. Kalau itu pun nak kena kemahiran, meh sini acik lempang lapan belas juta kali, kot terus dapat skill.

Okeh anak tader yang mengasuh? carilah orang jaga, bayar lah upah. Katakan berniaga mula jam 2ptg, hntrlah anak ke rumah pengasuh jam 1 sampai 6-7 ptg. Kalau dapat port baek punya, tidak-tidak mashyuk gak sehari 100 ye dak?? upah mengasuh sehari 12 ringgit pun boleh cover juga. sambil jual goreng pisang, jual la air sirap, air oren dalam balang tu, atau kalau dapat pembekal, boleh jual air soya.. panas dan sejuk. Satu satu brader ni jual air soya ke kat Danau Kota sinun, saya pernah minum kat mamak belakang dia berniaga tepi bus stop je, tak sampai 2 jam saya lepak mamak tu, saya boleh katakan hampir 20-30 orang datang membeli. (ada yang beli sampai 2-3 bungkus) so kalau dua jam dia boleh dapat 30 rggt, kalau 4-5 jam dia berniaga, berapa dia dapat??

Malu?? ape nak malu, nak dapat duit. Kalau duduk saja tengok tv kat rumah, keluar duit lagi ada, bayar bil api, kipas, tv.. Kalau malas nak keluar, buat je dari rumah, macam saya kata, jual je nasi lemak. Saya bukan cakap tanpa bukti. Ada kenalan saya, dua-dua husband dan wife kerja, kerja kakitangan sokongan je, tak der beso gajinya, tapi dua-dua rajin. Malam-malam isteri dia siap masak sambal tumis, goreng kacang, ikan bilis, rebus/kopek telur/kupas timun siap-siap.. pagi bangun pukul 5.30 pagi, tanak nasi lemak (kat rice cooker je, senang pun) nasi masak je, sorang tukang cedok nasi, sorang letak sambal, telur dll, pastu bungkus. sehari dapat buat dalam 50 bungkus, (tak daya nak buat banyak, kemampuan terhad) kawan saya ni letak kat kedai-kedai makan mamak, gerai-gerai roti canai tepi jalan, dan kedai runcit. memang habis. Petang balik kerja, depa buat nasi lemak lagi utk jualan malam. Depa ni duk Penang. Kalau sebungkus dia jual RM1 pun, kalau sehari 100 bungkus, dah seratus ringgit, gebebuk gebedak, tolak modal takkan busuk-busuk Rm50 tak leh dapat dak?? Daripada duk saja? ada orang nak mai huloq kat kita RM50?? dakkkkk tak dak orang kesian mai bagi kat kita RM50

Erkk saya cerita ni sebab saya geram pada seseorang yang negatif dan ego.. Kalau rasa gaji tak berapa cukup, belajar-belajar pandai cari duit tambahan, peluang ada dimana-mana, mau dengan tak mau je. Nyampah la.. Orang macam ni kena bagi buku Jutawan Senyap, tulisan Chef Li, baru depa tau, makcik jual bihun sup kat pasar malam tu income dia lebih lumayan dari kita duk kerja dalam aircond ni. Dalam buku jutawan senyap tu story, Chef ni dulu keja bank, satu hari dia tego sorang apek ni, tiap minggu datang simpan duit ribu riban, bila diselidik, cina ni jual fishball dan barang2 young tau foo je kalau tak silap la, saya lupa dah. Tapi income dia tu sampai boleh hantar anak dia belajar kat oversea sesen pun tak mintak duit kerajaan. Ada satu awek, jual mee sup, yang mana akhirnya dia proses sendiri mee, dia pulak jual mee kepada peniaga lain, la ni ada kilang mee beb.

okeh tata...hiks..ape motif tah acik bebel hari ni.

10 Komen:

Ron97 on 12:58 PM said...

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
sesat dihujung jalan,
balik ke pangkal jalan.

LiTtLe^m3 on 2:06 PM said...

selalu silent reader je.. kali ni nak komen juga :) salam kenal kak pnut. saya setuju ngan akak. saya antara pasangan kahwin muda (muda ke kalau kahwin umur 26 :D) alhamdulillah setakat ini :) tapi ni cerita pasal kwn2 yg ada degree tapi tak kerja dok umah jaga anak. ada yg ambil upah menjahit manik pada baju, ada yg buat juga cakes. saya juga amat menggalakkan kalau dah alang2 duduk kat rumah dan anak sendiri pun dah boleh berdikari.. kalau berminat boleh tlg jaga anak org kan. cadangan je la. siapa nak bagi kan katakanlah sebulah RM300 ke paling kurangkan. bagus entry kali ni ;)

Unknown on 2:16 PM said...

Betol Pnut.. Haku dulu masa anak sorang gagah carik duit tambahan buat la kek sebekut... Bila anak dah 2 Haku tak larat dah! Kenkadang jaki tgk org meniaga sana sini. Kalau la Haku ada kemampuan masa dan tenaga memang Haku meniaga Hatta jual burger lepas keje pon sanggup.

Tapi Haku cukup menyampah bila ada org bising duit tak cukup tapi malas nak meniaga sedangkan tak keje pon... setakat tunggu anak2 balik sekolah jer.
Suruh meniaga memacam alasan bagi meluat! Nak seribu daya kalau dah pemaleh seribu dalih.
Sekian terpanjang la komen muuahahahhaa...

ieda on 6:27 PM said...

pnut..
org kalau dah kena penyakit M ni kita bagi cadangan banyak mana pun dia tak terima..taunya nak jatuhkan org ja.

Diari Adam on 11:56 PM said...

betul ...tepat sekali...
nak hidup selesa di bandar kena berkerja keras..bak kata pepatah alah bisa tegal biasa...sama ler macam pnut...saya - cikgu wan - juga buat kerja sambilan ajar tuisyen...di bandar kalau cikgu cikgu tue nak buat duit lebih boleh buat tuisyen ...alhamdulilah income lima angka sebulan...cikgu wan - kawan kak rafidah- (selalu tengok blog pnut ni tapi tak pernah komen) kali ni nak menyokong pnut...

Anonymous said...

Assalammualaikum Pnut, First of all I have to say that you one of those luckiest few yang tahu your passion in life, which is cooking. Dan, of course, dengan berkat usaha you jugak, your passion ini mendorong ke arah penjanaan pendapatan your family. Unfortunately, tak semua orang yang tahu what their passion in life is. Only kerana kesempitan hidup, mereka akan mencuba berniaga itu dan ini, tapi selalunya tak bertahan lama simply because tak ada passion dan berniaga hanya kerana terpaksa. Orang yang ada passion menceburkan diri dalam perniagaan ni walaupun untung yang dapat tak seberapa, still they derive satisfaction from their effort. I ni cuba nak rationalise kan why setengah tu namapak macam tak buat apa2 untuk improvekan pendapatan sekeluarga. Still it's not an excuselah, because all of us must make an effort to find our passion in life (or life purpose) - dan seelok2nya passion yang boleh menjanakan pendapatan. Sorry, meleret2 pulak..

Azwani Shaari on 12:21 AM said...

Salam kak pnut.. lama jd silent reader, kali ni nak komen la plak.. saya n husband pun dah lama pikir pasal nak cari extra income ni.. duit gaji setakat ni mmg la boleh savings, tp bila pikir2 kemudian hari dah ada anak etc etc, mana nak cukup dah setakat harapkan gaji..

husband dah nampak passion dia, suka amik gambar, so saya galakkan dia beli DSLR (walaupun modal besar jugak), alhmdulillah selain memenuhi minat, dapat jugak income sket2 bila ada job (slalunya time org kawen la)..

saya pulak, nak meniaga ni malu sket (malu banyak sebenarnya).. Jadi saya amik keputusan utk iklankan di internet, kain2 pasang n preloved items yg saya nak jual.. Alhmdulillah, Allah mudahkan jalan..

Yang penting bak kata akak dlm entry ni,

Kalau kita hendak BERJAYA, kita mesti berani untuk GAGAL

Untuk senang SUSAH, untuk susah SENANG

Thanks kak pnut:)

kuzee said...

biasa la depa tu... hidup nak mcm jutawan, keje tak mau...

aidah on 10:22 PM said...

Salam Pnut,

akak setuju bebeno ngan apa yg Pnut katakan tu. Akak ni walaupun hubby dah kerja kat Arab Saudi, org dok kata tak yah pening2, gaji besar, tapi akak still ingat zaman susah kami. Memang akak belajar U lepas dapat anak trus tak kerja sampai la ni. Hubby bagi duit akak ikut kelas buat kek dan macam2 lagi buat tambah ilmu, sebagai persediaan. Bila rasa dah bersedia mungkin akak nak buat bisness. Nak bisness pun mesti ikut apa yg kita minat gak.Zaman sekarang ni gaji kalau setakat RM1 / 2K mmg tak kemana, tolak itu ini tinggallah seciput.

rudy bluehikari on 9:28 AM said...

yang ni saya setuju sangat kak pnut. Kawan saya keje penguatkuasa kastam gred 17. disebabkan dulu dia keje swsata koman2 kerani pun dengan ot 2.6k dlm tangan. la ni lepas keje gomen duk tengah bandar kl..gaji bersih 8rat. tolak utang itu ini baki tinggal 20 hengget. mana nak minyak keter lagi...makan lagi... dia tanya saya apa dia boleh buat.

so sy tanya l/blkg dia yg dtg dr bt pahat johor nun. Terus sy kata senang sgt2 nak cari duit. bapak dia terror masaka beriayani. mak dia pulak pandai acar buah. saya terus soh dia balik n blajar cara masak acar buah. la ni busuk2 pun dia boleh masak utk 20 bekas tupperware jual rm10 satu. dah senang2 dpt 200. pastu sy soh dia jual perfume yg sy pun buat jugak bisnes tu jd donline sy..ni busuk2 income bulan bersih dpt lah 100...see...mcm ajid ckpla..dimana ada kemahuan..disitu ada jalan.

sy dok pikir wife nanti ikut sy duk umah je 2 thn kat obersea. ni sy tgh pikri utk tambah inkam poket dia sendri slama 2 thn gaji xjalan... siaplah akak... sure akak nak gak kain sutera indon ke apa ke kan....nanti belillah dr kami...ihiksss

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino